Contoh PBS Pengajian Perniagaan - Syarikat Multinasional Samsung

    Author: Unknown Genre: »
    Rating

    PENGHARGAAN
    Pengkaji ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurniaNya, pengkaji dapat menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna. Tidak dapat dinafikan bahawa pelbagai rintangan terpaksa dialami oleh pengkaji semasa menjalankan kajian ini, namun atas pertolongan dan rahmatNya kajian ini telah siap dengan sempurna dan sedia dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan
    Pada kesempatan ini juga, pengkaji ingin merakamkan sejuta penghargaan kepada Encik Ting Sien Kuan selaku Pengetua SMK Tambunan atas sokongan moral yang diberikan sepanjang pengkaji menjalankan kajian ini. Begitu juga dengan pensyarah Pengajian Perniagaan iaitu Encik Ajis Jimi yang banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan dalam menjalankan kajian ini. Hanya Tuhan yang mampu membalas jasa baik mereka.
    Tidak lupa juga, pengkaji ingin mengucapkan ribuaan terima kasih kepada ibu bapa pengkaji yang telah memberikan sokongan moral dan kewangan kepada pengkaji bagi menyelesaikan kajian ini. Tanpa mereka, kajian ini tidak dapat disempurnakan dengan baik.
    Buat rakan-rakan seperjuangan, terima kasih diucapkan kerana sudi berkongsi maklumat serta pertolongan yang diberikan semasa pengkaji menjalankan kajian ini. Semoga usaha keras kita akan membuahkan hasil dan sentiasa dirahmati Tuhan.
    Akhir sekali, pengkaji ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada para pensyarah dan semua pihak yang terbabit sepanjang proses penyiapan projek ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Semoga kalian dirahmati dan beroleh kehidupan yang sejahtera.
    Abstrak
    Kajian  ini  adalah berkaitan sebuah  syarikat  multinasional  (MNC)  iaitu  perniagaan  Samsung  Group yang berpusat di  Korea  Selatan.  Kajian  ini  dilaksanakan  berdasarkan  objektif kajian iaitu  mengenal  pasti  aktiviti  perniagaan  antarabangsa  yang  dijalankan oleh Samsung Group, mengenalpasti konsep-konsep perniagaan yang diaplikasikan serta mencadangkan  strategi  pemasaran  yang  sesuai  digunakan  oleh  Samsung Group  berdasarkan  hasil  analisis yang telah dilakukan.  Dalam  kajian  ini,  pengkaji  mengunakan  data  sekunder  sahaja  untuk  mendapatkan  maklumat  iaitu daripada  internet,  surat khabar,  buku,  dan  majalah.
    Perniagaan  Samsung Group  menyediakan  barangan  elektronik  seperti  telefon  pintar,  komponen  elektronik,  kalkulator,  peti sejuk,  penghawa  dingin,  dan  mesin  basuh  kepada  pelanggan. Samsung juga terlibat dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti perkhidmatan insurans dan perkhidmatan membina bangunan dan kapal. Di samping itu, Samsung Group turut terlibat dalam aktiviti perubatan iaitu mempunyai pusat perubatan yang terbesar di Korea Selatan.
    Seterusnya,  konsep- konsep  perniagaan  antarabangsa  yang  diamalkan  oleh  Samsung Group ialah konsep  globalisasi dan konsep lokalisasi. Selain itu,  pengkaji  akan  mencadangkan  strategi pemasaran yang  sesuai digunakan oleh Samsung Group  berdasarkan  hasil  analisis yang telah dilakukan.  globalisasi
    Samsung dengan visi mereka iaitu "Inspire the world, create the future" telah mendedikasikan mereka untuk menginspirasi masyarakat dengan memanfaatkan tiga kekuatan penting Samsung iaitu "New Technology," "Innovative Products," dan "Creative Solutions".
    1. PENGENALAN
    Di zaman milineum ini, setiap negara berlumba-lumba untuk menjadi sebuah negara yang maju. Hal ini kerana sesebuah negara yang maju akan dipandang tinggi oleh negara-negara lain. Namun begitu, usaha memajukan sesebuah negara tidak dapat direalisasikan tanpa adanya usaha yang mantap. Samsung Group merupakan sebuah syarikat di yang ditubuhkan di Korea Selatan dan telah membawa perubahan yang amat besar terhadap ekonomi negara tersebut. Hal ini kerana Samsung Group telah berjaya menjadikan Korea Selatan menjadi sebuah negara yang maju dimana menjadi pengeluar utama peralatan elektronik di dunia disamping mempunyai subsidiari yang amat luas.
    Seperti yang dituntut oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), pengkaji akan membuat kajian tentang syarikat multinasional (MNC) iaitu Samsung Group. Dalam kajian ini, pengkaji akan mengenalpasti aktiviti-aktiviti perniagaan yang dijalankan, mengenalpasti konsep-konsep perniagaan yang diaplikasikan serta mencadangkan strategi pemasaran yang sesuai digunakan oleh syarikat ini. Antara  konsep yang diaplikasikan oleh Samsung Group ialah globalisasi dan lokalisasi. Konsep-konsep ini umumnya membantu sesebuah syarikat meluaskan perniagaan ke seluruh dunia.
    Di samping itu, pengkaji akan mencadangkan strategi pemasaran yang sesuai untuk syarikat ini agar dapat meningkatkan keuntungan dan terus menguasai pasaran. Oleh itu, pengkaji akan mencadangkan beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh Samsung Group untuk meningkatkan lagi kualiti keluaran mereka.
    1. OBEKTIF KAJIAN


    1. Mengenalpasti aktiviti-aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh Samsung Group.
    2. Menjelaskan konsep-konsep perniagaan antarabangsa yang diaplikasikan oleh Samsung Group.
    3. Mencadangkan strategi pemasaran yang sesuai digunakan oleh Samsung Group.
    1. LATAR BELAKANG ORGANISASI
    Gambar 1 : Logo Samsung Group
    Samsung Group adalah sebuah syarikat multinasional yang berasal dari Korea Selatan. Ibu pejabatnya terletak di Samsung Town, Seoul Korea Selatan. Syarikat ini merupakan antara syarikat terbesar di dunia dimana beroperasi di lebih 79 buah negara dan mempunyai lebih kurang 369,000 orang pekerja di seluruh dunia. Pada tahun 2003 sahaja keuntungan bagi syarikat ini ialah lebih kurang US$101.7 billion dan sejak dari itu ia telah dikenali sebagai salah satu daripada 10 jenama terkenal di dunia. Menjelang tahun 2012 pendapatan Samsung Group adalah bernilai ₩ 201.103 trillion dengan jumlah keuntungan sebanyak ₩ 23.845 trillion.


    Samsung Group diasaskan oleh Lee Byung-chull pada tahun 1938 sebagai sebuah syarikat perdagangan di Taegu, Korea Selatan. Nama Samsung pula adalah berasal dari perkataan Korea Hanja yang bermaksud tristar atau three star (tiga bintang). Perkataan three itu membawa maksud sesuatu yang besar dan berkuasa dan star membawa maksud berkekalan. Pada asalnya Samsung bermula sebagai ebuah syarikat eksport pada tahun 1938 tetapi lama kelamaan memperkembangkan perniagaannya kepada tahap yang lebih maju lagi seiring dengan perkembangan zaman. Selama tiga dekad ia beroperasi, Samsung Group telah menceburi pelbagai bidang perniagaan termasuklah bidang pemprosesan  makanan, pakaian, insurans, keselamatan dan jualan runcit. 


    Pada tahun 1960, Samsung Group telah menceburi industri elektronik dan menjelang pertengahan tahun 1970 mereka telah menceburi industri perkapalan dan pembinaan. Selepas kematian pengasasnya iaitu Lee Byung-chull, Samsung telah dipecahkan kepada empat kumpulan perniagaan iaitu Samsung Group, Shinsegae Group, CJ Group dan Hansol Group. Tahun 1990-an menyaksikan Samsung berkembang sebagai sebuah syarikat bertaraf antarabangsa. Bukan sahaja ia mendapat beberapa peluang perniagaan di luar Korea Selatan, malah ia juga sedang mendahalui pesaingnya dalam penghasilan komponen elektronik seperti Sony dan Panasonic.
    Di samping itu, syarikat pembinaan Samsung juga dianugerahkan kontrak pembinaan salah satu daripada dua buah Menara Petronas di Malaysia pada bulan September 1993. Tambahan pula, Samsung turut terlibat dalam pembinaan menara tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifah, Dubai.
    Pada masa kini, Samsung Group beroperasi dalam lima bidang perniagaan, iaitu Telekomunikasi (Telefon bimbit dan Rangkaian), Teknologi Digital dan peralatan rumah (termasuk televisyen, mesin basuh, ketuhar gelombang mikro, peti sejuk, pemain VHS and DVD, dan lain-lain lagi), Media Digital, LCD, dan Semikonduktor. Rekod Samsung Electronics menunjukkan keuntungan pada tahun 2004 dan 2005, dan sekarang berada pada "ranking" ke-20 di dunia.
    Pada tahun 2012 Samsung Korea bercadang untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat operasi terbesar Samsung di luar pesisir Korea menjelang 2015. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, beliau diberitahu oleh Presiden Samsung Korea, Datuk Park Sang Jin bahawa cadangan itu timbul disebabkan ekosistem industri negara yang baik termasuk kestabilan politik, kewujudan tenaga mahir tempatan dan ekonomi yang sentiasa memberi tumpuan kepada aktiviti yang mempunyai nilai ditambah tinggi. Katanya, faktor-faktor itu telah menyumbang kepada kestabilan kos operasi perniagaan di negara ini. "Saya berpuas hati dengan prestasi Samsung sebagai peneraju teknologi, yang mana mereka sentiasa menceburi di dalam bidang-bidang baharu dan terkini serta hasilnya telah dibawa ke Malaysia," katanya dalam satu kenyataan selepas pertemuan dengan Sang Jin.
    Pertemuan itu bertujuan mengeratkan hubungan antara kerajaan Malaysia dengan pelabur asing yang beroperasi di negara ini. Samsung Group, yang merupakan pengeluar bateri litium-ion terbesar di dunia, telah menubuhkan Samsung SDI Energy Malaysia Sdn. Bhd. telah berjaya membawa syarikat subsidiari Samsung yang lain untuk membuka cawangan di Malaysia.


    LOKASI KAJIAN
    Syarikat Multinasional yang dikaji oleh pengkaji adalah bertempat di Samsung Town, Seoul, Korea Selatan.


    Gambar 2 : Lokasi seoul di Korea Selatan
    Gambar 3 : Lokasi Samsung Town di Seoul, Korea Selatan

    1. KAEDAH KAJIAN


    Kesemua data yang diperolehi oleh pengkaji adalah sumber sekunder untuk menghasilkan Kerja Projek Berasaskan Sekolah (PBS) Pengajian Perniagaan yang bertajuk “Aktiviti Perniagaan, Konsep-konsep perniagaan antarabangsa, dan Cadangan Strategi Pemasaran yang digunakan oleh Samsung Group”. Kaedah ini  telah digunakan untuk melengkapkan objektif kajian yang telah ditetapkan. Data  sekunder ini diperolehi melalui kaedah perpustakaan iaitu mengkaji buku-buku, melayari internet atau website, buletin dan gambar yang berkaitan dengan Samsung Group. Kajian kepustakaan ini penting kerana melalui kaedah ini penyelidik akan mendapat gambaran yang jelas mengenai prinsip, konsep, kaedah, pengolahan dan penganalisisan data yang bersesuaian dengan reka bentuk kajian.
    5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
    5.1  AKTIVITI PERNIAGAAN YANG DIJALANKAN


    Bahagian ini membincangkan tentang akiviti perniagaan yang dijalankan oleh Samsung Group iaitu berkaitan dengan amalan perniagaan yang digunakan oleh syarikat ini. Aktiviti perniagaan ini melibatkan pengeluaran barangan dan juga perkhidmatan yang ditawarkan oleh Samsung Group.
    INDUSTRI ELEKTRONIK
    1. Komputer
    Samsung pada awal Januari 2014 telah mengumumkan kehadiran siri komputer barunya iaitu 7 Chronos. Siri 7 Chronos merupakan siri komputer yang dinaik taraf dari segi saiz dan berat iaitu  membawa standard komputer riba tersebut ke aras yang lebih tinggi. Selain prestasi yang mengagumkan, grafik yang menarik dan penggunaan sistem pengoperasian terbaru Windows 8.1, kelebihan teknologi sentuhan juga turut dipertingkatkan. Siri 7 Chronos merupakan komputer riba yang sarat dipenuhi dengan ciri-ciri yang menepati kehendak dan kegunaan golongan profesional. Ia nipis, ringan serta tahap prestasi yang amat memberangsangkan menjadikan siri komputer riba tersebut menjadi rebutan ramai.
    Samsung turut memperkenalkan Notebok iaitu netbook N210 terbaru yang mempunyai dwi fungsi iaitu boleh dijadikan tablet dan notebook biasa iaitu skrinnya boleh dipisahkan menjadi tablet. Penjualan komputer riba seperti ini mengiatkan lagi persaingan antara pengeluar-pengeluar komputer yang lain seperti Acer, Asus dan Dell.
    1. Telefon Pintar
    Awal kejayaan Samsung sebagai pengeluar telefon bimbit pintar bermula pada 27 April 2009 setelah melancarkan telefon pintar berplatform Android pertama iaitu Samsung i7500. Seterusnya kejayaan pengeluaran telefon pintar Android pertama, Samsung telah melancarkan Samsung Galaxy S pada tahun 2010. Penjualan telefon ini mendapat sambutan yang menarik daripada pengguna di seluruh dunia. Penjualan telefon pintar Samsung Galaxy S ini dilancarkan di Singapura, Malaysia dan Korea Selatan pada Jun 2010. Pada Julai 2010 ia telah dilancarkan di Amerika Syarikat dan telah berjaya menjual lebih daripada satu juta unit dalam tempoh 45 hari pertama dijual.
    Pada Januari 2011, Samsung berhasil menjual telefon pintar ini sebanyak 100 juta unit dan menjelang tahun 2014 penjualannya mencapai 280 juta unit di seluruh dunia. Walaupun Samsung terlibat dalam perlanggaran paten dan hak cipta membabitkan gajet iPhone dan iPad keluaran Apple, namun ini tidak menghalang mereka daripada terus mempelbagaikan lagi pengeluaran telefon pintar mereka. Kejayaan mereka dilihat apabila berjaya mengeluarkan telefon pintar berprestasi tinggi seperti Samsung Samsung Galaxy Note 4 dan Samsung Galaxy S5. Sejak itu, Samsung telah menamatkan penguasaan Nokia selama 14 tahun sebagai pengeluar utama telefon bimbit. Samsung memperlihatkan penguasaannya dalam pasaran telefon pintar iaitu pendapatan mereka meningkat kepada 31.3 peratus pada suku ketiga 2012, daripada 3.3 peratus pada penghujung tahun 2011.
    Tambahan lagi, jualan telefon pintar Apple pada Julai hingga September 2012 hanya separuh berbanding penguasaan 15 peratus yang dicatatkan oleh Samsung. Pengeluaran produk telefon pintar oleh Samsung telah menjadikan produk mereka menjadi fenomena para pengguna pada masa kini dimana hampir 60% pengguna telefon pintar di seluruh menggunakan jenama keluaran Samsung.
    Selain itu, Samsung telah menggunakan banyak sistem pengopersian dalam telefon pintar mereka seperti Symbian, Windows Phone, berasaskan Linux, dan Java. Hal ini menunjukkan bahawa telefon pintar keluaran Samsung tidak berharap kepada sistem pengoperasian Android sahaja. Di samping itu, telefon pintar yang dikeluarkan oleh Samsung Group juga bebas daripada bahan toksik yang berbahaya seperti polyvinyl chloride (PVC) dan retardants fire brominated (BFRs). Hal ini seterusnya meningkatkan lagi keyakinan pengguna untuk menggunakan produk keluaran mereka.
    1. Kamera Digital
    Samsung kini turut mengorak langkah mengembangkan lagi produknya dengan menghasilkan kamera. Samsung telah memperkenalkan beberapa model kamera digital dan kamkoder termasuk kamera WB550, ST550 dwi-LCD dan Kamera Samsung Galaxy. Kamera Samsung Galaxy merupakan kamera pertama Samsung yang dilengkapi dengan teknologi Connected Camera dan digabungkan dengan kelebihan ciri fotografi berprestasi tinggi iaitu mempunyai kebebasan sambungan jaringan Internet 3G dan WiFi yang dijana oleh Android™ 4.1 (Jelly Bean) sebagai platform utama. Kamera Samsung Galaxy mempunyai sensor yang besar dan mampu menangkap gambar dengan kualiti HD serta mempunyai flash yang lebih baik yang memungkinkan kuasa baru dalam bidang fotografi. Pegeluaran kamera Samsung Galaxy ini mampu memberi saingan dalam industri fotografi iaitu dapat memberikan saingan kepada  syarikat-syarikat yang lain seperti Canon, Sony dan LG.
    Pada tahun 2010, Samsung telah melancarkan NX1000 iaitu kamera yang menawarkan APS-C 20.2 Mega-Pixel, Skrin LCD 3 inci, video rakaman 1080p dan teknologi Smart Auto 2.0 iaitu perkongsian foto secara terus melalui jaringan Wifi dengan hanya menekan satu button. Di samping itu, Ia juga dilengkapi dengan 20-50 mm lensa zoom dan  mempunyai ketahanan bateri maksimum yang mampu memberi saingan kepada kamera keluaran syarikat pengeluar lain.
    1. Televisyen
    Samsung Group melalui subsidiarinya iaitu Samsung Electric Industries telah terlibat dalam pengeluaran televisyen sejak tahun 1981 iaitu mengeluarkan lebih 10 juta televisyen hitam-dan-putih di seluruh dunia. Pada tahun 2009, Samsung telah mengeluarkan kira-kira 31 juta televisyen pintar dan telah menerima anugerah pengeluar televisyen terbesar di dunia empat tahun berturut-turut sejak 2005. Penerimaan pengguna yang memberangsangkan telah mendorong Samsung Group untuk meningkatkan kualiti serta inovasi terhadap televisyen keluaran mereka.Terdapat banyak inovasi yang telah dilakukan oleh Samsung Group bagi memberikan kepuasan kepada pengguna terhadap keluaran televisyen mereka. Sebagai contoh, Samsung telah melancarkan televisyen pintar pertama HD 3D LED pada Mac 2010 dan diikuti dengan pengeluaran Samsung Smart LED TV F8000.
    Televisyen pintar ini direka bagi membolehkan pengguna merasai pengalaman baharu menonton televisyen pintar yang mempunyai ciri-ciri yang amat menarik. Bersama kelebihan interaksi pintar, teknologi terbaru samsung iaitu Samsung Smart TV Motion Control menawarkan teknologi pengesan sentuhan (gesture) kedua-dua belah tangan. Berbeza dengan kaedah konvensional yang memerlukan pelanggan menukar rancangan menerusi alat kawalan jauh secara satu persatu, kini pemilik televisyen pintar tersebut hanya perlu melambaikan tangan dan menyelak paparan menerusi tangan kosong. Teknologi tersebut dinikmati menerusi kelebihan peranti kamera pengesan pergerakan yang ditawarkan pada televisyen tersebut. Di samping itu, televisyen pintar ini dilengkapi dengan sambungan internet yang membolehkan pengguna melayari internet sambil menonton rancangan televisyen.
    1. Semikonduktor
    Pada tahun 1992, Samsung menjadi pengeluar terbesar memori chips iaitu mengeluarkan chip kedua terbesar di dunia dengan saingan terhebatnya iaitu Intel. Sepuluh tahun kemudian, Samsung tumbuh menjadi pengeluar terbesar membuat panel layar liquid-crystal ataupun Liquid Crystal Display (LCD). Menjelang tahun 2006, S-LCD didirikan melalui kerjasama syarikat antara Samsung dan Sony dalam rangka menyediakan pengeluaran yang stabil dari panel LCD untuk mereka dan mengoperasikan kilang-kilang yang dapat mengeluarkan panel LCD yang lebih berkualiti.
    Samsung Group terlibat dalam pengeluaran chip semikondukor seperti SDRAM, SRAM, memori flash NAND, kad pintar, pemproses aplikasi mudah alih, Kad Pintar IC, DVD / Blu-ray / HD DVD Player SOC dan pakej multi-cip (MCP) dan peranti storan seperti pemacu cakera optik dan pemacu cakera keras.. Laporan berita daripada Sammobile mendapati bahawa syarikat Samsung Electronics telah berjaya membangunkan 45 Nano tertanam pada flash atau proses logik eflash dan flash memory kad pintar IC cip ujian. Samsung juga merupakan pembekal utama komponen bagi produk Apple iaitu pembuatan pemproses A7 yang berada di dalam model 5S iPhone.
    Cip kuasa yang cekap dengan kepadatan integrasi yang tinggi boleh digunakan dalam pelbagai aplikasi seperti peralatan rumah, peranti mudah alih dan kereta. Bagi memenuhi kehendak pelanggan yang sentiasa mahukan pembaharuan, Samsung Malaysia Electronics telah menguatkan barisan televisyen pintar keluarannya dengan penggunakan memori chip yang berteknologi tinggi.


    TELEKOMUNIKASI 5G
    Samsung Electronics mengumumkan bahawa ia telah berjaya membangunkan teknologi pertama di dunia dengan pelbagai penyesuaian penerima teknologi yang beroperasi pada milimeter gelombang Ka band untuk rangkaian komunikasi. Teknologi baru ini berada pada teras sistem komunikasi mudah alih dengan 5G dan akan menyediakan penghantaran data sehingga beberapa ratus kali lebih cepat daripada rangkaian 4G pada hari ini.
    Teknologi komunikasi telefon dengan 5G adalah generasi akan datang selepas 4G Long Term Evolution (LTE) pada teknologi rangkaian yang sedia ada. 5G mampu menyediakan pengalaman sehingga kelajuan Gbps kepada pelanggan di mana-mana dan menawarkan kelajuan penghantaran data sehingga beberapa puluh Gbps pangkalan stesyen.
    MENDIRIKAN APLIKASI CONTENT & SERVICE
    Samsung telah membuka aplikasi baru di kenali sebagai "Content & Services", konsep aplikasi ini sama seperti iTune dan Google Play. Di sini kita dapat merumuskan bahawa samsung telah bersedia untuk bersaing dengan Apple dan Google, fungsinya sama seperti dua aplikasi tersebut dimana pengguna dapat mengumpulkan semua aplikasi samsung daripada TV, Tablet dan Smartphone dalam satu laman web. Pengguna boleh menggunakan laman web tersebut hanya dengan menggunakan akaun samsung mereka sendiri.
    Menurut laman web Korea ET News, Samsung telah mengumumkan pembukaan aplikasi ini di World Mobile Congress 2013 di Barcelona, Samsung bercadang untuk menyediakan lebih banyak perkhidmatan tambahan untuk aplikasi ini. Menurut ET News lagi, Samsung ingin membawa satu platform permainan sendiri untuk Tablet, Smartphone dan Televisyen.
    PERALATAN RUMAH
    Samsung turut terlibat dalam pengeluaran barangan peralatan rumah seperti peti sejuk, penghawa dingin dan mesin basuh. Pada tahun 1970, Samsung Group telah menubuhkan anak syarikatnya iaitu Samsung-NEC bersama dengan Jepun NEC Corporation untuk mengeluarkan peralatan rumah dan peralatan audiovisual. Kerjasama antara kedua-dua syarikat ini membawa kepada pengeluaran barangan peralatan rumah yang terbaik. Samsung telah menyasarkan pelanggan yang terdiri daripada organisasi serta keluarga yang sentiasa sibuk iaitu dengan memperkenalkan peti sejuk dua pintu pintar berteknologi Digital Inverter Compressor yang menawarkan fleksibiliti serta mesra pengguna. Samsung turut berani memberi jaminan kerosakan selama 10 tahun bagi produk ini. Pengeluaran produk keluaran Samsung untuk kegunaan rumah seperti ini dapat memberikan kepuasan kepada pengguna di samping menikmati produk barangan yang berkualiti dan tahan lama.
    INDUSTRI BERAT
    Samsung Heavy Industries atau SHI adalah salah satu syarikat pembuat kapal terbesar di dunia di mana merupakan salah satu subsidiari bagi Samsung Group. Tumpuan utama SHI adalah pembinaan kapal, kren gantri, dan memasang peranti digital bagi kapal-kapal. Samsung Heavy Industries telah ditubuhkan pada tahun 1974 iaitu apabila kilang Changwon syarikat dibuka. Pada 23 Januari 2006, Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd (MMHE), anak syarikat MISC Bhd telah memeterai perjanjian usaha sama dengan Samsung Heavy Industries Co Ltd (SHI) untuk memperbadankan sebuah syarikat usaha sama Malaysia.
    Tujuan utama syarikat usaha sama Malaysia ini ialah untuk menyediakan penyenggaraan dan perkhidmatan penggantian kepada pengangkut gas asli cecair (LNGC), termasuk peruntukan rumusan teknikal LNGC kepada semua pemilik kapal LNG, kata MISC dalam satu kenyataan. Samsung Heavy Industries telah berjaya mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. Oleh sebab itu, Samsung Heavy Industries telah dianugerahkan sebagai salah satu syarikat terkemuka dunia yang terbaik dalam Indeks Kepimpinan Pendedahan Karbon (CDLI).
    PERKHIDMATAN INSURANS
    Samsung Life Insurance Co, Ltd iaitu subsidiari Samsung Group merupakan sebuah syarikat insurans hayat multinasional beribu pejabat di Seoul. Ia ditubuhkan pada Mac 1957 iaitu sebagai Syarikat Insurans Hayat. Aktiviti utama Samsung Life adalah pemberian insurans hayat dan insurans terhadap barangan dan perkhidmatan. Pada Disember 2011, ia beroperasi di tujuh buah negara, jumlah pelanggannya mencecah 8,080,000 orang dan mempunyai 5,975 orang pekerja. Jumlah jualan Samsung Life mencapai 22,717 bilion pada 2011. Pada 31 Disember 2011 Ia menjadi pembekal terbesar insurans hayat di Korea Selatan. Perkhidmatan Insurans yang diperkenalkan oleh Samsung telah menarik ramai pengguna menggunakan perkhidmatan ini kerana sistem pengurussannya yang teratur dan sistematik.
    PENAJAAN
    Samsung Group telah meluaskan perniangaannya dengan pelbagai cara. Samsung berpendapat bahawa strategi pemasaran yang berkesan adalah dengan melakukan penajaan terhadap sesuatu program mahupun kepada sesuatu organisasi. Hal ini demikian kerana, penajaan yang dilakukan dapat meningkatkan populariti syarikat di samping mendapat meningkatkan jualan mereka. Hal ini terbukti apabila Samsung telah menaja Sukan Olimpik Seoul, Korea Selatan tahun 1988, Sukan Olimpik Musim Sejuk yang diadakan pada tahun 1998 di Nagano Jepun dan juga Sukan Olimpik Beijing, China pada tahun  2012.
    Selain itu, Samsung juga menaja kelab bola sepak Chelsea iaitu kelab yang berasal dari England yang mengungguli  Liga Juara-Juara  pada tahun 2012 iaitu tajaan selama 12 tahun bermula tahun 2002 hingga kini. Dengan nilai kontrak sebanyak US$22.5 juta setahun, nama Samsung terpampang di dada jersi The Blues. Di samping itu, Samsung turut menaja kelab bola sepak Bayern Munich, Swindon Town dan Leyton Orient.
    Seterusnya, Samsung telah melantik David Beckham sebagai duta keluaran mereka pada Sukan Olimpik London 2012. Perjanjian dibuat oleh pengerusi pemasaran Samsung iaitu Mr Gyehyun Kwon yang berpendapat bahawa Beckham merupakan ikon sukan yang amat berpengaruh dan terkenal di dunia. Oleh yang demikian, perlantikan beliau sebagai duta secara tidak langsung dapat meningkatkan jualan produk keluaran mereka. Penajaan yang dilakukan oleh Samsung ini telah membawa kepada pengiktifaran Samsung sebagai syarikat pengiklanan terbesar di dunia iaitu telah memperoleh pendapatan sebanyak US$ 4.3 billion daripada penajaan ini pada tahun 2012.
    Samsung turut melantik Datuk Lee Chong Wei sebagai duta mereka di Sukan Asia Incheon, Korea Selatan 2014. Perlantikan beliau bertujuan meningkatkan lagi pengiklanan dan seterusnya meningkatkan reputasi Samsung Group. Samsung Group turut terlibat dalam penajaan sukan asia Incheon 2014 secara keseluruhannya bersama-sama dengan Hyundai dan LG.
    PERUBATAN
    Samsung Medical Center (SMC) atau Pusat perubatan Samsung ditubuhkan pada 9 November 1994 di Seoul, Korea Selatan. Penubuhannya berpegang di bawah falsafah "menyumbang kepada peningkatan kesihatan negara melalui perkhidmatan yang terbaik melalui perubatan terbaik, penyelidikan perubatan yang canggih, dan pembangunan kakitangan perubatan yang cemerlang". Samsung Medical Center (SMC) merupakan hospital tinggi yang dikendalikan oleh kira-kira 7,400 orang kakitangan termasuk lebih 1,200 doktor dan 2,300 jururawat. Hospital ini terletak di sebuah bangunan pintar dengan ruang lantai lebih 200,000 meter persegi dan 20 tingkat di atas tanah serta 5 tingkat bawah tanah, perumahan 40 jabatan, 10 pusat pakar, 120 klinik khas, dan 1,306 katil. Sejak ditubuhkan, SMC telah berjaya menarik ramai pesakit daripada seluruh dunia dan telah mendapat jumlah pendapatan yang agak besar untuk disalurkan kepada syarikat induk Samsung Group.
    Pusat Perubatan Samsung ini terdiri daripada hospital dan pusat kanser di mana pesakit-pesakit daripada seluruh dunia boleh mendapatkan khidmat pakar perubatan di pusat perubatan ini. Samsung Group telah menyalurkan kira-kira US$ 100,000,000 setahun untuk Samsung Medical Center (SMC) untuk tujuan pembangunan dan penyelidikan teknologi perubatan. Hospital Pusat Perubatan Samsung ini terdiri daripada Samsung Seoul, Hospital Kangbook Samsung, Samsung Hospital Changwon, Pusat Kanser Samsung dan Pusat Sains Hayat Penyelidikan Samsung.
    5.2 KONSEP-KONSEP PERNIAGAAN YANG DIAPLIKASIKAN
    Antara konsep-konsep yang telah diaplikasikan oleh syarikat Samsung dalam memasarkan produknya dalam pasaran antarabangsa ialah lokalisasi dan globalisasi.
    1. Lokalisasi
    Lokalisasi merujuk merupakan satu  strategi perniagaan yang menumpukan sesuatu keluaran terhadap sesuatu  pasaran di kawasan tertentu. Lokalisasi melibatkan tindakan sesebuah syarikat mengubah anak syarikatnya kepada sesebuah subsidiari organisasi asing kepada sesebuah organisasi yang berasaskan ciri tempatan di sesebuah negara.
    Samsung Group telah mengamalkan konsep lokalisasi di negara Malaysia iaitu dengan menubuhkan Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd. Syarikat ini telah meneruskan operasi pengeluaran oleh syarikat induk dan juga telah menjalankan pelbagai usaha untuk memajukan lagi syarikat ini. Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd ini telah menggunakan sumber tempatan dalam mengeluarkan produk mereka. Sumber-sumber tersebut akan diperoleh dari seluruh negara tanpa mengharapkan import daripada luar.
    Pada 12 Disember 2013, Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd. telah mencari 1,000 rakan niaga perisian dan inovasi tempatan bagi meningkatkan lagi pembangunan produk perniagaan berasaskan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini. Lokalisasi yang telah dijalankan oleh Samsung Group telah mendorong Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd mempelbagaikan lagi produk keluaran mereka sehingga telah memenangi hadiah utama bagi empat kategori Reader's Digest Trusted Brand Awards 2013 yang meliputi telefon pintar, mesin basuh, peti ais dan TV skrin rata yang dikeluarkan di dalam negara.
    Di samping itu, Pada 15 Mei 2013, Sebanyak 53 pekerja Samsung SDI Energy (M) Sdn. Bhd. (Samsung SDI) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan turun padang menjayakan program tanam pokok sempena Kempen Hijau di Hutan Lipur Lintang Lenggeng. Hal ini bertujuan bagi menggalakkan kakitangannya mengaplikasi matlamat Kempen Hijau itu dalam rutin harian di pejabat mahupun di rumah. Tambahan pula, Program ini merupakan salah satu aktiviti sosial korporat Samsung SDI untuk berkhidmat kepada masyarakat dengan menjaga kebersihan alam sekitar terutama hutan simpan negara. Penglibatan dalam aktiviti sosial ini menunjukkan bahawa Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd bukan setakat mementingkan keuntungan tetapi memberi penumpuan kepada kebajikan rakyat dan juga alam sekitar.
    1. Globalisasi
    Globalisasi merujuk kepada konsep dunia tanpa sempadan di mana semua peniaga bebas menjalankan aktiviti perniagaan di dalam dan luar negara iaitu pada tahap antarabangsa tanpa sebarang sekatan. Globalisasi juga ditakrifkan sebagai proses meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah Negara. Globalisasi adalah satu usaha meluaskan penglibatan perniagaan ke pasaran dunia, mempiawai operasi secara meluas dan mengintegrasi pengeluaran firma. Salah satu kebaikan pelaksanaan globalisasi ini adalah meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa dan meningkatkan imej sesebuah syarikat.
    Samsung Group mengamalkan konsep globalisasi dimana menjalankan pengeluaran dan juga pemasaran produk-produk mereka ke beberapa negara di seluruh dunia. Misalnya, Samsung telah memperkenalkan 10 produk terbaru keluarannya bagi mengukuhkan kedudukan jenama tersebut di rantau Asia Tenggara. Produk-produk tersebut termasuk televisyen plasma terbesar di dunia yang berukuran 120 inci, telefon bimbit pertama dengan kamera lapan megapiksel model SPH-S8200 dan telefon bimbit 3G terkecil dikenali sebagai SGH-Z500.
    Menurut Pengarah Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd, Won Jong Duk mengatakan bahawa, Samsung menganggap ASEAN sebagai satu pasaran yang penting untuk memasarkan produknya pada masa hadapan. Samsung telah melihat potensi yang amat besar di ASEAN dan komited untuk membawa teknologi inovatif terbaru kami ke rantau ini.
    Dalam era globalisasi, Samsung Group percaya pengguna di Asia Tenggara juga berkongsi kehendak yang sama untuk mendapatkan barangan gaya hidup digital canggih seperti yang diperoleh pengguna di rantau lain. Di samping itu, Samsung turut meluaskan pasarannya di negara Malaysia dengan membuka syarikat Samsung Electron Devices (M) Sdn. Bhd., Samsung Corning (M) Sdn.Bhd., dan Samsung Electronics Display (M) Sdn Bhd di negara ini pada 17 Disember 2008. Pembukaan syarikat-syarikat ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pengeluaran produk-produk Samsung di negara ini di samping dapat meningkatkan persaingan dengan syarikat-syarikat yang lain.


    5.3 MENCADANGKAN STRATEGI PEMASARAN BARANG DAN PERKHIDMATAN
    Mengadakan Kerjasama Dengan Syarikat Pengeluar Yang Lain
    Samsung Group sememangnya telah mencapai banyak kejayaan yang membanggakan kerana mampu mengeluarkan pelbagai produk yang berkualiti dan juga mempunyai subsidiari yang luas di seluruh dunia. Keuntungan Samsung Group tidak mungkin dapat diteruskan kerana terdapat banyak syarikat yang semakin membangun pada masa kini seperti Lenovo, Nokia dan HTC. Keadaan ini menyebabkan persaingan yang kuat dan hanya produk terbaik sahaja yang menjadi pilihan. Oleh yang demikian, pengkaji ingin mencadangkan kepada Samsung Group supaya mengadakan kerjasama dengan syarikat pengeluar yang lain seperti Apple, Sony dan LG dalam memgeluarkan sesuatu produk. Hal ini kerana gabungan kepakaran dan teknologi antara syarikat-syarikat ini akan membawa kepada pengeluaran produk yang lebih baik dan mempunyai kualiti terbaik. Tambahan pula, kerjasama ini harus dilakukan bagi meningkatkan kualiti produk keluaran dan seterusnya dapat meningkatkan lagi tingkat teknologi seiring dengan era modenisasi kini. Sebagai contoh, Samsung Group boleh berkerjasama dengan Apple untuk mengeluarkan telefon pintar iaitu menggabungkan sistem pengoperasian Android dan IOS 7.
    Menambah Cawangan di Negara Membangun (Malaysia, Indonesia dan Filifina)
    Negara membangun merupakan negara yang belum mempunyai sistem ekonomi yang kukuh dan masih memerlukan bantuan  negara-negara lain bagi meningkatkan ekonominya. Negara-negara seperti ini memerlukan bantuan bagi meningkatkan lagi ekonominya. Oleh itu, Pengkaji ingin mencadangkan supaya Samsung Group untuk membuka dan meluaskan lagi cawangan-cawangan mereka di negara-negara membangun seperti di negara Malaysia. Hal ini kerana, apabila Samsung meluaskan lagi cawangan mereka di Malaysia maka mereka boleh menggunakan sumber yang ada di negara kita yang kaya dengan bahan mentah. Tambahan pula, sememangnya negara kita kaya dengan bahan mentah seperti Petroleum, Bijih Timah dan Aluminium. Oleh yang demikian, Samsung Group boleh menggunakan sumber-sumber ini bagi mengeluarkan produk mereka dengan kos pengeluaran yang rendah. Di samping itu, pembukaan cawangan Samsung Group di negara kita akan memberikan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan secara tidak langsung ia dapat mengurangkan kadar pengangguran dan dapat meningkatkan taraf hidup rakyat. Secara keseluruhannya ekonomi negara tersebut akan meningkat iaitu kadar pengangguran dan kadar kemiskinan akan berkurangan.
    Melakukan inovasi dalam bidang Permainan dan Aplikasi
    Pelbagai inovasi boleh dilakukan oleh Samsung Group untuk meningkatkan lagi penguasaan mereka dalam industri elektronik. Dalam hal ini, Samsung Group boleh meningkatkan dan mempelbagaikan lagi prnglibatan mereka dalam bidang permainan dan aplikasi digital. Hal ini demikian kerana, Samsung Group telah mengalami persaingan yang sangat sengit daripada syarikat Apple yang menggunakan sistem pengoperasian iOS. Sistem pengoperasian iOS ini menyokong permainan serta aplikasi yang amat hebat dan mampu menyokong aplikasi canggih seperti pengimbas jari digital. Oleh yang demikian Samsung Group boleh mengambil langkah melakukan inovasi terhadap sistem pengoperasian Android mereka agar dapat menyokong permainan dan aplikasi digital yang berprestasi tinggi. Sebagai contoh, Samsung Group boleh mengeluarkan peranti telefon khas untuk permainan dan aplikasi digital, di mana  dapat menarik minat ramai anak muda untuk menggunakannya. Di samping itu, Samsung boleh melakukan penambahbaikan terhadap peranti telefon mereka agar setanding dengan peranti sistem pengoperasian iOS dengan menggunakan processor yang tinggi dan ram yang besar.
    Kumpulan Sasaran
    Kumpulan sasaran merupakan kumpulan pengguna atau pelanggan yang disasarkan oleh Samsung Group untuk memasarkan keluaran mereka. Melalui kumpulan sasaran ini, pengkaji mencadangkan agar sesuatu pembaharuan harus dilakukan oleh Samsung Group iaitu mengeluarkan produk yang boleh diperoleh oleh golongan yang berpendapatan rendah. Hal ini kerana, keadaan ekonomi yang semakin maju pada masa kini menyebabkan hanya gologan berpendapatan tinggi sahaja yang mampu memperoleh dan menikmati barangan dan perkhidmatan Samsung Group. Oleh yang demikian, jika Samsung Group dapat mengeluarkan produk yang mampu diperoleh oleh golongan berpendapatan rendah maka ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka menggurangkan perbelanjaan di samping mendapat peluang menggunakan produk Samsung. Sebagai contoh, Samsung Group boleh televisyen yang mempunyai harga yang murah dengan kualiti yang tinggi dan tahan lama. Di samping itu, Samsung Group boleh menambahkan beberapa tambahan terhadap produk mereka untuk pelbagai kumpulan sasaran, Misalnya, Samsung boleh menambah aplikasi mencari kiblat solat bagi orang Islam dan juga alat mengukur cuaca.
    Penutup
    20 tahun tahun lalu, tidak ramai yang meramalkan bahawa Samsung dapat mengubah dirinya dari pengeluar peralatan kos rendah kepada pemimpin dunia dalam R&D, pemasaran, dan reka bentuk, dengan jenama yang kini lebih bernilai daripada Pepsi, Nike, atau American Express.  
    Malah masih ramai yang ragu akan strategi yang telah digunapakai Samsung, yang kini telah terbukti berjaya. Selama dua dekad, Samsung telah mengaplikasikan cantuman amalan perniagaan Barat ke dalam sistem asasnya yang bermodelkan sistem perniagaan Jepun, menggabungkan tradisi kehebatan pembuatan kos rendah dengan keupayaan untuk membawa produk berkualiti tinggi, margin tinggi produk berjenama dengan pantas ke pasaran.
    Menjadi sebuah organisasi yang memberi tumpuan kepada peningkatan proses yang berterusan, Samsung  memberi tumpuan kepada inovasi yang berasaskan strategi 'Blue Ocean Strategy'. Inovasi inilah menjadi modal Samsung untuk terkehadapan dalam setiap produknya.  
    Samsung turut mementingkan pembinaan imej untuk jenamanya, di mana kira-kira 20 peratus daripada perbelanjaannya adalah untuk penjenamaan. Untuk itu, Samsung secara agresif menjadi penaja beberapa kejohanan besar dunia antaranya Sukan Olimpik dan Football World Cup demi untuk meningkatkan nilai jenamanya.
    Disebalik tradisi Confucian yang menghormati pekerja yang lebih tua, Samsung sebaliknya memperkenalkan sistem gaji merit dan promosi jawatan, meletakkan sesetengah orang muda dalam kedudukan kuasa ke atas orang-orang yang lebih tua berbanding mereka. Ia telah menjadi laluan kepada perubahan pemikiran dalam strategi pengurusan masa kini
    Rahsia kejayaan terus Samsung dalam peningkatan struktur pengurusan dan penerapan falsafah-nya: "Kami akan mencurahkan sumber daya manusia dan teknologi untuk menciptakan produk dan perkhidmatan, sehingga memberikan sumbangan yang lebih baik kepada masyarakat global".
    RUJUKAN
    LAMAN SESAWANG
    Samsung Introduction
    Samsung Has A Totally Different Strategy From Apple, And It's Working Great
    SWOT analysis of Samsung
    Samsung Tunjuk Beckham Sebagai Duta Olympic Games
    Samsung Mengumumkan Teknologi Telefon Pertama Di dunia 5G mmWave
    53 pekerja Samsung tanam pokok sempena Kempen Hijau
    50 kakitangan Samsung SDI Energy dekati anak-anak OKU
    Samsung Dan Perpustakaan Negara Malaysia Bekerjasama Untuk Perpustakaan BESTARI Samsung
    Psy, Samsung lonjak Korea
    Samsung cadang besarkan operasi
    Samsung jadikan Malaysia operasi terbesar
    Samsung Lancar Telefon Baharu Tizen
    Samsung Malaysia perkenalkan televisyen mewah
    Televisyen, peti sejuk pintar Samsung

    Samsung to Start Contents & Service Portal

    http://english.etnews.com/electronics/2741287_1303.html, Terbitan 27/03/2013  (8 Ogos 2014)


    SURAT KHABAR
    MMHE Meterai Perjanjian Dengan Samsung Heavy Industries, MARITIME News, Terbitan January 23, 2006
    Samsung jangka jualan terus kukuh, Berita Harian, Terbitan September 08, 2011
    Ucapan Dato' Seri Dr. Mahathir Bin Mohammad, Majlis perasmian Kilang-kilang Samsung Electronict Malaysia, 24 Februari 1997
    Lampiran 1


    Ga,bar 1 : Produk Keluaran Samsung Group


    Gambar 2 : Komputer Keluaran Samsung
    Lampiran 2

    Gambar 2 : Telefon Pintar Samsung Galaxy S5


    Gambar 3 : Kamera Samsung Galaksy

    Lampiran 3


    Gambar 4 : Samsung Smart LED TV F8000
    Gambar 5 : Kapal yang dibina oleh Samsung Heavy Industri
    Lampiran 4

    Gambar 6 : Datuk Lee Chong Wei Sebagai Duta Samsung di Sukan Asia Incheon, Korea 2014

    19 Responses so far.

    1. Unknown says:

      Exclusive Collection of Salwar Suit and Many More…
      We Have Some For You In Your Budget For more…
      Plz visit:- Designer Sarees


    2. I cannot truly enable but admire your weblog, your weblog is so adorable and great.It has given me courage to try scarier things. I tend to steer clear of them but not anymore.
      Packers And Movers Hyderabad

    3. Very Nice Article to read. Blog articles helped me alot in many ways to find the good solution. Am very happy to comments here. Thanks for sharing this kind of wonderful article in this blog. Lovely ! CCTV Camera Supplier MATRIX dealers

    4. Will adam says:

      I recently came across your blog and have been reading along. Excellent work. thermglass

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

copyright by Kamarul Arnizam