Kata-Kata Indah

Sunday 22 February 2015

John Gaisah - Peranan dan Sumbangannya Dalam Perkembangan Bidang Muzik di Sabah

PENGENALAN
Mendalami daerah Tambunan tidak lagi menjadi lengkap sepenuhnya jika masyarakat tidak lagi menyelami dan menghayati secara mendalam tentang perkembangan seni muzik tersebut khusus dalam bidang seni suara.Daerah Tambunan telah dikenali sebagai tempat kilang penyanyi. Bermula selepas zaman kegemilangan penyanyi 60an seperti Ambrose Mudi dan Mozes Iking, muncul seorang penyanyi lelaki 70an yang memainkan peranan yang sangat besar dan penting dalam mempertingkatkan, memperkayakan dan mengubah secara drastik dalam mengembangkan Industri Muzik Kadazandusun di daerah Tambunan. Beliau yang dimaksudkan ialah “seniman agung kadazandusun John Gaisah”.John Gaisah merupakan seorang penyanyi yang berasal dari Tambunan, Sabah.Penyanyi lagenda ini telah mencapai beberapa matlamat dalam mengembangkan Industri Muzik Kadazandusun selama 10 tahun.Beliau juga telah memberikan banyak sumbangan terutama dalam Industri Muzik Kadazandusun di Daerah Tambunan.Justeru, insan ini terus menjadi idola kepada generasi penyanyi kadazandusun di Daerah Tambunan, Sabah sehinggalah sekarang.

SEJARAH LATAR BELAKANG JOHN GAISAH



Foto 1 : Gambar Mendiang Datuk John Gaisah
Nama sebenar John Gaisah ialah Lapius John Gaisah namun lebih selesa dipanggil sebagai John Gaisah dalam kariernya sebagai seorang artis pada zaman 70an. John Gaisah telah dikenali dan digelar sebagai Tom Jones Of Sabah di seluruh Sabah terutamanya dalam kalangan penyanyi-penyanyi tempatan yang memulakannya. John Gaisah lahir pada 08 April 1955 di Kampung Sunsuron Tambunan.Beliau merupakan anak sulung daripada 6 orang adik-beradik yang terdiri daripada 4 orang lelaki dan 2 orang perempuan.Walaupun John Gaisah berasal dari Kampung Sunsuron Tambunan, tetapi beliau dibesarkan di Kota Kinabalu, Sabah.Beliau mempunyai 2 orang isteri dan mempunyai 2 orang anak perempuan hasil perkahwinan pertama dan seorang anak lelaki hasil perkahwinan beliau yang kedua.

Dari segi pendidikan, John Gaisah menerima pendidikan awal di La Salle Sacred Heart, Kota Kinabalu semasa dari tahun 1962 sehingga 1967.Kemudian, Beliau meneruskan dan menamatkan pelajarannya di Sabah College Kota Kinabalu dari tahun 1968 sehingga tahun 1970.
Menyedari akan kebolehan dan bakat sendiri John Gaisah telah mula berjinak-jinak dengan mengikat kontrak sebagai penyanyi kelab malam di Sandego Night Club, Kota Kinabalu.
Namun seperti bak kata pepatah, “malang tidak berbau”, sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku. Tanggal 11 ogos 1981, jam 01.15 pagi, John Gaisah telah terlibat dalam kemalangan jalanraya apabila kereta yang dipandunya ‘Celica GT 2660 C’telah merempuh sebuah lori balak di Kilometer 2 Jalan Penampang Kota Kinabalu berhampiran dengan Stesen Esso dalam keadaan separuh mabuk, yang masih beroperasi sehingga kini.
Akhirnya, John Gaisah telah disahkan meninggal dunia kemudian setelah dihantar ke Hospital Besar Queen Elizabeth Kota Kinabalu. Kemudian, mayat mendiang dihantar ke Tambunan dengan menggunakan kenderaan RTM Sabah dan seramai lebih daripada 1000 peminat menunggu ketibaan mendiang untuk memberi penghormatan terakhir serta dikebumikan di kawasan perkuburan Kampung Sunsuron Tambunan.Pemergian beliau bukan sahaja amat dirasai oleh keluarga tercinta, malah ianya adalah satu kehilangan besar bagi Sabah.
Oleh itu, sebagai penghormatan dan pengiktirafan tertinggi Industri Musik Sabah, penerima pertama Anugerah Pertisa 2008 adalah milik artis, ikon, idola dan penghibur nombor satu Sabah, iaitu mendiang John Gaisah.John Gaisah juga telah diberi gelaran Datuk oleh kerajaan negeri Sabah.Namun, sebelum pemergian John Gaisah, beliau telah memberi sekeping gambarnya kepada sepupunya Encik Jerry Manggot.Di belakang gambar tersebut, beliau telah menulis sepatah dua kata untuk Jerry dalam bahasa KDM.

SEJARAH LATAR BELAKANG DALAM BIDANG MUZIK

C:\Users\User\Desktop\PBS Sejarah\picture john gaisah\download (2).jpg
Foto 2 : Gambar John Gaisah (1955 - 1981)
John Gaisah mula meminati bidang muzik sejak beliau berumur 11 tahun lagi. Peristiwa ini berlaku dimana selepas sahaja beliau pulang dari sekolah, beliau sering ke rumah jirannya yang mana lebih dikenali dengan nama panggilan “si Manat”. Di sana, ia merupakan sebuah tempat persembunyian John Gaisah untuk beliau menghabiskan masa lapangnya untuk mencipta lagu sambil meminta tunjuk ajar mengenai teknik-teknik bermain gitar dan berkongsi ilmu mengenai muzik. Peristiwa tersebut berlaku selepas beliau mula bertemu dengan Ambrose Mudi sejak usia muda dalam satu “Konsert Id Radio”anjuran Pangaan Kadazan Radio Sabah Malaysia pada awal tahun 1970 dimana pada ketika itu beliau hadir sebagai seorang penonton.
Antara faktor atau insan yang mempengaruhi beliau terlibat dalam industri ini adalah juga disebabkan oleh bakat, minat, serta keupayaan John Gaisah dalam bidang seni suara selain faktor ibu dan rakan-rakan beliau.Namun, Faktor utamanya adalah disebabkan oleh idolanya sendiri iaitu dari penyanyi ‘Tom Jones, Engelbert Humperdinck, The Beatles, Ismail Harun, dan Ambrose Mudi’.John Gaisah sebenarnya sudah mula mengikuti pertandingan nyanyian sejak di bangku sekolah lagi sekitar tahun 1967 hingga 1968. Kemudian, beliau mula dikenali semasa berumur 15 tahun dan ke atas setelah memenangi beberapa pertandingan nyanyian dan di RTM Sabah Kota Kinabalu. Kemuncak kariernya sebagai seorang penyanyi berlaku apabila beliau mula memenangi satu demi satu pertandingan nyanyian di peringkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan. Antara anugerah-anugerah yang disanjungnya selepas bertanding adalah :

“JOHAN peraduan menyanyi ’TOP POP KING’ 1971 semasa berumur 16 tahun,
JOHAN juara kugiran 1975 bersama kumpulan Puspanada,
JOHAN Bintang RTM Peringkat Negeri 1976,
BINTANG RTM Peringkat Nasional 1976 : Tempat Ketiga di KL
(Biduan Negara Mendiang Sudirman Hj. Arshad sebagai juara),
JOHAN pertandingan Kugiran peringkat Kebangsaan bersama Kumpulan Kugiran Nada Sukma pada tahun 1977(Mendiang Semunting sebagai pemain saxophone),
JOHAN Peraduan Suara dengan Kumpulan Nada Sukma peringkat Kebangsaan (bersama Peter Dicky Lee),
Perintis Program Dusun di RTM Sabah”.

John Gaisah mempunyai segala kepakaran dalam bidang muzik Kadazandusun, iaitu beliau sememangnya seorang pemuzik iaitu mahir bermain gitar, drum serta keyboard, sebagai komposer iaitu pencipta lirik dan lagu, dan juga seorang penyanyi. Bagi mendapatkan segala sumber inspirasi untuk mencipta lagu, beliau menggunakan nalurinya sendiri sesuai dengan pengalaman atau kenangan pahit dan manis beliau telah lalui. Selain itu, semua lagu beliau adalah berasaskan kehidupan beliau ‘(life story)’.Semua lirik dan lagu John Gaisah adalah hasil ciptaannya sendiri kecuali lagu “Sonsomido”yang turut dinyanyikanoleh Justin Stimol tetapi pencipta asalnya adalah Encik Gandial.Akan tetapi beliau juga pernah berduet dengan Molly Alina Mojingol dimana lagu tersebut dicipta oleh mereka bersama.
C:\Users\User\Desktop\PBS Sejarah\picture john gaisah\mVh7Y0vP6dyOMBLFipzkVrA.jpg
Foto 3 : Piring Hitam yang dirakamkan di Syarikat She Huat, Kota Kinabalu

Selain itu, John Gaisah juga pernah mencipta lagu untuk Flora Santos yang bertajuk “Doa Anak”. Antara lagu pertama yang dicipta dan dinyanyikan beliau adalah “Pombitanan Tavasi, Ina, dan Oi Angie”pada tahun 1977 bertempat di Kota Kinabalu, Sabah.Menyentuh tentang hasil-hasil seni yang pernah beliau sumbangkan semasa hayatnya, John Gaisah telah mencipta lebih daripada 100 buah lagu, yang mana secara keseluruhannya menjadi ‘Top’ dan menjadi siulan anak-anak muda mahupun yang tua pada ketika itu. Antara sebahagian lagu John Gaisah yang dikaji oleh pengkaji daripada 100 buah lagu beliau, antaranya ialah “Tolu Toun Pitongkiadan, Soira Osorou Ku, Mogot Daa Do Koyu Sanganu Dika, Kada Oku Nodi Soroho, Alicia Koupusan Ku, Kilung-kilungan, Miiniagal Do Sinsing, Taragang Rasuk, Kada Tokou Pogililihu, Oi Gidi, Logupon Ku I Romou Ku, dan Joget Tintod Do Mamanau”.

Kesemua album yang pernah dihasilkan beliau adalah diterbitkan sendiri oleh beliau.Manakala, tempat rakaman setiap lagu beliau adalah dirakam di Syarikat Seh Huat Kota Kinabalu. Jumlah Penyanyi KDM yang lahir semasa zaman kegemilangan beliau adalah lebih daripada 30 orang  penyanyi yang berasal dari Tambunan, antaranya adalah seperti ‘JustinLusah, Christopher Jerry Manggot, Billy Gatong, Julius Gudok, Patricia Subal, Rider Gutang, David Untala, Edward Morris, Francis Landong, Joseph Guntabid, Lorina Ingging, Joan Jerome, Jeffrin Kojiun, Jeffrey Ambulu, Jeffrey Ibun, Jefrey Martin, Wences Linus, Jaidi Ariffin, Jossie Sungot, dan Bordee Jauti Angalason’.

PERANAN JOHN GAISAH

Usaha-usaha Beliau
John Gaisah telah memartabatkan lagu-lagu tempatan demi untuk seni, bahasa, bangsa, dan budaya di persada seni.Seterusnya, John gaisah juga telah mempromosikan bahasa ibunda dan bangsa KDM melalui penciptaan lagu-lagu dusun dan bakat beliau yang luar biasa di seluruh negeri Sabah dan negara Malaysia.Selain itu, John Gaisah adalah sebagai seorang penyanyi tempatan yang gigih mencipta, menggerak, menyanyi dan mempromosikan lagu-lagu dalam kadazandusun.
Cara Melaksanakan Usaha Beliau
Disamping dalam usaha mengembangkan Industri Muzik Kadazandusun di Tambunan, beliau juga banyak menghasilkan karya yang berkualiti.Beliau telah menghasilkan banyak album untuk tujuan agar dapat memuaskan hati peminat melalui penjualan albumnya di pasaran.John Gaisah memiliki suara yang lunak merdu dan berkualiti atau pun lebih mudah dikenali sebagai suara emas yang tiada tandingannya.Melalui suara asalnya yang tiada tandingannya sehingga kini, beliau pernah digelar sebagai Tom Jones of Sabah.
Cabaran-cabaran
Sememangnya kehidupan sebagai seorang artis bukanlah mudah.Walaupun “glamour dan popular”, John Gaisah juga mempunyai pelbagai cabaran yang harus beliau tempuhi dalam mengembangkan Industri Muzik Kadazandusun di Tambunan.Salah satu cabaran yang harus dihadapinya ialah beliau telah diulit dengan pelbagai tekanan. Dalam hal ini, Beliau terpaksa menghadapi tekanan  jadual ‘show’yang ketat. Dengan jadualnya yang amat padat, beliau terpaksa menggunakan akal fikirnnya dengan membahagikan masa dengan bijak, iaitu beliau harus berfikir sama ada harus menghadiri atau tidak menghadiri sesuatu acara majlis apabila mendapat sesuatu kad jemputan daripada pihak penerbit lain.
Selain itu, Beliau juga menghadapi kesukaran terhadap komitmennya dengan syarikat rakaman.Dalam meneruskan penjadualannya yang terhad untuk menghadiri ke pelbagai sesuatu acara majlis perayaan, beliau juga tidak ingin mengabaikan komitmennya terhadap syarikat rakamannya.Disamping itu, disebabkan oleh tekanan daripada isterinya yang pertama juga merupakan salah satu cabaran yang menyebabkan beliau menghadapi kesulitan keletihan dan tanggungjawab terhadap keluarga sehingga beliau mula mengabaikan keluarganya akibat sering lewat balik.
Selain daripada itu, John Gaisah juga menghadapi masa-masa sukar ketika menghadiri sesuatu acara majlis jemputan yang diterimanya.Dalam hal ini, John Gaisah menghadapi dilema untuk menyampaikan sesebuah lagu jika diarahkan untuk menyampaikan sesebuah lagu di atas pentas tanpa persediaan dari segi mental, emosi, dan fizikal.

SUMBANGAN JOHN GAISAH

Bidang Muzik
Antara sumbangan John Gaisah dalam mengembangkan Industri Muzik Kadazandusun di Tambunan dari segi muzik iaitu telah memperkenalkan bahasa Kadazandusun melalui lagu-lagu Kadazandusunnya.Kemudian, Sebagai seorang penggubah, John Gaisah dipercayai telah menggubah ataupun menterjemah 4 buah lagu dari versi Inggeris ke dalam versi dusun. Beliau cepat menyerap dan menyesuaikan pelbagai gaya muzik Barat untuk memenuhi citarasa pendengar muzik masyarakat Tambunan yang lebih konservatif. John Gaisah telah memberi nafas baru kepada muzik Kadazandusun dan juga dari segi peralatan muzik yang digunakan.Pihak-pihak yang telah mempengaruhi beliau adalah Tom Jones dan Engelbert Humperdinck.Antara gubahannya yang paling terkenal adalah “Ina, Au Oku I Daa, Pombitanan Tawasi, dan Mononso”.

Bahasa
Sejak penglibatan John Gaisah dalam Industri Muzik, beliau seratus peratus yang telah memulakan memasukkan unsur-unsur bahasa kadazandusun ke dalam penulisan liriknya.Maka sejak dari itu, semakin ramai komposer yang mencipta lagu tempatan dan penyanyi tempatan yang menyanyikan lagu mereka dalam bahasa Kadazandusun.Malah, bahasa Kadazandusun iaitu bahasa ibunda KDM mulai berkembang dan semakin terkenal kepada seluruh masyarakat Tambunan mahupun di seluruh negeri Sabah.Selain itu, perkembangan dari segi bahasa juga, ramai penyanyi sekitar tahun 70an hingga 80an yang semakin fasih bertutur dalam bahasa Kadazandusun.
Lagu dan lirik
Lagu merupakan gubahan seni nada atau suara dalam urutan, kombinasi, dan hubungan temporal (biasanya diiringi dengan alat muzik) untuk menghasilkan gubahan muzik yang mempunyai kesatuan dan kesinambungan (mengandung irama) dan ragam nada atau suara yang berirama disebut juga dengan lagu.Lagu-lagu ciptaan John Gaisah kaya dengan unsur-unsur pengajaran, nasihat, sindiran dan pedoman hidup bagi masyarakatnya sendiri, walaupun adakalanya senikata lagunya diolah dalam bentuk jenaka.Maka sejak dari saat itu, semakin ramai komposer dan penyanyi mencipta lagu berasaskan pengalaman hidup mereka seperti penyanyi Francis Landong, Rider Gutang, dan Jokteo Akang dimana John Gaisah merupakan satu-satunya ilham kepada mereka semua.
Seni kata atau pun lirik beliau disusun dengan begitu indah sekali untuk menyatakan fikiran dan perasaan berdasarkan peristiwa yang benar-benar berlaku dalam diri John Gaisah. Lirik lagu sangat berkait rapat dengan kehidupan beliau dan begitulah seterusnya cara John Gaisah mengaplikasikan pengalamannya ke dalam lirik lagu yang diciptanya.
Model (legasi)
Walaupun John Gaisah kini telah tiada, namun beliau telah meninggalkan legasi yng amat penting. Jika Peter Pragas terkenal dengan memperkenalkan budaya skala muzik ‘pentatonicKadazandusun dalam lagu “Kasaakazan do Bambazon”, manakala Justine Stimol dengan penggunaan alat muzik tradisi gong dalam iringan lagu “Nosusu do Atagakan”, John Gaisah pula telah menggabungkan semua elemen-elemen tradisi ini dan memperkenalkan serta mempopularkan lagu-lagu tempatan (pentatonic) Kadazandusun yang berentak sumazau yang ada pada hari ini.
Mengharumkan Nama Tambunan
Antara sumbangan John Gaisah yang telah meningkatkan nama Tambunan adalah dengan lagu hasil sentuhan ajaib beliau yang mana lagu ciptaannya sering berkumandang di corong-corong radio dan masih lagi dinyanyikan di sesuatu majlis perkahwinan ataupun majlis hari jadi oleh masyarakat Kadazandusun sama ada veteran atau remaja di Tambunanhingga kini. Selain itu, beliau juga merupakan antara penyanyi professional yang pertama di Sabah yang mempunyai penguasaan bahasa yang baik dalam 4 bahasa iaitu bahasa “Inggeris, Cina, Melayu, dan Jepun”. Maka dengan itu, namanya sering disebut-sebut oleh masyarakat di Sabah telah menjadikan nama beliau melonjak dengan cepat dan meniti di bibir penggemar-penggemar senisuara sejurus telah meningkatkan nama Daerah Tambunan.
Sumbangan Lain
Sumbangan lain John Gaisah selain daripada bidang seni suara dan muzik di Tambunan ialah pembangunan Dewan Serbaguna John Gaisah yang bertempat di Kampung Sunsuron, iaitu bersebelahan dengan Gereja Katolik Sunsuron.Dewan Serbaguna John Gaisah telah dibina pada tahun 1995 berikutan dengan pembinaan Jalan Raya ataupun Lorong John Gaisah yang mempunyai jarak kira-kira 0.5 Kilometer. Selain itu, pembukaan Syarikat Bamboo Sound Recording Studio juga merupakan salah satu sumbangan John Gaisah yang telah meningkatkan nama Tambunan di persada seni dimana Studio tersebut hanya satu-satunya terdapat di Daerah Tambunan dan Syarikat Bamboo Sound Recording Studio tersebut adalah pemilik Francis Landong. Disamping itu, terdapat juga Syarikat She Huat, Kota Kinabalu dimana ia merupakan tempat semua lagu John Gaisah dirakamkan dan dijual. Namun pemiliknya sudah berpindah ke tempat lain dan kini diganti oleh pemilik Syarikat lain yang dikenali sebagai Sabah Recording Studio.
PENUTUP
Dalam usaha memartabatkan bangsa, bahasa dan kebudayaan adalah antara faktor teras untuk dibangunkan seiring dengan faktor-faktor yang lain. Pencapaian dalam bidang nyanyian dan muzik merupakan satu elemen pembangunan yang ketara dilihat oleh masyarakat sejagat.Kita merasa bangga kerana mempunyai semakin ramai orang kadazandusun-Murut yang berbakat tinggi dalam seni suara dan muzik serta mahir menyampaikan lagu-lagu dalam bahasa ibunda kita.

Mendiang John Gaisah adalah satu-satunya penyanyi Kadazandusun yang telah berjaya mengukir nama sebagai penyanyi yang dihormati dan disegani di tanah air kita pada tahun 1970an hingga 1980an. Bakat dan usahanya sebagai seorang penggubah lagu dan penyanyi yang berkualiti tinggi merupakan jasa dan sumbangan murninya untuk mengharumkan “bangsa kadazandusun”.

Justeru, harapan daripada pihak John Gaisah dan seluruh rakyat Sabah agar semua ahli masyarakat “Kadazandusun-Murut” untuk mengekalkan perpaduan demi kekuatan dan kekukuhan bangsa.Diharap juga agar KDCA mengetengahkan penyanyi lagenda KDM mendiang Datuk John Gaisah agar setiap Perayaan Pesta Kaamatan, lagu-lagu ciptaan John Gaisah dimasukkan dalam Pertandingan Bintang Kaamatan.

8 comments:

  1. Ulasan yg amat menarik... Datuk Jhon Gaisa sememangnya 1 dalam seribu...beliau entiti yg x tolak bandingnya..semasa kecil lagu2nya sentiasa mewarnai kehidupan...semifa ia tenang disana...

    ReplyDelete
  2. Sungguh baik informasi ini.

    Boleh saya tahu dari mana sumber maklumat ini?

    ReplyDelete
  3. Masih boleh di tambah baik dari peranan John Gaisah dalam penerbitan album artis2 di bawah naungan Seh Huat kerana beliau adalah orang kuat dibelakang kejayaan syarikat rakaman itu. Bagi sy, Seh Huat adalah John Gaisah dan sebaliknya. X lama selepas 1981, Seh Huat perlahan lahan hilang bersama hilangnya John Gaisah.

    ReplyDelete
  4. Juga x bnyak maklumat di ceritakan dari 1976 hingga 1981.

    ReplyDelete
  5. Sonsomido, naauk oku singarung, miagal do sinsing.

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Yg mana satu perempuan atau lelaki...dlm lagu esther dan edith...

      Delete
  7. Kenangan demi kenangan bersemadi dng legand datu John gaisah you are the best song all the best.....RIp 🙏

    ReplyDelete