Tips bagaimana cara untuk memanjangkan jangka hayat bateri laptop ketika menggunakannya. Kita sedia maklum bahawa standard jangka hayat bateri laptop adalah 300 kali cas secara umum. Jadi jika selepas tempoh masa tertentu anda pasti perasaan bahawa bateri laptop anda tidak sehebat ketika masa mula-mula menggunakannya.
Jika anda ingin menggunakan laptop untuk jangka masa yang panjang (contoh straight 3 – 8 jam sehari), dinasihatkan agar anda menanggalkan bateri dan hanya perlu menggunakan power kabel sahaja. Ini kerana jika kuasa bateri sudah penuh dan pada masa yang sama masih menggunakan power kabel, bateri tidak dapat menampung lebihan kuasa dan secara tidak langsung boleh menjejaskan ketahanan bateri.
Bagaimana pula jika mahu menggunakan bateri tetapi ingin memastikan bateri tahan lama sewaktu menggunakannya ?
Ok, sebenarnya kita selalu menggunakan bateri jika pergi ke suatu tempat tertentu, jadi langkah-langkah di bawah amat sesuai dipraktikkan untuk menjimatkan kuasa bateri.
- Perlahankan volume atau mute volume jika perlu.
- Adjust screen brightness, kurangkan kecerahan screen laptop, selalunya secara auto jika anda menggunakan option “Select a power plan” kepada “Power saver“.
- Disable bluetooth jika tidak menggunakannya.
- Gunakan aplikasi yang tidak memerlukan jumlah RAM (Random Access Memory) yang banyak. Sebagai contoh, penggunaan notepad lebih kurang menggunakan jumlah RAM berbanding MS Word.
- Matikan network card / switch off jika tidak menggunakan Internet/LAN.
- Unplug USB device jika perlu. Sebagai contoh, tanggalkan pendrive jika tidak menggunakannya.
- Shutdown atau gunakan Hibernate berbanding menggunakan Standby jika anda tidak menggunakan laptop buat seketika.
- Buat defragment seminggu sekali bagi memastikan komputer dapat berjalan dengan lancar.
- Jangan gunakan CD/DVD.
- Matikan ports (switch off ports) yang tidak digunakan seperti Ethernet/USB dan sebagainya.
- Gunakan cooling pad.
- Elakkan dari meletak laptop dari permukaan yang menyerap haba seperti atas bantal/tilam. Ini menyebabkan laptop semakin panas.
Terdapat banyak lagi tips untuk menjimatkan jangka hayat bateri, tetapi tips di atas lebih mudah dipraktikkan. Selamat mencuba.
Admin:Kamarul Arnizam
No comments:
Post a Comment