Kata-Kata Indah

Saturday 6 April 2013

Siapa Sultan Sulu Yang Sebenar ?





Sultan Kiram vs Sultan Bantilan II Sultan Sulu yang mampu mengubah peluru 
menjadi air dengn izin ALLAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebenarnya banyak pihak yang keliru berkenaan status SULTAN KIRAM ini.
Siapa KIRAM? Keluarga Kiram dari jalur kesultanan Sulu ini bermula pada pemerintahan 
Sultan Muhammad Jamalul Kiram I (1832-1842) bin Sultan Muhammad Alimuddin III (1808). -

Dari Jamalul Kiram I inilah bermulanya nama Kiram yang kita kenal hari ini yang
kemudian nama  ini berakhir pada kewafatan Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936)
yang mangkat tanpa zuriat ketika zaman kedatangan Amerika Syarikat ke Sulu. 
Selepas ini tiada lagi Sultan Sulu yang diterima oleh rakyat Tausug disebabkan
dominasi Amerika Syarikat itu. Hal ini dilihat oleh rakyat bahawa Sultan dari
keluarga Kiram adalah tali barut Amerika Syarikat yang tergamak merestui
pembunuhan para keluarga Datu dan Syarif Tausug di Bud Bagsak dan Bud Dahu. 

Sultan Kiram terakhir itu terpaksa memberikan restu kepada Amerika Syarikat
membunuh muslimin rakyatnya sendiri berjumlah labih 4000 orang (yang syahid 1600
orang termasuk wanita dan kanak-kanak) yang memilih menentang USA dan
arahan Sultan. Tausug menentang Sultan kerana bersekongkol dengan USA yang
terkeluar dari undang-undang Darul Islam yang mana Tausug enggan dikutip cukai
kepala oleh USA.
Menurut Tausug, Allah swt tidak pernah berfirman kepada RasulNYA untuk mengutip 
cukai kepala kepada ummah. Maka Tausug beramai-ramai naik ke gunung duduk 
di gua batu sebagai mana ASHABUL KAHFI. Hal ini bagi mereka adalah fitnah besar 
yang mengancam akidah mereka maka wajib meninggalkan kemewahan kampung
halaman menuju ke gunung untuk selamat dari fitnah itu. Sebaliknya mereka 
dibunuh oleh Amerika atas restu Sultan KIRAM.

1000 jiwa para Syuhada' Tausug yang mempertahankan diri dan keluarga mereka 
dari serangan Amerika Syarikat di Bud Dahu'. Ashabul Kahfi ditidurkan dan bangkit
semula dengan izin Allah setelah beberapa ratus tahun, namun Syuhada' Tausug ini 
ditidurkan buat selama-lamanya sehinggalah hari KEBANGKITAN.

Hari ini, kita dikejutkan dengan kedatangan tentera KIRAM yang mengaku sebagai
tentera Sultan Sulu. Keluarga Kiram sangat ramai. Ada keluarga dari sebelah Puteri Piyandao
bin Sultan Badaruddin I, ada Kiram dari jalur keluarga Sultn. Esmail I (ini yang serahkan
Sulu kepada Filipina pada tahun 1962) bin Rajamuda Mawallilwasit, ada Kiram dari Datu Punjungan bin Rajamuda Mawallilwasit
 (inilah ayahanda Jamalul Kiram III yang kerahkan tentera upahan ke Lahad Datu),
 dan banyak lagi kiram yang sekarang sedang merancang untuk menjadi Sultan
 kesemuanya. 

Kalau ada 1000 lelaki kiram hari ini, maka Sulu akan ada 1000 sultan yang mengaku 
Sultan Sulu dari keluarga Kiram. Berebut menjadi Sultan tanpa rakyat, masuk bakul
 angkat sendiri. Tanpa pengetahuan sejarah protokol kesultanan, tanpa mengetahui 
tertib pertabalan, tanpa mengetahui adat para Datu dan Syarif Tausug. Jadilah 
seperti Kiram yang kita lihat hari ini.

Tahukah anda bagaimana Sultan Sulu ditabalkan oleh rakyat, kehendak rakyat, 
kehendak para Datu dan Syarif? Tahukah anda bahawa kehilangan institusi kesultanan
 Sulu itu hanya dapat kembali dengan menyedarkan Tausug agar MEMBUANG KEWARGANEGARAAN FILIPINA menggantikannya kepada RAKYAT SULU secara 
hakiki (Independen)?

Sebab itu muncul seorang pembela dari keluarga Maharaja Adinda Aranan Puyo 
(rujuk Rajah A2, lihat bulatan berwarna kuning) masuk ke kampung-kampung tanpa 
rasa takut membangkitkan semangat juang Tausug tanpa senjata, memacak bendera 
Sulu Darul Islam terakhir sambil melaungkan ALLAHU AKBAR!! TAUSUG BANGKIT!!
 KALIAN BUKAN FILIPINO HAMBA KEPADA KING PHILIP II SPANYOL!! KALIAN ADALAH 
MERDEKA SEJAK SULTAN SYARIFUL HASYIM MENYATUKAN KITA DENGAN
 DARUL ISLAM!! TAUSUG BANGKIT!! 

Beliau ialah cucu kepada Datu Aranan Puyo ini adalah cicit SULTAN BANTILAN 
MUIZZUDDIN I (1748-1763, rujuk rajah A2) yang digelar oleh ahli sejarah dunia sebagai DEFENDER OF ISLAM. Sempena nama moyangnya ini maka Baginda dinamakan Sultan BANTILAN MUHAMMAD MUIZZUDDIN II. 
Setelah berjaya menghimpunkan puluhan ribu penyokong di Jolo, beliau diangkat
 menjadi Sultan Sulu yang berdaulat pada tanggal 19 Mac 2009 oleh rakyat jelata
 dengan laungan takbir dan dendangan Salawat.


Sultan Bantilan II sedang berpidato di atas pentas di padang Capitol, Jolo, 
Sulu Darul Islam. Beliau dipaksa oleh rakyat menjadi Sultan Sulu pada tahun 2009.
 Seminggu Baginda dipujuk akhirnya dengan tangisan beliau menerimanya... 
baginya jawatan Sultan sangat berat dipikul 
dalam keadaan Sulu ketika ini. Namun air matanya tidak dapat menghalang rakyat untuk mengangkatnya menjadi Sultan Sulu Darul Islam. Tidak seperti Sultan-sultan 
KIRAM yang 
berebut-rebut mengangkat diri sendiri?


Sejak itu Keluarga KIRAM bungkam seribu bahasa. Hanya satu perkara yang boleh
 mereka buat ialah mencabar siapa sahaja dengan senjata. Walhal mereka tahu,
 bukan sahaja mereka yang pandai BERMAIN senjata. Semua TAUSUG semul
a jadi pakar bermain senjata, bukan hanya Kiram. 

Sultan Bantilan II ini jauh lebih bijak walau tak pernah mencecah darjah 3 di sekolah Siasi. 
Namun Baginda adalah pemidato, pedagang yang berjaya, pandai mengatur manusia
, handal dalam diplomasi, dan mendapat dokongan generasi muda Tausug. 
Berjiwa merdeka, tak seperti Kiram yang hanya mengusung bendera Filipina
 bersama mereka ke hulu ke hilir. Sultan Bantilan II walau bergerak secara aman tanpa 
senjata, anti peperangan dan anti keganasan, namun gerakannya ditakuti. 
Sehingga peluru musuh menjadi 
AIR dengan izin Allah swt.-  ditulis oleh sdr ASREETAUSUG seorang pejuang Tausug.
........................................

Mereka yang menceroboh lahad Datu adalah keluarga Kiram yang suatu masa 
dahulu telah menganiayai rakyatnya sendiri dengan merelakan pembunuhan 
beramai-ramai oleh tentera Amerika.
 Terang-terangan saja mereka ditolak oleh rakyat Sulu sendiri.


Masih wajarkah mereka menuntut Lahad Datu sebagai hak mereka sedangkan
Sulu sudah mempunyai seorang sultan yang baru. Seorang sultan yang dilantik oleh 
rakyat Sulu sendiri yang mana juga
merupakan seorang berketurunan sultan dari susur galur
SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I?



Admin:Kamarul Arnizam

No comments:

Post a Comment