Pasangan suami-isteri Nuhari (44) dan Warsiah (42) hanya boleh menjerit atau mengurut dada setiap kali mendapati anak keempatnya, Eringga 7thn, berkelakuan aneh. Hampir segala sesuatu yang dilihat dan boleh masuk ke mulut dia akan makan. Begitu juga dengan semua cecair yang ditemuinya, ia minum. Bahkan, keluarga yang tinggal di Dusun Sambiroto, Desa Jugo, Kecamatan Mojo, Kabupaten Kediri, Jawa Yimur, itu mengatakan anaknya yang lebih mesra dipanggil Eri itu pernah makan sabun dan minum ubat gigi.
Eringga adalah anak keempat dari pasangan Nuhari dan Warsiah. Menurut mereka, kelakuan peliknya itu bermula sejak 2 tahun kebelakangan ini.Apa sahaja yang di temuinya akan dimakannya.Eri juga gemar memakan sabun , ubat gigi, arang, kemenyan, daging mentah, bawang merah dan putih, serta meminum minyak kayu putih dan Arang. Keadaan ini memaksa Warsiah untuk tidak bekerja, kerana harus meluangkan masa tambahan untuk menjaga anaknya.
No comments:
Post a Comment