Kata-Kata Indah

Tuesday, 4 June 2013

5 Kapal Berhantu Yang amat Menakutkan

Bagi mereka yang gemarkan aktiviti dan bertugas di laut, pelbagai cerita aneh dan misteri yang pernah berlaku di laut lepas mungkin pernah diceritakan dan diturunkan dari satu generasi ke satu generasi..Tapi tahukah anda, terdapat 5 cerita mengenai kapal berhantu yang paling terkenal di dunia..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..

1. The Octavius
Cerita ini bermula apabila sebuah kapal penangkap ikan paus bernama 'Herald' ketika tahun 1775 di lautan Artik secara tidak sengaja menemui sebuah kapal besar terapung-apung di lautan. Ketika di dekati, baru mereka ketahui bahawa kapal tersebut mempunyai nama pendaftaran iaitu The Octavius. The Octavius juga merupakan sebuah kapal penangkap ikan paus namun tidak ada sebarang tanda-tanda kehidupan di atas kapal tersebut hinggakan seorang krew kapal Herald memberanikan diri untuk menaiki kapal tersebut.

Tambah mengejutkan krew tersebut menemui puluhan mayat krew kapal The Octavius yang sejuk membeku, dikatakan krew-krew tersebut mati kesejukan setelah lama tersesat di lautan Artik dan kehabisan bekalan makanan. Yang paling menyeramkan ialah apabila mereka mengetahui yang kapal The Octavius telah dilaporkan hilang selama 13 tahun yang lalu dan selama tempoh waktu tersebut, kapal itu hanya terumbang-ambing di lautan tanpa sebarang hala tujuam. Semenjak penemuan kapal tersebut disiarkan secara meluas di dada-dada akhbar, banyak kapal-kapal penangkap ikan melihat lembaga kapal The Octavius di Lautan Artik dan  ketika cuba di dekati, kapal tersebut dengan pantas hilang di dalam kabus. 

2. The Joyita
Pada tahun 1955, sebuah kapal telah disewa oleh sekumpulan nelayan seramai 25 orang untuk digunakan bagi menangkap ikan di perairan Pasifik Selatan. Dalam persetujuan antara pihak penyewa dan pemilik kapal, penyewa harus memberi laporan semasa setiap satu jam sekali, namun pada jam ke-7 kapal tersebut tidak melaporkan diri. Demi keselamatan anak kapal, maka pasukan mencari dan menyelamat telah ditugaskan untuk mencari kapal tersebut.
Hasil pencarian pasukan mencari dan menyelamat itu, kapal The Joyita telah ditemui 5 minggu kemudiannya terapung-apung sejauh 600 batu, atau 1000km dari tempat ia dilaporkan hilang.
Ketika kapal itu dijumpai, tiada seorang pun dari 25 anak kapal tersebut di temui. Pasukan mencari dan menyelamat turut menemui kerosakan yang dikatakan berpunca daripada perbuatan sekumpulan lanun yang telah menyerang kapal ini. Dari hasil siasatan pula, mereka turut menemui beberapa kesan darah di dek kapal, di mana kumpulan lanun dikatakan telah  membunuh semua krew kapal tersebut dan mayat mereka dilemparkan ke laut. 

3. The Lady Lovibond
Lady Lovibond merupakan sebuah kapal yang digunakan sepasang pengantin baru untuk percutian bulan madu mereka. Pada waktu yang sama, bebeberapa orang krew juga turut serta dalam kapal tersebut. Salah seorangnya adalah bekas kekasih si isteri yang tidak diketahui oleh si suami yang bernama Simon Peel. Kerana dendam kesumat, bekas kekasih si isteri tadi telah membunuh pasangan pengantin baru itu dan kesemua krew yang ada dengan belati. Setelah melakukan pembunuhan kejam tersebut, dia mengemudi  kapal tersebut ke kawasan batu karang bagi menenggelamkannya pada 13 Februari 1748.

Cerita seram laut itu masih ada hingga sekarang. Laporan terakhir dari para nelayan, mereka pernah melihat kapal tersebut pada tahun 1998 ketika melintasi kawasan batu karang iaitu tempat sama kapal tersebut tenggelam.

4. The Mary Celeste
The Mary Celeste, merupakan sebuah kapal dagang yang ditemui hanyut tanpa tujuan dan terapung-apung di Lautan Atlantik pada tahun 1872. Apa yang paling menyeramkan adalah ketika ia ditemui, kapal ini terapung di lautan tanpa seorang anak kapal, sedangkan semasa ia bertolak, kapal ini membawa puluhan anak kapal.

Penemuan lain menyatakan kapal ini berada pada keadaan yang sangat baik dan tidak ada sebarang kerosakan di dalam kapal bahkan layar kapal pun masih dalam keadaan elok tanpa sebarang kesan koyak. Cerita seram lain dari kapal The Mary Celeste adalah mengenai posisi barang-barang di dalam kapal tersebut yang masih elok pada tempatnya tanpa berubah sedikit pun.

Jika kapal ini dirompak, kemungkinan barang-barang berharga pasti ada yang hilang dan paling kurang pasti akan berlaku pergelutan yang boleh menimbulkan kerosakan, namun semua itu tidak ditemui pada kapal ini. Krew kapal ini bagaikan telah ghaib begitu saja secara misteri. Beberapa teori gila tentang kapal ini mula berkeliaran dari secara tidak sengaja memasuki perairan Segitiga Bermuda hinggalah diculik oleh makhluk asing, namun The Mary Celeste akan tetap menjadi sebuah misteri yang tidak dapat diselesaikan hingga kini. 

5. The Flying Dutchman
Ini merupakan kisah kapal berhantu yang paling terkenal di dunia iaitu The Flying Dutchman. Ia merupakan sebuah kapal dagang yang berasal dari Belanda pada tahun 1700-an untuk mengharungi lautan bagi melakukan perjalanan ke negara-negara jajahan kolonial pada ketika itu.

Tahukah kamu, pada tahun 1700-an, Terusan Suez masih belum dibina. Sekiranya kapal-kapal dagang dari benua Eropah ingin melakukan perjalanan ke benua Asia, mereka harus belayar mengelilingi benua Afrika, iaitu kawasan perairan paling sukar dilalui ketika dan dikenali sebagai Tanjung Harapan kerana disana merupakan perairan bagi pertemuan arus antara Lautan India yang panas dan Lautan Atlantik yang dingin. Hal ini telah menimbulkan fenomena arus laut yang paling ganas di dunia. Perairan ini dinamakan Tanjung Harapan kerana untuk melepasi tanjung ini, satu-satunya yang perlu dilakukan adalah berharap dan berdoa agar kapal tidak ditelan arus ganas tersebut.

Arus ganas itu akhirnya telah mendapat korbannya iaitu sebuah kapal yang diketuai oleh Van der Decken, seorang warganegara Belanda telah terperangkap ditanjung tersebut kerana ditelan arus laut yang kuat. Akibat kecewa kerana tidak mampu keluar dari arus tersebut, Kapten Van der Decken akhirnya menjadi gila sehingga tergamak membunuh isterinya yang kebetulan ada bersamanya sepanjang tempoh pelayaran. Tak berhenti di situ, ketika sudah kehilangan akalnya, Kapten Van der Decken bersumpah yang dia akan keluar dari pusaran arus raksasa yang lebarnya 300km akibat pertemuan 2 arus lautan itu, "walau sampai kiamat pun aku akan menemui jalan keluar dari laut ini". 

Tetapi, hal yang tidak dia ketahui tentang arus itu ialah kapal semasa zaman sekarang yang menggunakan kuasa mesin dan enjin pasti dengan mudah dapat keluar dari arus itu, lain halnya jika kapal yang berada di dalam arus itu adalah sebuah kapal layar tahun 1700-an, sudah pasti dia tidak akan mampu melakukannya. 
Akhirnya, kapal tersebut hilang di lautan dan hingga sekarang tak pernah ditemui. Ada cerita mengatakan bahawa Kapten Van der Decken telah dikutuk kerana sumpahnya. Sehingga kini, dia dikutuk untuk terus berada di lautan dan banyak cerita mengatakan melihat kemunculan kapal tersebut sehingga kini. 

p/s: Lautan merupakan kawasan yang menyimpan 1,001 kisah misteri..Sebab tu orang tua-tua pernah pesan, jangan terlampau seronok di tempat yang tak biasa kita pergi, kelak nanti mengundang padah..Seram kan? Hehehe..


No comments:

Post a Comment