MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND DAN JEPUN 
Pengenalan/Definisi Masyarakat Feudal
·     
  masyarakat yang tinggal dalam sesuatu komuniti dan
terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau pemerintah ke atas
golongan diperintah/bawahan. Kedua-dua golongan ini hidup mengikut susun lapis
yang ditetapkan berdasarkan keturunan dan hubungan di antara keduanya
berasaskan saling memerlukan antara satu sama lain.
·       
masyarakat feudal di England memperlihatkan raja
mempunyai kuasa mutlak dan berada pada kedudukan teratas, diikuti oleh count
(bangsawan), lord (tuan tanah), manor dan serf (petani)
   manakala masyarakat feudal di Jepun meletakkan maharaja
pada kedudukan tertinggi dan mempunyai kuasa yang tidak terbatas ke atas segala
aspek dalam pemerintahan termasuklah tanah. Namun demikian, maharaja telah
mewakilkan kuasa baginda kepada keluarga syogun dan dibantu oleh daimyo serta
samurai.
Ciri-ciri Masyarakat Feudal di England
1.    
Setiap serf (rakyat bawahan
biasanya petani) memberi   sumpah kesetiaan kepada golongan yang
lebih tinggi  daripada
mereka.   Golongan yang lebih tinggi ini ialah knight (pahlawan),
bangsawan (baron,  duke , lord) dan akhir sekali ialah Raja.
2.     Golongan bangsawan mempunyai
hubungan secara langsung dengan Raja. Punca kekayaan golongan ini ialah tanah
yang dianugerahkan oleh Raja. 
3.     Hubungan bertimbal balas (vassalage)
yang dibuat melalui persetiaan seseorang hulubalang sebagai pengikut (vassal)
kepada seseorang hulubalang lain yang diangkat sebagai tuan (lord)
kepada vassal tersebut.
4.     Harta feudal (fief),
kebiasaannya berupa tanah yang menjadi punca kekayaan kepada tuan tanah iaitu
raja dan golongan bangsawan. Tanah dikurniakan oleh raja kepada seseorang lord
kemudian lord pula akan memberikan tanah kepada vassalnya bertujuan untuk
mengikat persetiaan.
5.     Dalam aspek ketenteraan, wujud
kelas-kelas hulubalang dan perlaksanaan khidmat-khidmat ketenteraan
persendirian oleh vassal kepada lord sebagai penerimaan fief.
6.     Kuasa pemerintahan dan hak-hak
perundangan persendirian yang dimiliki dan dilaksanakan oleh lord terhadap
vassalnya serta ke atas rakyat yang berada di atas tanah-tanah kepunyaan lord.
Selain menguasai tanah, seseorang lord juga turut berkuasa ke atas sumber
ekonomi, pentadbiran, pelaksanaan undang-undang, mengutip cukai, mengawal
institusi ketenteraan dan institusi kewangannya.
Susun lapis masyarakat feudal di
England
1.     Masyarakat di England atau Eropah
terbahagi kepada dua golongan iaitu pemimpin dan yang dipimpin. Golongan
pemimpin terdiri daripada raja dan bangsawan. Susunan masyarakat feudalnya
berbentuk piramid iaitu raja atau pemimpin utama terletak di lapisan
paling tinggi. Di bawahnya terdapat beberapa lapisan para bangsawan yang
menjadi pengikut raja atau vassal yang memberi kesetiaan kepada raja. Golongan
bangsawan ini terbahagi kepada dua iaitu lapisan pertama dan kedua.
2.     Golongan Bangsawan lapisan pertama yang memiliki tanah (fief)
secara langsung daripada raja dikenali sebagai tenants-in-chief.
Bangsawan lapisan pertama pula membahagikan fief mereka kepada bangsawan
lapisan kedua. Proses ini dikenali sebagai subinfeudation . Bangsawan
lapisan ke dua seterusnya membahagikan fief mereka kepada bangsawan yang
lebih rendah daripadanya  atau golongan petani. Setiap bangsawan (Vassal)
berkuasa ke atas petani yang menentap difiefnya. Hampir kesemua petani terdiri
daripada serf yang bertaraf antara orang bebas dengan hamba.
3.     Golongan yang dipimpin pula merupakan golongan
rakyat biasa yang menetap di wilayah kekuasaan golongan bangsawan. Rakyat
biasa ini dikenali sebagai serf iaitu golongan bukan hamba tetapi tidak
bebas sepenuhnya. Mereka terikat kepada pemimpin atau tuan mereka dan tidak
bebas bergerak atau berpindah dari satu tempat ke tempat lain.Mereka bergantung
kepada golongan bangsawan untuk mendapatkan mata pencarian. Terdapat juga
petani bebas yang menyewa tanah daripada golongan bangsawan.
4.     Selain itu terdapat golongan
paderi yang merupakan satu kelas yang berasingan. Sebilangan besar daripada
mereka terdiri daripada  daripada golongan  bangsawan yang mempunyai
tanah sebagai Vassal dalam sistem feudal. .Menurut Ferguson dan Brunn, pada
abad ke-12 dan ke-13, hampir 1/3 daripada tanah yang boleh digunakan di Eropah
     barat di kawal oleh greja. Bishop, abot dan
pegawai-pegawai yang memegang jawatan penting dalam gereja biasanya adalah
golongan bangsawan.Justeru itu mereka sering campur tangan dalam pemilihan
jawatan bishop dan jawatan-jawatan lain untuk salah seorang dari ahli keluarga
mereka. Akibatnya pegawai-pegawai gereja terdiri daripada golongan yang
mementingkan meterial dan mempunyai dua tanggungjawab
Ciri-ciri Masyarakat Feudal di Jepun
1.     Sistem feudal juga dapat dilihat dengan
jelas di Jepun, iaitu maharaja yang berada di kemuncak  struktur
pemerintahan mempunyai kuasa yang  tidak  terhad ke atas segala aspek
di bawah pemerintahannya termasuklah tanah.  Hakikat ini dapat
dilihat  pada zaman Kamakura antara abad ke-12 dan 14, di mana
keluarga   Minamoto menjadi keluarga yang penting di Jepun.
 Keluarga ini mampu    membekalkan keperluan keselamatan
yang diperlukan  oleh maharaja dan  mereka turut menguasai tanah dan
segala penghasilannya.
2.     Sebagai ketua kepada keluarga Minamoto,
Yoritomo misalnya telah melantik mereka yang setia kepadanya mewarisi jawatan
jito atau pengurus  tanah dan bertanggungjawab mengutip cukai. Shugo
merupakan pegawai   yang bertanggungjawab memastikan agar semua
cukai di bayar walaupun kekerasan terpaksa digunakan. Sistem sebegini terus
kekal sehingga zaman Meiji apabila beberapa perubahan besar dilakukan.
3.     Menurut Abdullah Zakaria Ghazali, dalam
usaha  melihat sejarah sistem Feudal di Jepun, maka zaman Kamakura tidak
harus ditinggalkan kerana zaman ini merupakan akar kepada keberlangsungan
sistem feudal  yang hanya tamat pada pertengahan abad ke-19. Menurutnya
lagi, sistem feudal tumbuh subur di Jepun kerana kewujudan estate persendirian
yang dikenali sebagai syo atau syoen. Pertumbuhan estet-estet
persendirian ini telah dipercepatkan oleh kemerosotan golongan aristokrat
dan kebangkitan golongan perwira  (buke).Golongan ini memberi taat setia
kepada Kamakura dan hasil   daripada ketaatsetiaan ini 
menyebabkan mereka mendominasi jawatan  jito serta shugo. Gabungan
organisasi inilah yang menjadi asas kepada  kemunculan sistem feudal di
Jepun.
4.     Sehubungan itu kita dapat melihat sistem
feudal di Jepun telah melahirkan dua golongan yang saling bergantung
 antara satu sama lain, iaitu golongan birokrasi pemerintahan dan golongan
tentera. Golongan birokrasi   pemerintahan  termasuklah
tuan-tuan tanah atau daimyo yang bertanggungjawab  menyumbangkan
sebahagian daripada hasil tanah kepada maharaja. 
5.     Selain itu perjalanan sistem feudal di
Jepun agak unik dan berbeza dengan negara lain. Ini disebabkan wujud
keterikatan yang kuat antara golongan daimyo dengan tentera dan petani ,
manakala maharaja tidak mempunyai  sebarang peranan. Kemunculan
golongan tentera khusus (profesional) di Jepun begitu berpengaruh dalam
menentukan hala tuju  pemerintahan.   Golongan  daimyo
merupakan kelompok yang sangat berkuasa di Jepun dan kuasanya dikatakan
mengalahkan kuasa maharaja.
6.     Golongan tentera mempunyai  
kebolehan yang besar dalam peperangan dan digunakan oleh golongan bangsawan
sama ada untuk mempertahankan hak milik mereka    atau
menjaga   keselamatan   tuan-tuan mereka.   Kekuatan
ketenteraan  ini menjadi tulang belakang kepada kebangkitan daimyo di
Jepun sehingga maharaja tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya.
 Susun lapis masyarakat feudal di
Jepun
1.    
Struktur sistem feudal di Jepun berbentuk piramid yang
terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan
pemerintah adalah Maharaja, Shogun, Daimyo dan Samurai. Golongan diperintah
terdiri   daripada  petani, tukang  dan saudagar. Sistem
ini dapat dilihat dengan jelas semasa pemerintahan Shogun Tokugawa.
2.    
Dalam hierarki pemerintahan di Jepun Maharaja
menduduki lapisan teratas. Namun semasa pemerintahan Shogun Tokugawa Maharaja
Jepun tidak mempunyai kuasa untuk mentadbir. Baginda hanya menjadi lambang
perpaduan rakyat. Kuasa pemerintah terletak kepada Shogun Tokugawa. 
Shogun menjalankan tugas atas nama maharaja melalui dasar pecah dan 
perintah. Hal ini dilakukan supaya kuasa dan kedudukan Shogun  terjamin.
Shogun telah membahagikan kawasan pemerintahan berdasarkan  golongan 
bangsawan atau Daimyo yang penyokong dan menentangnya. Daimyo yang
menyokong Shogun akan diberi tanah manakala bangsawan yang menentangnya
ditempatkan di  kawasan yang akan dikawal oleh sekutu Tokugawa.
3.    
Daimyo merupakan golongan bangsawan yang mempunyai
peranan penting dalam pentadbiran Tokugawa. Mereka terbahagi kepada tiga
kumpulan iaitu daimyo Fudai, Daimyo Shimpan dan Daimyo Tozama. Daimyo Fudai
ialah ahli keluarga Shogun Tokugawa dan telah dikurniakan tanah  yang
berhampiran kediaman Shogun. Daimyo Shimpan terdiri   daripada pelbagai
cabang keluarga Tokugawa. Mereka diberi tanah tidak jauh   daripada
Shogun. Daimyo Tozama terdiri daripada mereka yang   memusuhi Shogun.
Mereka telah ditempatkan jauh  daripada Shogun   untuk mengelak
ancaman daripada mereka.
4.    
Samurai merupakan kelas panglima. Mereka mempunyai
kedudukan istimewa. Mereka berfungsi sebagai penjaga keamanan negara dan
Daimyo. Mereka tidak dibenarkan melakukan kerja lain.
5.    
Dalam kalangan rakyat biasa,petani (nomin) menduduki
tempat yang tertinggi. Hal ini kerana mereka merupakan pengeluar beras
yang menjadi bahan makan rakyat Jepun dan sebagai balasan mereka diberi upah
hanya secukup makan sahaja kerana hasil beras untuk negara. Jepun telah
menjalankan dasar tutup pintu ini menyebabkan rakyat hanya bergantung kepada
beras yang dikeluarkan oleh petani sahaja.
6.    
Kelas tukang-tukang mahir (artisan) berada dibawah
petani. Mereka mahir dalam pembuatan pedang dan alat-alat lain yang berguna.
Mereka diberi gaji yang baik dan diberi rumah yang baik. Mereka dibenarkan
menggunakan pedang.
7.    
Kelas pedagang (chonin) terletak dibawah artisan.
Mereka dipandang rendah dan tidak dibenarkan berlaku mobiliti sosial. Namun
keadaan aman telah menyebabkan ekonomi berkembang dan para pedagang telah
berjaya mengumpul harta yang banyak. Mereka kemudian telah memperbaiki status
diri mereka.
Perbandingan ciri-ciri masyarakat feudal
di England dan Jepun
Persamaan:
1.     Konsep masyarakat feudal yang berasaskan
saling memerlukan antara golongan pemerintah dan golongan diperintah dan berbentuk
piramid
2.    
Pembentukan masyarakat adalah berdasarkan keturunan
dan sistem kelas
3.    
Kurang perubahan status atau mobiliti sosial
4.    
Peperangan adalah fenomena biasa dalam kalangan
masyarakat
5.    
Peralatan peperangan adalah bersifat tradisional iaitu
menggunakan kuda, pedang dan baju perisai
Perbezaan:
1.     Masyarakat feudal di England menekankan
hak, undang-undang dan kewajipan manakala di Jepun menekankan aspek moral,
kesetiaan dan dipengaruhi oleh etika Confucius
2.     Pembinaan istana di England menggunakan
batu manakala di Jepun menggunakan kayu
3.     Kuasa pemerintahan dikongsi dalam badan
perwakilan di England tetapi di Jepun 
4.     kuasa dan kesetiaan adalah sesuatu yang
mutlak
5.     Di  England, sesiapa boleh memiliki
tanah asalkan berjasa kepada pemerintah (Knight)  tetapi di Jepun golongan
samurai tidak berhak untuk mempunyai tanah
6.     Di  England, penyatuan rakyat
dijalankan oleh Raja tetapi di Jepun ia dilaksanakan oleh ketua tentera
Soalan-soalan Perbincangan:
1. Huraikan konsep dan ciri-ciri feudalisme di England
dan Jepun.
2. Bincangkan susun lapis masyarakat feudal di England
dan Jepun
3. Bandingkan ciri-ciri feudalisme di England dan
Jepun
 
.jpg) 
 
 
 

Menarik info nya