Kata-Kata Indah

Tuesday, 31 July 2018

Program Lawatan (Masyarakat Sivil) UMS ke RAY Tambunan

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.
Pada entri kali ini saya ingin berkongsikan tentang satu program yang dijalankan oleh pelajar UMS dibawah subjek "Civil Society & Development" iaitu salah satu subjek elektif dalam FPEP. Program ini merupakan projek assignment bagi subjek ini dan juga antara tujuan penganjurannya adalah  untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa/i kepada persekitaran luar kampus, membantu mereka yang kurang bernasib baik diluar sana serta melahirkan mahaiswa/i yang mapan bukan sahaja dari sudut intelektual namun juga dalam penglibatan dalam gerakan sosial.
SESI MEMPERKENALKAN DIRI KEPADA PELAJAR RAY TAMBUNAN
Penasihat bagi program ini ialah Dr. Janice Nga iaitu pensyarah bagi subjek ini. Segala perancangan telah dibuat awal yang melibatkan penulisan proposal, pencarian tajaan dan dana, proses menghubungi pihak Rumah Anak Yatim, Tambunan serta pengurusan kenderaan ke Tambunan. Seramai 42 pelajar termasuk pensyarah terlibat dalam program ini. Antara keunikan program ini adalah ia turut disertai oleh pelajar antarabangsa yang berasal dari China.

Antara pengisian dalam program ini adalah pemberian sumbangan tilam dan bantal serta aktiviti perkongsian bersama dengan penghuni Rumah Anak Yatim ini. Segala pengisian ini telah dirancang awal dan dikendalikan oleh seorang ketua dengan bantuan AJK yang lain. Pelbagai masalah dihadapi dalam melaksanakn program ini namun dengan kerjasama serta bantuan penasihat program, akhirnya program ini dapat dijalankan dengan jayanya.

Disamping itu, pengurus RAY Tambunan sangat mengalu-alukan kedatangan pihak UMS dan berharap program sebegini diteruskan pada masa hadapan. Tambahan pula, beliau sangat gembira dan terharu dengan penglibatan alumni RAY iaitu Almin bin Sani yang menjadi contoh pelajar yang berjaya melangkah ke menara gading. Saya akan berkongsi gambar-gambar semasa program berlangsung.
SENAMROBIK BERSAMA PESERTA
SESI SUAI MESRA BERSAMA PESERTA
ADMIN SEBAGAI PHOTOGRAPHER
BERSAMA GENG MAKAN MAGGI

ICE BREAKING DALAM KUMPULAN

SESI PENERANGAN TENTANG PERJALANAN AKTIVITI

JEJAKA BAKAL PENGURUS

AKTIVITI DALAM KUMPULAN

AKTIVITI DALAM KUMPULAN

PERKONGSIAN DARIPADA PELAJAR DARI CHINA


AKTIVITI DALAM KUMPULAN

PENGENALAN BUDAYA CHINA

PENGENALAN PERMAINAN DARI CHINA

SESI TUNJUK AJAR OLEH PELAJAR DARI CHINA

PELAJAR ANTARABANGSA YANG SANGAT MESRA

KESIBUKAN MENGURUS NAMUN PUAS

PERSEMBAHAN KUMPULAN OLEH PESERTA BERSAMA AJK


ALUMNI RAY TAMBUNAN YANG JUGA PELAJAR UMS

GAMBAR BERAMAI-RAMAI 1

GAMBAR BERAMAI-RAMAI 2


No comments:

Post a Comment