1.3 MASYARAKAT MARITIM DI JEPUN
Maksud Masyarakat Maritim
Masyarakat maritim bermaksud masyarakat yang memberikan tumpuan utama terhadap perdagangan dan kegiatan yang berkaitan dengan laut. Masyarakat ini mempunyai pelabuhan sebagai tempat untuk menjalankan kegiatan perdagangan atau kegiatan kelautan. Pelabuhan ini akan dilengkapi dengan berbagai-bagai kemudahan seperti bekalan air, tempat tinggal, tempat menyimpan barang dan kawasan untuk berjual beli. Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang tinggal di pesisir pantai, menjalankan aktiviti perdagangan, membuat kapal, menangkap ikan dan mengutip hasil laut. Penduduk peribumi Jepun dikenali sebagai Ainu manakala yang lainnya adalah pendatang dari Tanah Besar Asia yang menetap di pesisir pantai membentuk masyarakat maritim.
Bagi negara Jepun, dasar pemerintahan yang dijalankan hanya menumpukan aktiviti perdagangan dengan negara China dan negara-negara Asia Tenggara bagi mengawal rakyatnya serta daimyo-daimyo di bawah kekuasaan shogun. Abad ke 16 Oda Nabunaga (1534-1582) telah berjaya menyatukan Jepun dan menyedari kepentingan mengadakan hubungan dengan Barat dan ini telah merancakkan perdagangan Jepun. Jepun juga membuka pintu negaranya kepada negara barat tetapi mengadakan perdagangan secara terhad dengan pelbagai peraturan tertentu. Abad ke 16, pedagang-pedagang dan mubaligh dari Eropah telah datang dan mula bertapak di Jepun. Abad ke17, Jepun mengamalkan dasar tutup pintu iaitu hubungan dengan Barat dijalankan secara terhad, penganut Kristian mula ditindas dan orang-orang Jepun dilarang ke luar negara.
Ciri-Ciri Masyarakat Maritim Jepun.
1. Kegiatan
Ekonomi Berasaskan Kelautan.
Masyarakat Jepun terlibat dengan kegiatan
penangkapan ikan. Harold M. Vinacke mengatakan makanan orang yang sama penting
dengan nasi ialah ikan, mengutip hasil laut seperti mutiara, perdagangan,
membaiki dan membuat kapal. Perikanan merupakan pekerjaan utama penduduk
Jepun kerana makanan kedua selepas nasi bagi masyarakat Jepun ialah ikan. Nelayan
Jepun juga adalah penyelam mutiara yang handal.
2. Lokasi
Petempatan Di Pesisir Pantai.
Lebih kurang 97% wilayah daratan Jepun berada
di keempat-empat pulau terbesarnya iaitu Hokkaido, Honshu (pulau
terbesar), Shikoku,
dan Kyushu. Sebanyak
72% pulau-pulau di Jepun bergunung-gunung, dan sebahagian di antaranya
merupakan gunung berapi.
Masyarakat maritim Jepun tinggal di pesisir pantai seperti di perkampungan
nelayan di Yokohama dan menetap di kawasan-kawasan bandar-bandar pelabuhan
seperti di Nagasaki, Nagoya, Hiroshima dan lain-lain bandar pelabuhan.
3. Masyarakat
pelbagai Budaya.
Jalinan perhubungan dengan masyarakat
antarabangsa menyebabkan masyarakat Jepun menerima pelbagai pengaruh budaya
luar seperti pengaruh agama Kristian yang dibawa oleh mubaligh-mubaligh
Kristian Portugis, agama Buddha dan Confucius dari China serta Shinto yang
merupakan kepercayaan tempatan. Di bandar-bandar pelabuhan pula terdapat
pedagang-pedagang Portugis, Sepanyol dan China. Sebelum pengamalan dasar tutup
pintu, mubaligh Kristian dibenarkan menjalankan aktiviti penyebaran agama
Kristian dan mendirikan gereja bagi menjalankan kegiatan agama mereka.
4. Menguasai
Ilmu Kelautan Dan Pelayaran.
Masyarakat maritim Jepun menguasai ilmu
pelayaran mereka belayar hingga ke Australia, Asia Tenggara, Amerika Selatan,
Korea dan China. Mereka mampu membina kapal besar meredah lautan. Kapal
mohor merah (Shuinsen) adalah kapal layar
bersenjata pedagang Jepun yang
berlayar dalam perdagangannya ke pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara, di awal pemerintahan Keshogunan Tokugawa. Antara
1600 dan 1635, lebih dari 350 kapal Jepun melakukan pelayaran dagang ke luar
negeri.
5. Pelabuhan Entreport.
Masyarakat Jepun mengendalikan perdagangan
melalui pelabuhan entreport Kyushu, Shimoda, Hokodate dan Nagasaki. Para
pedagang Jepun pada abad ke-16, telah mengeksport perak, berlian, tembaga, pedang, dan
barang-barang lainnya. Jepun juga telah mengimport sutera Cina
dan produk-produk Asia Tenggara (seperti gula dan kulit rusa). Lada dan rempah-rempah jarang
diimport oleh Jepun kerana masyarakatnya tidak banyak makan daging.
Pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara menjadi tempat pertemuan antara kapal-kapal
Jepun dan China.
6. Menerima
Pengaruh Luar.
Sebelum dasar tutup pintu abad-17,
masyarakat maritim Jepun mudah menerima pengaruh luar seperti agama Buddha,
Confucius dan agama Kristian. Para pedagang dan mubaligh Jesuit dari Portugal pertama kali
tiba di Jepun, lalu memulakan kegiatan pertukaran perniagaan dan kebudayaan
antara Jepun danDunia Barat (Perdagangan
dengan Nanban). Penganut
Kristian bebas menjalankan aktiviti mereka dan mubaligh juga bebas berdakwah.
Malah tulisan Jepun berasal dari huruf China dan kosa kata Bahasa Jepun juga
menerima pengaruh bahasa Portugis. Orang Jepun ketika itu menggelar orang asing
dari Dunia Barat sebagai namban yang bererti kaum gasar
dari selatan.
Perkembangan Masyarakat Maritim Di Jepun.
1. Di
zaman pemerintahan Ashikaga, masyarakat Jepun telah mengalami perubahan ekonomi
seperti perdagangan, pembuatan kertas, pengeluaran kain, barangan logam, tenunan
dan sebagainya yang sedang berkembang maju.
2. Pada
abad ke-16, masyarakat Jepun telah mengadakan hubungan perdagangan dengan
pedagang Portugal. Menjelang tahun 1550, ramai pedagang Portugal memasuki Jepun
dan menjalankan aktiviti perdagangan. Hubungan yang terjalin turut membawa
masuk teknologi barat seperti teknologi kapal, teknik perang, persenjataan,
kesenian dan berlaku penyebaran agama Kristian.
3. Pada
tahun 1570, Shogun Ashikaga telah menanda tangani satu perjanjian perdagangan
dengan pedagang Portugal. Melalui perjanjian ini, pedagang Portugal dibenarkan
berdagang di pelabuhan Nagasaki dan perkara ini telah mendorong berlaku
peningkatan perdagangan dengan dunia luar dan menjadi pintu keluar bagi
pedagang Jepun untuk ke luar negara.
4. Perkembangan
ekonomi ini telah menyebabkan beberapa buah bandar semakin berkembang sebagai
pusat ekonomi seperti Kyoto, Osaka, Seto dan Edo. Bandar diraja Kyoto telah
menjadi pengeluaran barangan kraf tangan dan kekal sebagai bandar raya terbesar
di Jepun. Bandar Osaka pula telah menjadi bandar perdagangan dan perindustrian.
Manakala bandar Seto di wilayah Owari telah menjadi pusat pengeluaran barangan
tembikar di Jepun. Kemudian muncul pula bandar Edo sebagai bandar baru dan berjaya
mengatasi bandar-bandar lama.
5. Masyarakat
Jepun telah mengimport barangan tropikal dari Asia Tenggara, barangan sutera,
tembikar, buku, lukisan dan wang tembaga daripada China. Menjelang abad ke-15
dan 16, Jepun telah mengeksport sejumlah barangan siap ke China dan
negara-negara lain seperti pedang, kipas berlibat dan pemidang. Kipas berlipat
dan pemindang mendapat permintaan yang tinggi di China.
6. Pada
zaman pemerintahan Shogun Ieyasu, Jepun mengamalkan dasar terbuka dalam perdagangan
dengan negara luar dengan harapan Jepun akan memperolehi keuntungan daripada
persaingan Barat dalam perdagangan. Shogun Ieyasu mengharapkan bantuan teknikal
dan perdagangan dengan Sepanyol di Filipina dalam kepakaran perlombongan dan
pembinaan kapal. Oleh itu Ieyasu telah mengutuskan surat kepada Sepanyol tetapi
malangnya gabenor Sepanyol di Filipina lambat memberi jawapannya dan hal ini
telah menyebabkan Ieyasu marah. Perkara ini telah mendorong Shogun Ieyasu
memberi perhatian pula kepada kedatangan pedagang British dan Belanda.
7. Walaupun
Jepun mengadakan hubungan perdagangan dengan negara barat, tetapi
hubungan yang terjalin adalah secara terhad. Perkembangan perdagangan di Jepun
dengan negara luar seperti dengan Portugal, British, Belanda dan Sepanyol pada
abad ke-16 dan 17 telah menggalakkan penggunaan mata wang perak bagi
mengantikan penggunaan beras dan kain sebagai tukaran di Jepun. Penggunaaan
mata wang perak ini telah menggalakkan lagi aktiviti perlombongan perak, perak
dan emas.
8. Perkembangan
ekonomi wang telah mempercepatkan kemajuan perdagangan tempatan dan luar negara
terutamanya dengan China. Namum hubungan perdagangan antara Jepun dengan China
terputus akibat serangan lanun Jepun ke atas China. Oleh kerana Jepun mahukan
barangan sutera dan mewah China manakala China pula memerlukan barangan perak
Jepun maka mereka menjadikan pedagang Portugal di Macau sebagai orang tengah
dalam hubungan perdagangan.
9. Perkembangan
ekonomi ini juga telah membawa kepada pengkhususan pekerjaan dan telah membawa
pertambahan jumlah bilangan golongan tukang (artisan) dan saudagar. Persatuan
mula muncul terutama persatuan kewangan (mujinko).
10. Perubahan
pesat ekonomi perdagangan di Jepun telah membawa perubahan dalam kehidupan
golongan samurai. Sebelum ini golongan samurai bergantung hidup dengan menerima
pendapatan berbentuk berguni-guni beras daripada shogun dan daimyo telah
menjualnya kepada golongan saudagar di Osaka. Perkara ini telah menyebabkan
golongan saudagar menjadi semakin kaya di Jepun walaupun dalam sistem feudalnya
berada tahap paling rendah.
11. Pada
abad ke-17, muncul ramai golongan pedagang yang cekap dan berpengalaman serta
golongan peminjam wang di bandar seperti Mitsui yang mempunyai syarikat
persendirian.
12. Di
Jepun juga telah berlaku perkembangan dalam penghasilan barangan tembikar yang
halus dan barangan porselin yang cantik. Teknik pembuatan tembikar telah
diperolehi daripada pembuat tembikar Korea dan telah menjadi industri penting
di Jepun. Industri tekstil turut berkembang pesat di Jepun terutama dalam
penghasilan broked sutera yang cantik. Jepun juga menghasilkan secara
besar-besaran barangan laker yang bermutu dan mempunyai
hiasan yang indah.
13. Walau
bagaimanapun perkembangan perdagangan di Jepun terhenti apabila Shogun Tokogawa
telah mengubah dasar pemerintahan Jepun daripada dasar buka pintu kepada dasar
pemencilan secara relatif dari dunia luar pada tahun 1638 kerana timbulnya
perasaan syak wasangka terhadap orang barat.
14. Segala
aktiviti perdagangan telah diharamkan dan semua orang asing atau pedagang asing
di halau keluar dari Jepun. Ini terdapat dalam arahan larangan yang dikeluarkan
pada tahun 1633, 1635 dan 1639. Antara larangan yang dibuat ialah melarang
kapal-kapal Jepun meninggalkan negara, rakyat Jepun juga dilarang meninggalkan
negara dan mengharamkan kapal-kapal asing masuk ke Jepun.
MASYARAKAT MARITIM DI PORTUGAL
Pengenalan
Masyarakat maritim bermaksud masyarakat
yang memberikan tumpuan utama terhadap perdagangan dan kegiatan yang berkaitan
dengan laut. Masyarakat ini mempunyai pelabuhan-pelabuhan sebagai tempat untuk
menjalankan kegiatan perdagangan atau kegiatan kelautan yang dilengkapi dengan
pelbagai kemudahan seperti bekalan air, tempat tinggal, tempat menyimpan barang
dan kawasan untuk berjual beli. Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang
tinggal di pesisir pantai, kepulauan dan di lembah sungai bagi memudahkan mereka
menjalankan aktiviti perdagangan, membuat kapal, menangkap ikan dan mengutip
hasil laut.
Semasa pemerintahan Putera Henry (Henry
The Navigator), kerajaan Portugal telah menjadi kuasa maritim yang terunggul di
Eropah pada abad ke-15. Putera Henry bersungguh-sungguh mempromosi kegiatan
penjelajahan melalui penubuhan Akademi Laut di Sagres. Melalui akademi ini
beliau telah mengundang ahli pelayaran, pakar matematik, kartografi dan
astronomi dari luar negara untuk memberi tunjuk ajar kepada pelaut Portugal.
Usaha Putera Henry ini telah memunculkan ramai kelasi atau pelayar Portugal
telah menjelajah ke selatan sehingga ke Cape Verde di sebelah pantai barat
benua Afrika.
Ciri-Ciri Masyarakat Maritim Portugal
1. Lokasi
di pesisiran pantai
Portugal merupakan kerajaan pertama di
Eropah mula menjalankan penerokaan tanah baru yang serius melalui aktiviti
pelayaran ke dunia luar. Hal ini berlaku kerana Portugal mempunyai geografi
tempatan di Lautan Atlantik, mempunyai pantai yang panjang dan memiliki pelabuhan
yang baik seperti Lisbon. Selain daripada itu, Portugal tidak menghadapi
persaingan dengan negara-negara Eropah yang lain seperti Sepanyol yang masih
belum teguh dan bersatu padu, Itali pula masih tidak bersatu, Belanda
menghadapi masalah dalam negara, manakala negara England dan Perancis terlibat
dalam Perang 100 Tahun. Keadaan ini telah memberi peluang kepada Portugal untuk
muncul sebagai negara maritim yang terunggul ketika itu.
2. Terdapat
pelabuhan pembekal
Portugal mempunyai pelabuhan yang menjadi
tumpuan pedagang-pedagang Eropah iaitu pelabuhan Lisbon dan Antwerp. Portugal
menjadikan pelabuhan-pelabuhan ini sebagai pusat pengeksportan dan pengeluaran
barangan dagangan Portugal. Dalam masa 30 tahun, Portugal berjaya menembusi
pasaran rempah-ratus yang dikuasai oleh pedagang Venice di Itali. Portugal
berhasrat untuk menguasai perdagangan rempah kerana pada abad ke-15, pedagang
Islam telah menjual barangan dari Timur kepada pedagang di Venice dengan harga
yang tinggi. Pedagang di Venice pula bertindak sebagai orang tengah pula telah
menjual barangan tersebut kepada pedagang Eropah yang lain dengan harga yang
lebih tinggi. Oleh itu, dengan menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi akan
membawa kepada penguasaan perdagangan rempah-ratus dan boleh mengambil alih
peranan pedagang Venice sebagai orang tengah.
3. Memiliki
pelabuhan entrepot
Menjelang abad ke-16, kapal-kapal Portugal
sentiasa belayar ke Timur Jauh menggunakan Tanjung Pengharapan dan membawa pulang
rempah-ratus, lada hitam, sutera dan batu permata. Mereka juga berjaya membawa
hasil hutan seperti kayu kayan dan bahan pencelup dari Brazil. Portugal juga
telah membuka ladang tebu, menjalankan penanaman tembakau, menternak lembu dan
kuda untuk diperdagangkan. Ini semua telah memberikan keuntungan kepada
masyarakat Portugal. Pelabuhan Lisbon juga telah menjadi pusat agihan
rempah-ratus kepada pedagang-pedagang Eropah yang lain bagi menggantikan
pelabuhan Venice di Itali.
4. Mampu
membuat perahu dan kapal layar
Masyarakat maritim Portugal mempunyai
teknologi membuat kapal walaupun kapal yang dibina lebih kecil daripada kapal
buatan China. Kapal orang Portugal yang dibina mempunyai dasar yang lebih dalam
dan badan kapal yang agak bulat sesuai untuk perjalanan di Lautan Atlantik.
5. Mempunyai
kemahiran dalam ilmu pelayaran dan mencari jalan ke Timur
Masyarakat maritim Portugal mempunyai
kemahiran dalam ilmu pelayaran hasil usaha Putera Henry. Beliau mahu orang
Portugal mahir dalam bidang pelayaran untuk menguasai kekayaan di Afrika.
Tujuan lain ialah mencari Prester John yang menjadi raja sebuah kerajaan
Kristian di Afrika bagi mendapatkan bantuannya untuk menguasai kerajaan Islam
di Maghribi.
Usaha Putera Henry ini telah berjaya
melahirkan ramai pelayar Portugal seperti Bartholomew Diaz, Vasco da Gama dan
Alfonso de Albuquerque. Mereka telah berjaya menjelajah ke selatan sehingga ke
Cape Verde di sebelah pantai Barat benua Afrika. Bartholomew Diaz telah belayar
dan sampai ke Cape of Good Hope iaitu bahagian paling selatan di Afrika pada
tahun 1487. Vasco da Gama pula berjaya mengelilingi Tanjung Pengharapan pada
tahun 1497 dan seterusnya telah sampai di Malindi (1487) dan seterusnya beliau
telah belayar ke Kalikat (1499). Selepas itu beliau telah kembali ke Lisbon
dengan membawa penuh muatan barangan daripada Timur.
Pada tahun 1511, Lopez de Sequeire telah
berjaya menguasai Melaka dan ini membolehkan Portugal menguasai jalan
perdagangan di Lautan Hindi. Pada tahun 1542, orang Portugal berjaya memasuki
negara Jepun melalui pelabuhan Kyushu. Pada tahun 1570, satu perjanjian telah
ditandatangani antara pedagang Portugal dengan Shogun Ashikaga iaitu mereka
dibenarkan berdagang di pelabuhan Nagasaki.
Seterusnya
pedagang Portugal telah sampai ke pelabuhan Canton di China pada tahun 1517.
6. KEMAJUAN
TEKNOLOGI PELAYARAN
Masyarakat maritim Portugal juga mempunyai
teknologi pelayaran yang diambil daripada negara lain seperti penemuan baru
seperti peta Benua Eropah (kartografi), kompas magnetik, reka bentuk kapal,
memiliki teknologi senapang dan meriam, dan astrolab.
Pelayar Portugal mempunyai catatan wilayah
baru di atas peta dan seni catatan peta yang tepat dalam peta gaya baru. Mereka
juga mempunyai teknologi kompas yang diambil daripada orang Cina. Kompas ini
menunjukkan utara iaitu satu petunjuk penting bagi kapal-kapal yang belayar
dari timur ke barat. Orang Portugal juga mempunyai teknologi membina kapal yang
baik sesuai untuk belayar di Lautan Atlantik dan memiliki astrolab hasil
ciptaan orang Arab yang membenarkan seorang kapten kapal laut mengagak
kedudukan kapal mereka sejauh mana dari garisan Khatulistiwa. Masyarakat
maritim Portugal juga memiliki teknologi senjata api seperti senapang dan
meriam. Mereka menggunakan bahan letupan daripada China dan kemudian diubah
suai dengan ciptaan senjata api mereka. Senjata api digunakan semasa pelayaran
untuk menakutkan dan mengalahkan musuh-musuh yang ditentang.
Kesimpulan
Masyarakat Portugal berjaya membina sebuah
empayar perdagangan serta menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi selama
lebih daripada satu kurun.
Masyarakat Portugal berjaya menjadi perintis
dan meluaskan kekuasaan kerana tidak perlu bersaing dengan pihak lain di Eropah
pada masa tersebut .
Pusat perdagangan hanya didirikan di kawasan
pantai sahaja bukannya kawasan pedalaman
follow me back please...
ReplyDelete