Assalamualaikum, Salam Sejahtera.
Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi kemeriahan aktiviti bonding pelajar keusahawanan UMS di Polumpung, Melangkap. Aktiviti ini sebenarnya sudah lama dirancang namun kerana kesibukan kampus dengan assignment dan program yang membukit, ianya ditunda dan terus ditunda. Akhirnya, ianya berjaya dilaksanakan apabila group whatsapp terus-menerus menanyakan "BAH BILA?". Pelbagai persediaan telah kami lakukan seperti membeli bahan untuk memanggang, beli makanan tambahan, menempah tapak perkhemahan dan sebagainya.
Kami bergerak ke lokasi perkhemahan pada petang Sabtu, 25/2/2018 dengan 3 kenderaan. Keadaan sedikit mengecewakan ketika sampai ke lokasi kerana hujan turun dengan lebatnya, kawasan tanah juga dipenuhi air. Dalam masa yang sama, berlaku kekurangan khemah kerana tempahan penuh saat akhir. Namun sebagai persediaan, kami ada membawa khemah lipat sebagai persediaan jika berlaku keadaan yang tidak diingini ini.
Keadaan hujan yang lebat tidak melemahkan semangat kami untuk bergembira, saya dan kawan-kawan yang terlebih dahulu sampai ke lokasi terus bermandi hujan dan terjun ke sungai seperti tiada hari esok, kesejukkannya hanya Tuhan yang tahu. Selepas menunggu hujan berhenti kami memasang khemah serta menyediakan tempat untuk memanggang. Sebenarnya agak sukar untuk memasang api kerana semuanya basah oleh hujan. Mujur kami ada membawa dapur gas mudah alih, kecil tapi bermanfaat.
Selepas mendirikan khemah, kami mula memanggang sayap ayam dan sosej. Para gadis pula menyediakan makanan dan menyusun barang-barang. Yang lain pula masih berendam di sungai memikirkan assignment yang belum siap. Namun mereka dipanggil untuk ke darat kerana amaran kepala air dari hulu sungai. Berikut merupakan detik-detik yang tidak dapat dilupakan dalam aktiviti ini.
BAKAL USAHAWAN SEDANG MELOMPAT
USAHAWAN PENJUAL AYAM PANGGANG
2 JAM PASANG API
KHEMAH KEHIDUPAN
PARA GADIS SEDANG BERGEMBIRA
GENG FIRST CLASS
KAMPUNG-KAMPUNG IS NICE
PENAT IS REAL
AKTIVITI MALAM: CERITA KOSONG DAN PECAH RAHSIA
KHEMAH BASAH, BERATAPKAN LANGIT PUN BOLEH
PHOTOGRAPHER OF THE DAY
MEMIKIRKAN BILALAH MAU NAIK GUNUNG TU
UPDATE: MT KINABALU CONQUERED ON 15/3/2018
GEGADIS SEDANG MENYEDIAKAN SARAPAN PAGI
BAWANG-BAWANG DI SUNGAI
BAWANG-BAWANG DI SUNGAI 2
MENYELEMATKAN SYED YANG SEDANG HANYUT
SYED TERSELAMAT DAN BUAT "PEACE"
GEGADIS SEDANG BERGEMBIRA
POLIGAMI IS REAL
MAKHLUK AIR BERGEMBIRA
DAN TERUS BERGEMBIRA
BAKAL MANAGER SEDANG MEMBINCANGKAN PROJEK 2.6 JUTA
AIR DERAS SEDERAS CINTA
BERGEMBIRA 1
BERGEMBIRA 2
TUKANG MASAK OF THE DAY
MASAKAN LELAKI LAGI SEDAP, BUUU
PAGI YANG HENING DAN SEJUK
RENDAMAN TERAKHIR SEBELUM PULANG
SESI GAMBAR-GAMBAR ATAS BATU
HE04 DIHATIKU
CENDOL-CENDOL DULU SEBELUM BALIK UMS
Post a Comment