Semua Tentang HE04 Keusahawanan UMS

    Author: Unknown Genre: »
    Rating

    Assalamualaikum, Salam Sejahtera.
    Seperti yang dihebohkan, keputusan UPU kemasukan 2018/2019 baru sahaja keluar. Mesti semua bakal mahasiswa/i berdebar-debar menunggu keputusan dimana destinasi pengajian mereka seterusnya. Ia adalah fasa yang dilalui oleh semua siswa/i termasuk juga diri saya yang merupakan pelajar tahun akhir di UMS. Segala debaran akan menjadi sebuah titik kepuasan apabila mereka (bakal mahasiswa/i) berjaya menempatkan diri di mana-mana UA (Universiti Awam). 

    Saya percaya ramai yang telah mendapat tawaran daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS). Oleh itu, saya sebagai pelajar HE04 (final year, sekarang sedang intern) rasa terpanggil untuk berkongsi tentang kursus HE04 Entrepreneurship/Keusahawanan ini. Mungkin perkongsian ini boleh membantu mereka diluar sana tentang apa sebenarnya kos ini, subjek apa yang diajar serta pensyarah-pensyarah yang akan mengajar.
    LOGO HE04 ENTREPRENEURSHIP
    Baiklah, kos HE04 Keusahawanan merupakan salah satu daripada 10 kos yang berada dibawah Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan. Ia merupakan kos yang berada di bawah bidang (Perniagaan) termasuk dengan HE10 kos Marketing dan HE08 Hotel Management. Dalam hal ini, dalam kos ini, ia memfokuskan kepada penekanan dan penerapan kepada aspek-aspek keusahawanan. Para pelajar akan didedahkan dengan aspek bagaimana menganalisis, membuka, merancang serta menjalankan perniagaan dengan baik dalam SME (Small Medium Enterprise). Sebagai contoh, pelajar akan didedahkan secara mendalam tentang cara menganalisis persekitaran perniagaan sama ada melalui faktor dalaman atau luaran.

    Disamping itu, selain didedahkan dengan aspek mengurus perniagaan, pelajar juga akan diajar dengan subjek teras sekolah iaitu subjek yang wajib diambil oleh semua pelajar FPEP (Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan). Sebagai contoh: Subjek Accounting, Financial Management, Business Law, Microeconomics dan banyak lagi. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan tentang perniagaan, ekonomi serta perakaunan  secara menyeluruh kepada semua pelajar FPEP.

    Berbalik kepada tajuk entry, saya akan membicarakan tentang kos HE04 ini secara menyeluruh. Untuk pengetahuan anda, 10 kos dibawah FPEP ini juga boleh dikenali sebagai 10 kelab. Sebagai contoh, Kos  HE04 Keusahawanan boleh dikenali sebagai Entrepreneurship Club (ENTREC) dan mempunyai carta organisasi tersendiri. Setiap kelab mempunyai organisasi besar seperti Head of Programme, Presiden dan Committee. Berikut merupakan link group Facebook untuk Entrepreneurship Club ni: Entrepreneurship Club
    LAWATAN MAHASISWA/I HE04 KE MUZIUM NEGERI
    Setiap kelab dibawah FPEP, mereka akan mempunyai rancangan program tersendiri dimana ianya diurus oleh organisasi kelab yang diketuai oleh seorang presiden dengan AJK lain dalam tahun 1, 2 dan 3. Sebagai contoh, baru-baru ini Kelab Keusahawanan telah menjalankan program Delegasi Keusahawanan ke Universiti Brunei Darussalam serta Delegasi Keusahawanan ke Universitas Telkom, Bandung, Indonesia kerjasama dengan Kelab Gerakan Pengguna Siswa (GPS UMS). Disamping itu, kelab ini juga mengadakan program menyambut para junior (Program Ice Breaking), Family Day, Program Kemasyarakatan Pritchard, Dinner dan banyak lagi.
    DELEGASI KE UBD, BRUNEI
    DELEGASI KE UNIVERSITAS TELKOM
    Antara keistimewaan kelab ini adalah ia mempunyai kedai sendiri yang terletak di foyer FPEP dimana ianya diurus sepenuhnya oleh Kelab Keusahawaan. Kedai tersebut lebih dikenali sebagai Le Shope yang menjual pelbagai jenis makanan, alatan tulis, perkhidmatan printing dan fotocopy etc. Penubuhannya adalah untuk memberi pendedahan sebenar kepada ahli kelab tentang situasi perniagaan sebenar yang melibatkan pengurusan pembelian aset, pengurusan kewangan dan sebaginya. 
    MADAM SORAYAH BERSAMA PELAJAR
    Tambahan pula program HE04 Keusahawanan ini dibimbing oleh pensyarah-pensyarah yang sangat baik, ramah serta penyayang. Sebagai contoh; Ketua Program HE04 masa kini ialah Puan Sorayah binti Nasip, beliau merupakan seorang pensyarah yang sangat penyayang serta sangat faham dengan pelajarnya. Segala permasalahan yang berkaitan dengan akademik, emosi atau masalah keluarga boleh dikongsi dengannya. Selain itu, pensyarah lain adalah En. Mat Salleh yang sangat faham dengan keadaan pelajar masa kini dan seringkali memberi semangat serta teguran yang membina. Tambahan pula, pensyarah yang lain seperti Dr. Ramraini, Dr. Fzlinda, Dr. Salmah, En. Hairul dan Puan Merlyn mereka sangatlah ramah dengan setiap pelajar. Melalui pengalaman saya, saya sangat bersyukur kerana berada dalam lembayung program HE04 kerana kami dididik oleh pensyarah yang sangat baik dan hebat.
    BONDING SESSION MELANGKAP
    ANTARA PROJEK ASSIGNMENT SOCIAL ENTREPRENEURSHIP
    Rasanya sampai disini sahaja perkongsian saya. Doakan saya supaya berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam keputusan akhir CGPA. Doakan juga agar saya dapat pekerjaan selepas graduasi nanti. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya pada melaui media sosial. Terima kasih.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

copyright by Kamarul Arnizam