Draf PBS Ekonomi ( Akaun Perjalanan) 2014

    Author: Unknown Genre: »
    Rating


    KERJA KURSUS
    944/4
    TEMA : IMBANGAN AKAUN SEMASA MALAYSIA DARI TAHUN 2005 HINGGA TAHUN 2012
    TAJUK : AKAUN PERJALANAN

    PENGHARGAAN
                Saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurniaNya, pengkaji telah dapat menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna. Tidak dapat dinafikan bahawa pelbagai rintangan terpaksa dialami oleh pengkaji semasa menjalankan kajian ini, namun atas pertolongan dan rahmatNya kajian ini telah siap dengan sempurna dan sedia dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan
    Pada kesempatan ini juga, pengkaji ingin merakamkan sejuta penghargaan kepada Encik Ting Sien Kuan selaku Pengetua SMK Tambunan atas kerjasama dan sokongan moral yang diberikan sepanjang pengkaji menjalankan kajian ini. Begitu juga dengan pensyarah Ekonomi iaitu Encik Francis Gulahong yang banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan dalam menjalankan kajian ini. Hanya Tuhan yang mampu membalas jasa baik mereka.
                Tidak lupa juga, pengkaji ingin mengucapkan ribuaan terima kasih kepada ibu bapa pengkaji yang telah memberikan sokongan moral dan kewangan kepada pengkaji bagi menyelesaikan kajian ini. Tanpa mereka, kajian ini tidak dapat disempurnakan dengan baik.
                Buat rakan-rakan seperjuangan, terima kasih diucapkan kerana sudi berkongsi maklumat serta pertolongan yang diberikan semasa pengkaji menjalankan kajian ini. Semoga usaha keras kita akan membuahkan hasil dan sentiasa dirahmati Tuhan.
                Akhir sekali, pengkaji ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada para pensyarah dan semua pihak yang terbabit sepanjang proses penyiapan projek ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Semoga kalian dirahmati dan beroleh kehidupan yang sejahtera.

    ABSTRAK
                Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti arah aliran akaun perjalanan dari tahun 2005 hingga 2012 serta peratusan sumbangannya terhadap akaun perkhidmatan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan data sekunder yang boleh diperoleh daripada laman web Kementerian Kewangan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia, Unit Perangkaan Ekonomi, buku-buku rujukan ekonomi dalam pasaran dan sebagainya. Data yang diperoleh akan dianalisis menggunakan peratusan dan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan gambar rajah. Hasil kajian mendapati arah aliran akaun perjalanan mengalami peningkatan dari tahun 2008 hingga tahun 2012 sebanyak 5.13%.  Di samping itu, peratus sumbangan akaun perjalanan terhadap akaun perkhidmatan mengalami penurunan antara tahun 2005 hingga yahun 2012 disebabkan oleh jumlah nilai dalam akaun perkhidmatan sentiasa mengalami defisit akibat komponen-komponen yang di dalamnya bernilai negatif.

    ISI KANDUNGAN

    Butiran                                                                                               Muka Surat
    Tajuk Kajian                                                                                                    
    Astrak                                                                                                             
    Isi Kandungan                                                                                                  
    Penghargaan                                                                                                    
    1.0 Latar Belakang                                                                                          
    2.0 Penyataan Masalah                                                                                   
    3.0 Objektif Kajian                                                                                         
    4.0 Kaedah Kajian                                                                                          
    5.0 Hasil Kajian dan Perbincangan                                                                 
                5.1 Mengenalpasti arah aliran Akaun Perjalanan d Malaysia
                Dari Tahun 2005 hingga 2012
                5.2 Mengenalpasti Peratus Sumbangan Akaun Perjalanan
                Terhadap Akaun Perkhidmatan di Malaysia dari Tahun 2005
     hingga 2012
    6.0 Cadangan
    7.0 Rumusan
    8.0 Rujukan
    9.0 Lampiran

    1.0              LATAR BELAKANG KAJIAN
    Imbangan pembayaran boleh didefinisikan sebagai satu catatan sistematik bagi semua urusniaga ekonomi di negara Malaysia dengan negara asing yang berlaku dalam jangka masa yang tertentu dan biasanya dalam satu  tahun. Penerimaan dan pembayaran daripada urusniaga ekonomi antara satu negara dengan negara-negara lain yang dicatat dalam imbangan pembayaran memberi maklumat penting kepada ahli ekonomi dan juga kepada pembuat dasar.
    Secara umumnya, akaun pembayaran terbahagi kepada dua iaitu akaun semasa dan akaun modal. Akaun semasa terdiri daripada tiga akaun utama iaitu akaun dagangan, akaun perkhidmatan dan akaun pindahan. Manakala akaun modal terdiri daripada akaun perolehan dan akaun pindahan modal. Akaun perjalanan merupakan salah satu komponen dalam akaun perkhidmatan. Jumlah nilai dalam akaun perjalanan akan mempengaruhi keadaan akaun semasa di mana ia menyumbang kepada peningkatan atau penurunan jumlah pendapatan dalam  akaun perkhidmatan.
    Akaun perjalanan meliputi aktiviti pelancongan dan segala hasil yang diperoleh daripada aktiviti-aktiviti yang melibatkan pergerakan keluar masuk negara kita. Aktiviti pelancongan ini pula terdiri daripada pelancongan kesihatan, pelancongan pendidikan, dan pelancongan domestik. Segala hasil yang diperoleh daripada aktiviti-aktiviti ini akan dicatat dalam akaun perjalanan. Tambahan pula, akaun ini amat penting terhadap akaun semasa kerana kerajaan telah menyenaraikan bahawa akaun perjalanan merupakan salah satu hasil yang berjaya meningkatkan jumlah pendapatan dalam akaun semasa. Misalnya, peningkatan perlancongan di negara ini dapat membantu meningkatkan pendapatan dalam akaun perkhidmatan  dan ini seterusya menyumbang kepada kestabilan imbagang pembayaran dan akaun semasa khususnya.

    Akaun perjalanan Malaysia bagi tahun 2005 hingga tahun 2012 menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan iaitu telah berjaya memperbaiki imbangan pembayaran negara. Namun begitu, peratus sumbangan akaun perjalanan terhadap akaun perkhidmatan telah mengalami penurunan. Hal ini demikian kerana, terdapat komponen lain yang terdapat dalam akaun perkhidmatan seperti akaun perngangkutan, akaun pembinaan dan akaun perkhidmatan insurans dan pencen yang sentiasa mengalami defisit atau kurangan. Hal ini menyebabkan jumlah sumbangan akaun perjalanan terhadap akaun perkhidmatan semakin menurun.
    3.0              OBJEKTIF KAJIAN
    Kajian ini bertujuan untuk :
            i.              *Mengenalpasti arah aliran akaun perjalanan di Malaysia pada tahun 2005 hingga tahun 2012.
          ii.    *Mengenalpasti peratus sumbangan akaun perjalanan terhadap akaun perkhidmatan dalam akaun semasa diMalaysia dari tahun 2005 hingga 2012.  
    4.0              KAEDAH KAJIAN
    Kerja Projek Berasaskan Sekolah (PBS) Ekonomi yang bertajuk “Akaun Perjalanan” ini dijalankan dengan menggunakan dua kaedah iaitu kaedah sekunder iaitu kaedah pengumpukan data dan juga menggunakan teknik penganalisisan data.
    4.1 Data Sekunder
                Kaedah perpustakaan dilakukan bagi mendapatkan sorotan keatas bahan-bahan literatur seperti buku-buku ilmiah. Kajian perpustakaan ini penting kerana melalui kaedah ini, para penyelidik mendapat gambaran yang jelas mengenai prinsip, konsep, kaedah, pengolahan dan penganalilisan data yang bersesuaian dengan reka bentuk kajian. Kajian perpustakaan ini juga melibatkan beberapa proses yang utama iaitu mengumpulkan dan menganalisis data. Pengkaji akan menggunakan hasil analisis yang dilakukan dan menggunakannya dalam penghasilan hasil kajian. Selain itu, pengkaji juga membuat rujukan daripada sumber-sumber lain seperti melalui internet, laporan-laporan daripada agensi kerajaan mahupun swasta, majalah-majalah, dan juga dari surat khabar.
    4.2 Penganalisisan Data
                Kaedah deskriptif dalam bentuk nilai peratusan dan graf telah digunakan untuk mmenganalis data yang dikumpul. Analisis data telah dikumpulkan selepas memperoleh data sekunder daripada Laporan Ekonom Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2012. Data yang diperoleh akan disunting dan ditukarkan kepada analisis bentuk angka bagi mencapai analisi yang tepat. Hasil data yang dikehendaki akan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf.
                Rumus di bawah digunakan untuk melihat peratus sumbangan akaun perjalanan kepada akaun perkhidmatan dalam akaun semasa:



    5.0              HASIL KAJIAN
    5.1 Mengenalpasti Arah Aliran Akaun Perjalanan di Malaysia dari Tahun 2005 hingga Tahun 2012
    Jadual 1 : Jumlah Akaun Perjalanan di Malaysia dari Tahun 2005 Hingga Tahun 2012
                                

    Rajah 1 : Akaun Perjalanan di Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2012.



                Rajah 1 menunjukkan arah aliran akaun perjalanan di Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2012.  Secara keseluruhannya arah aliran akaun perjalanan telah mengalami peningkatan dari tahun 2005 hingga 2012 iaitu peningkatan daripada RM 18,684 juta kepada RM 26,893 juta sebanyak RM 8,209 juta bersamaan 3.76%. Peningkatan ini disebabkan oleh kesedaran kerajaan bahawa akaun perjalanan adalah penting bagi meningkatkan nilai akaun perkhidmatan. Oleh yang demikian, ia telah mendorong pihak kerajaan melaksanakan pelbagai program yang dapat meningkatkan jumlah nilai dalam akaun perjalanan melalui penbangunan industri pelancongan yang terdiri daripada pelancongan kesihatan, pelancongan pendidikan dan sebagainya.
                Berdasarkan rajah, arah aliran akaun perjalanan pada tahun 2006 mengalami peningkatan iaitu daripada RM 18,684 juta pada tahun 2005 meningkat kepada RM 22,633 pada tahun 2006 sebanyak RM 3,949 juta bersamaan 1.81%. Hal ini kerana, peluang pekerjaan yang banyak pada tahun 2006 telah merancakkan lagi kemasukkan pekerja asing di negara ini. Misalnya, aktiviti berkaitan pelancongan menyediakan 492,000 peluang pekerjaan pada tahun 2006, iaitu 4.4% daripada jumlah keseluruhan guna tenaga dan peningkatan 26.0% berbanding 390,600 pekerjaan atau 4.2% daripada jumlah keseluruhan guna tenaga pada tahun 2000. Peningkatan kemasukan pekerja asing ke negara kita telah meningkatkan pendapatan dalam industri pelancongan dan juga menyumbang kepada peningkatan nilai dalam akaun perjalanan.
                Pada tahun 2007, arah aliran akaun perjalanan juga mengalami peningkatan. Peningkatan yang berlaku ialah daripada RM 22,633 juta pada tahun 2006 meningkat kepada RM 29,052 juta pada tahun 2007 sebanyak RM 6419 juta brsamaan 2.94%. Hal ini demikian kerana, kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) yang diadakan pada tahun ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan, sebagaimana dicatatkan oleh peningkatan jumlah ketibaan pelancong asing dalam tempoh enam bulan pertama 2007. Di samping itu, kerajaan juga telah memperkasakan program Industri Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE). Misalnya, sejumlah 8,375 acara MICE antarabangsa telah dirancang, melibatkan lebih daripada dua juta delegasi asing dengan pendapatan dijangka mencapai RM4.5 bilion atau pertumbuhan sebanyak 73.8% (2006: 3,148 acara; 820,243 delegasi asing; RM2.6 bilion; 12.8%).
                Namun begitu, pada tahun 2008 arah aliran akaun perjalanan mengalami penurunan sebanyak RM542 juta atau 0.25% berbanding tahun sebelum iaitu RM 29,052 juta pada tahun 2007 menurun kepada RM 28,510 juta pada tahun 2008. Hal ini kerana jumlah pekerja asing yang berkerja di negara ini ketika itu amat tinggi. Namun begitu, aliran keluar mata wang negara telah meningkat dan seterusnya telah mengurangkan jumlah keuntunggan sektor pelancongan. Misalnya, aliran keluar akaun pindahan yang sebahagian besarnya disebabkan penghantaran balik wang oleh pekerja asing, telah  meningkat sedikit kepada RM17,421 juta berbanding tahun sebelum.
                Arah aliran akaun perjalanan pada tahun 2009 pula mengalami peningkatan berbanding tahun 2008 iaitu peningkatan daripada RM 28,510 juta pada tahun 2008 kepada RM 32,168 juta pada tahun 2009. Peningkatan yang berlaku adalah amat ketara iaitu berjumlah RM 3658 juta atau peningkatan sebanyak 1.67%. Walaupun pada tahun ini negara kita dikejutkan dengan wabak influenza H1N1, namun kerajaan telah mengambil langkah produktif bagi meningkatkan lagi daya saing industri pelancongan di mana sejumlah RM 200 juta telah diperuntukkan bagi meningkatkan infrastuktur dan mempelbagaikan produk pelancongan, menambah baik program homestay serta menganjurkan lebih banyak persidangan dan pameran antarabangsa. Di samping itu peningkatan pelancongan kesihatan telah meningkat pada tahun ini dimana negara kita telah menerima 430,000 orang pesakit luar negara dan  telah menjana pendapatan sebanyak RM 330 juta.
                Peningkatan yang berlaku pada tahun 2009 tidak dapat diteruskan pada tahun 2010 iaitu arah aliran akaun pejalanan mengalami sedikit penurunan. Penurunan yang berlaku adalah berjumlah RM551 juta atau sebanyak 0.25%. Hal ini ditunjukkan melalui pernurunan akaun perjalanan pada tahun 2009 iaitu RM 32,168 juta kepada RM 31,617 juta pada tahun 2010. Hal ini kerana negeri kedah yang telah menerima ramai pelancong pada tahun 2009 telah mengalami pengurangan jumlah pelancong iaitu merosot daripada 4.5 juta pelancong kepada 3.8 juta pada tahun 2010. Hal ini secara tidak langsung mengurangkan jumlah pendapatan dalam sektor pelancongan dan akaun perjalanan umumnya.
                Seterusnya arah aliran akaun perjalanan pada tahun 2011 juga mengalami penurunan. Hal ini ditunjukkan melalui penurunan akaun perjalanan daripada RM 31617 juta pada tahun 2010 kepada RM 28,959 juta pada tahun 2011 sebanyak RM 2658 juta bersamaan penurunan sebanyak 1.22%. Pada tahun ini ketibaan pelancong ke negara kita dianggarkan mencecah 25.3 juta orang dimana jumlah pelawat MICE telah meningkat kepada 1.3 juta yang mampu menjadi pendapatan RM 10.8 billion. Namun jumlah ini adalah sedikit kurang berbanding tahun 2010.
                Akhir sekali, arah aliran akaun perjalanan pada tahun kemuncak iaitu pada tahun 2012 juga mengalami penurunan. Penurunan yang berlaku adalah sebanyak RM 2,066 juta atau 0.95% iaitu penurunan sebanyak RM 28,959 juta pada tahun 2011 kepada RM 26,893 juta pada tahun 2012. Hal ini kerana berlaku penurunan dalam sumbangan bidang pelancongan kesihatan dan pendidikan yang seterusnya menyebabkan sektor pelancongan tidak dapat meneruskan kecemerlangannya dalam menyumbang kepada akaun perjalanan.

    Jadual 2 : Jumlah akaun perjalanan dan akaun perkhidmatan di Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2012.

    Jadual 3: Peratus sumbangan akaun perjalanan terhadap akaun perkhidmatan di Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2012.                           

    Rajah 2 : Peratusan Sumbangan Akaun Perjalanan Terhadap Akaun Perkhidmatan Dari Tahun 2005 hingga Tahun 2012.

              Rajah 1 menunjukkan peratusan sumbangan akaun perjalanan terhadap akaun perkhidmatan dari tahun 2005 hingga tahun 2012. Secara keseluruhannya peratusan sumbangan akaun perjalanan terhadap akaun perkhidmatan mengalami penurunan daripada tahun 2005 hingga tahun 2012 iaitu daripada -171.9 % pada tahun 2005 kepada -192.1% pada tahun 2012. Penurunan ini dsebabkan oleh terdapat komponen-komponen dalam akaun perkhidmatan yang bernilai negatif dan ini seterusnya menyebabkan jumlah keseluruhannya akaun perkhidmatan bernilai negatif.
    Berdasarkan rajah diatas, dapat dilihat bahawa pada tahun 2005 hingga 2006 peratusan sumbangan akaun perjalanan terhadap akaun perkhidmatan telah mengalami penurunan. Pada tahun 2005 sumbangannya adalah sebanyak -171.9% dan mengalami penurunan pada tahun 2006 iaitu kepada -240.1%. Peningkatan ini disebabkan oleh aliran keluar akaun perjalanan pada tahun 2006 telah meningkat berbanding tahun 2005 iaitu daripada RM 14,051 juta meningkat kepada RM 14,538 juta iaitu sebanyak RM 487 juta. Sementara itu, komponen lain dalam akaun perkhidmatan mencatatkan aliran keluar bersih dan menyumbang kepada defisit keseluruhan akaun ini.
                Pada tahun 2007, peratusan sumbangan akaun perjalanan terhadap akaun perkhidmatan meningkat secara mendadak iaitu daripada -240.1% pada tahun 2006 kepada 2097.6% pada tahun 2007. Hal ini kerana, akaun perjalanan telah mencatat lebihan yang lebih besar sepanjang tahun ini iaitu sebanyak RM26.3 bilion. Tambahan pula, ia juga mencerminkan bahawa pendapatan pertukaran asing telah meningkat hasil daripada peningkatan ketara ketibaan pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2007. Misalnya, Ketibaan pelancong berkembang kukuh sebanyak 19.5% kepada 21 juta pelancong dan kebanyakkannya merupakan pelancong dari negara- negara ASEAN, China, India dan Timur Tengah.
                Namun begitu, pada tahun 2008 peratusan sumbangan akaun perjalanan terhadap akaun perkhidmatan mula mengalami penurunan iaitu daripada 2097.6% pada tahun 2007 kepada 1831.1% pada tahun 2008. Hal ini kerana, aliran keluar kasar termasuk perbelanjaan perniagaan, percutian, pendidikan, kesihatan dan juga urusan keagamaan, termasuk haji, dianggar meningkat iaitu daripada RM 19,174 juta kepada RM19,242 juta berikutan lebih ramai rakyat Malaysia mengunjungi negara luar. Perkembangan ini disokong oleh peningkatan pendapatan boleh guna dan tambang perjalanan udara yang lebih murah.
                Seterusnya, tahun 2009 juga menunjukkan penurunan peratusan sumbangan akaun perjalanan terhadap akaun perkhidmatan berbanding tahun 2007 dan 2008. Hal ini ditunjukkan melalui penurunan peratus sumbangan akaun perjalanan terhadap akaun perkhidmatan dari 1831.1% kepada 770.9%.  Hal ini demikian kerana, terimaan dalam akaun perjalanan telah merosot iaitu RM 50 juta pada tahun 2008 merosot kepada RM 47.3 juta. Di samping itu, aliran keluar pembayaran bagi perniagaan, riadah, pendidikan, kesihatan serta urusan haji dan umrah mengalami peningkatan iaitu daripada RM 22.4 juta meningkat kepada RM 22.6 juta.
                Tahun 2010 menunjukkan bahawa peratusan sumbangan akaun perjalanan terhadap akaun perkhidmatan merosot dengan mendadak. Hal ini ditunjukkan dengan penurunan peratusan sumbangan akaun perjalanan terhadap akaun perkhidmatan pada tahun 2009 iaitu sebanyak 770.9% kepada -2,189%. Hal ini terjadi kerana akaun perkhidmatan mencatat lebihan yang kecil iaitu berjumlah RM0.5 billion berbanding RM 4.7 billion pada tahun 2009 berikutan pembayaran kasar yang lebih tinggi dalam akaun pengangkutan. Di samping itu, jumlah aliran pembayaran akaun perjalanan telah mengalami peningkatan berbanding tahun sebelumnya iaitu daripada RM22.9 billion kepada RM27.1 billion. Hal ini didorong oleh peninggkatan jumlah perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara atas urusan perniagaan, pelancongan, dan pendidikan. Tambahan pula, jumlah rakyat Malaysia yang mengerjakan haji dan umrah telah meningkat sebanyak 3.2% iaitu daripada 34,941 orang kepada 36,060 orang pada tahun 2010.
                Penurunan yang mendadak pada tahun 2010 menyebabkan pihak kerajaan meningkatkan lagi usaha dalam meningkatkan lagi usaha bagi meningkatkan lagi peratusan sumbangan akaun perjalanan terhadap akaun perkhidmatan. Melalui usaha ini, ianya membuahkan hasil dimana peratusan sumbangan akaun perjalanan terhadap akaun perkhidmatan pada tahun 2011 mengalami peningkatan iaitu daripada -2,189% kepada -461.7%. Peningkatan ini mencerminkan kejayaan strategi pelancongan. Prestasi kukuh ekonomi negara serantau dan jaringan hubungan perkhidmatan udara yang lebih meluas melalui peningkatan bilangan penerbangan, termasuk penerbangan sewaan dan tambang promosi telah meningkatkan lagi bilangan kedatangan pelancong kepada 25.3 juta berbanding 24.6 juta pada tahun 2010. Hal ini seterusnya meningkatkan peratusan sumbangan akaun perjalanan terhadap akaun perkhidmatan.
                Akhir sekali peratusan sumbangan akaun perjalanan terhadap akaun perkhidmatan pada tahun 2012 turut mengalami peningkatan berbanding tahun sebelum iaitu daripada -461.7% kepada -192.1%. Hal ini kerana peningkatan terimaan akaun perjalanan pada tahun ini mengalami peningkatan sebanyak RM1.5 billion iaitu daripada RM27.6 billion kepada RM29.1 pada tahun 2012. Peningkatan ini sejajar dengan peningkatan jumlah ketibaan pelancongan. Namun begitu, komponen lain dalam akaun perkhidmatandijangka kekal dalam keadaan defisit ataupun mengalami kurangan.  
    6.0 Cadangan
    Akaun semasa negara kita sememangnya sentiasa mengalami lebihan dimana jumlah eksport melebihi nilai import. Namun begitu, akaun perkhidmatan sering sekali mengalami defisit atau kurangan. Hal ini kerana sebahagian akaun yang terdapat dalam akaun perkhidmatan adalah bernilai negatif atau kurangan. Hal ini menyebabkan sumbangan akaun perkhidmatan terhadap akaun semasa adalah kurang berbanding dengan akaun dagangan dan akaun pindahan. Oleh sebab itu beberapa langkah harus diambil oleh pelbagai pihak bagi meningkatkan nilai dalam akaun perkhidmatan terutamanya dalam akaun perjalanan.
    Langkah terbaik bagi meningkatkan arah aliran akaun perjalanan ialah dengan usaha kerajaan melaksanakan pelbagai aktiviti yang mampu menarik lebih banyak pergerakan di dalam negara. Hal ini kerana perjalanan yang banyak di dalam negara akan meningkatkan penggunaan segala terknologi negara seperti kapal terbang, perkhidmatan feri dan sebagainya. Tambahan pula, negara kita penuh dengan pelbagai keunikan dan kepelbagaian budaya yang menarik. Oleh itu, semua pihak haruslah berkerjasama agar keunikan negara dijaga dan seterusnya aktiviti perlancongan akan meningkat.
                Langkah seterusnya ialah pihak kerajaan haruslah mengiatkan lagi hubungan diplomatic dengan negara-negara lain sama ada secara secara terus mahupun melalui pertubuhan seperti ASEAN, PBB, dan KOMANWEL. Hal ini kerana hubungan yang baik dengan negara-negara lain akan mendorong mereka memudahkan lagi kerjasama politik, ekonomi dan social mereka di negara ini. Sebagai contoh, sukan komanwel yang diadakan di negara kita pada tahun 1998 telah menyebabkan akaun perjalanan mencapai keuntungan yang banyak
    1.0              Rumusan
    Secara keseluruhan akaun perjalanan Malaysia mengalami pertambahan antara tahun 2005 hingga tahun 2012. Hal ini demikian kerana pelbagai usaha kerajaan bagi meningkatkan jumlah nilai dalam akaun perjalanan telah berjaya seperti pemerkasaan lagi sistem pengangkutan negara di samping berjaya menarik ramai pelancong melawat negara kita.  Peningkatan aktiviti pelancongan di negara kita antara tahun 2005 hingga 2012 ternyata member kesan kepada akaun perjalanan di mana ia membantu meningkatkan nilai dalam akaun perkhidmatan.
    Selain itu, sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa akaun perkhidmatan ini memberi sumbangan yang besar kepada akaun semasa khususnya dalam akaun perkhidmatan. Akaun perjalanan yang bernilai positif iaitu mengalami lebihan akan meningkatkan nilai dala akaun perkhidmatan dan seterusnya mengimbangi imbangan pembayaran Malaysia. Namun, jika akaun perjalanan mengalami kurangan atu defisit maka ini  turut memperngaruhi akaun perkhidmatan dan juga kepada akaun semasa.
    Oleh yang demikian, pihak kerajaan haruslah menitikberatkan perkembangan akaun perjalanan bagi memastikan ia sentiasa menyumbang kepada peningkatan nilai dalam akaun semasa dan seterusnya dapat memajukan ekonomi negara secara amnya
    7.0 Rujukan
    1.      Hamzaid bin Yahyah, Ekonomi (Bahagian Makroekonomi Edisi Ke-3).Melaka: Rakan Bimbingan Bestari.
    2.      Rafidah Manap dan Mokhtar Pet, 2013. Ace Ahead Pengajian Perniagaan Penggal 3. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
    3.      Mohamad Shukri Seman, Lim Kien Kwok dan Safriza Abd. Hamid, 2013. Teks STPM   Ekonomi   Penggal 3. Bandar Baru Sungai Buloh: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
    4.      Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi (2005-2012) http://www.treasury. gov.my (20 Julai 2014)
    5.      Analisis KDNK tahun 2011-2010, Laporan Ekonomi http://socialistainpolitic.blogspot.com/2012/03 (22 julai 2014)
    6.      Utusan borneo, kementerian Pelancongan bimbang industri pelancongan Kedah merosot, terbitan 30 oktober 2011

    9 Responses so far.

    1. Anonymous says:

      thanks ,sangat berguna maklumat ni ! :)

    2. Agnessyu says:

      Wah, tq..memang sngat bguna,,tq for sharing..im from keningau..peace yow..mntap lah ko..

    3. Anonymous says:

      nak tanya, dalam hasil kajian tu, boleh eh kalau tak letak sebab sebab kenaikan / penurunan dia? means mcm kalau jumlah dia menurun pd tahun 2009, kita bagi sebab kenapa benda tu berlaku. Btw cikgu u dah check ke? Apa yg dia kata?

    4. Unknown says:

      Pembetulan telah dibuat, ini projek akhir ..harap membantu .. :)

    5. memang sgt berguna
      terima kasih
      by the way nak tanya mana pernyataan masalh dia :) n thanks again

    6. Unknown says:

      2.0 PENYATAAN MASALAH
      Dalam usaha membangunkan negara Malaysia menuju negara maju setanding dengan negara yang lain, kerajaan perlu mengambil berat tentang kedudukan imbangan pembayaran negara. Kedudukan imbangan pembayaran yang positif menunjukkan bahawa negara itu mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat namun imbangan pembayaran yang bernilai negatif menunjukkan bahawa negara tersebut mengalami kemelesetan dan kemunduran ekonomi. Oleh yang demikian, akaun perjalanan merupakan salah satu komponen yang harus diambil perhatian oleh pihak kerajaan kerana akaun ini telah memberikan sumbangan yang amat besar terhadap akaun perkhidmatan dan akaun semasa khususnya.
      Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi menganalis arah aliran akaun perjalanan dari tahun 2005 hingga tahun 2012 untuk mengetahui bagaimana industri pelancongan menyumbang kepada peningkatan atau penurunan jumlah pendapatan dalam akaun perjalanan. Di samping itu, pengkaji turut meneliti usaha-usaha yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi meningkatkan lagi pendapatan dalam akaun perjalanan.
      Seterusnya pengkaji akan menilai peratus sumbangan akaun perjalanan terhadap akaun perkhidmatan. Walaupun akaun perkhidmatan sering mengalami defisit atau kurangan namun akaun perjalanan tetap memberi sumbangan yang amat besar terhadap akaun perkhidmatan. Peratusan sumbangan akaun perjalanan yang besar terhadap akaun perkhidmatan menunjukkan bahawa akaun perjalanan ini satu komponen yang harus diambil perhatian oleh pihak kerajaan bagi memperbaiki nilai dalam akaun perkhidmatan.
      Oleh itu, diharapkan hasil daripada kajian ini boleh dijadikan panduan dan rujukan kepadaa ahli ekonomi dan pembuat dasar agar dapat meningkatkan lagi ekonomi negara selaras dengan cabaran wawasan 2020 dimana negara mencapai status negara maju yang mana rakyatnya berpendapatan tinggi. Di samping itu, kajian ini juga memberikan gambaran sebenar tentang sebab-sebab peningkatan dan penurunan jumlah pendapatan akaun perjalanan terutamanya industri pelancongan negara Malaysia antara tahun 2005 hingga tahun 2012.

    7. Unknown says:

      nak tanya,di mana sy blh dpt data-data tersebut? sy sudah cari lama pun tak dpt jumpa data-data ini

    8. Unknown says:

      Poy Kuan Yap, Saya kaji dan mencari fakta dalam Akaun dan Laporan Tahunan Malaysia

    9. Unknown says:

      thanks maklumat yg berguna...

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

copyright by Kamarul Arnizam