Contoh PBS Pengajiaan Perniagaan - Kajian Tentang McDonald

    Author: Unknown Genre: »
    Rating

    ABSTRAK
    Kajian ini berkaitan dengan kajian mengenai syarikat multinasional iaitu McDonald dalam perniagaan antarabangsa.kajian ini dijalankan bertujuan untukmengenal pasti aktiviti perniagaan, pendekatan strategik, dan konsep perniagaan antarabangsa yang diamalkan oleh syarikat McDonald. Syarikat ini beroperasi sebagai sebuah syarikat yang mengeluarkan satu produk makanan segera yang menyediakan hidangan burger daging dan ayam, kentang goreng, ayam goreng, minuman ringan, makanan sarapan pagi, susu kocak, aiskrim dan pelbagai lagi hidangan lazat dan berkhasiat dengan harga yang amat berpatutan. McDonald mempunyai objektif tersendiri untuk memajukan perniagaan dan untuk mengekalkan kedudukan sebagai syarikat pengeluaran makanan segera yang terunggul.McDonald juga mengamalkan konsep-konsep penting perniagaan antarabangsa serta mempunyai strategi yang dijalankan.


    PENGHARGAAN
    Syukur kepada Tuhan atas limpahan berkatnya, dapatlah pengkaji menyiapkan projek kajian ini.
    Pada kesempatan yang penuh bermakna ini, pengkaji merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Ting Sien Kuan selaku Pengetua Cemerlang, SMK Tambunan yang telah banyak memberikan sokongan moral kepada pengkaji semasa menyiapkan tugasan ini. Seterusnya, pengkaji juga ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Esther Linus selaku Guru Penolong Kanan Tingkatan 6, Pra-Universiti SMK Tambunan yang banyak membantu pengkaji dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan guru subjek Pengajian Perniagaan Pra-U SMK Tambunan, iaitu Encik Ajis Jimi selaku guru pembimbing pengkaji.Segala tunjuk ajar dan panduan yang telah diberikan dalam menyiapkan projek ini amat pengaji hargai.Semoga Tuan dan Puan diberkati Tuhan di atas segala jasa baik yang dihulurkan.
    Pada kesempatan ini juga, terima kasih diucapkan kepada ibu dan bapa pengkaji
    Buat teman-teman seperjuangan, terima kasih diucapkan kerana sudi memberi tunjuk ajar kepada pengkaji dan berkongsi idea serta memberi komitmen yang baik kepada pengkaji.Semoga segala usaha dan cita-cita kita diberkati Tuhan.
    Akhir sekali, pengkaji ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para guru dan semua pihak yang terbabit samada secara langsung atau tidak langsung.Segala budi dan jasa yang kalian hulurkan hanya Tuhan yang dapat membalasnya.Semoga kita dirahmati dan diberkati Tuhan.
    Sekian, terima kasih.


    PENGENALAN
    Di Malaysia, menjelang negara maju pada tahun 2020, terdapat banyak organisasi yang telah dibangunkan. Tidak kira sama ada organisasi awam atau swasta, mereka bersaing secara sihat bagi menyediakan barang dan perkhidmatan kepada masyarakat.
    Pengkaji telah ditugaskan membuat kajian ke atas pendekatan strategik sebuah syarikat multinasional (MNC) berdasarkan aspek aktiviti perniagaan yang dijalankan, aspek konsep-konsep perniagaan antarabangsa yang diaplikasikan oleh syarikat dan mencadangkan strategi yang sesuai berdasarkan hasil analisis.Oleh itu, pengkaji telah memilih syarikat McDonald sebagai tempat kajian.
    Organisasi ini terlibat dalam aktiviti pemasaran makanan segera di dunia. Pengkaji akan mengkaji beberapa aspek dalam aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh perusahaan McDonald yang meliputi aspek analisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman (SWOT).
    Selain itu, pengkaji perlu mendapatkan konsep-konsep perniagaan antarabangsa yang digunakan oleh syarikat Perusahaan McDonald.Antara konsep perniagaan antarabangsa yang terdapat ialah dunia tanpa sempadan, pasaran menimbul, globalisasi, dan lokalisasi.Konsep ini amat penting dalam membantu organisasi meningkatkan dan meluaskan pasaran di pasaran dunia.
    Tambahan pula, pengkaji perlu memberi cadangan strategi pemasaran yang boleh digunakan oleh syarikat.Berdasarkan hasil analisis yang dibuat, antara strategi pemasaran yang boleh dilaksanakan adalah seperti strategi 4P iaitu produk (product), harga (price), tempat (place), promosi (promotion).
    OBJEKTIF KAJIAN
    Antara objektif kajian yang terdapat dalam kajian ini ialah :
    1. Mengenal pasti aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh syarikat McDonald
    2. Mengenal pasti konsep perniagaan antarabangsa yang digunakan oleh syarikat McDonald
    3. Mencadangkan strategi pemasaran yang boleh digunakan oleh syarikat McDonald
    LATAR BELAKANG
    Syarikat McDonald adalah restoran makanan segera berasaskan burger dan kentang goreng yang mempunyai cawangan paling banyak di dunia dan menyediakan perkhidmatan kepada lebih 68 juta pelanggan setiap hari.
    Syarikat McDonald bermula pada 1940 dengan sebuah restoran yang dibuka oleh adik-beradik Dick dan Mac McDonald’s menggunakan pengenalan “Sistem Perkhidmatan Speedee” berasaskan prinsip-prinsip restoran makanan segera. Manakala Ray Kroc adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif kepada Perbadanan McDonald’s pada 1955.
    Bagaimanapun, selepas diperbadankan, McDonald’s mengisytiharkan pembukaan restoran francais pertama oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ray Kroc pada 1955.Sebenarnya, restoran yang dibuka Ray Kroc adalah restoran yang kesembilan bagi McDonald’s.Negara asal McDonald’s adalah Oak Brook, Illinois, Amerika Syarikat.Kini di anggarkan McDonald’s memiliki lebih 33,000 cawangan restoran di 118 negara seluruh dunia dan mencatatkan jumlah pelanggan 68 juta setiap hari secara purata.
    Restoran McDonald’s yang pertama di Malaysia ditubuhkan pada 29 April 1982 di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.Sehingga hari ini, McDonald’s mencatatkan lebih daripada 200 perkembangan lokasi restoran dan operasi perniagaan dijalankan secara francais.Ronald McDonald’s adalah maskot utama McDonald’s.
    McDonald’s menepati kehendak pelanggan dengan pilihan burger yang boleh dinikmati dengan segera.Antara menu yang menjadi pilihan pelanggan McDonald’s ialah Double Cheese Burger, Quater Pounder dan Spicy McChicken.McDonald’s juga menyediakan perkhidmatan pandu-lalu dan servis penghantaran bagi memudahkan pelanggan.
    LOKASI KAJIAN
    Kawasan kajian pengkaji berfokus di Oak Brook, Illinois, USA.Oak Brook adalah sebuah kampung di DuPage County di Illinois.Kampung ini merupakan antara yang terkaya di Illinois dan Amerika Syarikat.Penduduk adalah 7,883 dalam banci 2010. Sebuah pinggir bandar Chicago, ia adalah rumah ke ibu pejabat beberapa syarikat terkemuka dan organisasi termasuk McDonald, Ace Hardware, Blistex, Signal Federal, Centerpoint Properties, Sanford LP dan Lions Clubs International.
    Peta 1. Lokasi kajian pengkaji di di Oak Brook, Illinois, USA


    KAEDAH KAJIAN
    Bahagian ini menjelaskan cara penyelidik untuk mendapatkan hasil kajian. Kaedah yang digunakan oleh penyelidik adalah pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitatif.Pendekatan kuatitatif ialah penyelidikan yang sistematik berasarkan nilai numeric atau statistik.Pendekatan kualitatif merupakan satu usaha memahami isu tersebut dalam keadaannya tersendiri.
    Data Sekunder
    Data sekunder diperoleh daripada internet, buku dan majalah.Penyelidik telah membuat rujukan seperti aktiviti perniagaan McDonald, konsep-konsep perniagaan antarabangsa yang diaplikasikan oleh syarikat McDonald dan mencadangkan strategi pemasaran yang boleh digunakan oleh syarikat McDonald berdasarkan hasil analisis mengikut kehendak Majlis Peperiksaan Malaysia yang memerlukan calon menjelaskan maksud.Selain itu, rujukan laman sesawang seperti Wikipedia bagi mengetahui latar belakang syarikat McDonald, dan laman sesawang google maps bagi memperoleh data iaitu peta serta gambar syarikat McDonald.
    DAPATAN KAJIAN
    Bahagian ini merumuskan dapatan kajian yang telah diperoleh daripada data sekunder seperti internet, buku dan majalah. Perbincangan dalam bahagian ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu  aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh syarikat McDonald, konsep-konsep perniagaan antarabangsa yang digunakan dan cadangan strategi pemasaran yang boleh digunakan oleh syarikat McDonald.
    Aktiviti Perniagaan Yang Dijalankan
    Umumnya restoran McDonald menyediakan menu makanan yang tidak terlalu banyak dan seragam di setiap cabangnya.Hal ini untuk memudahkan dalam kecepatan penyajian, sehingga pelanggan tidak perlu menunggu terlalu lama untuk menyantap pesanannya.Menu yang sedikit juga memberi kemudahan bagi pelanggan untuk memilih pesanan.Pelanggan tidak perlu berfikir panjang untuk memilih pesanan kerana tidak terlalu banyak pilihan, dan juga menu di setiap restoran McDonald adalah seragam.Rata-rata pelanggan sudah pernah mencuba setiap menu sehingga pelanggan tidak perlu ragu untuk memesan.
    Selain menu-menu yang diseragamkan, McDonald juga membuat pakej menu untuk sarapan, makan siang, makan malam dan makanan ringan.Hal tersebut tentu saja membuat pelanggan semakin nyaman dan tidak terbatas lagi dengan pilihan menu yang ada.
    Di dunia yang serba canggih ini, setiap orang memerlukan hal-hal yang pantas, tidak terkecuali dalam hal makanan.Banyak pekerja pejabat, mahasiswa, suri rumah, bahkan selebriti lebih memilih untuk makan di McDonaldkerana perkhidmatannya yang mantap.
    Selain dari segi menu, McDonald juga menawarkan harga yang murah sehingga memungkinkan pelanggan mahupun sekeluarga dapat menikmati santapan pagi, siang dan malam di McDonald secara regular. Indikasi harga ini juga  sudah tentu disesuaikan dengan negara tempat McDonald tersebut berdiri. Di Malaysia, McDonald masih tergolong restoran bagi kalangan menengah dan ke atas, namun di negara-negara Amerika dan Eropah, McDonald telah menjadi restoran kegemaran pelbagai kaum dan bangsa.
    Ray Kroc iaitu pemilik McDonald menerapkan kawalan yang sangat ketat terhadap sistem restoran tersebut.Selain menekankan tentang keseragaman menu, Kroc juga mengubah sistem penyediaan makanannya.Pekerjaan seperti memotong kentang, memotong roti dan lain-lain, semuanya dikerjakan di pabrik.Sehingga kentang tiba di gerai dalam keadaan telah terpotong dan beku, roti telah dipotong, dan burger beku dihantarkan dalam keadaan siap goreng.Keberhasilan McDonald di Amerika tidak lepas dari usaha Ray Kroc dalam memahami keperluan pelanggannya dan menyesuaikan restorannya dengan gaya hidup orang Amerika. Malah, McDonald telah menjadi sebahagian dari gaya hidup orang Amerika.
    Meskipun menjunjung tinggi keseragaman menu, menu setiap restoran McDonald yang berada diluar Amerika juga disesuaikan dengan selera dan gaya hidup masyarakat setempat. Misalnya di India yang masyarakatnya kebanyakan tidak menggunakan sapi, menu yang berbahan daging sapi diganti dengan daging domba. Hal ini agar McDonald di negara tersebut dapat bertahan dan ikut bersaing dengan restoran lain.
    Setiap cabang McDonald selalu ditempatkan di tempat-tempat yang strategik agar mudah dikunjungi oleh pelanggan.Sehingga, tidak ada restoran McDonald yang kurang berhasil kerana lokasi yang kurang strategik.McDonald juga menjalin kerjasama dengan perusahaan besar lain, contohnya coca-cola.Kerjasama ini tentu saja memberikan kekuatan yang lebih besar bagi McDonald.
    Analisis SWOT Syarikat McDonald
    McDonald juga menjalankan analisis SWOT. Analisis SWOT iaitu kekuatan sumber firma, kelemahan, peluang, dan ancaman untuk memberi gambaran yang baik sama ada kedudukan perniagaan firma adalah asas yang sihat atau tidak sihat. ini akan memberikan pandangan yang jelas keupayaan McDonald dalam aspek SWOT untuk kesejahteraan masa depan syarikat dan menyediakan satu titik permulaan bagi cadangan kepada strategi pemasaran McDonald.
    Kekuatan
    Kekuatan merupakan faktor dalaman organisasi yang membantu dalam pencapaian objektif.Kekuatan yang dianalisis merupakan faktor yang terdapat dalam tubuh organisasi, projek atau konsep perniagaan itu sendiri.McDonald’s merupakan salah satu pencetus restoran makanan segera di dunia yang mengutamakan kecepatan dan isipadu dalam setiap penyajian makanannya.Strategi penyediaan makanan yang cepat tersebut ternyata digemari oleh pelanggan sehingga semakin banyak pelanggan yang datang untuk menikmati makanan di McDonald.
    Kelemahan
    Kelemahan merupakan faktor dalaman organisasi yang memberikan halangan kepada pencapaian objektif.Kelemahan yang dianalisis merupakan faktor yang terdapat dalam tubuh organisasi, projek atau konsep perniagaan itu sendiri.Reka bentuk piawai tidak sesuai bagi setiap saluran keluaran syarikat ini sering menghadapi kempen yang mendakwa bahawa McDonald's mengancam sekitarnya, khususnya di tempat bersejarah.
    Salah satu kelemahan yang paling jelas iaitu masalah nilai gizi yang terdapat dalam setiap kandungan sajian menunya.Menu makanan dan minuman yang disajikan oleh McDonald dianggap memiliki nilai gizi yang sangat rendah, tinggi kolesterol dan dapat memicu pelbagai penyakit termasuk kegemukan dan penyakit jantung.Makanan segera yang merupakan sajian utama McDonald sangat identik dengan gaya hidup yang tidak sihat, sehingga banyak pelanggan yang tidak mengunjung ke restoran tersebut. Selain itu, motto keseragaman menu yang dijunjung tinggi oleh syarikat McDonald juga menyebabkan terbatasnya inovasi terhadap menu-menu baharu. Hal ini menyebabkan pelanggan merasa bosan dan beralih ke restoran lain.


    Peluang
    Peluang merupakan faktor luaran yang membantu dan memberikan kesan positif kepada pencapaian objektif. Peluang merupakan peluang untuk berkembang pada masa akan datang. Keadaan yang terjadi merupakan peluang dari organisasi, projek atau konsep perniagaan itu sendiri seperti persaingan, kebijaksanaan pemimpin dan keadaan lingkungan sekitar McDonald dapat meluaskan pasarannya ke serata dunia.
    Perusahaan ini dapat melakukan penjualan atas talian sehingga memberikan kemudahan bagi pelanggan dan juga menambah ciri-ciri dalam pelayanan.Mengubah cara pemakanan yang lama ke arah makan yang lebih sihat.Mengembangkan secara terus menerus pangsa pasar terutama untuk generasi muda dan kelompok yang telah berumur.Melakukan pengawetan dengan bahan-bahan alami, sebagai bahagian dari strategi pemasaran dan pengiklanan.Menciptakan produk baru.Meneruskan untuk menggunakan teknologi untuk mempengaruhi strategi pendapatan, seperti menggunakan pesan singkat untuk mengantarkan pesanan khusus.Oleh itu, McDonald perlu bersaing untuk menghasilkan makanan segera yang berkualiti dan dapat memenuhi kehendak pengguna
    Ancaman
    Ancaman merupakan faktor luaran yang memberi tekanan dan kesan negatif kepada pencapaian objektif.Ancaman merupakan keadaan yang mengancam dari luar. Ancaman ini  dapat menggangu organisasi, projek atau konsep perniagaan itu sendiri.
    McDonald merupakan sektor yang sangat kompetitif sehingga persaingan juga semakin ketat serta adanya tekanan dari beberapa pihak mengenai makanan segera dengan masalah obesiti.Bagi pengguna yang peka tentang gizi, makanan segera merupakan makanan yang kurang sihat.
    McDonald juga menghadapi banyak cabaran dalam pasaran makanan segera.Ini kerana,McDonaldmerupakan sasaran untuk kritikan luar.Walaupun francaisnya di luar negara biasanya dimilik oleh usahawan tempatan dan menggunakan bahan-bahan makanan tempatan, McDonald sering diperlihatkan sebagai lambang dominasi sumber ekonomi oleh Amerika Syarikat.McDonald juga merupakan sasaran tuntutan mahkamah yang luar biasa.
    Konsep-konsep Perniagaan Antarabangsa Yang Digunakan Oleh Syarikat McDonald
    Dalam kajian ini, pengkaji telah mengenal pasti antara konsep-konsep penting yang telah diaplikasikan oleh syarikat perusahaan McDonald.Antaranya ialah dunia tanpa sempadan, pasaran menimbul, globalisasi, dan lokalisasi.
    a) Dunia tanpa sempadan
    Dunia tanpa sempadan memperlihatkan pergerakan dan perkembangan sesebuah perniagaan merentasi sempadan negara.Negara-negara di dunia telah mula mewujudkan sempadan yang lebih besar, mengadakan blok-blok perdagangan yang ebih bebas.Blok perdagangan bebas ini ditubuhkan bagi membebaskan negara terbabit daripada belenggu yang diwujudkan oleh sempadan politik terhadap kegiatan perdagangan bebas.
    Melalui blok perdagangan bebas ini, aktiviti pengeluaran, pemasaran, pengagihan, dan keseluruhan organisasi perniaaan bebas dipindahkan ke mana-mana sahaja dalam lingkungan sempadan negara-negara ahli tanpa dikenakan sebarang tariff dan sekatan lain.
    Syarikat perusahaan McDonald menjalankan aktiviti perniagaan perusahaan jenama makanan segera di serata dunia tanpa dikenakan tarif atau sekatan bagi memperluaskan empayar McDonald ke seluruh dunia.
    b) Pasaran menimbul (Emerging market)
    Pasaran menimbul merupakan pasaran baharu yang muncul ekoran peningkatan kuasa beli pengguna dalam pasaran tersebut. Sebagai pasaran menimbul negara-negara di asia mula menjadi pembeli utama keluaran baharu yang dihasilkan oleh negara-negara maju.
    McDonald, salah satu standard emas untuk pengembangan makanan segera dalam pasaran baru muncul serta memberikan contoh yang baik untuk bagaimana jenama (makanan segera dan lain-lain) rayuan kepada pengguna di negara-negara ini.Kuncinya adalah menerima semula strategi individu untuk setiap pasaran. McDonald dan jenama global yang lain perlu membangunkan strategi mereka untuk menyesuaikan tabiat yang berbeza tempatan dan imej jenama. Mereka juga perlu mencari cara-cara baru untuk mencapai pelanggan mereka berjuta-jutaakan datang, sama ada melalui saluranmenarik, tawaran unik, atau gabungan kedua-duanya. Satu perkara yang pasti, peluasan berterusan, ia akan menjadi menarik untuk menonton strategi baru terungkap.
    c) Globalisasi
    Globalisasi bermaksud pembentukan operasi syarikat di serata tempat di dunia, di samping membangunkan standard produk dan  pemasaran. Globalisasi merupakan sesuatu yang amat perlu bagi sesebuah syarikat untuk mempertingkatkan keuntungan dan mencari kelebihan persaingan. Konsep globalisasi ini termasuklah dari aspek pemasaran, pembuatan, sumber manusia dan teknologi
    Pengeluaran McDonald adalah operasi yang global. Produk dihasilkan di Amerika Syarikat dan hampir setiap masa apabila syarikat-syarikat yang dikendalikan sebahagian besarnya dieksport ke tempat-tempat lain. Pengeluaran kini merupakan pengeluaran globalisasi, dengan negara-negara yang berbeza tumpuan kepada bahagian-bahagian yang berbeza daripada proses bergantung kepada apa yang mereka mahir, atau boleh melakukan yang paling berkesan atau murah.
    d) Lokalisasi
    Lokalisasi merupakan satu strategi perniagaan yang menumpukan sesuatu keluaran terhadap sesuatu pasaran di kawasan tertentu.Lokalisasi melibatkan tindakan sesebuah syarikat mengubah anak syarikatnya daripada sesebuah subsidiari organisasi asing kepada sesebuah organisasi perniagaan yang mempunyai ciri-ciri tempatan.Meskipun kekhuatiran beberapa negara tentang imprealisme budaya, pada umumnya McDonald diterima di negara-negara tersebut kerana McDonald menawarkan idea lokalisasi global dimana item menu disesuaikan dengan kebiasaan dan selera masing-masing negara sehingga tidak mengikis kebudayaan asli negara mereka. Untuk menu di Rusia bahannya tidak berbeza jauh dengan Amerika iaitu daging dan kentang.Namun jika di kebanyakan negara Asia, McDonald menawarkan menu nasi dan ayam goreng yang sesuai dengan budaya makan beberapa negara di Asia. McDonald melakukannya dengan dukungan dari pemerintah daerah dan penduduk lokal dengan bekerja sama dengan pengedar pertanian untuk mengembangkan sumber pasukan tempatan untuk daging sapi, kentang, dan produk susu. Hal lain yang membantu McDonald diterima di negara berkembang adalah negara berkembang cenderung mengikuti trend negara maju.
    Cadangan Strategi Pemasaran Yang Boleh Digunakan Oleh Syarikat McDonald.
    Rahsia kejayaan McDonald terletak pada strategi 4P Marketing Mix yang meliputi Product (produk), Price (harga), Place (tempat) dan Promotion (promosi).
    a) Produk (Product)
    Produk McDonald boleh diseragamkan dan disesuaikan dengan budaya dan selera masyarakat setempat, sehingga McDonald dapat bersaing dengan restoran lainnya di seluruh dunia.Produk-produk McDonaldjuga sangat terkenal di seluruh dunia berkat keseragaman menu yang dijunjung tinggi oleh McDonald.
    b) Harga (Price)
    Dalam memasarkan produknya, McDonald mengutamakan harga.Harga yang dimaksudkan dikait dengan nilai. Di Malaysia, produk McDonald kurang mendapat kunjungan daripada masyarakat tempatan kerana harga yang mahal, namun disebabkan McDonald telah membuat kajian tentang makanan kesukaan masyarakat malaysia terhadap ayam, maka syarikat McDonald pun mencipta menu chicken burger yang lebih murah.
    c) Tempat (Place)
    Setiap restoran McDonald sama ada di Amerika atau di negara lain selalu ditempatkan di tempat yang strategik. Dalam hal ini, Lokasi yang strategik sangat mempengaruhi minat pelanggan untuk singgah di McDonald. Maka tempat-tempat perniagaan McDonald pun dibina berdekatan dengan jalan-jalan utama, shopping mall serta berdekatan dengan tempat pekerjaan masyarakat.
    d) Promosi (Promotion)
    Promosi juga memegang peranan penting dalam kejayaan McDonald. Logo golden arches, tokoh Ronald McDonal, dan slogan “I’m Lovin’ It” berjaya membawa McDonald dikenali oleh seluruh masyarakat di seluruh dunia.Dalam kalangan masyarakat muda, McDonald memperkenalkan tokoh badut Ronald McDonald yang juga berjaya menjadi daya tarikan bagi pelanggan anak-anak muda. Logo golden arches McDonald yang sederhana dan berwarna kuning sangat mudah diingat dan sekarang sudah menjadi salah satu logo yang paling mudah dikenali di dunia. Logo golden arches tersebut telah menjadi ikon yang sangat identik dengan McDonald dan menjadi tolak ukur tingginya eksistensi McDonald dalam kalangan masyarakat dunia.
    PENUTUP
    Kajian bertujuan untuk mengkaji aktiviti perniagaan, konsep perniagaan antarabangsa, dan cadangan strategi pemasaran yang boleh diamalkan oleh syarikat McDonald.Berdasarkan hasil kajian, elemen utama yang yang menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi adalah strategi yang mereka ikuti.Mana-mana industri adalah luas dan persaingan juga sengit untuk terus hidup dalam perniagaan.Organisasi perlu merangka strategi inovatif.McDonald telah memulakan perjalanan dekad yang lalu dan mereka telah berjuang untuk mengekalkan kedudukan mereka sebagai peneraju pasaran. Pelbagai telah berlaku pada masa lalu untuk syarikat McDonald sama ada baik dan buruk, tetapi ia adalah strategi yang membantu mereka terus hidup dan mengekalkan kedudukan mereka. Strategi syarikat ini adalah agak sama dengan strategi syarikat lain dan kedudukan syarikat lain tidak jauh di belakang daripada McDonald, tetapi mana-mana kesilapan kecil yang dilakukan oleh McDonald, mungkin membuatkan McDonald sebagai penghalang kemajuan perniagaan kerana syarikat lain mampu menjadi pemimpin pasaran dan McDonald perlu berhati-hati ketika melaksanakan strategi mereka.
    RUJUKAN
    Internet :


    McDonald'shttp://ms.wikipedia.org/wiki/McDonald's. (8 ogos 2014)






    Francais McDonald's Usahawan Malaysiahttp://usahawanmalaysia.com/francais-mcdonalds (8 ogos 2014)




    Kisah Bagaimana 25 Jenama Terkenal Antarabangsa Bermula http://www.usahawan.com/sejarah/kisah-bagaimana-25-jenama-terkenal-antarabangsa- bermula.html (8 ogos 2014)




    Rahsia Kejayaan Perniagaan McDonald’s http://balannambiar.wordpress.com/2011/11/26/rahsia- kejayaan-peniagaan-mcdonalds/ (8 ogos 2014)






    LAMPIRAN


    C:\Users\User\Desktop\PBS PP\francais-mcdonalds.jpg C:\Users\User\Desktop\PBS PP\4692630451_a8f7b0d310_b.jpg
    Gambar 1 Gambar 2

    C:\Users\User\Desktop\PBS PP\download.jpg
    Gambar 3 Gambar 4

    3 Responses so far.

    1. Thank you for information and research about McDonald.. I've got lot information from your blog.. :) .. Thanks again...

    2. Anonymous says:

      Tq for the information😁

    3. TEN10 says:

      VERY GOOD BLOG, TQ FOR SHARING....

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

copyright by Kamarul Arnizam