Contoh PBS Pengajian Perniagaan - Syarikat Multinasional Air Asia

    Author: Unknown Genre: »
    Rating



    946/ 4
    KERJA KURSUS


    AKTIVITI PERNIAGAAN, KONSEP-KONSEP PERNIAGAAN ANTARABANGSA  DAN CADANGAN STRATEGI PEMASARAN YANG DIGUNAKAN OLEH SYARIKAT AIR ASIA BERHAD


    ABSTRAK


    Kajian ini bertujuan untuk mengkaji aktiviti perniagaan dan konsep perniagaan antarabangsa yang diaplikasikan oleh syarikat Air Asia Berhad. Selain itu, pengkaji juga akan mencadangkan strategi pemasaran yang sesuai digunakan oleh syarikat Air Asia Berhad. Tumpuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh syarikat Air Asia. Objektif lain dalam kajian ini adalah menjelaskan konsep-konsep perniagaan antarabangsa yang digunakan syarikat Air Asia Berhad. Kajian ini juga akan mencadangkan strategi pemasaran yang sesuai  digunakan oleh syarikat Air Asia Berhad. Kaedah kajian yang digunakan ialah menggunakan data sekunder melalui penelitian laman sesawang dan jurnal serta akhbar yang boleh didapati dalam ruangan laman sesawang yang berkaitan. Hasil kajian mendapati aktiviti perniagaan utama syarikat Air Asia Berhad ialah menyediakan perkhidmatan penerbangan tambang murah. Air Asia juga menjalankan perniagaan beli-belah secara talian iaitu Air Asia Megastore. Air Asia Megastore ini menjual pelbagai barangan kepada pelanggan atau penumpang kapal terbang AirAsia. Hasil kajian juga mendapati konsep perniagaan antarabangsa Air Asia Berhad berkaitan dengan konsep globalisasi, lokalisasi dan pasaran menimbul. Visi utama Air Asia adalah menjadi syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia dan memberikan perkhidmatan kepada 3 bilion orang yang kini tidak mendapat perkhidmatan yang maksimum kerana sambungan yang kurang dan tambang yang tinggi. Cadangan strategi pemasaran Air Asia dikaitkan dengan penembusan pasaran, pembangunan produk, pempelbagaian dan pembangunan pasaran.

    1.0 PENGENALAN


    Syarikat penerbangan menyediakan perkhidmatan penerbangan awam bagi penumpang atau barang. Perkhidmatan merujuk kepada produk tidak ketara iaitu aktiviti yang membantu dan memberi faedah kepada perniagaan seperti perkhidmatan pengangkutan, pelancongan dan insurans. Mereka menyewa atau memiliki kapal terbang untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan dan membentuk kerjasama atau perikatan dengan sistem penerbangan untuk keuntungan bersama.
    AirAsia adalah syarikat penerbangan tambang murah terkemuka dan terbesar di Asia serta memiliki perkhidmatan rangkaian terbanyak dengan 85 destinasi. Dalam tempoh 11 tahun beroperasi AirAsia telah menawarkan perkhidmatan kepada 180 juta penumpang dari hanya dua pesawat kepada kira-kira 117 buah pesawat. Air Asia berbangga menjadi syarikat ASEAN yang beroperasi di Malaysia, Indonesia, Thailand, Jepun, Filipina serta menawarkan rangkaian destinasi ke semua Negara ASEAN, China, India, Sri Lanka dan Australia.
    Kajian ini bertujuan mengkaji tentang sebuah syarikat multinasional (MNC) dalam aspek aktiviti perniagaan yang dijalankan dan konsep-konsep perniagaan antarabangsa yang diaplikasikan oleh syarikat AirAsia Berhad. Organisasi ini terlibat dalam aktiviti penerbangan di seluruh dunia.
    Pengkaji dikehendaki untuk mengenalpasti aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh syarikat penerbangan AirAsia Berhad. AirAsia Berhad merupakan syarikat penerbangan tambang murah yang pertama dan terkemuka di Asia. Selain menjalankan penerbangan tambang murah, Air Asia turut menawarkan perkhidmatan lain seperti perlindungan perjalanan Air Asia, perkhidmatan kereta sewa Air Asia, tawaran kad kredit Air Asia, Air Asia Megastore dan AirAsia Go. Akiviti perniagaan ini juga dikaitkan dengan amalan perniagaan yang digunakan oleh Air Asia.
    Selain itu, pengkaji perlu menjelaskan konsep-konsep perniagaan antarabangsa yang diaplikasikan oleh Syarikat Air Asia Berhad. Antara konsep perniagaan antarabangsa tersebut ialah dunia tanpa sempadan, globalisasi dan lokalisasi. Konsep perniagaan amat penting dalam sebuah syarikat penerbangan bagi meningkatkan jumlah penumpang dan kemajuan syarikat.
    Seterusnya, pengkaji juga harus mencadangkan strategi pemasaran yang sesuai digunakan oleh Air Asia Berhad. Pengkaji akan mengenalpasti pendekatan startegik yang digunakan oleh Air Asia Berhad bagi mengenalpasti strategi pemasaran yang sesuai digunakan oleh Air Asia. Strategi pemasaran meliputi penembusan pasaran, pembangunan produk, pembangunan pasaran dan pempelbagaian.
    Pengkaji mengharapkan kajian ini menjadi panduan kepada masyarakat umum terutamanya rakyat Malaysia mengenai penerbangan tambang murah ini. Kajian ini dibuat untuk memberikan gambaran kepada masyarakat tentang tajuk yang dikaji iaitu aktiviti perniagaan dan konsep-konsep perniagaan antarabangsa yang digunakan oleh syarikat Air Asia berhad dengan lebih terperinci. Selain itu, pengkaji juga akan mencadangkan strategi pemasaran yang sesuai digunakan oleh syarikat AirAsia Berhad.


    2.0 OBJEKTIF KAJIAN
    Antara objektif kajian yang terdapat dalam kajian ini ialah:


    2.1 Mengenalpasti aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh Syarikat Air Asia Berhad.
    2.2 Menjelaskan konsep-konsep perniagaan antarabangsa yang diaplikasikan oleh Syarikat Air Asia Berhad.
    2.3 Mencadangkan strategi pemasaran yang sesuai digunakan oleh Syarikat Air Asia Berhad.


    3.0 LATAR BELAKANG/ LOKASI KAJIAN


    Air Asia Berhad, Malaysia adalah syarikat penerbangan tambang murah, tanpa “frill” dan tanpa tiket yang pertama di Asia.  Mereka memperkenalkan banyak insentif untuk menggalakkan lebih ramai pengguna untuk menggunakan perkhidmatan penerbangannya. Syarikat Air Asia pada mulanya ditubuhkan pada 20 Disember 1993 dan mula beroperasi pada 18 November 1996 yang telah diasaskan oleh sebuah konglomerat kerajaan Malaysia, DRB-Hicom. Air Asia Sdn Bhd adalah sebuah syarikat berhad menurut syer dan sendirian yang telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.
    Air Asia telah ditubuhkan semula pada 12 Disember 2001 apabila syarikat ini telah menanggung beban hutang yang terlalu tinggi iaitu sebanyak RM40 juta. Oleh itu, ia telah dijual kepada Tony Fernandes iaitu pengasas Tune Air dengan harga seringgit sesaham. Tony Fernandes ialah seorang usahawan dari Malaysia dan pengasas “Tune Air Sdn Bhd” yang telah memperkenalkan penerbangan tambang murah. Pada 8 Jun 2004, jenis syarikat ini telah ditukar dari syarikat sendirian kepada syarikat awam dengan nama AIRASIA BERHAD.
    Slogan “Kini Semua Orang Boleh Terbang” adalah bersesuaian dengan segmen pasaran pihak AirAsia Berhad yang menumpukan kepada kumpulan sasaran pengguna yang berpendapatan rendah. AirAsia Berhad diterajui oleh Yang Berbahagia Dato’ Pahamin A. Rajab sebagai pengerusi dan pengarah, Tony Fernandes sebagai Ketua Eksekutif (CEO) dan Pengarah, Encik Kamarudin Meranun dan Encik Aziz Bakar sebagai Pengarah  serta Conor McCarthy sebagai Director.
    Rajah 1: Logo AirAsia Berhad
    airasia


    Aktiviti utama syarikat Air Asia ini adalah menyediakan perkhidmatan penerbangan tambang murah perjalanan jarak jauh ke seluruh dunia. Air Asia pada mulanya hanya memiliki dua buah kapal terbang terpakai Boeing 737-300. Pada peringkat permulaan, perkhidmatan penerbangan hanya ke satu destinasi dan membawa 250 000 penumpang setahun serta mempunyai hanya 250 pekerja.
    Selepas 9 tahun beroperasi, Air Asia bernilai hampir RM4 billion mencatat keuntungan sebanyak RM549 juta dan telah memiliki lebih 85 pesawat Airbus A320 dan A330. Penerbangan Air Asia terbang terus melebihi 130 laluan perjalanan ke 70 destinasi seluruh dunia. Air Asia telahpun menerbangkan lebih 20 juta orang penumpang setahun dan kini mempunyai lebih dari 8,000 orang pekerja di Malaysia, Thailand dan Indonesia.
    Kini, kumpulan  Air Asia beroperasi dalam penerbangan antarabangsa dan tempatan ke lebih 400 destinasi merentasi 25 negara. Hab utamanya ialah Low-Cost Carrier Terminal(LCCT) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Syarikat penerbangan gabungan Air Asia ialah Thai Air Asia, Air Asia Philipines dan Air Asia Japan yang mempunyai hab masing-masing di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, lapangan terbang antarabangsa Clark dan lapangan terbang antarabangsa Narita. Pejabat berdaftar AirAsia terletak di Petaling Jaya, Selangor, manakala ibu pejabatnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
    Air Asia merupakan syarikat penerbangan tambang murah yang terkemuka dan terbaik di Asia. Hal ini dapat dibuktikan dengan pencapaian dan pengiktirafan yang telah dianugerahkan kepada Air Asia. Pada tahun 2003, Air Asia memperoleh status Superbrand Malaysia oleh Superbrands International.Selain itu, Air Asia adalah antara 100 Penerima Utama Anugerah CIO untuk kecemerlangan strategik IT. Pencapaian seterusnya ialah Air Asia ialah Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik Tahun 2003 (Tony Fernandes) oleh Business Time dan American Express. Air Asia juga mendapat anugerah sebagai syarikat Penerbangan Sedang Membangun Terbaik Tahun 2003 oleh Jurnal Airfinance.
    Pada tahun 2004, Air Asia merupakan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Asia Pasifik oleh Pusat Penerbangan Asia Pasifik (CAPA). Seterusnya, eksekutif Penerbangan Terbaik Asia Pasifik dianugerahkan kepada Tony Fernandes, CEO kumpulan oleh Pusat Penerbangan Asia Pasifik (CAPA).  
    Anugerah lain ialah anugerah Iklan Kos Rendah Asia Pasifik untuk Iklan cetak syarikat Penerbangan Tambang Murah terbaik Asia Pasifik atau Timur Tengah 2004 oleh Pusat Penerbangan Asia Pasifik. Air Asia juga merupakan syarikat  Terbaik yang Baru Tersenarai Dalam Bursa Saham ( Tempat ketiga ) oleh Euromoney.
    Air Asia juga mendapat anugerah Kepimpinan Kos Rendah atau Serantau dalam Anugerah Strategi Perniagaan Syarikat Penerbangan 2005 oleh Airline Business yang telah dianugerahkan kepada Dato’ Tony Fernandes.


    1.2 Latar belakang Penerbangan Tambang Murah
    Industri penerbangan secara umumnya terbahagi kepada dua jenis iaitu penerbangan perkhidmatan penuh dan penerbangan tambang murah. Konsep penerbangan tambang murah ini diperkenlkan oleh Pacific Southwest Airline di United State pada tahun 1949 apabila syarikat penerbangan ini melancarkan penerbangan pertama pada tahun tersebut Kini Pacific Southwest Airline merupakan salah satu syarikat penerbangan tambang murah yang berjaya diperingkat antarabangsa.
    Antara ciri-ciri penerbangan tambang murah adalah adalah kebiasaannya syarikat penerbangan hanya menggunakan satu atau dua jenis kapal terbang yang mana kebiasaannya adalah dari jenis A320 atau Boeing 737. Selain itu setiap kali penerbangan, pengguna adalah bebas untuk memilih kedudukan tempat. Ini adalah bertujuan untuk menggalakan penumpang tiba awal di dalam kapal terbang.
    Selain itu penerbangan adalah kerap dan singkat. Ini bertujuan untuk mengurangkan kos mendarat di terminal, manakala tujuan penerbangan melakukan penerbangan yang singkat adalah kerana untuk mengurangkan kos bahan bakar. Setiap tenaga kerja penerbangan tambang murah biasanya bertanggungjawab terhadap banyak tugas. Hal ini kerana penerbangan tambang murah menjalankan sistem kepelbagaian tugas. Penerbangan tambang murah juga tidak menyediakan makanan dan minuman percuma. Sekiranya para penumpang inginkan minuman ataupun makanan, caj tambahan akan dikenakan. Akhir sekali tiket penerbangan tambang murah dan jauh lebih rendah daripada penerbangan perkhidmatan penuh kerana biasanya harga tiket penerbangan tambang rendah adalah empat kali ganda daripada harga tiket penerbangan perhkhidmatan penuh disebabkan penerbangan tambang murah dapat meminimumkan kos mereka.


    4.0 KAEDAH KAJIAN
    Bahagian ini menjelaskan cara pengkaji mendapatkan maklumat berkenaan kajian yang dilaksanakan.


    4.1 Data sekunder


    Data sekunder diperolehi daripada internet, buku, akhbar dan majalah. Pengkaji telah membuat rujukan melalui internet mengenai aktiviti perniagaan dan konsep-konsep perniagaan antarabangsa yang diaplikasikan oleh syarikat Air Asia. Selain itu, pengkaji juga akan mencadangkan strategi pemasaran yang sesuai digunakan oleh syarikat AirAsia Berhad berdasarkan hasil analisis mengikut kehendak Majlis Peperiksaan Malaysia. Selain itu, rujukan laman sesawang yang lain seperti Wikipedia bagi mengetahui latar belakang dan sejarah penubuhan syarikat Air Asia.


    5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN


    5.1 AKTIVITI PERNIAGAAN YANG DIJALANKAN


    Bahagian ini membincangkan mengenai akiviti perniagaan yang dijalankan oleh Syarikat Air Asia Berhad yang berkaitan dengan amalan perniagaan yang digunakan oleh Air Asia Berhad. Aktiviti perniagaan ialah barang atau perkhidmatan yang ditawarkan syarikat.


    Amalan Perniagaan Air Asia Berhad


    Penerbangan Tambang Murah


    Air Asia merupakan syarikat penerbangan tambang murah pertama di Asia yang berpangkalan di Malaysia. Penerbangan tambang murah ialah satu konsep baru dalam perkhidmatan kapal terbang.
    Tujuan utama ialah kos tambang yang murah ditawarkan bagi membolehkan semua orang mampu menaiki kapal terbang dan bukan hanya orang elit sahaja yang dapat merasainya. Slogan “Kini Semua Orang Boleh Terbang” adalah bersesuaian dengan segmen pasaran pihak AirAsia Berhad yang menumpukan kepada kumpulan sasaran pengguna yang berpendapatan rendah. Hal ini secara tidak langsung mendapat sambutan ramai dengan jumlah penumpang yang semakin bertambah setiap tahun.
    Air Asia menawarkan kos bagi setiap tempat duduk hanya RM0.82. Strategi Air Asia ini adalah untuk memastikan pengurusan kos yang lebih efektif. Hal ini kerana melalui pengurusan kos yang efektif sahaja Air Asia terus menawarkan harga tambang penerbangan yang rendah kepada pelanggan-pelanggannya.
    Kecekapan pengurusan AirAsia dalam mengawal kos terbukti dengan pengiktirafannya sebagai penerbangan tambang murah yang mempunyai kos terendah di dunia iaitu USDO.24 (RM0.82) untuk setiap tempat duduk.


    AirAsia Megastore


    Selain menjalankan aktiviti penerbangan, Air Asia turut menjalankan perniagaan melalui laman beli-belah secara dalam talian. Para penumpang AirAsia berpeluang membeli produk-produk yang ditawarkan oleh Air Asia. Air Asia menjual barangan atau produk mengikut kategori yang ditetapkan iaitu barangan kecantikan, barangan elektronik, model kapal terbang AirAsia dan beg pakaian dan tas tangan untuk wanita. AirAsia Megastore menjual barangan seperti kosmetik, bag pakaian, bag khas untuk wanita,
    AirAsia Megastore ialah kedai yang bekerja keras untuk mengangkat pengalaman membeli-belah dalam talian. AirAsia Megastore juga bertujuan untuk meningkatkan pengalaman perjalanan dengan menawarkan pilihan yang paling lengkap dan mendalam TSA aksesori perjalanan mesra mungkin.
    AirAsia Megastore platform e-dagang dibangunkan atas penyelesaian pembayaran yang selamat, dipercayai dan terbukti oleh berjuta-juta pelanggan yang diterbangkan oleh AirAsia. AirAsia Megastore disokong dengan sistem yang sama 3D Secure pembayaran yang kuasa AirAsia.com.
    Syarikat Air Asia percaya dapat memperkasakan pelanggan dengan pelbagai pilihan, alat perbandingan dan foto terperinci dan penerangan untuk membuat keputusan pembelian yang bijak. Pelanggan boleh melakukan semua aktiviti membeli-belah tanpa meninggalkan tempat duduk di dalam penerbangan. Selain itu, penghantaran produk tepat pada masanya walaupun pelanggan berada di tempat yang jauh.


    Pendekatan strategik Syarikat Air Asia Berhad


    ANALISIS SWOT


    Kekuatan


    Kemalangan Sifar


    Sepanjang tempoh AirAsia beroperasi, kadar kemalangan adalah sifar dimana tiada sebarang kes mengenai kemalangan. Hal ini secara tidak langsung meningkatkan nama baik AirAsia dan sentiasa terjaga. Contohnya, kemalangan yang berlaku melibatkan syarikat penerbangan Lion Air di lapangan terbang Adi Sumarmo, Indonesia pada 1 Disember telah mengorbankan sekurang- kurangnya 31 nyawa dan 61 mengalami kecederaan akibat daripada hujan lebat yang mengganggu aktiviti pendaratan. Kemalangan yang berlaku ini menyebabkan nama baik syarikat tersebut terjejas dan keyakinan pengguna terhadap syarikat juga akan terjejas.
    Seperti yang diketahui umum AirAsia beroperasi menggunakan satu jenis pesawat iaitu Boeing 737-300. Pesawat komersial ini menjadi pilihan AirAsia kerana kecekapan penggunaan dan kelebihannya membantu mengurangkan kos. Dengan menggunakan satu jenis pesawat, AirAsia dapat memastikan penumpuan yang teliti dan penyelenggaraan yang cekap sentiasa diberi keutamaan. Selain itu, AirAsia menjalankan “line check” sewaktu transit, “night-stop” dan “A check” dijalankan setiap bulan. Penyelenggaraan hangar “C” dan “D” check pula dikendalikan selama 10 hingga 21 hari setiap tahun.
    Menurut maklumat yang diperolehi, seluruh bahagian pesawat akan dibuka dan diperiksa dengan penuh teliti. Tambahan pula Line checks AirAsia dijalankan oleh krew penyelenggaraan yang terlatih dan pemeriksaan teliti dijalankan oleh ST Aero iaitu salah satu syarikat terkemuka di dunia. Semua ini adalah merupakan kaedah pencegahan yang diambil oleh pihak AirAsia Berhad untuk mengelak daripada berlakunya kemalangan pada masa akan datang.

    Keluasan Pasaran


    AirAsia mengekalkan kedudukannya sebagai syarikat penerbangan berkos rendah di Asia Tenggara dengan memperluaskan destinasi penerbangannya. Sebelum ini, penerbangan AirAsia hanya lebih tertumpu kepada industri domestik. Namun, AirAsia telah menunjukkan keupayaannya dalam memperluaskan industri tersebut keluar negara seperti Asia Tenggara dan Asia Timur. Kini, AirAsia telah mempelopori perkhidmatannya di dalam negara dan mempunyai destinasi-destinasi penerbangannya di luar negara seperti, China, Macau, Filipina, Thailand, Indonesia, Laos, Kemboja dan Singapura.


    Pesawat Penerbangan


    Sebelum ini AirAsia hanya memiliki sebanyak 23 buah pesawat yang beroperasi iaitu jenis Boeing 737- 300. Menurut petikan di  akhbar Berita  Harian bertarikh 26 Ogos 2005, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia berkata bahawa berkata, keuntungan bersih lebih rendah berbanding unjuran sebelum ini sebanyak RM160 juta  disebabkan oleh  peningkatan harga bahan api  dan  juga disebabkan oleh bilangan pesawat yang terhad Oleh itu AirAsia telah menempah beberapa kapal terbang dan menurutnya lagi pada Disember tahun ini, angkatan pesawat baru Airbus A320 dijangka tiba, yang secara perlahan akan menggantikan pesawat B737 bagi operasi domestik. Tujuh daripada Airbus A320 dijadual tiba tahun depan
    Tindakan membeli pesawat tersebut adalah berdasarkan keyakinannya terhadap masa hadapan industri tersebut. Langkah ini menunjukkan bahawa AirAsia berupaya menjana lebih banyak keuntungan dan berupaya untuk bersaing dengan syarikat penerbangan lain yang berteraskan kos rendah. Tambahan lagi, penambahan pesawat baru membolehkan AirAsia untuk meningkatkan mutu perkhidmatannya dengan menawarkan lebih banyak destinasi penerbangan.

    Kekuatan Anugerah Pencapaian


    AirAsia telah mendapat pengiktirafan apabila CEO AirAsia Bhd Group Tony Fernandes telah memenangi anugerah kepimpinan (Regional& Low Cost Leadership Award) di Airline Business Strategy Award 2005. Menurut editor Airline Business, Kevin O’ Toole, kemenangan itu menunjukkan bahawa Tony bukan sahaja berjaya kepada AirAsia, malah beliau juga merupakan pelopor yang membuktikan kejayaan konsep penerbangan berkos rendah di Asia yang sebelum ini kurang mendapat perhatian. Ini menunjukkan bahawa AirAsia berupaya untuk menjana lebih banyak strategi untuk meningkatkan keupayaan syarikatnya untuk bersaing.
    Antara anugerah lain yang diterima oleh AirAsia termasuk Developing Airline of the year 2003 daripada Airfinance journal, Asia Pacific Airline of the Year 2003, daripada Centre of Asia Pacific Aviation (CAPA), Market Leadership Award,2005 Airline Achievement Awards daripada Air Transport World Megazine. Triple A Regional Award of Best Airline IPO for 2004 daripada The Asset Megazine, dan anugerah-anugerah yang lain.


    Kerjasama Dengan Syarikat Penerbangan Lain


    AirAsia Bhd Group juga telah mengadakan kerjasama dengan syarikat penerbangan lain di luar negara. Contohnya, syarikat penerbangan luar negara yang bekerjasama dengan AirAsia Bhd Group ialah daripada Awair Airline Indonesia dan Thai AirAsia dari Thailand. Dalam kerjasama ini AirAsia Bhd Group mempunyai kuasa sepenuhnya dalam pentadbiran syarikat tersebut.


    Kelemahan


    Kelemahan yang terdapat dalam syarikat AirAsia ialah dari segi perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna. Perkhidmatan yang selalu menjadi masalah kepada AirAsia penerbangan yang tidak mengikut jadual yang ditetapkan.
    Keadaan ini menyebabkan ketidakpuashatian penumpang yang menggunakan perkhidmatan penerbangan AirAsia. Disebabkan oleh kelemahan dalam perkara tersebut, AirAsia telah kehilangan ramai pelanggan yang mementingkan ketepatan masa.Namun demi mengurangkan kecacatan tersebut, AirAsia mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah tersebut.Langkah ini telah meningkatkan kualiti perkhidmatannya dan mengurangkan masalah penundaan penerbangan.


    Peluang


    Peluang Pasaran Domestik


    Peluang yang pertama terhadap AirAsia ialah pasaran yang besar daripada pendapatan golongan sederhana dan rendah khususnya bagi penerbangan dalam negara.. Selepas AirAsia melancarkan tiket penerbangan yang murah dengan slogan   “Kini Semua Orang Boleh Terbang”, penerbangan dari satu destinasi ke destinasi yang lain bukan lagi menjadi masalah besar kepada golongan ini. Tambahan lagi, sebelum perkhidmatan penerbangan tambang murah diperkenalkan, peluang bagi golongan sederhana dan rendah untuk menaiki kapal terbang adalah rendah. Namum, setelah AirAsia diperkenalkan penerbangan tambang murah, AirAsia telah dapat membuka pasaran yang luas terhadap golongan tersebut. Hal ini kerana taraf pendapatan penduduk Malaysia secara umumnya adalah sederhana. Jadi perkara ini merupakan peluang yang baik bagi AirAsia.


    Peluang Pembinaan Terminal Tambang Murah


    Peluang yang seterusnya ialah pembinaan terminal penerbangan tambang murah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ianya dijangka siap pada bulan April tahun depan. Menurut sumber: http://besonline.rtm.net.my  dalam kenyataan Menteri Pengangkutan, Dato' Seri Chan Kong Choy berkata, projek berharga RM108 juta yang dibina di kawasan seluas 28 000c meter itu merupakan terminal kedua terbesar selepas KLIA. Kini projek tersebut telah 17 peratus siap, iaitu dua peratus lebih awal dari jadual asal.Apabila beroperasi kelak, terminal itu mampu mengendalikan sehingga 10 juta penumpang dalam tempoh 5 tahun. Selain itu  menurut Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Najib, terminal tambang murah di KLIA membolehkan syarikat-syarikat penerbangan tambang murah mencapai kos operasi yang lebih rendah.Oleh itu, pembinaan terminal ini telah menjadikan peluang kepada AirAsia pada masa akan datang. akan datang


    Ancaman


    Persaingan


    Ancaman yang seterusnya ialah persaingan penerbangan tambang kos rendah yang kuat dalam rantau Asean. Di rantau Asean, terdapat sembilan buah syarikat penerbangan utama yang menjalankan  penerbangan tambang murah. Walaupun AirAsia telah memenangi anugerah “Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Pasifik Terbaik” pada tahun 2004, namun AirAsia untuk mempertahankan kedudukan tersebut adalah mencabar kerana terdapat persaingan yang kuat daripada syarikat luar seperti Orenstar di Singapura.


    Faktor Persekitaran


    Ancaman yang seterusnya ialah ancaman pengganasan dan kehilangan pesawat. Contohnya, tragedi kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac 2014 yang masih menjadi misteri sehingga kini. Selain itu, pengganasan pesawat juga menjadi isu dalam sejarah penerbangan dunia apabila pesawat Malaysia MH17 yang dipercayai ditembak menggunakan peluru berpandu Buk di udara Timur Ukraine pada 17 Julai 2014. Hal ini secara tidak langsung memberi ancaman kepada penerbangan yang lain khususnya pesawat Air Asia.


    5.2 KONSEP-KONSEP PERNIAGAAN ANTARABANGSA YANG DIAPLIKASIKAN


    Bahagian ini membincangkan mengenai konsep perniagaan antarabangsa Air Asia Berhad. Konsep-konsep perniagaan antarabangsa yang akan dibincangkan terdiri daripada globalisasi, lokalisasi dan pasaran menimbul.


    Globalisasi


    Globalisasi merujuk kepada konsep dunia tanpa sempadan di mana semua peniaga bebas menjalankan aktiviti perniagaan di dalam dan luar Negara iaitu pada tahap antarabangsa tanpa sebarang sekatan. Globalisasi juga ditakrifkan sebagai proses meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah Negara.
    Globalisasi adalah satu usaha meluaskan penglibatan perniagaan ke pasaran dunia, mempiawai operasi secara meluas dan mengintegrasi pengeluaran firma. Salah satu kebaikan pelaksanaan globalisasi ini adalah meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa dan meningkatkan imej sesebuah syarikat.
    Syarikat Air Asia Berhad mengamalkan konsep globalisasi melalui usahasama dengan syarikat penerbangan di Negara-negara lain. Contohnya, Air Asia telah menandatangani usahasama dengan All Nippon Airways Japan untuk membentuk AirAsia Japan.
    Air Asia telah merancang untuk menubuhkan sebuah lagi syarikat usahasama di Filipina sebagai sebahagian daripada langkahnya untuk berkembang di Asia Utara. Air Asia juga bakal menguasai 40% kepentingan dalam syarikat tersebut yang merupakan jumlah maksimum atas kebenaran oleh pihak berkuasa  Filipina. Atas jalinan usahasama, Air Asia tidak mendapat sebarang sekatan dalam menjalankan penerbangan di dalam dan luar Negara.
    Usahasama yang dibuat oleh Air Asia dengan syarikat penerbangan lain di luar Negara membolehkan perkhidmatan penerbangan tambang murah Air Asia bebas daripada sebarang sekatan untuk memasuki perniagaan dan meluaskan pasarannya di luar Negara.


    Lokalisasi


    Lokalisasi bermaksud merubah organisasi asing kepada organisasi tempatan di mana penggunaan sumber modal tempatan, bahan-bahan dan tenaga buruh tempatan. Lokalisasi bertujuan mengubah kualiti produk tempatan dan meningkatkan aktiviti ekonomi tempatan. Air Asia turut mempunyai


    Pasaran Menimbul


    Pasaran menimbul merupakan pasaran baharu yang muncul ekoran peningkatan kuasa beli pengguna dalam sesuatu pasaran. Hal ini juga berkaitan dengan perkhidmatan penerbangan tambang murah yang mendapat permintaan ramai tidak kira di dalam atau luar Negara. Sebelum ini, AirAsia hanya lebih tertumpu kepada industri domestik.  
    Namun, AirAsia telah menunjukkan keupayaannya dalam memperluaskan industri tersebut ke luar negara seperti Asia Tenggara dan Asia Timur. Kini, AirAsia telah mempelopori perkhidmatannya di dalam negara dan mempunyai destinasi-destinasi penerbangannya di luar negara seperti China, Macau, Filipina, Thailand, Indonesia, Laos, Kemboja dan Singapura.


    5.3 CADANGAN STRATEGI PEMASARAN AIR ASIA BERHAD


    Bahagian ini akan membincangkan mengenai strategi pemasaran Syarikat Air Asia. Aspek yang dibincangkan ialah Penembusan pasaran (masuk ke pasaran menimbul), pembangunan pasaran (potongan harga), pembangunan produk (produk baharu), pempelbgaian (produk atau perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan teras utama syarikat)


    Menjalin Usahasama Malaysia Airlines System


    AirAsia perlu menjalin usahasama dengan Malaysia Airline System (MAS). Sebagai syarikat penerbangan Malaysia, AirAsia dan MAS perlu bekerjasama untuk mengurangkan kapasiti berjadual dalam sektor penerbangan domestik. Hal ini bertujuan untuk mengelak lebihan kapasiti dan pembaziran sumber sepanjang tempoh perkhidmatan rendah yang luar biasa. Sebagai contoh, sempena menyambut bulan Ramadan yang mulia bagi umat Islam di negara ini, permintaan penerbangan adalah berkurangan, termasuk juga sektor pelancongan kerana berpuasa sebulan. Oleh itu, sepanjang tempoh ini, AirAsia dan MAS perlu bekerjasama untuk menjimatkan kos masing-masing.


    Kumpulan Sasaran


    AirAsia telah menyediakan perkidmatan penerbangan tambang murah kepada golongan berpendapatan sederhana. Saya mencadangkan agar AirAsia juga turut mensegmentasikan pasarannya kepada para pelajar sebagai kumpulan sasaran baru. Hal ini demikian kerana AirAsia turut menghadapi ancaman pesaing perkhidmatan gantian seperti perkhidmatan bas dan kereta api dalam negara. Oleh itu, cadangan bagi AirAsia agar memperkenalkan ‘Kad Pelajar’ atau sistem ‘ID Pelajar’ yang lebih menjimatkan kos, dengan memberi harga diskaun kepada pelajar. Cara ini dapat menarik para pelajar untuk memilih AirAsia sebagai pengangkutan utama untuk pulang ke kampung sebagai alternatif lain selain bas dan kereta api. Ini berikutan masalah kesesakan lalu lintas dan peningkatan kadar kemalangan jalan raya yang mengorbankan banyak nyawa di negara ini. Hal ini membolehkan AirAsia dapat bersaing dengan mengambil peluang ini kerana AirAsia mempunyai kelebihan dalam penjimatan masa perjalanan dan keselamatan yang lebih terjamin di samping harga yang berpatutan.


    Penembusan pasaran


    Penembusan pasaran merupakan suatu strategi pertumbuhan dengan perniagaan memberikan tumpuan dengan penjualan produk sedia ada ke pasaran yang sedia ada. Penembusan pasaran juga berkaitan dengan pasaran menimbul iaitu kawasan atau negara yang baru dikenali sebagai kawasan yang menyediakan pasaran bagi keluaran dunia dan perniagaan antarabangsa.
    Syarikat Air Asia Berhad harus sentiasa meningkatkan perkhidmatan mereka dengan startegi harga tambang penerbangan yang berpatutan, peningkatan pengiklanan di pelbagai media massa dan promosi yang sesuai.


    Pembangunan pasaran


    Syarikat Air Asia haruslah mengekalkan perkhidmatan tambang murah untuk mengekalkan jumlah pelanggannya setiap tahun. Air Asia boleh membangunkan pasarannya dengan potongan harga yang sesuai dan berpatutan dalam pembelian tiket kapal terbang. Air Asia juga  harus menawarkan servis sampingan yang dirasakan perlu untuk pelanggan-pelanggannya bagi menunjukkan keprihatinan terhadap permintaan atau kehendak pelanggan.

    Pembangunan produk


    Penjenamaan merupakan satu komponen yang dititik beratkan oleh Tony Fernandes untuk membawa Air Asia ke tahap yang tinggi serta mampu bersaing dengan syarikat penerbangan besar yang lain.
    Air Asia harus mengamalkan kaedah kerja yang lebih fokus untuk memberi peluang kepada setiap orang supaya mereka mampu terbang dengan Air Asia. Hal ini dimulakan dengan misi menawarkan harga tiket yang amat rendah sehingga RM1.00 untuk menarik perhatian ramai.
    Kaedah siapa cepat dia untung adalah prinsip penjualan tiket yang digunakan. Jika pelanggan membeli tiket untuk penerbangan sebulan dari tarikh pembelian, kemungkinan besar individu akan dapat membeli tiket pada harga yang lebih rendah berbanding jika tempoh perjalanan yang lebih dekat dengan tarikh pembelian tiket.
    Strategi pempelbagaian
    Strategi pempelbagaian merujuk kepada peniaga memperkenalkan kategori produk baru ke pasaran baru. Pempelbagaian ini merupakan produk atau perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan teras utama syarikat.
    Cadangannya ialah selain menjalankan aktiviti pernerbangan tambang murah, syarikat AirAsia boleh menjadi pemaju rumah di Pulau Bali yang juga merupakan tempat pelancongan dengan menjual rumah yang dibinanya kepada penduduk Bali dan bukan kepada pelanggan AirAsia. AirAsia boleh menerapkan konsep pembelian rumah yang murah dan berpatutan dengan menumpukan kepada golongan yang berpendapatan rendah.


    6.0 PENUTUP


    Melalui kajian yang dilaksanakan, rakyat Malaysia haruslah berbangga dengan tahap kejayaan yang diperolehi oleh AirAsia. Keupayaan mencapai kedudukan sebagai ‘Pemimpin Pasaran’ dalam industri penerbangan tambang rendah ini adalah hasil dari perancanagn strategi yang teratur dan teliti.Namun kesan arus globalisasi yang sedikit sebanyak turut mengancam sesiapa sahaja yang menceburi bidang perniagaan umumnya terutamanya industri penerbanagan tambang murah yang diaplikasikan oleh syarikat Air Asia. Syarikat penerbangan Air Asia juga telah merancang segmen pasaran yang mendapat sambutan orang ramai dengan penerbangan tambang murahnya.


    7.0 RUJUKAN


    LAMAN SESAWANG


    AirAsia / Profil korporat / Segalanya tentang kami.
    AirAsia, Wikipedia Bahasa Melayu.
    Sejarah Awal Penubuhan Air Asia,
    Pencapaian AirAsia.
    Annual Report AirAsia.
    Kategori: Syarikat penerbangan di Malaysia
    AirAsiA.
    Penerbangan tambang murah jadi pilihan.
    Rahsia Kejayaan Air Asia.
    AirAsia jalin usahasama di Filpina.
    Suffian A Bakar, AirAsia melonjak 116 peratus.
    Peningkatan Bilangan Penumpang AirAsia Berhad Pada Tahun 2005.
    http://www.airasia.com, (29 JULAI 2014)


    AKHBAR
    Muhanum Abdul Aziz. Akhbar Berita Harian.Tumpu operasi di Manila, AirAsia Yakin Peluang Pertumbuhan ditawar Filipina. Isnin 14 Oktober 2013.


    Akhbar Berita Harian. AirAsia Terima 345 lagi Pesawat dalam 13 tahun, Aireen Omar. 2013.


    LAMPIRAN


    C:\Users\Calvin\AppData\Local\Microsoft\Windows\Temporary Internet Files\Content.Word\Tony-Fernandes-.jpg
    Tony Fernandes


    C:\Users\MARINUS SAKUNIR\Desktop\AirAsia.jpg
    Kapal Terbang Air Asia Berhad (Airbus A320)


    Bahagian dalam kapal terbang Air Asia


    C:\Users\Calvin\AppData\Local\Microsoft\Windows\Temporary Internet Files\Content.Word\download.jpg
    Model kapal terbang AirAsia Berhad


    C:\Users\Calvin\AppData\Local\Microsoft\Windows\Temporary Internet Files\Content.Word\mb-template-650x320_bigsaleaugust2014_en-usd.png

    One Response so far.

    1. Artikel yang baik, Pernahkah anda mendengar tentang LFDS (Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian, E-mel: lfdsloans@outlook.com --WhatsApp Hubungi: +1-9893943740--lfdsloans@lemeridianfds.com) adalah sebagai perkhidmatan pendanaan Amerika Syarikat / UK yang mereka memberikan saya pinjaman $ 95,000.00 untuk melancarkan perniagaan saya dan saya telah membayarnya setiap tahun selama dua tahun sekarang dan saya masih mempunyai 2 tahun lagi walaupun saya senang bekerja dengan mereka kerana mereka adalah pemberi pinjaman Pinjaman tulen yang boleh memberi pinjaman kepada anda.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

copyright by Kamarul Arnizam