Tempat-Tempat Menarik dan Unik Sekitar Tambunan

    Author: Unknown Genre: »
    Rating

    Assalamualaikum wbt, hari ini saya ingin berkongsikan antara tempat-tempat yang menarik di daerah tambunan yang boleh dikunjungi oleh sang pencinta alam. Dalam tahu atau tidak daerah Tambunan sememangnya sebuah daerah yang mempunyai keunikan yang tersendiri iaitu mempunyai tempat-tempat unik dan menarik yang mungkin tiada di tempat lain. Keindahan daerah Tambunan yang terpelihara ini wajar diketengahkan bagi menarik lebih banyak pengunjung untuk melawat daerah ini. Oleh yang demikian, admin yang juga merupakan penduduk Tambunan akan menyenaraikan antara tempat-tempat yang menarik ini untuk tatapan semua orang.

    Mahua Waterfall

    Air Terjun Mahua terletak di Kampung Patau kira-kira 12km dari Pekan Tambunan. 7km dari kampung Patau untuk sampai ke Pusat Informasi Pelancongan, pintu masuk ke Air Terjun Mahua. Lokasinya terletak antara Kampung Katagayan & Kampung Mahua, Patau Tambunan. Antara keunikan tempat ini ialah suasana alamnya yang begitu menenangkan jiwa dengan aliran air yang jernih di bawa arus air terjun setinggi 50 kaki. Suasananya yang nyaman turut diserikan dengan tumbuhan serta pelbagai hidupan yang hidup terpelihara.

    Dalam pada itu air terjun mahua yang menjadi kebanggaan orang Tambunan dan penduduk sabah secara umumnya mempunyai kawasan dimana bunga rafflesia tumbuh dengan subur. Seperti mana yang kita tahu bunga Rafflesia ini hanya terdapat di kepulauan borneo. Oleh wajarlah untuk tempat ini diangkat dimata dunia agar keindahan ini terus dipelihara daripada kerosakan. Disamping itu antara keunikan tempat ini ialah terdapat sebuah batu yang menyerupai kepala manusia yang terdapat dalam perjalanan masuk ke air terjun mahua.

    Di samping itu terdapat sebuah kafeteria yang disediakan ditempat ini yang menawarkan makanan yang lazat untuk para pengunjung. Lokasinya yang bersebelahan dengan sungai pasti akan memeriahkan lagi suasana.

    Gunung Trus Madi
    Anda boleh membuat pilihan destinasi di Tambunan dan kalau anda memilih untuk bergerak ke arah kampung Kaingaran, anda akan sampai di kaki Gunung Trus Madi setelah menempuh perjalanan sejauh 25km. Di tempat ini, anda akan merasa bertuah kerana sedang menjejakkan kaki Gunung Trus Madi gunung yang kedua tertinggi di Sabah selepas Gunung Kinabalu. 
    Anda boleh meneruskan pengembaran sehingga ke puncak Trus Madi untuk menawan puncaknya pada ketinggian 8,690 kaki. Ianya terletak di Hutan Simpanan Trusmadi Tambunan dengan daya tarikan utamanya ialah mempunyai pelbagai keunikan biodiversiti di samping tempatnya yang sejuk. Tambahan pula Gunung Trus Madi merupakan merupakan gunung kedua tertinggi di Sabah/malaysia

    Batu Gong Tambunan

    Lokasinya terletak di Kampung Solibog Tambunan dimana tempat batu ini mula-mula ditemui. Untuk pengetahuan kita semua antara keunikan yang ada pada batu tersebut ialah ia boleh mengeluarkan bunyi yang merdu apabila dipalu. Bunyi yang terhasil sama dengan bunyi alat muzik kaum kadazandusun sendiri iaitu gong. Keunikan batu ini sering dikaitkan dengan pelbagai cerita rakyat dan terus-menerus menjadi misteri di daerah Tambunan. Klik Sini untuk dan kepercayaan dan cerita orang tempatan tentang batu ini.


    Tugu Mat Salleh
    Tugu Peringatan Datu Paduka Mat Salleh terletak sejauh 86km dari bandaraya Kota Kinabalu, di Kg.  Tibabar,  Tambunan. Perjalanan  ke  sini  mengambil masa  1  jam  30  minit. Pastikan anda  tidak mengambil  jalan pintas  di  Kg.  Kinabaan  kalau tidak  mahu  terlepas  peluang untuk sampai ke tempat ini.
    Agak mudah  menemukan  tugu  ini kerana sebuah tanda nama telah diletakkan  di  sebelah  kanan sebagai panduan. Kita akan melalui sebuah kampung tradisional dengan keindahan alam semulajadi sebelum sampai ke tugu yang terletak betul ­betul di hujung jalan. Sudah lama sebenarnya saya mendengar mengenai kewujudan tempat ini namun baru kali ini berkesempatan mengunjunginya. Agak terperanjat juga bila mendapati bahawa tugu yang sepatutnya dipelihara dengan baik ini terbiar usang bagai ia sesuatu yang tidak bermakna.
    Seketika hati berdetik bahawa inilah masalah utama negara kita. Kerajaan  lebih  cenderung  menyediakan  kewangan  untuk  membina  sesuatu  tetapi tidak menyediakan peruntukan untuk penyelenggaraan. Dengarnya kini tugu ini sudah diambilalih oleh Muzium Negeri Sabah dan masih dalam proses penyelenggaraan. Namun, siapa yang 'berkuasa' terhadap tugu ini sebelum ini, tidak pula aku ketahui.

    5 Responses so far.

    1. carolus says:

      Daerah Tambunan sebenarnya ketika itu sebuah wilayah bebas dan dikuasai oleh kepala-kepala suku tempatan. Mat Salleh ketika mendapatkan tekanan dari kawasan pesisir pantai oleh pihak Company, mulai memindahkan operasi pemberntakannya di kawasan pendalaman. dengan sokongan suku Dusun di kawasan sugut, Labuk, Lingkabau dan Ranau di berjaya membina beberapa kubu, tapi kubu-kubu itu berjaya dimusnahkan British. di Ranau, dia disokong oleh orang Dusun Ranau. tetapi ketika kubunya diserang, di melarikan diri ke kawasan Tambunan. menurut kisah orang-orang Dusun Sunsuron. Mat Salleh itu melarikan diri dan bersembunyi di suatu tempat berdekatan dengan Sunsuron. pada mulanya orang Dusun Sunsuron membantu dia dan pengikutnya dengan memberikan air dan makanan. akan tetapi orang Sunsuron mulai curiga ketika Mat Salleh dan pengikutnya mulai meminta ayam, sapi dan kambing. kecurigaan mereka itu menjadi jelas ketika Mat Salleh mulai meminta perempuan untuk dirinya dan pengikutnya. orang Sunsuron berhenti membantu Mat Salleh. Mat Salleh menyerang Kampung Sunsuron, tapi dikalahkan dan diusir dari kawasan Sunsuron. ketika itu kebanyakan pemimpin-pemimpin Dusun di Tambunan tidak mengiktiraf Mat Salleh sebagai penguasa, meskipun ketika itu British telah mengizinkannya menetap di tambunan, orang Dusun tidak mahu dijajah Mat Salleh. menurut bukti sejarah dari cerita nenek moyang, Mat Salleh pada mulanya datang ke beberapa Kampung untuk meraih sokongan. dia juga datang ke Sunsuron untuk memaksa penduduk kampung mengiktirafnya sebagai penguasa. tapi orang Sunsuron dan beberapa perkampungan lain tidak tunduk kepadanya. suku Liwan merupakan suku yang paling keras menentang Mat Salleh ketika itu, kebanyakan pemimpin-pemimpin suku Liwan menolak Mat Salleh sebagi penguasa. akan tetapi ketika Mat Salleh mengtahui adanya permusuhan lama antara suku Dusun Liwan dan Dusun Tagahas, maka dia mulai menghasut suku Tagahas untuk memihak kepadanya. dia menghasut suku Tagahas untuk melawan suku Liwan. di dalam sejarah lama, memang suku Tagahas dan Liwan pernah mengalami perang saudara lama ketika zaman memburu kepala masih dialkukan. penulis British menuliskan, ketika itu Mat Salleh yang disokong oleh pejuang Dusun Tagahas telah bertindak menyerang suku Liwan dan berjaya menakluk beberapa perkampungan suku Liwan di kawasan utara Tambunan. akan tetapi kubu kuat suku Liwan di mukim Sunsuron masih dapat bertahan. Orang Dusun Sunsuron membina kubu bagi menghadapi meriam dan senjata api dari pasukan Mat Salleh. menurut orang Sunsuron, kubu pertahanan mereka diperbuat dari benteng tanah, dan bambu setinggi 10 meter, dan beberapa batu besar sebagai pelindung. mereka memiliki pasukan Pemanah, penyumpit dan pelempar lembing, sedangkan pasukan Mat Salleh memiliki meriam dan senjata api. pasukan Dusun Sunsuron memang jauh lebih sedikit dari pasukan tentera Mat Salleh, apa lagi ketika itu kebanyakan suku Tagahas menyokong Mat Salleh. tapi suku Liwan Sunsuron berjaya mempertahankan kawasan mukim Sunsuron dari ditakluk oleh Mat Salleh dan orang-orang Dusun Tagahas.

    2. carolus says:

      Menurut kisah, ketika itu orang-orang Dusun Liwan meminta bantuan dari Company untuk menyerang Mat Salleh, orang Liwan mengadakan perjanjian untuk taat kepada kerajaan British. dengan pasukan tentara dari pihak British yang terdiri dari pasukan Sikh dan Iban, orang Dusun Liwan berjaya mengalahkan Mat Salleh dan orang-orang Tagahas. ketika itu suku Tagahas didenda oleh British :

      “…..On February 3, Mat Salleh’s fort was burnt by Mr. (now Sir) Hugh Clifford, who had only arrived in North Borneo as Governor a few days previously. He met all the chiefs of the rebel villages tow days later. For the part they had played the Tegas (Tagahas) were fined $ 30, twenty-five buffaloes, and one-quarter of their rice corp. They were order to demolish all their fortification and to build a block-house for the Government near the site of Mat Jator’s fort….”

      kemudian pengikut Mat Salleh yang masih hidup meninggalkan kawasan pendalaman setelah tidak disokong lagi oleh orang-orang Dusun pendalaman :

      “…..They were desperate men. They had been hounded out of the Interior; they had lost their Dusun supporters; they were short of arms and ammunition….”

      jadi Mat Salleh tetap seorang pemberontak. dia bukanlah pejuang. jikalau dia seorang pejuang bangsa, mengapa dia memaksa penduduk untuk mengiktirafnya sebagai penguasa? mengapa dia memaksa orang Dusun tambunan untuk membayar cukai kepala? mengapa dia menghasut suku Dusun untuk berperang sesama sendiri? sebenarnya Mat Salleh tidak lebih hanya seorang yang berjuang untuk martabat dan kehormatan peribadinya. dia mahu mengembalikan kekuasaannya sebagai pemebesar Sulu, bukannya mahu membebaskan Sabah dari penjajahan British. mungkin jikalau dia berjaya mengalahkan British ketika itu, dia pula ganti menjadi penjajah. buktinya ketika British membenarkannya menetap di Tambunan, dia malah berlagak sebagai penguasa dan memaksa penduduk tempatan untuk mengakuinya sebagai pemimpin. sayangnya dia ditentang hebat oleh beberapa pemimpin Dusun di lembah Tambunan.

    3. carolus says:

      Banyak sekali orang Dusun yang terbunuh kerana ambisi egois Mat Salleh untuk mengembalikkan kekuasaannya di beberapa wilayah di Sabah. di Tambunan sahaja, kira-kira 1000 orang Dusun mati kerana membantu Mat Salleh, terutamanya suku Dusun Tagahas, belum dikira lagi perang suku antara Dusun Tagahas-Liwan yang dipicu oleh hasutan Mat Salleh agar suku Tagahas menentang saudaranya sendiri, suku Dusun Liwan. itu belum dikira kematian orang Dusun di daerah lain seperti di Sugut, Labuk, Lingkabau, Inanam, Ranau dan sebagainya.

      fikir-fikirkanlah, apakah definisi pejuang yang sebetulnya. seorang pejuang dan pahlawan tidak mungkin memaksa, memecah-belah, menggalakan permusuhan di kalangan suku-suku, dan paling penting tidak mungkin menyerang dan memperkosa serta merampas harta benda penduduk tempatan. ini dilakukan Mat Salleh kepada suku Dusun Liwan. suku Dusun Liwan keras menentangnya, kerana mereka merasa dipaksa oleh mat Salleh.

    4. Unknown says:

      Terima kasih atas perkongsian tersebut, memang hebat penerangannya.

    5. Shin chan says:

      Jangan buat2 cerita nenek moyang saya pernah cerita pasal si mat salleh, kalau bukan mat salleh menentang jepun nenek moyang saya sudah mati di pancung dan kami cicinya tidak wujud sekarang ni, kalau lah nenek moyang saya masih hidup mungkin dia boleh cerita semuanya dari A sampai Z

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

copyright by Kamarul Arnizam