Kata-Kata Indah, Nasihat, Motivasi Dan Pedoman Bahagian 6

    Author: Unknown Genre: »
    Rating

    1. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan. #motivasi
    2. Org kaya menyimpan dahulu, kemudian berbelanja, orang miskin, berbelanja dahulu, kemudian baru menyimpan jika ada berbaki. #renungan
    3. Tidak salah untuk kita memberi komen ke atas sesuatu isu, tetapi lebih baik kita memberi cadangan untuk tambahbaikan.
    4. Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari. #motivasi
    5. Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana. #motivasi
    6. Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya. - Khong Hu Cu
    7. Kekayaan ialah nikmat Allah, seharusnya kekayaan itu kita belanjakan menurut jalan yang digariskan Allah.
    8. Jiwa yang tenang datang dari kehidupan yang tenang.
    9. Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya.
    10. Jadilah pendakwah, bukan penghukum. Berusahalah membetulkan orang, bukan menyalahkan orang.
    11. Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh. #MutiaraKata
    12. Usahlah mengeluh apabila ditimpa musibah, bersyukurlah, sesungguhnya kita adalah golongan yang terpilih.
    13. Barangsiapa yang mengetahui bahasa sesuatu kaum, nescaya terlepaslah dia daripada ditipu oleh kaum itu.
    14. Kewajipan paling penting seorang ayah terhadap anak-anaknya adalah menyayangi ibu mereka.
    15. "Bersabarlah akan godaan dunia, kerana kita tak akan mampu bersabar dengan azab api neraka."
    16. Akal itu menteri yg menasihati, Hati itu ialah raja yg menentukan, Harta itu tamu yg akan berangkat,kesenangan itu satu masa yg ditinggalkan
    17. Kdg2 org tak perasan, memandang rendah/hina kpd warga Bangladesh itu sbhagian dari takabbur.
    18. Gagal sekali tidak bermakna kita akan gagal selamanya, teruskan usaha sehingga anda mencapai apa dicitakan.
    19. Bercakap itu lebih baik daripada diam, tapi diam itu lebih baik daripada bercakap perkara yang merapu.
    20. Hendaklah selalu berbuat baik dan jauhkanlah pekerjaan maksiat.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

copyright by Kamarul Arnizam