Philipus Jani - Perkembangan dan Sumbangan Dalam Bidang Muzik

    Author: Kamarul Arnizam Genre: »
    Rating

    PENGENALAN
    Philipus Jani dilahirkan pada tahun 1968 pada bulan Oktober dan beliau merupakan penduduk yang berasal dari Kampung Kepayan Lama, daerah Tambunan. Beliau sudah bertahun melibatkan diri dalam dalam bidang muzik. Beliau juga aktif dalam mempersembahkan dan memperkenalkan alat muziknya yang unik di daerah Tambunan. Selain mempersembahkan dan memperkenalkan alat muziknya di daerah Tambunan, beliau juga turut membuat memperkenalkan dan mempersembahkan alat muziknya yang unik di dalam negara dan juga luar negara. Atas usaha dan kegigihannya dalam bidang muzik, beliau telah banyak memberi sumbagan  kepada daerah Tambunan dan secara tidak lansung turut memberi sumbangan kepada negeri, dan negara.
    Sebelum menjelaskan perkembangan dan sumbangannya dalam bidang muzik, akan disentuh terlebih dahulu segala latar belakang Phlipus Jani, sebagai latar belakang kepada perkembangan dan sumbangannya di Daerah Tambunan. Perbincangan tentang perkembangan hanya akan difokuskan kepada perkembangan yang dihadapi oleh Philipus Jani sendiri dalam memperkenalkan dan  mempersembahkan  alat muziknya yang unik. Bagi menjelaskan hal ini, kajian akan dilakukan berdasarkan dua sumber iaitu, sumber primer dan sumber skunder. Kajian ini secara tidak langsung akan mengkaji sejarah latar belakang Philipus Jani. Di samping itu juga, sumbangannya terhadap daerah, negeri dan negara juga akan turut dikaji  dengan merujuk kepada pelbagai sumber primer dan skunder.                           
    SEJARAH LATAR BELAKANG PHILIPUS JANI
    Latar Belakang Individu
    Philipus Jani
    Philipus Jani merupakan penduduk asal Kampung Kepayan Lama Daerah Tambunan, Sabah, dan beliau telah dilahirkan pada 9 Oktober 1968. Philipus Jani mempunyai sepuluh orang adik beradik dan dia merupakan anak yang kelapan. Nama penuh bapa Philipus Jani ialah Jani Kilan manakala nama ibunya pula ialah Salukim Gidong. Beliau merupakan seorang yang beragama Kristian.
            Philipus Jani mendapat pendidikan awalnya di SRK Toboh, Tambunan. Setelah menamatkan pendidikannya di sekolah rendah, beliau kemudiannya menyambung persekolahannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan, iaitu salah satu daripada empat sekolah menengah yang didirikan di Daerah Tambunan. Setelah menghabiskan pendidikannya di Sekolah Menengah kebangsaan Tambunan, Philipus Jani kemudiannya mencari pengalaman bekerja. Pada masa itu, beliau belum lagi menentukan kerjaya beliau yang sebenar.
    Philipus Jani pernah menjadi seorang peniaga. Perniagaan yang beliau usahakan ialah perniagaan alat muzik tradisional. Selain daripada peniaga, beliau juga pernah bekerja sebagai seorang penghibur di majlis-majlis besar seperti majlis perkhawinan. Selepas beberapa tahun , beliau kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama dengan Emilia Nain Aldoft yang berasal dari daerah Penampang, Kota Kinabalu  dan mereka telah dikurnikan dengan enam orang anak.
    Penglibatan Dalam Bidang Muzik
    Philipus Jani membesar dalam dunia muzik. Datuknya yang bernama Kilan Samair dan bapanya merupakan  pemain alat muzik tradisional. Antara alat muzik yang sering dimainkan oleh mereka ialah Sompoton, Suling, Bungkau dan Turali. Hal ini telah mempengaruhi penglibatan Phillipus Jani dalam bidang muzik. Selain dipengaruhi oleh datuk dan bapanya, Philipus Jani juga dipengaruhi oleh remaja-remaja yang lebih tua daripadanya. Hal ini juga turut membawa dirinya untuk melibatkan diri dalam bidang seni muzik. Selain itu, beliau juga mengenali muzik dengan bermain biola, memetik gitar, bermain percussion dan juga keyboard. Pengalaman awal ini menjadi faktor penglibatan Philipus Jani dalam bidang muzik.
    Latar Belakang Pedidikan Muzik
    Philipus Jani tidak mengambil Pendidikan Muzik semasa bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan, tetapi beliau mampu bermain alat muzik dengan baik. Hal ini disebabkan oleh ketekunan Philipus Jani dalam mempelajari alat-alat muzik dengan menggunakan kemampuannya sendiri. Selain itu, Philipus Jani juga turut mempelajari alat-alat muzik daripada orang-orang yang berpengalaman seperti datuk, bapa serta remaja-ramaja yang lebih tua daripadanya.
    PERKEMBANGAN PHILIPUS JANI DALAM BIDANG MUZIK
    Sejarah Ringkas Dalam Penghasilan Alat Muzik
    Setelah beberapa tahun menjadi pemain dan pembuat alat muzik tradisional, pada tahun 1993, Philipus Jani telah meminjam saksafon daripada seorang rakannya. Dalam tempoh masa terdekat sahaja beliau telah mahir memainkan saksafon yang dipinjam daripada rakannya. Namun setelah saksafon tersebut dikembalikan semula, dia berasa kecil hati dan timbul  keinginannya untuk memiliki saksafonnya sendiri.
    “Perkataan paling tepat untuk menggambarkan Philipus Jani dan keinginannya untuk memilikki sebuah saksafon sendiri adalah “cinta”. Kerana dia meletakkan minatnya itu seperti “cinta pandang pertama!”.
    Oleh kerana, harga sebuah Saksafon pada masa itu sangatlah mahal, dan beliau tidak mempunyai wang yang cukup untuk membelinya, maka beliau tidak mampu untuk memilikkinya. Namun hal ini tidak menghalang Philipus Jani untuk memiliki sebuah Saksafon. Beliau kemudiannya mencari inisiatif lain dengan mencabar dirinya sendiri untuk mereka cipta sebuah Saksafon. Philipus Jani bercadang untuk menggunakan kreativitinya, kemudian Beliau memikirkan cara untuk menggunakan bahan yang lebih murah dan juga mudah didapati aga kos membuat saksafon tersebut tidak memerlukan kos yang banyak. Oleh sebab tertarik dengan sumber bekalan buluh yang banyak di persekitaran kampungnya di Tambunan, beliau terus memulakan kajian berkenaan dengan kayu buluh tersebut.   
    “Atracted by the large supply of bamboo groves around his vilage in Tambunan, he embarked on a long 13-year’s odysey to fashion out a saxophone from indigenous bamboo wood”.
    Philipus Jani kemudiannya memulakan projek inovasinya pada tahun 1993. Dalam tempoh masa tersebut, beliau terpaksa mengalami banyak masalah dan dugaan. Antara cabaran yang harus dihadapi oleh Philipus Jani dalam proses inovasi beliau ialah, kegagalan yang beliau sering temui semasa proses inovasi Saksafon tersebut.Selain daripada itu, orang lain mengganggap bahawa projek inovasinya tidak akan berjaya. Malahan Saksafon yang dicipta Philipus Jani juga sering diperkecil-kecil oleh rakan-rakannya. Namun hal ini tidak sedikit pun menghalang beliau untuk bercita-cita memilikki Saksafonnya sendiri. Philipus Jani tidak pernah mengalah dan meneruskan sahaja usaha dalam penciptaan Saksafonnya. Beliau merupakan seorang yang berjiwa kental dan tidak mudah berputus asa walaupun terpaksa mengharungi pelbagai masalah dan cabaran.
    Dalam tempoh masa 13 tahun tersebut, beliau belajar dan mengkaji tentang alat muzik Saksafon sebelum memulakan projeknya itu dengan sabar. Beliau memilih buluh jenis Rugading kerana buluh jenis ini begitu kukuh dan juga ringan untuk dijadikan alat muzik.
    C:\Users\LEO23\Desktop\Capture.JPG
                 Pokok Buluh Rugading
                Selain daripada mempunyai sifat fizikal yang kukuh dan juga ringan, pokok rugading juga mempunyai warna yang unik. Apabila pokok buluh rugading dikeringkan, ia akan bertukar menjadi warna krim yang menarik.
              Apabila buluh tersebut berjaya dilenturkan mengikut reka bentuk yang dingini oleh Philipus Jani,  keinginan dirinya untuk memilikki sebuah saksafon semakin bertambah. Pada tahun 2005 Philipus Jani telah berjaya menghasilkan sebuah saksafon. Namun, saksafonnya yang sempurna telah dihasilkan pada tahun 2006. Bentuk dan ketepatan menebuk lubang pada instrumen muzik tersebut akhirnya telah menghasilkan bunyi yang begitu merdu dan nyaring seperti saksafon tembaga tulen. Reka bentuk kon yang terhasil daripada inovasi Philipus Jani juga merupakan salah satu keunikkan ciptaan beliau. Setelah saksafon ciptaannya itu siap dia kemudian menamakannya Somporing. Kegigihan beliau dalam menghasilkan alat muzik tersebut akhirnya membuahkan hasil yang memberikan kepuasan kepada dirinya. Kemudian pada tahun 2011 Philipus Jani telah dilawati oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dalam program “Jejak Inovasi”. Pihak ini merupakan pihak yang telah membantu Philipus Jani untuk memperkenalkan Inovasi beliau kepada orang luar.
             “Philipus Jani terharu sewaktu mengimbas kembali detik-detik ketika beliau terpaksa bersendirian masuk ke hutan semata-mata untuk mencapai impiannya itu. Walaupun somporing ciptaannya tidak seperti saksafon tulen yang mahal harganya dari Eropah, namun beliau sangat berpuas hati dengan Somporing yang diciptanya sediri. Disebabkan rekaannya itu masih baru, Saksafon buluhnya itu terus dipatenkan dengan Perbadanan Intelek Malaysia untuk melindungi rekaannya itu daripada diciplak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Philipus mengelarkan saksafonnya itu sebagai Somporing”.


    F:\Philipus Jani\Philipus Jani\Instrument.JPG
    Somporing berbeza saiz yang dihasilkan
                 Sehingga kini, Philipus Jani telah berjaya menghasilkan 13 belas alat muzik termasuklah Somporingnya sendiri. Selepas Somporingnya siap, dia juga telah mula bergiat dalam bidang muzik
    Sumber Pendapatan
                Philipus Jani juga menjadikan inovasinya sebagai sumber pendapatan untuk dirinya bagi menyara keluarga. Somporing yang dihasilkan juga dijual kepada orang yang memintanya sama ada dari dalam negara mahupun luar negara. Setakat ini, beliau telah berjaya menghasilkan sebanyak 70 buah somporing bukan hanya kepada golongan peminat sahaja, malahan kepada para pelancong yang melancong di Sabah, dan ingin menjadikan Somporing yang dicipta oleh Phlipus Jani sebagai sebuah cenderamata yang unik keluaran Sabah.  
               “ Somporing yang dijual oleh Philipus dijual mengikut saiz. Somporing yang kecil dijual dengan harga Rm500 sebuah, manakala yang lebih besar dijual dengan harga Rm1000, beserta dengan kotaknya sendiri. Philipus mengambil masa selama empat hari untuk menyiapkan sebuah Saksafon tradisional dari buluh asli, dan penglibatannya sebagai inavator untuk membuat dan menjual Somporing telah menjadi sumber ekonomi yang stabil dan tetap untuk menyara kehidupan keluarganya”.
    SUMBANGAN PHLIPUS JANI
              Sebagai seorang pembuat dan pemain alat muzik, Phlipus Jani telah banyak memberikan sumbagan daerah Tambunan. Selain daripada itu juga Philpus Jani juga turut memberikan sumbangan kepada negeri Sabah dan juga negara Malaysia.
    Sumbangan Terhadap Daerah Tambunan
               Philipus Jani telah memberikan sumbangan kepada daerah Tambunan dengan pelbagai aspek. Antara aspek-aspek tersebut ialah dari segi menaikkan nama Daerah Tambunan dengan ciptaan inovasi Somporingnya. Melalui ciptaan Somporingnya, Philipus Jani telah membawa nama Daerah Tambunan ke tahap yang lebih tinggi. Malahan semasa ditemu bual oleh RTM1, daerah Tambunan turut disertakan dalam temu bual bersama dengan beliau. Selain daripada itu, secara tidak langsung, Phlipus Jani juga telah memberi sumbangan dari segi ekonomi dengan cara menarik para pelancong untuk datang ke Kampung Kepayan Lama ataupun daerah Tambunan bagi melihat dan menempah Inovoasi Somporing beliau.
              “Philipus Jani telah menjadi icon sebagai sumber inovator yang berbakat di Tambunan. Beliau cuma menerima tempahan Somporing dari pasaran yang dibuat sahaja, dan pesanan tempahannya itu ada yang datang jauh dari Belanda, Jepun dan Australia. Dia juga begitu gembira kerana ada pembeli yang sanggup terbang dari jauh semata-mata mahu bertemu beliau sendiri di bengkel.”
             Selain daripada itu, Inovasi alat muzik Philipus Jani juga telah dijadikan sebagai pameran di beberapa tempat tertentu contohnya Pusat Penerangan Rafflesia Tambunan dan juga SMK Tambunan sendiri. Inovasinya telah ditempah oleh tempat-tempat ini dan dijadikan sebagai pameran.


                C:\Users\LEO23\Desktop\DSCF0594.JPG         C:\Users\LEO23\Desktop\DSCF0593.JPG


                C:\Users\LEO23\Desktop\DSCF0591.JPG           C:\Users\LEO23\Desktop\DSCF0595.JPG


    Antara alat muzik ciptaan buluh Philipus Jani yang dipamerkan di Pusat Penerangan Rafflesia Tambunan.
                Antara Inovasi Philipus Jani yang menyerlah ialah gitar elektrik, drum, Somporing dan juga Poringba. Alat-alat muzik ini telah dipamerkan di Pusat Penerangan Rafflesia Tambunan sebagai tarikkan kepada para pelancong. Selain daripada alat-alat muzik ini, terdapat juga alat muzik tradisonal lain yang ditempah. Contohnya, sompoton, turali, tungkabar, gambus, dan bungkau. Kesemua alat muzik ini telah dihasilkan daripada buluh tulen di persekitaran kampung Philipus Jani.
    Sumbangan Terhadap Negeri Sabah
                Selain daripada menaikkan nama Daerah Tambunan Philipus Jani juga telah mengharumkan nama negeri Sabah dengan membawa nama negeri sabah kepada tahap yang lebih tinggi. Malahan melihat kepada Somporingnya sendiri, diletakkannya nama negeri di bawah bayu ini iaitu negeri “Sabah”. Selain daripada itu juga, Philipus Jani dan Somporingnya juga merupakan salah satu produk Sabah yang menarik para pelancong sama ada dari dalam negara dan juga luar negara. Seperti daerah Tambunan, Philipus Jani juga secara tidak langsung menjana ekonomi negeri Sabah ini dengan cara membawa para pelancong untuk datang ke negeri ini bagi membeli dan melihat sendiri Inovasi Somporingnya. Philipus Jani juga telah memberikan sumbangan kepada negeri Sabah dari aspek kebudayaan iaitu dengan cara memakai baju tradisonal Kadazan Dusun semasa beliau dijemput untuk membuat persembahan dia dalam dan di luar negara ataupun menghadiri suatu temubual. Manakala, dari segi lagu yang dibawa, selain daripada membawa lagu-lagu melayu, Philipus Jani juga membawakan lagu-lagu tradisional keluaran Negeri Sabah.
               “ Beliau seorang merupakan seorang pemain muzik yang hebat dan serba boleh yang boleh memainkan kedua-dua jenis lagu, sama ada lagu tradisional dan lagu-lagu popular Inggeris, Cina serta Jepun dengan baik sekali”.
                Dengan membawa lagu-lagu ini, beliau telah memberikan sumbangan kepada Negeri Sabah dengan memperkenalkan lagu-lagu tradisional kepada negara ini sendiri iaitu negara Malaysia dan juga negara-negara yang pernah beliau lawati khususnya Jepun, Korea dan Amasterdam.


    Sumbangan Terhadap Negara Malaysia
    Phillipus Jani juga telah banyak memberikan sumbangan kepada negara Malaysia terutama sekali dari Sektor Pelancongan. Bagi mempromosikan negara dari sektor perlancongan, beliau sendiri telah banyak melakukan persembahan di luar negara contohnya negara Jepun, Korea dan Amterdam. Persembahan beliau di luar negara telah memberikan sumbangan besar kepada negara dalam Sektor pelancongan. Selain daripada sektor perlancongan, Philipus Jani juga telah memberi sumbangan kepada negara dari segi ekonomi dengan cara menerima pesanan dari luar negara dan ini telah meningkatkan ekonomi negara. Manakala dari segi pengeluaran produk pula, inovasi Somporingnya telah dijadikan salah satu produk keluaran negara Malaysia dan secara tidak langsung hal ini telah mengharumkan nama negara. Pengeluaran barang yang berkualiti dan unik hasil inovasi Philipus Jani juga telah memberi sumbangan kepada ekonomi negara. Dari sudut seni muzik pula, beliau telah memberi sumbangan kepada negara dengan membawa dan memainkan lagu-lagu keluaran negara Malaysia, terutama sekali lagu “Getaran Jiwa” yang telah dipopularkan oleh Tan Sri Datuk Amar Dr P. Ramlee. Lagu ini merupakan lagu yang sering dimainkan oleh beliau semasa melakukan persembahan di dalam dan juga luar negara.
    PENCAPAIAN PHILIPUS JANI
    Anugerah Pengiftirafan Inovasi Akar Umbi Sempena Majlis Perasmian Tahun Sains Dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 (SGI2012)
    C:\Users\LEO23\Desktop\Philipus Jani\bm9-b (1).JPG
    Philipus Jani mendapat anugerah yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri


    “Phlipus Jani, 43, adalah salah seorang daripada lapan penerima Anugerah Pengiktirafan Inovasi akar Umbi Sempena Majlis Perasmian Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012(SGI2012). Anugerah ini telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.”
    Sesuai dengan “Pencapaian Philipus Jani”,  anugerah yang diperoleh oleh Philipus Jani sempena Majlis Perasmian Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 merupakan salah satu pencapaian yang ketara yang telah dicapai. Melalui pencapaiannya, dapat membuktikan Inovasi Somporing beliau telah membawa beliau ke tahap yang tinggi.
    Persembahan Luar Negara
    Selain daripada anugerah dan pengiktirafan yang diperolehi oleh Philipus Jani, persembahan beliau sama ada di dalam dan luar negara juga  telah menjadi salah satu pencapaian beliau dalam kariernya sebagai pembuat dan pemain alat muzik. Pada tahun 2010, Philipus Jani telah menjadi wakil bagi negara Malaysia untuk membuat persembahan di Jepun sempena Festival Asean yang bertempatkan di Kagoshima. Festival yang berlansung ini telah melibatkan 11 buah negara termasuklah Malaysia  sendiri. Selain daripada itu, Philipus Jani juga pernah melakukan persembahan di Gwangju, Korea. Beliau telah di jemput bagi melakukan persembahan untuk menghiburkan para tetamu penting.
    Philipus Jani bersama dengan Edward Kating semasa membuat persembahan di Kagoshima, Jepun sempena Festival Asean (2010)
    Philipus Jani di jemput membuat persembahan untuk menghiburkan para tetatamu VIP di Gwangju, Korea (2013)
    Persembahan Bersama Datuk Ahmad Nawab



    E:\Philipus Jani\Phlipus Jani and Yang Berbahagia Datuk ahmad Nawab\NAwab.JPG

    E:\Philipus Jani\Phlipus Jani and Yang Berbahagia Datuk ahmad Nawab\Nwab2.JPG

    Philipus Jani digandingkan bersama dengan Datuk Ahmad Nawab serta memainkan lagu “Getaran Jiwa” yang dipopularkan oleh Tan Sri Dr. P Ramlee.
    Philipus Jani juga pernah melakukan persembahan bersama dengan Datuk Ahmad Nawab. Setelah melihat sendiri keunikkan Inovasi Somporing Philipus Jani, Datuk Ahmad Nawab telah menawarkan diri untuk membuat persembahan dengan Philipus Jani. Hal ini juga merupakan satu pencapaian dan juga penghargaan kepada Philipus Jani kerana, Inovasi Somporingnya mampu membawa dirinya untuk bermain Saksafon bersama-sama dengan tokoh muzik tersohor. Philipus Jani dan juga Datuk Ahmad Nawab telah melakukan persembahan bersama ini, sempena Majlis Forum Inovasi Kuala Lumpur yang berlansung pada tahun 2011. Selain daripada itu, Datuk Ahmad Nawab juga telah memuji inovasi Somporing Philipus Jani mengenai keunikkan Saksafon buluh tersebut.


    Penghasilan Album Bersama Dengan Penyanyi Six Sense
    http://o.scdn.co/300/f59a0d1a97aed95c52a7c6de31643591f77794ed
    Muka depan album pertama Philipus Jani dengan Adi Priyo yang telah diterbitkan oleh Yayasan Inovasi Malaysia dengan kerjasama Rumpun Records Sdn. Bhd.
    Pengeluaran album ini juga merupakan salah satu pencapaian yang dibanggakan oleh Philipus Jani lebih-lebih lagi apabila beliau digandingkan dengan penyanyi yang terkenal iaitu Adi Priyo yang juga merupakan penyanyi Six Sense. Album ini mempunyai empat buah lagu. Album ini pula telah diterbitkan pada tahun 2013. Album ini juga telah ditaja oleh pihak Yayasan Inovasi Malaysia dengan harapan ia akan dapat membantu Philipus Jani untuk mengembangkan lagi inovasi Somporing beliau dalam bidang Muzik.
    KESIMPULAN
    Pada keseluruhannya, kajian terhadap Philipus Jani memperlihatkan sumbangan yang telah diberikan oleh beliau dalam tempoh masa masa 23 tahun kepada kemajuan bidang muzik di daerah Tambunan, negeri Sabah dan juga negara Malaysia. Berdasarkan sumbangan-sumbangan yang beliau berikan terhadap daerah Tambunan, negeri Sabah, dan negara Malaysia, jelas menunjukkan bahawa beliau sememangnya telah banyak memainkan peranan sebagai seorang tokoh yang sumbangannya besar dalam bidang muzik. Selain daripada sumbangan-sumbangan yang diberikan oleh Philipus Jani, dapat dilihat juga sejarah dan perkembangan beliau dalam bidang membuat dan memainkan alat muzik beliau yang diperbuat daripada buluh tulen.

                                                                                                          
                                                                                                        






    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



copyright by Kamarul Arnizam