Kata-Kata Indah, Nasihat, Motivasi Dan Pedoman Bahagian 1

    Author: Unknown Genre: »
    Rating

      1. Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah. - Hadis Riwayat Muslim
      2. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. #renungan
      3. Belumlah seseorang itu layak digelar pendekar selagi dia belum berjuang.
      4. Sebaik2 kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhirat kerana dunianya dan tidak meniggalkan dunia kerana akhiratnya. - Riwayat Al-khatib
      5. Jika kita tidak mampu untuk menghormati orang lain, bagaimana orang lain akan mampu untuk menghormati kita?
      6. Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah ibarat mutiara terdampar di tepian.
      7. Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak bererti.
      8. Ilmu dan agama itu selalu sepakat, tetapi ilmu dan iman selalu bertengkar.
      9. Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
      10. Ajaklah sahabat kita berbuat kebaikan tidak kira mereka baik atau jahat, walau dekat atau jauh InsyaAllah izin-Nya pasti tiba.
      11. Peliharalah anak-anakmu dan perbaikilah budi pekerti mereka. Sesungguhnya anak-anak itu adalah hadiah Allah kepadamu.
      12. Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.
      13. Menyedari hakikat bumi Allah di akhir zaman, bersediakah kita membungkus bekalan?
      14. Sedekah itu amalan mulia, berikanlah apa yang termampu, usahlah bersangka buruk kepada yang meminta
      15. Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.
      16. Jika kita mengetahui tarikh kita akan mati, pasti kita akan lakukan semuanya bersungguh-sungguh, terutamanya beribadat. #renungan
      17. Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang. #renungan
      18. Setiap individu mempunyai kefahaman dan pendapat masing-masing, apa yang penting kita saling menghormati buah fikiran satu sama lain.
      19. Pada saat kita merasakan kita terbeban & tidak punya siapa di sisi,pd saat itulah Allah sedang memerhatikan kita dgn penuh rasa kecintaanNya
      20. Syurga yg bidangnya seluas segala langit dan bumi, yg disediakan bagi orang yg mendermakan hartanya pada masa senang dan susah.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

copyright by Kamarul Arnizam