Kata-Kata Indah, Nasihat, Motivasi Dan Pedoman Bahagian 8

    Author: Unknown Genre: »
    Rating

    1. Jangan harap pada manusia untuk jadi kuat, tapi berharaplah pada Allah untuk diberi kekuatan. #motivasi
    2. Apabila ingin bergurau, perlu kita berfikir dengan mendalam, agar tidak melukai perasaan insan yang satu lagi.
    3. Doa memberikan kekuatan pada org yg lemah, membuat org tidak percaya menjadi percaya & memberikan keberanian pada org yg ketakutan.
    4. Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan. Iman mesti diikuti dengan amal. Amal adalah buah daripada iman.
    5. Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. #MutiaraKata
    6. Tidak akan rugi orang yang bersifat baik budi, dan tidak akan beruntung orang yang bersifat hasad dengki.
    7. Serikan hidup anda dengan senyuman, kerana dengan senyuman, seluruh persekitaran kehidupan anda akan menjadi lebih baik.
    8. Tiada beriman orang yang tidak memegang amanat dan tidak ada agama bagi orang yang tidak menepati janji. (HR. Ad-Dailami)
    9. "Dua nikmat yang dipersia-siakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan MASA YANG TERLUANG."( Riwayat Imam al-Bukhari )
    10. Mengemukakan dalil kepada orang bodoh adalah mudah tetapi menyakinkannya amat sukar. #MutiaraKata
    11. Tiada lurus iman seorang hamba sehingga lurus hatinya, dan tiada lurus hatinya sehingga lurus lidahnya. (HR. Ahmad)
    12. Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian. - Hamka
    13. Menghadapi masalah ada caranya, tumpukan kepada penyelesaian bukannya masalah tersebut.
    14. Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katamu.
    15. Orang cerdik yang mengenal dunia, terungkap baginya musuh yang berbaju kawan.
    16. Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. #motivasi
    17. Cita-cita dan niat yang baik mesti disertai dengan usaha dan jalan yang baik untuk melaksanakannya.
    18. Kita gagal mendidik diri istiqomah kerana terlalu banyak perkara yang telah menghitamkan hati.
    19. Indahnya wanita pada akhlaknya, bijaknya lelaki pada akalnya.
    20. Maksud agama ialah merentangkan jalan, manakala fikiran ialah membanding dan menimbang. - Hamka

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

copyright by Kamarul Arnizam