Tips-Tips Agar Temuduga Lulus & Berjaya

    Author: Unknown Genre: »
    Rating

      Assalamualaikum wbt, hari ini saya ingin berkongsi tentang tips-tips yang boleh diaplikasikan oleh si sang pencari kerja. Sememangnya mencari kerja zaman sekarang memang payah walaupun kita mempunyai segulung ijazah. Namun begitu mencari kerja tidaklah begitu sukar jika kita mempunyai kelulusan serta pakar dalam urusan temuduga. Oleh itu penguasaan terhadap tips-tips ingin mungkin sedikit sebanyak boleh membantu kita berjaya mendapatkan pekerjaan yang diimpi-impikan. Baiklah mari kita mulakan ...

    1-  Dalam sesi temuduga di Malaysia, pada kebiasanya ianya dijalankan dalam Bahasa Inggeris lebih kerap dari bahasa Bahasa Melayu, terutamanya temuduga untuk berkhidmat di dalam sektor swasta. Namun, jika temuduga untuk mengisi jawatan dalam sektor kerajaan, ia adalah sebaliknya. Banyak sesi dijalankan dalam Bahasa Melaysia. Sekiranya terlibat dengan sesi temuduga menggunakan bahasa Inggeris, anda dinasihatkan tidak menggunakan gaya percakapan orang puteh, memadai menggunakan gaya percakapan yang biasa.

    2-  Calon hendaklah peka dengan gaya bahasa penemuduga. Guna gaya bahasa mereka lagi bagus. Jika penemuduga mengunakan atau bertanya soalan dalam bahasa  Bahasa Melayu, jangan sekali-kali tunjuk pandai dengan menjawabnya menggunakan Bahasa Inggeris, atau sebaliknya. Harus diingat juga, anda perlu konsisten dalam penggunaan bahasa bila berbicara atau menjawab persoalan yang diajukan. Usah menggunakan bahasa rojak atau dengan mencampuradukkan bahasa, kejap Bahasa Malaysia, kejap pula Bahasa Inggeris! Ia menampakkan anda tiada jati diri & tidak berkeyakinan tinggi.

    3-  Proses penulisan resume atau semasa sesi temuduga dijalankan, pastikan Bahasa Inggeris yang anda gunakan mencapai peringkat yang boleh diterima. Jika kualiti Bahasa Inggeris anda kurang, mulakan dari sekarang berlatih.

    4-  Temuduga adalah masa untuk menampilkan diri anda dan mencungkil dengan lebih lanjut tentang syarikat, agensi dan kerja yang anda pohon. Ini juga adalah masa untuk majikan untuk menilai anda dan kesuaian anda untuk jawatan tersebut. Jangan hipokrit dan jadi diri anda sendiri. 

    5-  Bayangkan diri anda sebagai seorang tetamu. Berjabat tangan sekiranya penemuduga berbuat demikian dulu. Duduk setelah mendapat arahan daripada panel.

    6- Dengar dengan teliti apa yang cuba disampaikan oleh penemuduga. Ia akan memudahkan proses menjawab soalan. Fokuskan diri anda kepada panel penemuduga.

    7-  Bercakaplah dengan ayat yang tersusun. Susun ayat anda dan sebut dengan jelas. Penemuduga mahu melihat keupayaan anda untuk mempersembahkan diri serta idea anda dengan baik.

    8- Semasa persediaan untuk temuduga, pastikan anda ada membuat kajian tentang jenis soalan temuduga yang mungkin dikemukakan.

    9-  Hadkan kepada menjawab soalan yang ditanya sahaja, supaya anda tidak terkeluar dari tajuk. Cara anda menjawab soalan akan menunjukkan kebolehan anda untuk berkomunikasi dengan baik.

    10-  Terangkan  bagaimana anda menangani sesuatu situasi atau masalah yang mungkin anda hadapi semasa bertugas jika ditanya atau ada ruang untuk berikan pandangan atau memperkatakan sesuatu dengan izin penemuramah.

    11-" Elakkan dari bertanya pasal gaji (basic salary) sehingga penemuduga berbuat demikian. Jika mereka yang memohon kerjya di jabatan kerajaan, gajinya telah sedia maklum dan ikut standard yang ditetapkan. Maka isu ini tidak menjadi permasaalahn.

    12-  Elakkan mengulangi soalan yang telah pun terjawab semasa temuduga. Perbuatan ini menunjukkan anda tidak fokus dan tidak peka pada soalan yang ditanya.

    13-  Ketahui sebanyak mungkin berkenaan kehendak majikan atau agensi. Kaji dan dapatkan maklumat lebih detail berkenaan harapan agensi atau syarikat yang menemuduga anda. Apa matlamat mereka dan apa tugasan dan skop kerja yang perlu anda lakukan.

    14-  Selidik profil syarikat dan panel penemuduga. Panduan mengenai tempat kerja dan penemuduga amat penting dan jangan dipandang remeh. Dapatkan sebanyak mungkin info mengenai keduanya iaitu agensi dan penemuduga.

    15-  Melakukan persediaan berhubung soalan-soalan isu-isu semasa pada masa kini dan ambil tahu mengenai berita dalam dan luar negara. Biasanya isu ini ditanya oleh penemuduga bagi agensi kerajaan. Mereka ingin tahu anda sensitif atau sebaliknya tentang perkembangan di sekitar anda.

    16-  Jika anda mempunyai masa untuk melakukan latihan temuduga, lakukannya. Anda boleh melakukannya di hadapan orang lain ataupun di hadapan cermin. Mereka yang berlatih jauh lebih baijk dari mereka yang tidak... Jika tak sempat
    berlsatih secara fizikal akibat kesuntukan masa, lakukan latihan dalam minda melalui tenik visualisasi berkesan.

    17- Jika anda mempunyai peluang untuk merakam, lakukannya agar anda dapat memperbaiki kelemahan yang ada dan membetulkannya. Sekarang handphone telah sedia ada fungsi rakaman suara, rakam jika ada kesempatan dan jika sesuai dengan keadaan. Namun awas, berhati-hati agar ianya dilakukan dengan bijak dan tidak menganggu proses temuduga.

    18-  Elakkan daripada menghafal semua soalan yang disediakan di dalam buku secara sepenuhnya (jika ada). Cuba fahamkan kehendak soalan dan bersedia dengan jawapan. Bila tiba masanya sampaikan dengan penuh yakin dan jelas agarnya mudah difahami oleh penemuduga.

    19-  Elakkan daripada  terus duduk melainkan telah dijemput berbuat demikian. Apabila disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sopan serta tegakkan badan. Jangan gementar.

    20- Serahkan dokumen-dokumen berkaitan apabila diminta. Elakkan dari  meletakkan barang-barang lain, tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga.

    21-  Elakkan daripada  duduk bersilang kaki. Elakkan daripada goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya ke sana sini.

    22-  Duduk dengah tenang dan yakin. Jangan  meletakkkan tangan anda di atas meja. Duduk tegap agar anda kelihatan bersedia untuk ditemuduga.

    23-  Jangan cuba hendak membelek atau membaca surat-surat dan lain-lain kertas yang terdapat di atas meja penemuduga.

    24-  Biarkan penemuduga memulakan perbualan. Tunggu dengan penuh sabar, ukir senyuman dan perlu menjaga mata agar tetap, jangan melilau ke sana ke mari kerana ia akan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan penemuduga atau menunjukkan anda tidak yakin dan tidak bersedia.

    25-  Apabila bercakap pandang tepat ke muka penemuduga. Ini menggambarkan anda yakin dengan jawapan anda dan anda tidak cuba mereka cerita. Mata amat penting kerana melaluinya penemuduga dapat mengesan siapa anda sebenarnya. Berhati-hati...

    26-  Jika anda tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan, jangan cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja kerana ini nanti akan melemahkan anda. Sebaik-baiknya anda berterus terang yang anda tidak tahu jawapan bagi soalan berkenaan.

    27-  Dilarang daripada menguyah sesuatu semasa temuduga sedang berjalan. Kelakuan ini menganggu proses temuduga dan menunjukkan anda seorangb yang tidak sopan dan tidak menghormati orang lain.

    28- Elakkan daripada menyampuk semasa penemuduga sedang bercakap atau berbincang sesuatu di antara mereka. Dengar dengan penuh perhatian, setelah diminta menjawab atau bersuara baru mulakan, walau anda ada sesuatu yang ingin diberitahu semasa penemuduga bercakap.

    29-  Minta penjelasan sekiranya anda tidak begitu faham pada soalan-soalan tertentu. Anda tidak dianggap tidak tahu atau bodoh kerana minta penjelasan. Malah ianya memberikan anda kelebihan kerana memahami soalan sebelum menjawabnya.

    30- Jika anda beragama Islam, baca surah Al-Insyirah dan surah Al-Ikhlas 3 kali semasa menunggu atau sebelum ditemuduga. Dan sentiasa lidah mengucapkan selawat agar anda dipermudahkan dalam proses temuduga yang akan dijalan. Jika tidak punya masa yang cukup untuk membaca semuanya, sentiasa berselawat sehingga dipanggil mengadap penemuduga. Semasa masuk, mulakan langkah dengan bacaan Bismillah dan berikan salam. Sebelum duduk minta izin seperti yang telah diterangkan sebelum ini. Sekian, Wassalam.

    Download ebook

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

copyright by Kamarul Arnizam