Kata-Kata Indah, Nasihat, Motivasi Dan Pedoman Bahagian 2

    Author: Unknown Genre: »
    Rating


      1. Bila Allah ingin seseorang itu menjadi baik, nescaya Allah menampakkan baginya akan kekurangan dirinya sendiri. (Ustaz Azhar)
      2. Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka dia akan membawa berita tentang dirimu kepada orang lain. #renungan
      3. Proses pembelajaran itu perlu dilakukan berterusan, sesaat anda berhenti menuntut ilmu, anda sudah kerugian.
      4. Ilmu pengetahuan bukan ciptaan manusia, tetapi rahsia takdir Tuhan yang dipinjamkan kepada manusia.
      5. Manusia takut pada hantu tapi tak takut berperangai macam hantu.
      6. Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat. #motivasi
      7. Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.
      8. Jadilah rumput nan lemah lembut, tak luruh dipukul ribut.. Bagai karang di dasar lautan, tak terusik dilanda badai.
      9. Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu. - Hamka
      10. Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah. #MutiaraKata
      11. Perhubungan dua insan yang terjalin berasaskan rasa hati, kebiasaannya akan kekal berkekalan
      12. Ilmu itu kehidupan hati daripada kebutaan, sinar penglihatan daripada kezaliman dan tenaga badan daripada kelemahan. (Imam Al-Ghazali)
      13. Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.
      14. Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur. #renungan
      15. Jangan terlalu memikirkan pandangan orang terhadap anda, fikrikan apa pandangan anda terhadap diri anda sendiri. #motivasi
      16. Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap - Al-Ghazali Bayruni
      17. Kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Allah buat kita, itulah yang terbaik.
      18. Bila dasar suatu cita-cita bermula, perjalanananya menjadi sukar dan memerlukan pengorbanan yang banyak.
      19. Sama menolong sama beruntung.
      20. Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

copyright by Kamarul Arnizam