Kata-Kata Indah, Nasihat, Motivasi Dan Pedoman Bahagian 5

    Author: Unknown Genre: »
    Rating

    1. Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yg hitam di malam yg amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
    2. Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara. Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.
    3. Lazatnya memberi maaf lebih baik daripada lazatnya membalas dendam. #renungan
    4. Melakukan kejahatan kepada orang lain bukan sahaja merosak dan menganiayai mereka bahkan turut merosakkan diri sendiri.
    5. Jangan bagi alasan selain alasan untuk berjaya.
    6. Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan. #motivasi
    7. Membuat kesilapan itu tidak mengapa, tetapi tidak belajar dari kesilapan itu adalah masalah besar
    8. Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.
    9. Rezeki yang kita perolehi adalah untuk dikongsi, bersedekahlah, pasti kebahagiaan yang akan kita kecapi.
    10. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman. #MutiaraKata
    11. "Ya Allah! Sungguh aku berlindung kepadaMu dari kesempitan dunia dan kesempitan hari kiamat." (HR Abu Daud)
    12. Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya. #MutiaraKata
    13. Orang tak hairan kita boleh buat majlis kahwin tiga hari tiga malam, tapi orang jadi hairan apa pasal tak pandai layan.
    14. Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
    15. Mengucapkan syukur walau apa pun yang kita terima, kerana kita hanyalah hambaNya yang dipinjamkan kehidupan di dunia ini.
    16. Cinta lalu: Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Cinta kini: Makan setalam, tidur setilam, mandi sekolam. - A Samad Said
    17. Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka - Sukarno
    18. Nikmat itu seperti binatang yang tidak diikat, dia akan lari bila tidak diikat. Maka, ikatlah dia dengan bersyukur. #tazkirah
    19. Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
    20. Usahlah sombong dengan usaha yang telah kita lakukan, apa yang kita capai semuanya adalah kurniaan dariNya, panjatkan syukur

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

copyright by Kamarul Arnizam