Kata-Kata Indah, Nasihat, Motivasi Dan Pedoman Bahagian 9

    Author: Unknown Genre: »
    Rating

    1. Anda akan mempunyai ramai kenalan jika anda meminati mereka dan bukannya cuba membuat mereka meminati anda
    2. Apabila ada peluang untuk meluaskan pengalaman, rebutlah sebelum terlambat.
    3. Org yg berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sdgkan tiada seorg pun yg mengejarnya namun org yg benar itu berani spt singa. - Goethe
    4. Ada masanya apabila kita sentuh sesuatu akan bertukar menjadi emas, namun ada juga masanya bila kita sentuh sesuatu ia hanya menjadi batu
    5. Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik
    6. Bermusuh dengan orang yang berakal lebih ringan daripada bersahabat dengan orang bodoh.
    7. Perkara yang dapat dibuat dan diselesaikan dalam sehari jangan ditangguh sehingga esok
    8. Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran. - Flower A. Newhouse
    9. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
    10. Sesungguhnya, ada 2 hal pada dirimu yg dicintai oleh Allah, iaitu lemah lembut dan tidak mudah marah. (HR Muslim)
    11. Berita tidak selalu sama dengan kenyataan.
    12. Waktu itu bagaikan pedang, jika tidak kau potong maka ia (waktu) akan memotongmu
    13. Diam kalau terasa tak mampu beri manfaat dengan berbicara. Sedang 'diam itu juga memberi manfaat' pada sesetengah ketika.
    14. Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu,
    15. Sembahyang itu ketenangan. Ketenangan benihnya kepintaran, kepintaran itu jawapnya kecemerlangan.
    16. Apabila sempurna akal, kurang perkataan. - Saidina Ali Abi Talib
    17. Disebalik senyum dan tawa, seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui orang lain.
    18. Alangkah ruginya dan ngerinya kalau kita mati dalam keadaan tidak menutup aurat dan tidak menjaga pergaulan - Prof Dr Muhaya
    19. Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
    20. Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging.      

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

copyright by Kamarul Arnizam