Kisah saya dan universiti bahagian 1

    Author: Unknown Genre: »
    Rating

    Assalamualaikum w.b.t dan salam menjelajah wahai peneroka ilmu, hari ini saya ingin berkongsikan pengalaman ketika baru-baru memasuki manara gading atau lebih dikenali sebagai universiti. Memang tidak dapat dinafikan bahawa melanjutkan pelajaran ke universiti merupakan impian setiap pelajar yang bergelar pelajar. Bagi mereka dengan memasuki universiti ia telah mencapai matlamat tuntas mereka dalam perjuangan mencari ilmu dek pepatah "mencari ilmu itu biar sampai ke liang lahad". Begitu juga dengan saya, keterujaan mencari ilmu semakin membuak-buak iaitu didorongi dengan harapan  untuk mengubah nasib keluarga dan dalam usaha menerobos sempadan diri.
    Saya merupakan graduan lepasan stpm di sebuah sekolah di daerah pedalaman iaitu SMK Tambunan. Di sekolah inilah saya mula mendalami pelbagai ilmu duniawi dan ukhrawi. Selama 7 tahun saya belajar di sekolah ini saya telah menempuhi pelbagai petualang dan cabaran yang semestinya memberikan pelajaran serta mematangkan lagi pemikiran saya. Melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 merupakan titik tolak yang membangkitkan adrenaline saya untuk terus mencari ilmu walau liku berduri di hadapan terpaksa ditempuhi.
    Dengan mendapat cpga stpm 3.33, saya tidak begitu pasti jika keputusan ini mampu membawa saya melanjutkan pelajaran ke universiti awam (UA). Dalam pada itu, berduyun-duyun surat datang dari universiti swasta menawarkan perkhidmatan pendidikan mereka namun ia membuat saya berfikir 15 kali adakah saya ingin menerimanya atau tidak. Dengan berpandukan nasihat kawan-kawan dan hasil pembacaan perbezaan antara ipta dan ipts saya bertekad untuk memilih UA sebagai pilihan utama. Semasa mengisi borang upu, saya meletakkan bidang pendidikan sebagai pilihan utama dengan memfokuskan untuk cuba menyambung pelajaran di Upsi (Universiti Pendidikan Sultan Idris). Namun begitu segalanya pudar apabila saya gagal di peringkat ujian medsi. Agaknya cita-cita saya untuk menjadi seorang pendidik menghadapi sebuah tembok halangan.
    Tanggal 11.08.2015 bersamaan hari selasa, keputusan upu telah keluar dan saya mendapat tawaran ke UMS (Universiti Malaysia Sabah) dalam bidang HE04 keusahawanan. Kegembiraan ketika itu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata kerana akhirnya matlamat saya untuk mendaki menara gading akhirnya tercapai. Tambahan pula saya merupakan anak pertama yang dapat menjejakkan kaki ke alam universiti dalam keluarga. Dalam pada itu, kawan sekelas saya juga mendapat program yang sama di universiti ini.
    Pelbagai persiapan saya lakukan dalam proses mendaftarkan diri saya di ums bermula dengan menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan, melakukan medical check-up, membeli keperluan harian di universiti, mengurus pinjaman ptptn dan banyak lagi. Namun semuanya bukan begitu indah kerana tanggal 29.08.2015 datuk saya telah kembali ke rahmatullah kerana menhidapi penyakit kanser *sedekahkanlah al-fatihah kepada arwah. Arwahlah yang banyak mengajar saya tentang kehidupan dan sememangnya dalam kegembiraan pasti ada kesedihan yang terpaksa kita tempuhi kerana ini merupakan lumrah alam .
    Masa terus semakin hampir, akhirnya pada 31.08.2015 masanya telah tiba untuk pendaftaran ke UMS. Perasaan ketika itu sukar untuk digambarkan kerana ia adalah gabungan antara kesedihan dan kegembiraan namun perjalanan harus diteruskan. Perjalanan dari Tambunan ke Kota Kinabalu mengambil kira-kira 2 jam perjalanan dan ketika itu kami menggunakan laluan kimanis kerana ketika itu kami berada di Keningau untuk pengebumian datuk saya.

    Setibanya kami di Kolej kediaman E UMS, kami disambut oleh ajk-ajk yang begitu peramah yang murah senyumannya. Proses pendaftaran berjalan dengan lancar bermula dengan pembayaran yuran dan pemberian bilik. Memang ketika itu keadaan begitu sesak kerana lautan insan penuntut ilmu mula datang dari serata Malaysia. Saya dapat melihat keterujaan pada raut wajah mereka sepertimana yang saya alami. Kami diberitahu yang pada malam tersebut kami akan "free night" kerana pada esoknya program Msm Ums ke-21 akan bermula.

    (Sambungannya pada bahagian 2)

    One Response so far.

    1. Vlogger says:


      The Professional Relocation Companies also offering Responsible Movers and Packers Service in Ernakulam Contact us for further Service

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

copyright by Kamarul Arnizam