SEMANGAT

    Author: Unknown Genre: »
    Rating

    Assalamualaikum, Salam Sejahtera.
    Sepertinya sudah lama tidak menulis dan berkongsi dalam blog ni, paling last update adalah tahun 2016 dahulu. Semakin hari semakin malas dan terus malas, namun terdetik dalam hati untuk menulis kembali. Ya, 1 perkongsian mungkin mampu memberi inspirasi dan pedoman pada insan peneroka ilmu dan sang musafir di luar sana. Dahulu semangat menulis berkobar-kobar dengan idea melimpah-limpah, namun apabila melangkah ke Universiti, perlahan-lahan semangat tu makin malap dan akhirnya terdampar. Di sini saya akan berkongsi tentang misterinya "SEMANGAT".

    Apabila kita bicara tentang semangat, ianya sukar untuk diolah dan diuraikan. Ianya bersifat misteri, mungkin kelmarin semangatnya 100% namun atas beberapa faktor sekelip mata semangat itu boleh lenyap hingga menjadi malap dengan negativiti menguasai diri. Oleh itu, bagi mengekalkan serta memekarkan semangat kita perlukan orang-orang yang punya energi positif dalam persekitaran kita.

    Apabila dikaitkan dengan diri saya, terlalu banyak cerita yang ingin diceritakan. Cerita tentang jatuh bangun seorang hamba yang sedang mencari identiti tatkala dibayangi oleh impian-impian yang sepertinya nyata namun hanya ilusi. Sewaktu berada di sekolah rendah, semangat berada dalam tahap maksima dimana punya seribu impian. Kadang apabila difikirkan kembali impian itu mungkin hanya fantasi. 

    Setelah melangkah ke dunia persekolahan sebenar di sekolah menengah, ia mengajar tentang erti kehidupan sebenar. Ditambah lagi dengan pengalaman tinggal di asrama selama 7 tahun ia menjadi pemangkin atas peningkatan semangat untuk terus maju dan maju. Pernah beberapa kali jatuh kerana cinta monyet namun ia adalah salah satu fasa yang penuh makna dalam hidup. 

    Apabila melangkah dialam Universiti, pada awalnya semangat berada pada level legend namun semakin lama semangat makin pudar atas faktor persekitaran dan dalaman. Semasa menuntut di UMS, ada ketika semangat berada pada level 0 atau mungkin negatif. Hal ni membuat diri seperti hilang identiti. Namun kehadiran kawan-kawan telah membawa diri ke landasan yang baru. Memperbaiki diri dari segelap sudut. Dalam usaha memperbaiki diri, saya mengikuti banyak aktiviti Uni dalam setiap peringkat sama ada dalam organisasi besar atau pun kecil. Ianya banyak mengajar saya tentang betapa pentingnya memperbaiki diri dengan semangat baru.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

copyright by Kamarul Arnizam