Kajian Ilmiah PBS : Peranan Permainan Catur dalam Mewujudkan Semangat Kekeluargaan dalam Kalangan Pelajar Asrama Smk Tambunan

    Author: Unknown Genre: »
    Rating

    1.0 PENGENALAN
            Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, permainan dapat didefinisikan sebagai sesuatu yang digunakan untuk bermain,sesuatu untuk bemain-main sahaja atau mainan manakala melalui Kamus Bahasa Melayu, catur dapat didefinisikan sebagai permainan untuk dua orang iaitu menggerakkan 16 buah catur dengan mengikut peraturan tertentu di atas papan catur. Menurut jaringan Wikipedia Ensiklopedia Bebas (2014) catur berasal dari perkataan “chaturanga” yang dalam bahasa Sanskrit bermaksud "empat divisi ketentaraan."Permainan catur tersebar di seluruh dunia dalam pelbagai varisi permainan sehinggalah cara perlawanan moden masa kini. Permainan catur ini sangat popular pada abad ini dan dimainkan di seluruh dunia sama ada di kelab-kelab catur,dalam talian, surat-menyurat serta dalam sesuatu pertandingan. Oleh itu, permainan catur dapat dirumuskan sebagai sejenis permainan berpapan yang digunakan dalam aktiviti rekreasi, pertandingan serta hobi antara beberapa orang pemain.
            Seperti dengan sukan-sukan lain di seluruh dunia, permainan catur turut mempunyai badan induk yang mengurus permainan catur di peringkat dunia. Penaung permainan catur dunia ialah Federation Internationale des Echecs atau FIDE.Federasi ini ditubuhkan di Perancis pada 24 Julai 1924 dan presiden yang pertama ialah Alexander Reub dan presiden kini ialah Kirsan Ilyumzhinov. Federasi-federasi permainan catur di seluruh dunia bernaung di bawah FIDE dan pada peringkat awal penubuhan FIDE hanya terdapat 14 buah negara yang menyertai federasi catur tersebut namun jumlahnya meningkat pada era kini. FIDE bertanggungjawab menganjur dan mengelola pertandingan-pertandingan antarabangsa bagi memilih juara dunia. Juara dunia pada masa kini ialah GM Magnus Carlsen yang berasal dari Denmark yang memiliki rating tertinggi di belakang Aronian yang menduduki tempat kedua dunia.
            Di Malaysia, permainan catur dinaungi oleh Malaysian Chess Federation (MCF) yang bernaung dibawah FIDE dan juga ahli dalam Asean Chess Confederation (ACC). MCF ditubuhkan pada tahun 1973 dan presiden yang pertama ialah Dr.Foo Lim Choon. MCF berperanan mempromosikan serta mengelolakan pertandingan-pertandingan yang dijalankan di 13 buah negeri di Malaysia.Pada tahun 2002, MCF telah menganjurkan Pertandingan Catur Olympiad Remaja dan ianya disertai oleh peserta yang lahir antara tahun 1986 dan keatas. Antara negara yang menyertai pertandingan tersebut ialah China, Singapura, Hong Kong dan Australia.Dalam dunia catur masa kini, mana-mana pertandingan catur peringkat antarabangsa pastinya memperlihatkan kemunculan bakat-bakat muda yang sedang meningkat naik. Di Malaysia tentunya yang paling mencuri tumpuan adalah Yeoh Li Tian.Dalam usia muda, beliau telah mewakili Malaysia ke kejohanan Olympiad 2012 dan telah menunjukkan pencapaian yang baik.
            Sabah Chess Federation (SCF) merupakan penaung kepada permainan catur di Sabah. SCF ditubuhkan bagi menyahut cabaran melahirkan Grandmaster catur pertama Malaysia. Federasi ini telah menganjurkan pelbagai pertandingan catur sama ada dalam peringkat remaja mahupun peringkat dewasa yang telah memperlihatkan hasilnya iaitu terdapat ramai pemain Sabah yang mempunyai rating tertinggi dalam permainan catur di Malaysia. Pembangunan permainan catur di Sabah amat dititikberatkan oleh SCF kerana melalui permainan catur ini ianya dapat melahirkan insan yang mempunyai pemikiran minda kelas pertama dan mempunyai daya pemikiran secara kritis dan kreatif.
            Permainan catur ini juga amat popular di sekolah SMK Tambunan, Sabah. Kelab catur di sekolah ini telah mengambil langkah produktif bagi melahirkan pelajar yang mempunyai kepakaran dalam permainan catur seperti mengadakan pelbagai pertandingan dan juga mengadakan tunjuk ajar kepada ahli baru dalam kelab tersebut. Permainan catur menjadi permainan yang kerap dimainkan di sekolah ini terutamanya oleh pelajar asrama. Lantaran daripada itu, permainan catur ini dapat melahirkan semangat kekeluargaan dalam kalangan pelajar asrama yang seterusnya mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara mereka.
            Saya melakukan kajian tentang permainan catur kerana permainan catur ternyata dapat memenuhi kehendak tema  untuk PBS Pengajian Am 2014. Saya akan menilai sejauh mana minat pelajar asrama terhadap permainan catur dan kesan permainan catur terhadap pelajar asrama SMK Tambunan. Dengan ini saya berharap agar permainan catur di SMK Tambunan terutamanya di asrama terus mendapat perhatian daripada semua pihak agar usaha mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar dapat diteruskan
    2.0 OBJEKTIF KAJIAN
    Terdapat dua objektif untuk menjalankan kajian ini dan kajian yang dibuat adalah berlandaskan kepada objektif yang telah disusun.
    1. Mengenalpasti faktor-faktor minat pelajar asrama terhadap permainan catur di asrama SMK Tambunan.
    2. Mengenalpasti bagaimana kesan permainan catur dapat mewujudkan semangat kekeluargaan dalam kalangan pelajar asrama SMK Tambunan
    3.0 LOKASI KAJIAN
    3.1 Daerah Tambunan
            Daerah Tambunan ialah sebuah kawasan tanah tinggi yang terletak di Bahagian Pedalaman, Sabah, timur Malaysia di kepulauan Borneo. Daerah Tambunan terletak 81 km dari Kota Kinabalu, pada ketinggian 1000 m di Banjaran Crocker dan mempunyai keluasan134,540 hektar. Dianggarkan terdapat 19, 760 penduduk pada tahun 1991, dan kebanyakan daripada penduduk ini ialah daripada Kaum Dusun. Daerah ini di kelilingi oleh sawah padi dan 70 buah perkampung. Terletak di timur daerah ini ialah Gunung Trus Madi (2462 meter) yang merupakan gunung kedua tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu.
    3.2 SMK Tambunan
    Peta 1: Kawasan SMK Tambunan
    Peta 1 di atas menunjukkan SMK Tambunan terletak di Tambunan, Sabah. SMK Tambunan terletak kira-kira 80 Kilometer dari Bandar Kota Kinabalu. Kawasan SMK Tambunan dikelilingi oleh dua banjaran, iaitu banjaran Crocker dan banjaran Trusmadi. SMK Tambunan merupakan salah sebuah sekolah menengah yang terdapat di Tambunan, selain daripada SM. St.Martin, SMK Desa Wawasan dan SMK Nambayan. SMK Tambunan berdekatan dengan kampung seperti Kampung Pantai, Kampung Tombotuon dan Kampung Tangaban yang menjadikan kedudukan SMK Tambunan berpusat kerana dikelilingi kampung-kampung. SMK Tambunan juga mempunyai bangunan Pusat Kegiatan Guru (PKG) yang merupakan pusat guru-guru di daerah Tambunan berkumpul.
    4.0 METODOLOGI KAJIAN
    Bahagian ini membincangkan reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, cara pengumpulan data dan analisis data.
    4.1 Reka Bentuk Kajian
    Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kajian tinjaun ialah kaedah mengumpul maklumat dengan bertanyakan set soalan kepada satu sampel individu yang dipilih daripada satu populasi yang hendak dikaji.(Sabitha Marican, 2009) Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor minat pelajar asrama terhadap permainan catur dan kesan permainan catur terhadap pelajar asrama Smk Tambunan.
    4.2 Sampel Kajian
    Pemilihan sampel untuk kajian ini dilakukan secara rawak mudah yang melibatkan tiga puluh orang pelajar asrama. Bilangan sampel besesuaian dengan kajian kuantitatif yang memerlukan bilangan sampel yang besar untuk mewakili populasi yang dikaji. (R.Kuberan et al, 2013)
    4.3 Instrumen Kajian
    Kajian ini menggunakan instrumen borang soal selidik dan pemerhatian.
    4.3.1 Soal Selidik
    Instrumen soal selidik yang dibina menggunakan prinsip KISS (Keep It Short and Simple) iaitu mengemukakan soalan yang ringkas dan mudah difahami. (R.Kubaren et al, 2013) Borang soal selidik ini mengandungi empat bahagian atau soalan berkaitan dengan demografi responden, faktor-faktor minat pelajar asrama terhadap permainan catur. kesan permainan tersebut kepada pelajar pelajar asrama dan pandangan umum pelajar asrama tentang permainan catur di asrama SMK Tambunan. Soalan dalam borang selidik merupakan soalan tertutup atau menggunakan skala likert lima poin
    Bahagian A
    Mengenai demografi responden seperti umur, bilangan adik  beradik, agama, jantina, bangsa,  dan negeri asal.
    Bahagian B
    Bahagian ini berkenaan pengetahuan am responden tentang apa itu permainan catur dan dari mana mereka mengetahui permainan catur.
    Bahagian C
    Bahagian ini mempunyai tiga belas soalan iaitu lima soalan tentang faktor pelajar asrama meminati permainan catur dan lapan  soalan tentang impak permainan catur terhadap pelajar asrama SMK Tambunan.
    Bahagian D
    Bahagian ini berkenaan pandangan umum responden tentang permainan catur di asrama SMK Tambunan dan pedapat mereka tentang tahap prestasi permainan catur dalam kalangan pelajar asrama SMK Tambunan
    4.3.2 Pemerhatian
    Pengkaji membuat pemerhatian sebelum dan selepas permainan catur ini dimainkan untuk mendapatkan maklumat bersesuaian dengan objektif pengkaji.
    4.4 CARA PENGUMPULAN DATA
    Data dan maklumat untuk kajian dikumpul menggunakan pelbagai cara seperti dokumentasi kepustakaan, soal selidik dan temu bual.
    4.4.1 Dokumentasi
    Kajian ini dimulakan dengan kajian terhadap bahan-bahan bertulis yang sudah diterbitkan seperti buku, jurnal, majalah dan sumber daripada internet bagi mendapatkan maklumat berkenaan permainan catur dalam kalangan pelajar asrama  SMK Tambunan.
    4.4.2 Kepustakaan
    Pengkaji menggunakan kaedah perpustakaan untuk mendapatkan maklumat dan data. Pengkaji mendapatkan rujukan daripada:
    1. Perpustakaan Majlis Daerah Tambunan,Tambunan
    2. Perpustakaan Ongkili, SMK Tambunan
    4.4.3 Soal Selidik
            Kaedah soal selidik adalah cara yang digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang faktor-faktor pelajar asrama SMK Tambunan meminati permainan catur dan kesan permainan catur kepada pelajar asrama SMK Tambunan. Borang soal selidik diberikan kepada responden yang sudi berkerjasama. Responden diberi masa lima minit untuk menjawab semua soalan
    4.4.4 Pemerhatian
            Kaedah pemerhatian juga digunakan dalam mengumpul data dalam menjalankan kajian ini. Pengkaji akan memerhati bagaimana permainan catur ini dapat memupuk semangat kekeluaargaan dalam kalangan pelajar asrama SMK Tambunan.

    4.5 CARA ANALISIS DATA
    Pada peringkat akhir kajian ini.analisis telah dijalankan secara deskriptif untuk menganalisis data daripada soal selidik dan penilaian ujian untuk menghasilkan laporan kajian.Data yang telah diperoleh dianalisis menggunakan kekerapan, peratusan dan min.
                Bagi item yang menggunakan skala likert,poin diberi seperti berikut:
    Skala
    Poin
    Sangat Setuju
    5
    Setuju
    4
    Kurang Pasti
    3
    Tidak Setuju
    2
    Sangat Tidak Setuju
    1
                            
    Formula peratus:
    Jumlah skor = kekerapan setiap skala x skor setiap skala
    Peratusan (%) = Jumlah kekerapan     x 100
         Bil.responden

    Sumber = Izham  Shafie (2000)
    5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
            Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas responden terhadap faktor-faktor minat pelajar asrama terhadap permainan catur dan kesan permainan catur terhadap pelajar asrama SMK Tambunan dan seterusnya dapat melahirkan semangat kekeluargaan.
    5.1 Demografi Responden
    Jadual 1 menunjukkan pecahan responden daripada kalangan pelajar asrama SMK Tambunan berdasarkan  jantina, umur, dan agama.

    Bilangan
    Faktor
    Kategori
    Kekerapan
    Peratusan
    ( % )
    Sudut
    ( ˚ )

    1.

    Jantina
    Lelaki
    15
    50
    180
    Perempuan
    15
    50
    180


    2.


    Umur
    14 - 15
    9
    30
    108
    16 - 17
    17
    57
    204
    18 - 19
    4
    13
    48


    3.


    Agama
    Islam
    13
    43
    156
    Kristian
    16
    53
    192
    Lain-lain
    1
    3
    12

    Rajah 1 Menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina.
    Rajah 1 : Taburan Responden Mengikut Jantina
            Rajah 1 di atas menunjukkan taburan jantina responden yang terlibat dalam kajian ini. Jumlah responden bagi perempuan ialah sebanyak 15 orang atau 50% daripada keseluruhan responden. Jumlah ini sama bagi responden lelaki iaitu sebanyak 15 orang atau 50%. Oleh itu, pengkaji akan melihat persepsi daripada pelajar perempuan dan pelajar lelaki bagi mengetahui faktor-faktor mereka meminati permainan catur dan kesannya terhadap pelajar asrama SMK Tambunan.
    Rajah 2 menunjukkan demografi responden berdasarkan umur.
    Rajah 2 : Taburan Responden Mengikut Umur
            Rajah 2 menunjukkan taburan responden berdasarkan umur. Daripada 50 orang pelajar yang telah disoal selidik didapati responden yang berumur 16-17  tahun  merupakan  majoriti  dalam  kajian  ini  dengan  bilangannya  seramai  17  orang  pelajar bersamaan 57% diikuti responden yang berumur 14-15 tahun seramai 9 orang bersamaan 30%. Manakala responden yang berumur  18-19  tahun  pula  seramai  4  orang  pelajar  bersamaan 13% daripada keseluruhan  responden. Melalui taburan peringkat umur ini, pengkaji akan melihat persepsi responden daripada pelbagai peringkat umur iaitu 14-15, 15-16, dan 18-19 tahun tentang permainan catur.

    Rajah 3 : Taburan Responden Mengikut Agama
            Rajah 3 di atas menunjukkan taburan responden mengikut agama. Berdasarkan daripada hasil soal selidik daripada 30 orang pelajar didapati jumlah responden yang beragama kristian sebanyak 16 orang atau 54% daripada keseluruhan responden. Manakala bilangan responden yang beragama Islam ialah seramai 14 orang atau 43%. Manakala bilangan responden yang mempunyai agama lain-lain ialah 1 orang bersamaan 3%. Melalui taburan responden mengikut agama ini, pengkaji akan mendapatkan analisis tentang permainan catur daripada responden dari aspek agama tentang faktor minat dan kesan permaianan catur ini terhadap pelajar asrama SMK Tambunan.
    5.2 Pengetahuan Am
            Berdasarkan analisis yang dilakukan daripada 30 orang responden dalam kalangan pelajar asrama SMK Tambunan, rata-rata pelajar asrama SMK Tambunan mengetahui apa itu permainan catur. Buktinya, seramai 26 orang memilih mengetahui permainan catur namun seramai 4 orang tidak mengetahui apa itu permainan catur.
            Di samping itu, analisis yang dilakukan mendapati bahawa kebanyakkan responden mengetahui permainan catur daripada sumber televisyen iaitu seramai 13 orang. Di samping itu, Sumber internet juga merupakan sumber di mana responden mengetahui permainan catur iaitu seramai 11 orang.
            Sementara itu, iklan-iklan yang berkaitan dengan permainan catur juga merupakan sumber di mana responden mengetahui permainan catur dan seramai 9 orang daripada keseluruhan responden. Manakala seramai 7 orang memilih sumber surat khabar dan 6 orang memilih sumber majalah di mana mereka mengetahui permainan catur.
            Akhir sekali, seramai 8 orang memilih sumber lain-lain yang menjadi sumber mereka mengetahui permainan catur seperti daripada ahli keluarga dan rakan-rakan manakala seramai 5 orang memilih sumber kempen sementara tiada responden yang memilih sumber radio.
    5.3 Faktor – Faktor Yang Mendorong Pelajar Asrama SMK Tambunan Meminati Permainan Catur
    Jadual 1 menunjukkan jadual tafsiran nilai min untuk menerangkan faktor minat dan kesan permainan catur terhadap perlajar asrama SMK Tambunan manakalan jadual 2 menunjukkan faktor-faktor yang mendorong minat pelajar asrama SMK Tambunan terhadap permainan catur
    Jadual 1 : Jadual Tafsiran Nilai Min
    Nilai Min
    Tafsiran
    1.0-1.8
    Sangar Tidak Setuju
    1.9-2.6
    Tidak Setuju
    2.7-3.4
    Tidak Pasti
    3.5-4.2
    Setuju
    4.3-5.0
    Sangat Setuju

    Jadual 2 : Analisis faktor-faktor minat pelajar asrama SMK Tambunan terhadap permainan catur.


    Bil.


    Faktor
    Sangat setuju
    Setuju
    Kurang Pasti
    Tidak setuju
    Sangat tidak setuju
    f
    %
    f
    %
    f
    %
    f
    %
    F
    %
    min
    1
    Mahu mewakili sekolah dalam permainan catur
    6
    20
    13
    43
    10
    33
    1
    3
    0
    0
    3.8
    2
    Untuk mengukuhkan kemhiran bermain catur
    10
    33
    16
    53
    4
    13
    0
    0
    0
    0
    4.2
    3
    Untuk mengenali rakan-rakan baru
    11
    37
    12
    40
    6
    20
    0
    0
    1
    3
    4.1
    4
    Dorongan daripada ibu bapa dan rakan-rakan
    5
    17
    12
    40
    10
    33
    1
    3
    2
    7
    3.57
    5
    Dorongan dari diri sendiri untuk bermain catur
    7
    23
    14
    47
    6
    20
    3
    10
    0
    0
    3.83

            Setelah dianalisis, didapati faktor ingin mewakili sekolah dalam pertandingan catur bukanlah faktor utama pelajar asrama SMK Tambunan meminati permainan catur. Berdasarkan  Jadual 2, hanya 6 orang bersamaan 20% memilih sangat setuju dan seramai 13 orang bersamaan 43% dengan faktor ini. Tambahan lagi, seramai 10 orang bersamaan 33% kurang pasti dengan pernyataan tersebut. Manakala  seramai 1 orang bersamaan 3% tidak setuju dengan pernyataan ini dan tiada responden yang memilih sangat tidak setuju dengan pernyataan ini. Dalam pada itu, min bagi faktor ini ialah 3.8 yang menunjukkan responden dalam kajian ini bersetuju bahawa mereka meminati permainan catur kerana ingin mewakili sekolah dalam pertandingan catur.
            Faktor kedua ialah ingin mengukuhkan lagi kemahiran bermain catur. Analisis yang dilakukan menunjukkan bahawa faktor ini merupakan faktor utama pelajar asrama SMKT Tambunan meminati permainan catur dengan min ertinggi iatu 4.2. Hal ini dibuktikan apabila seramai 10 orang bersamaan 33% sangat setuju manakala 16 orang bersamaan 53% memilih setuju bahawa faktor ingin mengukuhkan kemahiran permaina catur mendorong mereka meminati permainan catur. Walau bagaimanapun, seramai 4 orang bersamaan 13% kurang pasti dengan pernyataan ini dan tidak ada responden yang tidak setuju dengan faktor ini.
            Dapat mengenali rakan-rakan baharu juga merupakan antara faktor pelajar asrama SMK Tambunan meminati permainan catur. Hasil daripada penyelidikan yang dilakukan didapati seramai 11 orang bersamaan 37% pelajar sangat bersetuju dan seramai 12 orang bersamaan 40% setuju dengan faktor ini. Manakala seramai 6 orang bersamaan 20% kurang pasti manakala seramai 1 orang bersamaan 3% sangat tidak setuju dengan pernyataan ini.   Oleh itu, min bagi faktor ini ialah 4.1 dan ini menunjukkan bahawa rata-rata responden setuju bahawa mereka meminati permainan catur kerana mereka dapat mengenali rakan-rakan baharu.
            Seterusnya, seramai 5 orang bersamaan 17% sangat bersetuju dan 12 orang bersamaan 40% setuju bahawa dorongan daripada ibu bapa dan rakan-rakan merupakan faktor mereka meminati permainan catur. Namun demikian, seramai 10 orang bersamaan 33% kurang pasti dengan faktor ini. Di samping itu, seramai 1 orang bersamaan 3% tidak setuju manakala 2 orang bersamaan 7% sangat tidak setuju dengan pernyataan ini. Justeru itu, min bagi faktor ini ialah 3.57 yang juga menunjukkan bahawa rata-rata responden bersetuju bahawa dorongan ibu bapa dan rakan-rakan merupakan faktor yang mendorong mereka meminati permainan catur.
            Bagi faktor kelima iaitu dorongan daripada diri sendiri untuk mengikuti permainan catur, didapati seramai 7 orang bersamaan 23% sangat setuju dan 14 orang bersamaan 47% setuju dengan faktor ini. Namun begitu, seramai 6 orang tidak berapa pasti dengan pernyataan ini manakala seramai 3 orang bersamaan 10% tidak setuju dan tiada responden yang sangat tidak setuju dengan faktor ini. Oleh itu, min bagi faktor ini ialah 3.83 yang menunjukkan rata-rata responden bersetuju dengan pernyataan ini
    5.4 Kesan-Kesan Permainan Catur Terhadap Pelajar Asrama SMK Tambunan
    Jadual 3 menunjukkan kesan-kesan permainan catur kepada pelajar asrama SMK Tambunan.
    Jadual 3 : Analisis kesan-kesan permainan catur kepada pelajar asrama SMK Tambunan


    Bil.


    Kesan
    Sangat setuju
    Setuju
    Kurang Pasti
    Tidak setuju
    Sangat tidak setuju
    f
    %
    f
    %
    f
    %
    f
    %
    F
    %
    Min
    1
    Permainan catur dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan pelajar asrama SMK Tambunan
    9
    30
    11
    37
    8
    27
    2
    7
    0
    0
    4
    2
    Para pemain catur dalam kalangan pelajar asrama SMK Tambunan mengamalkan sikap keterbukaan semasa bermain catur
    3
    10
    14
    47
    12
    40
    1
    3
    0
    0
    3.63
    3
    Para pemain catur dalam kalangan pelajar asrama SMK Tambunan mengamalkan sikap toleransi semasa bermain
    10
    33
    8
    27
    9
    30
    3
    10
    0
    0
    3.83
    4
    Para pemain catur dalam kalangan pelajar asrama SMK Tambunan dapat mengenali antara satu sama lain
    6
    20
    12
    40
    10
    33
    2
    7
    0
    0
    3.73
    5
    Para pemain catur dalam kalangan pelajar asrama SMK Tambunan saling berkerjasama ketika bermain
    6
    20
    9
    30
    13
    43
    1
    3
    1
    3
    3.6
    6
    Para pemain catur dalam kalangan pelajar asrama SMK Tambunan mengambil berat antara satu sama lain di luar masa bermain
    6
    20
    4
    13
    16
    53
    3
    10
    1
    3
    3.37
    7
    Para pemain catur dalam kalangan pelajar asrama SMK Tambunan mengamalkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain
    5
    17
    10
    33
    13
    43
    2
    7
    0
    0
    3.6
    8
    Para pemain catur dalam kalangan pelajar asrama SMK Tambunan mengamalkan sikap berhemah tinggi antara satu sama lain
    6
    20
    10
    33
    11
    37
    2
    7
    1
    3
    3.6
            Berdasarkan jadual 3, seramai 9 orang bersamaan 30% sangat setuju dan seramai 11 orang iaitu bersamaan 37% setuju bahawa permainan catur dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam kalangan pelajar asrama SMK Tambunan. Namun begitu, seramai 8 orang bersamaan 27% kurang pasti dengan kesan permainan catur ini. Manakala seramai 2 orang bersamaan 7% tidak setuju dan tiada responden yang sangat tidak setuju dengan pernyataan ini. Justeru min kesemuanya ialah 4 iaitu hampir kesemua pelajar asrama bersetuju bahawa permainan catur ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar asrama SMK Tambunan.
           Seterusnya, permainan catur membolehkan pemain catur dalam kalangan pelajar asrama mengamalkan sikap keterbukaan semasa bermain catur. Hasil daripada analisis yang dilakukan seramai 3 orang bersamaan dengan 10% sangat bersetuju dan seramai 14 orang iaitu bersamaan 47% setuju dengan kesan permainan catur ini.Walau bagaimanapun seramai 12 orang bersamaan 40% tidak pasti dengan pernyataan ini manakala seramai 2 orang iaitu 7% tidak bersetuju dengan kesan permainan catur ini. Analisis yang dibuat menunjukkan bahawa min bagi kesan permainan catur ini ialah 3.65 iaitu rata-rata responden setuju bahawa permainan catur ini dapat mewujudkan sikap kererbukaan dalam kalangan pelajar asrama SMK Tambunan.
            Kesan permainan catur yang ketiga ialah pelajar asrama dapat mengamalkan sikap toleransi semasa bermain catur. Daripada kenyataan ini didapati seramai 10 orang bersamaan 33% sangat setuju dan seramai 8 orang iaitu bersamaan 27 % setuju dengan pernyataan ini. Namun demikian, seramai 9 orang bersamaan 30% kurang pasti manakala seramai 3 orang iaitu bersamaan 10% tidak setuju dengan kesan permainan catur ini. Oleh itu min bagi kesan ini ialah 3.83 dan ini menunjukkan bahawa rata-rata reponden setuju bahawa permainan catur dapat melahirkan pelajar yang mengamalkan sikap toleransi ketika bermain catur.
            Kesan yang seterusnya ialah pemain catur dalam kalangan pelajar asrama SMK Tambunan dapat mengenali antara satu sama lain semasa dan selepas bermain. Dapatan daripada analisis yang dilakukan menunjukkan bahawa seramai 6 orang bersamaan 12% sangat setuju dan 12 orang iaitu bersamaan 40% setuju dengan pernyataan ini. Di samping itu terdapat 10 orang bersamaan 33% kurang pasti dengan kesan ini. Manakala seramai 2 orang iaitu bersamaan dengan 7% tidak setuju dengan pernyataan ini. Oleh itu, min  keseluruhan bagi kesan ini ialah 3.73 dimana menunjukkan rata-rata responden setuju bahawa permainan catur ini dapat menjadikan pemain catur dalam kalangan pelajar asrama saling kenal-mengenali antara satu sama lain.
            Kesan permainan catur yang seterusnya ialah permainan catur ini dapat memupuk semangat berkerjasama antara pemain catur terutamanya semasa bermain catur. Analisis tentang kesan ini menunjukkan bahawa seramai 6 orang iaitu bersamaan 20% sangat setuju dan 9 orang bersamaan 30% setuju dengan pernyataan ini. Namun begitu, seramai 13 orang bersamaan 43% kurang pasti dengan pernyataan ini. Di samping itu, seramai 1 orang bersamaan 3% tidak bersetuju dan terdapat 1 orang bersamaan 3% sangat tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Min keseluruhan bagi kesan ini ialah 3.6 iaitu responden yang terlibat bersetuju bahawa permainan catur ini dapat memupuk semangat bererjasama dalam kalangan pelajar asrama SMK Tambunan.
            Kesan yang seterusnya ialah permainan catur ini dapat melahirkan pelajar asrama yang mengambil berat tentang rakannya di luar masa bermain. Melalui kesan ini seramai 6 orang bersamaan 20% sangat setuju dan seramai 4 orang iaitu bersamaan 13% setuju dengan kesan permainan catur ini. Namun, seramai 16 orang bersamaan 53% kurang pasti dan seramai 3 orang bersamaan 10% tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Tambahan lagi seramai 1 orang iaitu bersamaan 3% sangat tidak besetuju dengan kesan permainan catur ini. Min keseluruhan bagi kesan ini ialah 3.37 iaitu kebanyakkan responden kurang pasti jika permainan catur ini dapat melahirkan pelajar asrama yang mengambil berat tentang rakannya di luar masa bermain atau tidak.
          Selain itu, permainan catur juga dapat memupuk semangat hormat-menghormati antara pelajar asrama SMK Tambunan. Didapati seramai 5 orang bersamaan 17% sangat setuju dan seramai 10 orang bersamaan 33% setuju dengan kesan permainan catur ini. Namun, seramai 13 bersamaan 43% kurang pasti dengan pernyataan ini. Manakala seramai 2 orang bersamaan 7% tidak setuju dengan kesan permainan catur ini. Min bagi kesan permainan catur ini ialah 3.6 dan ini menujukkan bahawa rata-rata responden bersetuju dengan kesan permainan catur iaitu dapat melahirkan sikap hormat menghormati dalam kalangan pelajar asrama SMK Tambunan.
            Kesan terakhir ialah para pemain catur dalam kalangan pelajar asrama SMK Tambunan akan dapat mengamalkan sikap berhemah tinggi antara satu sama lain. Hasil daripada analisis yang dilakukan seramai 6 orang bersamaan 20% sangat setuju dan seramai 10 orang iaitu bersamaan 33% setuju dengan kesan permainan catur ini. Walau bagaimanapun, seramai 11 orang bersamaan 37% kurang pasti dengan pernyataan ini. Namun begitu seramai 2 orang bersamaan 7% tidak bersetuju dan terdapat 1 orang iaitu bersamaan 3% sangat tidak setuju dengan pernyataan ini. Oleh itu, min keseluruhan bagi  kesan ini ialah 3.6 yang juga menunjukkan bahawa kebanyakkan responden bersetuju dengan pernyataan ini.
    5.5 Pengetahuan Umum
            Setelah borang selidik daripada 30 responden dianalisis, didapati bahawa rata-rata responden bersetuju dengan kewujudan permainan catur di sekolah terutamanya di asrama SMK Tambunan iaitu seramai 29 orang memilih setuju manakala seorang tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Kewujudan permaianan catur di asrama adalah rentetan daripada pertandingan catur yang diadakan di sekolah seperti pertandingan catur sempena hari koperasi dan pertandingan catur peringkat bahagian.
            Namun begitu, didapati kebanyakkan responden menyatakan tidak bersetuju bahawa permainan catur ini aktif di asrama SMK Tambunan iaitu 21 orang sementara selebihnya memilih setuju.
            Walau bagaimanapun, analisis menunjukkan bahawa, kesemua responden bersetuju bahawa permainan catur ini mampu menimbulkan semangat integrasi antara pelajar asrama SMK Tambunan.
             Analisis tentang tahap keseluruhan permaianan catur di asrama SMK Tambuanan menunjukkan bahawa rata-rata responden menyatakan permainan catur di asrama SMK Tambuanan berada di tahap yang baik dan memuaskan.
    6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN
    Kajian ini telah mengumpulkan data bagi memenuhi objektif kajian. Bahagian ini akan merumuskan hasil dapatan kajian.
    6.1 Faktor – Faktor Yang Mendorong Pelajar Asrama SMK Tambunan Meminati Permainan Catur
            Berdasarkan kajian yang telah dibuat didapati terdapat beberapa faktor yang mendorong pelajar asrama SMK Tambunan meminati permainan catur iaitu keinginan untuk mewakili sekolah, ingin mengukuhkan lagi kemahiran bermain catur, mahu mengenali rakan-rakan baharu, mendapat dorongan daripada ibu bapa dan rakan-rakan serta dorongan daripada diri sendiri untuk bermain catur.
            Berdasarkan aspek keinginan ingin mewakili sekolah, didapati ia sememangnya faktor yang mampu mendorong seseorang itu meminati permainan catur.  Hal ini kerana, dengan mewakili sekolah dalam apa-apa pertandingan catur maka ini akan  mendorong pelajar tersebut untuk bermain bersungguh-sungguh bagi mengharumkan nama sekolahnya.Tambahan pula, sekiranya permainan catur ini hanya dimainkan sebagai hobi atau pengisi masa lapang sahaja maka ini boleh menimbulkan kebosanan dalam kalangan pelajar . Justeru, pertandingan-pertandingan yang dianjurkan di sekolah mahupun di asrama mampu menimbulkan minat pelajar tersebut untuk terus bermain catur.
            Seterusnya, keinginan untuk mengukuhkan lagi kemahiran permainan catur turut mendorong pelajar asrama SMK Tambunan meminati permainan catur. Hal ini kerana, keinginan untuk mengukuhkan kemahiran permainan catur ini akan mendorong pelajar tersebut mendalami dan mempelajari permainan catur dengan sedalam-dalamnya. Tambahan pula, seseorang yang ingin mengukuhkan kemahirannya bermain catur akan menjadikannya seorang yang pakar serta mampu menyaingi pemain-pemain catur yang lain. Oleh itu, keinginan mengukuhkan permainan catur ini akan mendorong pelajar meminati permainan ini.
            Berdasarkan aspek ingin mengenali rakan-rakan baharu, didapati bahawa faktor ini turut mendorong pelajar asrama SMK Tambunan meminati permaianan catur. Hal ini kerana, dengan mengenali rakan-rakan baharu seseorang itu akan dapat menambahkan kenalannya di samping mampu mengeratkan lagi semangat persaudaraan dalam kalangan pelajar asrama SMK Tambunan. Tambahan pula, dengan bermain catur seseorang itu dapat mengenali sikap dan peribadi rakannya. Oleh itu, keinginan mengenali rakan baharu melalui permainan catur mampu menimbulkan minat pelajar asrama SMK Tambunan terhadap permainan ini.
            Mendapat dorongan daripada ibu bapa serta rakan-rakan turut mendorong pelajar asrama SMK Tambunan meminati permainan catur. Hal ini kerana, permainan catur mempunyai banyak kebaikkan dan ini akan mendorong ibu bapa atau rakan-rakan mendorong kita untuk bermain catur. Tambahan pula, dorongan daripada ibu bapa dan rakan-rakan akan mendorong seseorang itu untuk terus bermain catur kerana mendapat sokongan daripada ibu bapa dan rakan-rakan. Oleh itu, dorongan dan sokongan daripada ibu bapa dan rakan-rakan berperanan penting dalam mewujudkan minat pelajar asrama SMK Tambunan terhadap permainan catur.
            Akhir sekali, kunci kejayaan yang menarik minat pelajar asrama SMK Tambunan terhadap permainan catur sebenarnya bermula daripada diri sendiri pelajar tersebut. Hal ini kerana, permainan catur yang mampu meningkatkan lagi daya pemikiran seseorang itu supaya berfikir secara kreatif dan kritis dan ini mampu mendorong seseorang itu meminati permainan ini seterusnya menjadikannya sebagai platform bagi mengasah minda. Tambahan lagi, bakat yang ada dalam diri seseorang pelajar tersebut akan mendorongnya untuk mengilap dan mengasah lagi bakatnya dan ini secara tidak langsung akan meningkatkan lagi minat pelajar tersebut kepada permainan catur.
    6.2 Peranan Kesan-Kesan Permainan Catur Dalam Mewujudkan Semangat Kekeluargaan dalam Kalangan Pelajar Asrama SMK Tambunan
           Berdasarkan analisis yang dilakukan terdapat beberapa kesan daripada permainan catur yang dapat mewujudkan semangat kekeluargaan dalam kalangan pelajar asrama SMK Tambunan iaitu permainan catur dapat mengeratkan hubungan silturrahim dalam kalangan pelajar asrama, dapat melahirkan pelajar yang mengamalkan sikap keterbukaan semasa bermain catur, dapat melahirkan pelajar yang bertoleransi semasa bermain, pelajar dapat mengenali antara satu sama lain semasa bermain, dapat memupuk semangan berkerjasama antara pelajar asrama serta dapat melahirkan pelajar asrama yang mengambil berat tentang rakannya diluar masa bermain.
            Berdasarkan aspek pertama iaitu permainan catur dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan pelajar asrama, didapati ia sememangnya merupakan kesan yang mampu mewujudkan semangat kekeluargaan dalam kalangan pelajar asrama SMK Tambunan. Hal ini kerana, semasa seseorang itu bermain catur dengan rakannya maka hubungan mereka yang sebelum ini kurang rapat akan menjadi rapat dan seterusnya hubungan silaturrahim dapat dieratkan. Tambahan pula, hubungan silaturrahim yang erat antara pelajar asrama akan menjadikan mereka komuniti yang kuat dan mampu menyelesaikan sesuatu masalah dengan mudah. Oleh itu, permainan catur ini berperanan penting dalam mewujudkan semangat kekeluargaan dalam kalangan pelajar asrama SMK Tambunan dengan mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar asrama.
            Dalam aspek kedua iaitu permainan catur dapat melahirkan pelajar yang mempunyai semangat keterbukaan, didapati kesan ini mampu melahirkan semangat kekeluargaan dalam kalangan pelajar asrama SMK Tambunan. Hal ini kerana, kepelbagaian agama, bangsa dan budaya di dalam sesebuah asrama akan dapat disatukan di bawah satu komuniti iaitu masyarakat asrama. Sikap keterbukaan yang diamalkan oleh pelajar asrama SMK Tambunan akan menjadikan mereka saling faham-memahami serta dapat menerima perbezaan tersebut dalam aspek positif. Oleh itu, terbuktilah bahawa semangat kekeluargaan akan dapat diwujudkan jika masyarakat asrama mengamalkan sikap keterbukaan dalam kehidupan seharian di asrama SMK Tambunan.
          Seterusnya, permainan catur yang dapat melahirkan sikap toleransi dalam kalangan pelajar asrama turut mampu mewujudkan semangat kekeluargaan antara pelajar asrama SMK Tambunan. Hal ini kerana, sikap toleransi iaitu rela menerima dan menghargai perbezaan antara sesame pelajar asrama akan menjadikan pelajar asrama SMK Tambunan lebih bersatu padu dan seterusnya mewujudkan semangat kekeluargaan. Di samping itu, toleransi yang wujud akan mewujudkan satu kelompok masyarakat asrama yang bersatu padu walau berbeza kaum, agama dan budaya. Justeru, permainan catur ini dapat mewujudkan sikap toleransi dan seterusnya mewujudkan semangat kekeluargaan dalam kalangan pelajar asrama SMK Tambunan.
            Selain itu, permainan catur yang dapat menjadikan pelajar asrama SMK Tambunan saling kenal-mengenali antara satu sama lain turut berperanan penting dalam  mewujudkan semangat kekeluargaan dalam kalangan pelajar asrama SMK Tambunan. Hal ini kerana, pelajar asrama yang megenali rakan-rakannya pastinya akan mengetahui sikap dan peribadi rakan mereka. Oleh sebab itu, pelajar asrama yang saling memahami antara satu sama lain akan dapat mengelak daripada berlakunya konflik dalam kehidupan seharian di asrama seperti pergaduhan dan seterusnya inidapat  mewujudkan semangat kekeluargaan yang erat dalam kalangan pelajar asrama SMK Tambunan.
            Permainan catur turut mewujudkan semangat berkerjasama dalam kalangan pelajar asrama SMK Tambunan. Lantaran daripada itu, kerjasama yang wujud dalam kalangan pelajar asrama akan dapat mewujudkan semangat kekeluargaan dalam kalangan pelajar asrama. Hal ini kerana, apabila pelajar asrama mempunyai semangat berkerjasama yang tinggi dalam kehidupan di asrama maka segala tugasan yang diberikan dapat diselesaikan dengan mudah. Sebagai contoh, tugasan membersihkan kawasan asrama akan dapat diselesaikan dengan cepat dan mudah. Oleh itu, hasil daripada kerjasama dalam kalangan pelajar asrama maka akan mewujudkan semangat kekeluargaan yang kuat dalam kalangan pelajar asrama SMK Tambunan.
            Permainan catur yang dapat melahirkan pelajar asrama yang mengambil berat tentang rakannya turut membantu melahirkan semangat kekeluargaan dalam kalangan pelajar asrama SMK Tambunan. Hal ini kerana, sikap mengambil berat terhadap pelajar asrama yang lain seperti mengambil tahu masalah mereka akan menyebabkan mereka rasa dihargai dan disayangi. Sebagai contoh, apabila seseorang pelajar asrama dilanda musibah seperti kehilangan duit, maka pelajar asrama yang lain turut bersimpati akan berusaha menolong menyelesaikan masalah tersebut. Oleh itu, ianya mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan seterusnya semangat kekeluargaan dapat diwujudkan.
           Seterusnya, permainan catur yang dapat memupuk sikap hormat-menghormati antara pelajar asrama turut berperanan penting dalam mewujukan semangat kekeluargaan dalam kalangan pelajar asrama. Hal ini kerana, sikap hormat-menghormati dalam kalangan pelajar asrama dapat menhalang daripada berlakunya perbalahan dan permusuhan. Tambahan pula, semangat hormat-menghormati ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pelajar asrama. Justeru, dengan wujudnya semangat hormat-menghormati dalam kalangan pelajar asrama, maka ia akan mewujudkan semangat kekeluargaan yang erat dalam kalangan pelajar asrama SMK Tambunan
          Akhir sekali, permainan catur yang dapat melahirkan pelajar yang berhemah tinggi dapat mewujudkan semangat kekeluargaan dalam kalangan pelajar asrama SMK Tambunan. Hal ini kerana, sikap berhemah tinggi dalam kalangan pelajar asrama seperti bersopan santun dan berbudi pekerti dalam kehidupan seharian akan mewujudkan suasana asrama yang harmoni dan sejahtera. Tambahan pula, pelajar asrama yang berhemah tinggi akan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama pelajar asrama dan pelbagai masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan mudah. Justeru, sikap hemah tinggi yang wujud akan melahirkan semanga kekeluargaan yang erat dalam kalangan pelajar asrama SMK Tambunan
    6.3 Kesimpulan
           Kesimpulannya, permainan catur ini mampu mewujudkan semangat kekeluargaan dalam kalangan pelajar asrama SMK Tambunan. Hal ini kerana, permainan catur mempunyai banyak kesan positif yang mampu mewujudkan mewujudkan semangat kekeluargaan seperti dapat mengeratkan hubungan silaturrahim, dapat melahirkan pelajar yang berhemah tinggi dan mampu melahirkan pelajar yang saling berkerjasama. Kesan positif daripada permainan catur ini secara tidak langsung dapat mewujudkan semangat kekeluargaan dalam kalangan pelajar asrama SMK Tambunan. Di samping itu, melalui permainan catur pelajar asrama dapat mengukuhkan lagi kemahiran mereka bermain catur dan dapat mengisi masa lapang mereka dengan bermain catur. Oleh itu, masa mereka tidak terbuang dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah semasa masa lapang di asrama. Justeru, wajarlah permainan catur ini untuk terus dimainkan di asrama SMK Tambunan agar dapat melahirkan pelajar asrama yang mampu bersaing dalam permainan catur dan dapat menggilap bakat mereka agar menjadi pemain catur yang mampu mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi. Di samping itu, kesan daripada permainan catur akan dapat mewujudkan semangat kekeluargaan dalam kalangan pelajar asrama SMK Tambunan secara berterusan.
    RUJUKAN
    Wikipedia Bahasa Melayu, (2014). Definisi Permainan, artikel atas talian.
    Wikipedia Ensiklopedia Bebas, (2014). Definisi catur, artikel atas talian.
    Tyra, (2011). Sejarah asal mula permainan catur. Artikel atas talian.
    Wikipedia Ensiklopedia Bebas, (2014). Kejuaraan catur dunia, artukel atas talian.
    Wikipedia Ensiklopedia Bebas, (2014). World Chess Federation (FIDE), artikel atas talian.
    Kamaruddin, (2014). Malaysian Chess, artikel atas talian.
    kamino, (2014. “Sabah Chess Association”, artikel atas talian
    Izyan Liyana Mohd. Darif, (2014). Pemain cilik bertaraf dunia. Artikel atas talian.
    Rizki Kurnia, (2012). Cerdas Bermain Catur, artikel atas talian.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

copyright by Kamarul Arnizam