Cara menghilangkan masalah gagap. Gagap adalah masalah pertuturan yang berlaku pada seseorang individu. Masalah gagap ini dalam erti kata lain ialah masalah pertuturan di mana sebutan huruf pertama atau syllable sesuatu perkataan diulang tanpa kawalan. Sebagai contoh sebutan gagap pada perkataan “makan” akan menjadi “ma-ma-ma-ma-ma-makan”.
Masalah gagap biasanya berlaku apabila seseorang itu tidak yakin pada diri sendiri semasa bercakap, takut, malu, pendiam dan gugup semasa berhadapan dengan orang. Masalah ini jika tidak dibendung dari peringkat awal boleh menyebabkan berlakunya tabiat pada diri individu.
Terdapat beberapa cara untuk menghilangkan penyakit gagap antaranya ialah:
1. Membaca dengan suara kuat
Latihan membaca dengan suara kuat boleh membantu mengatasi gagap. Latihan ini secara tidak langsung dapat memberikan seseorang waktu untuk berkonsentrasi pada pengucapannya.
Latihan ini juga memberikan nilai tambahan dengan membantu meningkatkan kosa kata, sehingga memberikan kemampuan untuk mengganti kata-kata yang sulit menjadi lebih sederhana.
2. Tarik nafas dalam-dalam
Jika gagap adalah stres, maka menarik nafas dalam-dalam boleh membantu mengurangkan stres. Latihan pernafasan boleh membantu menenang dan mengurangkan tekanan.
3. Berjumpa dengan pakar
Jika tidak mampu mengatasinya sendiri, cubalah untuk mencari bantuan profesional. Doktor atau kaunselor akan memberikan program-program yang harus dilalui untuk menghentikan gagap.
Berusaha untuk menghentikan gagap bukanlah satu hal yang boleh berjaya dalam waktu satu malam saja. Kesabaran adalah sangat perlu dalam menangani masalah gagap ini.
4. Berfikit secara positif
Pemikiran ini merupakan salah satu hal yang penting, kerana dengan berfikiran positif boleh memberikan keberanian dalam mengatasi kesulitan bercakap dan membantu mencapai tujuan. Hal lain yang penting untuk diingat adalah ramai orang yang boleh bebas dari masalah gagap dengan berfikiran positif.
5. Mengidentifikasi penyebabnya
Meskipun terlalu sulit menentukan penyebab berlakunya gagap, tapi dengan mengidentifikasi pola yang dialami boleh membantu seseorang mengatasi gangguan ini. Untuk mengatasinya cubalah berlatih artikulasi kata ketika sedang bersendirian dengan menggunakan bantuan cermin.
6. Berbicara secara perlahan
Teknik ini adalah salah satu kaedah yang dipraktikkan untuk menghentikan gagap. Dengan berbicara secara perlahan akan membantu seseorang membentuk kata-kata dalam fikirannya, sehingga boleh mengurangi stres dan dapat mengucapkan kata dengan betul.
Jika cara ini sering dilakukan, maka lama kelamaan frekuensi gagap akan semakin menurun dan boleh berbicara lebih lancar dan cepat.
Post a Comment