Tips dan Petua Menghilangkan Rasa Sakit Perut

    Author: Unknown Genre: »
    Rating

    Kadang-kadang banyak faktor penyebab terjadinya sakit perut ini sama ada terlebih atau terkurang makan, makan makanan yang pedas, makanan sudah tamat tempoh basi atau makanan terlalu manis juga boleh mengakibatkan terjadinya sakit perut. Biasanya bila dah makan macam-macam benda yang pedas, yang manis maka perut pun boleh meragam. Kat bawah ini petua daripada nenek moyang kita dahulu-dahulu 

    Untuk bebudak
    1. Ambil beberapa helai daun jambu batu yang muda iaitu pucuknya.
    2. Bersihkan kemudian masukkan kedalam mesin pengisar dan kisarkan untuk mendapatkan jusnya.
    3. Tapiskan dan campurkan dengan sedikit gula dan bolehlah di minum airnya.

    Untuk Yang Dewasa
    1. Ambil beberapa helai daun jambu batu yang masih muda
    2. Kunyah daun jambu batu tersebut dan telan airnya.
    3. Bancuh tea pekat kosong tanpa gula bersama air suam (diminum)
    4. Petua lain ambil bawang merah dan ramas-ramas pada bahagian pusat. Lakukan beberapa kali dan anda pasti akan berasa lega sendiri


    Ada sesetangah orang amat sesuai dengan ubat herba cina tu Pil Chi Kit Teck Aun :) kena sekampit Insyaallah rasa sakit perut itu akan beransur hilang… kalau tak tahan juga selebihnya sila dapatkan rawatan susulan daripada Doktor :)
    Sekiranya anda ada petua yang tertentu yang bolehlah di kongsikan sama disini, jom kongsikan sama :)

    One Response so far.

    1. Anonymous says:

      terima kasih banyak informasi tentang Tips dan Petua Menghilangkan Rasa Sakit Perutnya bermanfaat sekali.

      saya sudah join blog anda, dan juga sudah memasang link blog anda di blog saya. silahkan di dilihat di http://berbagi2-ilmu.blogspot.com

      jangan lupa join di blog saya dan pasang juga link blog saya di blog Anda. Terima kasih banyak. :)

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

copyright by Kamarul Arnizam