Fakta-Fakta Menarik Tentang Samsung

    Author: Unknown Genre: »
    Rating


    Samsung dianggap sebagai jenama elektronik kelas ke-dua. Produk mereka dianggap kurang berkualiti dan kurang berstatus dibandingkan dengan jenama lain, khususnya jenama berasal dari Jepun.
    Namun kerja keras Samsung akhirnya membuahkan hasil. Hingga akhirnya vendor berasal dari Korea Selatan tersebut saat ini menjadi pengeluar elektronik kelas dunia yang disegani. Ingin tahu beberapa fakta menarik mengenai pengeluar smartphone terbesar di dunia ini? Jemput baca.
    1. Punya Bisnes Dalam Bidang Pembinaan dan Perkapalan
    Samsung Electronics yang memproduksi smartphone, peti ais, sehingga mesin basuh adalah sebahagian daripada konglomerat bernama Samsung Group. Samsung Group beroperasi di dalam lebih daripada 80 sektor perniagaan.
    Di bidang pembinaan, wujud anak syarikat Samsung Engineering and Samsung C&T. Mereka antara lain membangun Burj Khalifa di Dubai, UAE, yang berstatus gedung tertinggi di dunia. Malah salah satu daripada Menara Berkembar Petronas di Malaysia, turut dibina oleh Samsung
    Selain itu, Samsung turut mempunyai syarikat Samsung Heavy Industries yang bergerak di dalam industri perkapalan. Ditilik dari sisi pendapatan, divisyen ini adalah pengeluar kapal terbesar kedua di dunia.
    Samsung Group juga mempunyai Everland, sebuah taman tema hiburan terkenal dan tertua di Korea Selatan. Mereka juga turut mepunyai syarikat insuran dan syarikat pengeluar kereta yang bekerja sama dengan Renault.
    2. Perusahaan yang Dikendalikan Keluarga
    Samsung adalah sebuah chaebol. Chaebol merupakan istilah bagi perusahaan konglomerat besar yang dikendalikan oleh keluarga secara turun temurun.
    Samsung didirikan oleh Lee Byung-chull. Setelah dia meninggal, kepemimpinan di Samsung diteruskan oleh Lee Kun-hee yang merupakan anak ketiga Byung-chull.
    Keluarga Lee memang sangat berkuasa di dalam Samsung. Anak Lee Kun-hee yang bernama Lee Jae-yong, saat ini menjadi presiden dan Chief Operating Officer Samsung Electronics.
    Lee Kun-hee sendiri mempunyai harta melimpah dan masuk senarai orang terkaya di dunia. Menurut perkiraan oleh majalah Forbes, dia mempunyai kekayaanber nilai USD 10.8 billion (RM 33 billion).
    3. Bermula daripada Syarikat Mie
    Pada awalnya, Samsung sama sekali tidak memproduksi barang elektronik. Syarikat ini didirikan oleh Lee Byung-chull pada tahun 1938 sebagai syarikat perdagangan makanan.
    Samsung ketika itu antara lain menghasilkan mie dan beribupejabat di wilayah Daegu, Korea Selatan. Perniagaan ini berjaya dan kemudian berpindah ibupejabatnya ke Seoul.
    Setelah perang Korea selesai, Samsung mulai melebarkan sayap bisnesnya. Pada tahun 1954, Samsung membangunkan kilang pakaian cotton terbesar di Korea Selatan.
    Berjaya di bidang bisnis yang dirintisnya, Samsung akhirnya memutuskan masuk ke bisnes elektronik pada tahun 1960. Produk pertama mereka adalah televisyen berlayar hitam putih.
    4. Rahsia Kejayaan Samsung
    Pada tahun 1993, Lee Kun-hee selaku Chairman Samsung mengadakan lawatan keliling dunia. Dia ingin tahu bagaimana tanggapan pasaran antarabangsa terhadap produk buatan Samsung.
    Lee berasa tidak gembira. Di California, Amerika Syarikat, dia menyaksikan televisyen Samsung berada di rak bawah dan tersembunyi. Sedangkan televisyen Sony dan Panasonic berada di rak atas yang mudah dilihat pengguna.
    Lee berhasrat mengubah Samsung menjadi pengeluar eletronik kelas satu yang disegani. Dia kemudiannya mengumpulkan para eksekutif Samsung di Jerman untuk mentransformasikan syarikat itu dengan pantas.
    Pidatonya ketika itu dijuluki sebagai Frankfurt Declaration Of 1993. Lee menegaskan strategi Samsung harus diubah untuk mengejar pesaing.
    “Ubahlah semuanya selain isteri dan anak-anak anda,” sebut Lee. Sejak itu, Samsung benar-benar berevolusi menjadi pengeluar elektronik yang disegani.
    5. Pengeluar Elektronik Raksasa
    Sejak tahun 1990-an, Samsung Electronics khususnya mencapai puncak kejayaan. Mereka menjadi pengeluar memori cip terbesar di dunia pada tahun 1992 dan pengeluar cip nombor dua setelah Intel.
    Dilihat dari unit terjual, Samsung ketika ini adalah pengeluar telefon mudah alih terbesar di dunia menggantikan Nokia. Tahun lalu, Samsung menjual 215.8 juta unit telefon . Lebih banyak dari kombinasi 3 pengeluar telefon mudah alih ranking di bawahnya.
    Mereka juga berstatus sebagai pengeluar televisyen dengan tahap penjualan terbanyak sejak tahun 2006.
    Kejayaan Samsung di banyak bidang eletronik membuat pengeluar elektronik berasal dari Jepun ketinggalan. Sejak tahun 2005, jenama Samsung sudah lebih popular berbanding Sony menurut kajian Interbrand.
    6. Korea Selatan Digelar Republic of Samsung
    Samsung mepunyai peranan ekonomi yang sangat penting bagi Korea Selatan. Diperkirakan, 17% dari Gross Domestic Product (GDP) Korea Selatan adalah dari Samsung.
    Produk dan perkhidmatan buatan Samsung hampir menyentuh semua area kehidupan masyarakat Korea Selatan. Ini tidak lepas dari banyaknya bisnes yang digarap Samsung.
    Warga Korea Selatan mungkin memakai smartphone Samsung dan tinggal di apartemen yang dibuat oleh Samsung juga. Dan mengambil perlindungan insurans Samsung Life.
    Dan para top management Samsung jugan sangat berkuasa.
    “Anda bahkan boleh mengatakan chairman Samsung lebih berkuasa dibandingkan dengan presiden Korea Selatan. Orang Korea berpendapat Samsung tidak dapat disentuh dan berada di atas undang-undang” ucap Woo Suk-hoon, seorang penganalisis ekonomi.






    Admin:Kamarul Arnizam

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

copyright by Kamarul Arnizam