GEORGETOWN – Malang sungguh nasib seorang wanita warga Indonesia yang maut selepas tersangkut dalam lif, sebelum mayatnya ditemui di dalam lubang penyelenggaraan lif di pangsapuri BJ Court, Bukit Jambul di sini, kelmarin.
Polis menemui mayat Faridah Hanum, 41, kira-kira jam 9 malam dan siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan serius pada bahagian tulang rusuk kiri.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, lif yang dinaiki mangsa bersama 20 orang lain dipercayai tersangkut menyebabkan mereka terperangkap di dalamnya.
“Ketika kejadian, mangsa cuba keluar dari lif itu namun gagal apabila dipercayai terjatuh di dalam ruang penyelenggaraan lif sedalam kira-kira dua meter.
“Sejurus kejadian, anggota Bomba dan Penyelamat dari Jalan Perak membantu mengeluarkan mangsa,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Kong Meng berkata, mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Admin:Kamarul Arnizam
Post a Comment