Masyarakat Agraria

    Author: Unknown Genre: »
    Rating

    Konsep/Definisi:

    Masyarakat agraria merupakan masyarakat yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan kepada pertanian iaitu bercucuk tanam dan menternak binatang. Jenis-jenis tanaman utama ialah padi sawah, padi huma, ubi taro, dan keladi; tanaman bijirin pula ialah gandum, barli, oat, kubis, kekacang dan sebagainya.  Selain itu, masyarakat juga menjalankan aktiviti berburu, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan pada peringkat awal. Penempatan mereka terbentuk di sekitar kawasan yang subur seperti lembah-lembah sungai, kawasan berbukit, serta kawasan yang mempunyai sistem saliran yang baik. Mereka juga mempunyai kemahiran menghasilkan makanan sendiri dengan pertanian pindah sehingga mengusahakan pertanian tetap. Pada masa yang sama masyarakat agraria mempunyai hubungan dengan masyarakat maritim dan saling bergantungan.Masyarakat agraria di China menjalankan kegiatannnya atas arahan golongan pembesar.

    Manakala di Eropah telah berlaku perubahan politik dan ekonomi yang pesat terutama selepas keruntuhan sistem feudal sehingga telah terbentuk beberapa buah negara bangsa yang baru seperti Portugal, Sepanyol, England dan Belanda. Pentadbiran berpusat ini telah dikuasai oleh raja yang berkuasa mutlak dan pentadbiran ini telah membolehkan kerajaan menyeragamkan sistem pemerintahan.  Penyeragaman pentadbiran ini telah memberi kesan yang besar kepada sistem ekonomi yang dijalankan.

    Pada abad ke-16 dan 17, negara Belanda dan China mengamalkan ekonomi mekantilisme iaitu kerajaan akan campur tangan dalam kegiatan ekonomi bagi tujuan mengukuhkan lagi kekuasaan politik dan kekayaan negara. Campur tangan kerajaan ini dapat memastikan perkembangan ekonomi selaras matlamat kerajaan.

    Terdapat beberapa unsur di dalam pengamalan ekonomi mekantilisme yang dijalankan oleh negara Belanda dan China seperti unsur nasionalisme, paternalisme dan imperialsme. Bagi negara Belanda masyarakatnya mengamalkan unsur paternalisme dan imperialisme. Manakala negara China pula mengamalkan unsur nasionalisme dan paternalisme.

    Unsur nasionalisme merupakan sesebuah negara atau masyarakat menjalankan ekonomi yang kendiri iaitu tidak bergantung kepada negara lain untuk memenuhi keperluannya. Unsur paternalisme pula memperlihatkan kerajaan memainkan peranan penting dalam mengatur kegiatan ekonomi, sosial dan politik. Manakala unsur imperialisme sangat penting dalam ekonomi mekantalisme iaitu negara tersebut perlu mempunyai tanah jajahan diseberang laut yang mampu memenuhi keperluan dalam negara. Dengan mempunyai unsur-unsur inilah maka negara Belanda dan China dapat memperkembangkan ekonomi agraria sepanjang abad ke-16 dan 17.


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

copyright by Kamarul Arnizam