PENGENALAN
Sebelum abad ke-16 dan 17, pemerintahan feudal Jepun
di bawah Keshogunan Kamakura (1185-1333). Pada tahun 1192, Minamoto no Yoritomo
telah dilantik oleh Maharaja Go-Saga menjadi Shogun. Yoritomo telah
menjalankan pemerintahannya di bandar tepi laut Kamakura dipanggil kerajaan
Bakufu yang dikenali pemerintahan Keshogunan Kamakura. Shogun Yoritomo mula
mengasingkan pemerintahan Jepun daripada Kyoto. Semasa Maharaja
Go-Daigo, pemerintahan Keshogunan Kamakura telah diambil alih oleh Keshogunan
Ashikaga pada tahun 1336-1573 selama 237 tahun. Pemerintahan Shogun Ashikaga
Yoshimitsu dijalankan tanpa merujuk kepada maharaja. Bermula tahun 1603,
pemerintahan di Jepun telah bermulanya era Keshogunan Tokogawa berpusat di Edo
yang diasaskan oleh Shogun Tokogawa Ieyasu. Shogun Tokogawa telah menguasai
kesemua aspek pemerintahan seperti pengawalan terhadap agama, ekonomi, golongan
bangsawan, cukai dan sebagainya. Era Tokogawa telah membawa keamanan dan
kemakmuran kepada negara dan rakyatnya seramai 31 juta orang selama 265 tahun.
CIRI-CIRI SISTEM FEUDAL DI JEPUN
- Sistem feudal juga dapat dilihat
dengan jelas di Jepun, iaitu maharaja yang berada di kemuncak
struktur pemerintahan mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas
segala aspek di bawah pemerintahannya termasuklah tanah. Hakikat
ini dapat dilihat pada zaman Keshogunan Kamakura antara tahun
1185 hingga 1333 (abad ke-12-14), di mana keluarga Minamoto
menjadi keluarga yang penting di Jepun. Keluarga ini
mampu membekalkan keperluan keselamatan
yang diperlukan oleh maharaja dan
mereka turut menguasai tanah dan segala penghasilannya.
- Sebagai ketua kepada keluarga
Minamoto, Yoritomo misalnya telah melantik mereka yang setia kepadanya
mewarisi jawatan jito atau pengurus tanah dan
bertanggungjawab mengutip cukai. Shugo merupakan pegawai yang
bertanggungjawab memastikan agar semua cukai di bayar
walaupun kekerasan terpaksa digunakan. Sistem
sebegini terus kekal sehingga zaman Meiji sehingalah beberapa
perubahan besar dilakukan.
- Menurut Abdullah Zakaria Ghazali
(2003:101) dalam usaha melihat sejarah sistem Feudal di Jepun, maka
zaman Kamakura tidak harus ditinggalkan kerana zaman ini merupakan akar
kepada keberlangsungan sistem feudal yang hanya tamat pada pertengahan
abad ke-19. Menurutnya lagi, sistem feudal tumbuh subur di Jepun kerana
kewujudan estate persendirian yang dikenali sebagai syo atau syoen.
Pertumbuhan estate-estate persendirian ini telah dipercepatkan oleh
kemerosotan golongan aristokrat dan kebangkitan golongan perwira
(buke).Golongan ini memberi taat setia kepada
Kamakura dan hasil daripada ketaatsetiaan
ini menyebabkan mereka
mendominasi jawatan jito serta shugo.
Gabungan organisasi inilah yang menjadi asas
kepada kemunculan sistem feudal di Jepun.
- Sehubungan itu kita dapat melihat sistem
feudal di Jepun telah melahirkan dua golongan yang saling bergantung
antara satu sama lain, iaitu golongan birokrasi pemerintahan dan golongan
tentera. Golongan birokrasi pemerintahan termasuklah tuan-tuan
tanah atau daimyo yang bertanggungjawab menyumbangkan sebahagian
daripada hasil tanah kepada maharaja.
- Selain itu perjalanan sistem feudal
di Jepun agak unik dan berbeza dengan negara lain. Ini disebabkan wujud
keterikatan yang kuat antara golongan daimyo dengan tentera dan petani ,
manakala maharaja tidak mempunyai sebarang peranan.
Kemunculan golongan tentera khusus (profesional) di Jepun
begitu berpengaruh dalam menentukan hala tuju
pemerintahan. Golongan daimyo merupakan kelompok yang
sangat berkuasa di Jepun dan kuasanya dikatakan mengalahkan kuasa
maharaja.
- Golongan tentera mempunyai kebolehan yang besar dalam peperangan dan digunakan oleh golongan bangsawan sama ada untuk mempertahankan hak milik mereka atau menjaga keselamatan tuan-tuan mereka. Kekuatan ketenteraan ini menjadi tulang belakang kepada kebangkitan daimyo di Jepun sehingga maharaja tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya.
STRUKTUR MASYARAKAT FEUDAL DI JEPUN
Struktur sistem feudal di Jepun berbentuk piramid yang
terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan
pemerintah adalah Maharaja, Shogun dan Daimyo.. Golongan diperintah terdiri
daripada samurai, petani, atisan (tukang) dan saudagar. Sistem ini dapat
dilihat dengan jelas semasa pemerintahan Shogun Tokugawa.
- Dalam
hierarki pemerintahan di Jepun Maharaja menduduki
lapisan teratas. Namun pada abad ke16 dan 17 di bawah pemerintahan Shogun
Tokugawa, maharaja Jepun tidak mempunyai kuasa untuk
memerintah. Baginda hanya menjadi lambang perpaduan rakyat dan
boneka sahaja. Maharaja dikatakan dari keturunan dewi matahari
(amaterasu). Maharaja dianggap pemerintah keduniaan dan kerohanian.
Baginda ditempat di Kyoto iaitu bandar diraja yang sentiasa dikelilingi
oleh pegawai istana (kuge). Maharaja hanya memerintah di Kyoto sahaja yang
dikenali sebagai kerajaan Mikado (Kerajaan Maharaja).
- Shogun
merupakan golongan bangsawan yang berada dihaeiraki yang ke-2. Kuasa
memerintah yang sebenar berada di tangan Shogun Tokugawa. Shogun
menjalankan tugas atas nama maharaja melalui dasar pecah dan
perintah. Hal ini dilakukan supaya kuasa dan kedudukan Shogun
terjamin. Shogun telah membahagikan kawasan pemerintahan berdasarkan
golongan bangsawan atau Daimyo yang
menyokong dan menentangnya. Daimyo yang menyokong Shogun akan
diberi tanah manakala bangsawan yang menentangnya ditempatkan di
kawasan yang akan dikawal oleh sekutu Tokugawa. Kerajaan Tokogawa ini di
kenali sebagai Kerajaan Bakufu (ketenteraan) yang berpusat di Edo.
- Daimyo merupakan
golongan bangsawan yang mempunyai peranan penting dalam pentadbiran
Tokugawa. Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu daimyo Fudai, Daimyo
Shimpan dan Daimyo Tozama. Daimyo Fudai ialah ahli keluarga Shogun
Tokugawa dan telah dikurniakan tanah yang berhampiran kediaman
Shogun. Daimyo Shimpan terdiri daripada pelbagai cabang
keluarga Tokugawa iaitu membentuk keluarga Kii, Owari dan Mito. Mereka
diberi tanah tidak jauh daripada shogun. Daimyo Tozama
meruapakan daimyo yang memusuhi shogun iaitu terdiri daripada
puak-puak suku barat (Satsuma, Hizan, Toza dan Chosu). Mereka telah
ditempatkan jauh daripada shogun untuk mengelak
ancaman daripada mereka.
- Samurai merupakan
kelas pahlawan (tentera) yang berada bi bawah golongan daimyo dan paling
atas golongan di perintah. Mereka mempunyai kedudukan istimewa iaitu
mempunyai nama keluarga dan membawa dua bilah pedang. Samurai berfungsi
untuk menjaga keamanan negara dan keselamatan shogun serta daimyo. Mereka
tidak dibenarkan melakukan kerja lain. Jumlah golongan samurai kira-kira
400,000 orang iaitu kira-kira 6% daripada jumlah penduduk Jepun. Golongan
samurai terbahagi kepada taraf seperti tinggi, sederhana dan rendah.
Samurai bertaraf tinggi tidak ramai bilangannya dan dibenarkan memilki
tanah. Samurai sederhana merupakan samurai berkuda manakala kelas rendah
adalah samurai berjalan kaki. Ketika masa aman, samurai akan melakukan
kerja lain seperi mengurus kewangan, mentadbir ladang, menjaga kebun dan
menjadi utusan.
- Dalam kalangan rakyat biasa, petani (nomin) menduduki tempat yang
tertinggi dan dianggap golongan yang mulia di Jepun. Hal ini kerana mereka
merupakan pengeluar beras yang menjadi bahan makan rakyat Jepun dan
sebagai balasan mereka diberi upah hanya secukup makan sahaja kerana hasil
beras untuk negara. Jepun telah menjalankan dasar tutup pintu ini
menyebabkan rakyat hanya bergantung kepada beras yang dikeluarkan
oleh petani sahaja.
- Kelas tukang-tukang mahir (artisan) berada
dibawah petani. Mereka mahir dalam pembuatan pedang samurai, menenun kain,
alatan tembaga, besi dan alat-alat lain yang berguna. Mereka diberi gaji
yang baik dan diberi rumah yang baik. Mereka dibenarkan menggunakan
pedang.
- Kelas pedagang (chonin) terletak
dibawah artisan. Mereka dipandang rendah dan tidak dibenarkan berlaku
mobiliti sosial. Namun keadaan aman telah menyebabkan ekonomi berkembang
dan para pedagang telah berjaya mengumpul harta yang banyak. Mereka
kemudian telah memperbaiki status diri mereka.
Post a Comment