DELEGASI GPS UMS KE UNIVERSITAS TELKOM, BANDUNG

    Author: Kamarul Arnizam Genre: »
    Rating

    Delegasi Keusahawanan dan Kepenggunaan Asia 2018 merupakan hasil daripada kejayaan program-program yang lepas dibawah kendalian Sekretariat Gerakan Pengguna Siswa UMS iaitu sebuah kelab dibawah naungan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UMS. Sekretariat Gerakan Siswa UMS atau lebih dikenali sebagai GPS UMS ini mengorak langkah untuk mengembangkan lagi potensi dan keupayaannya dalam menjalankan program yang mampu mewujudkan impak yang besar dengan mengadakan program “Delegasi Keusahawanan dan Kepenggunaan Asia 2018” yang dilaksanakan di Universitas Telkom, Bandung, Indonesia. Program delegasi ini telah dijalankan selama 5 hari iaitu pada 25-30 Januari 2018 dimana seramai 8 orang pelajar dan seorang pensyarah pengiring wakil daripada GPS UMS telah berkunjung ke Universitas Telkom, Bandung, Indonesia dengan misi mewujudkan ikatan perhubungan antara 2 Universiti melalui beberapa siri perkongsian, diskusi, permainan dan persembahan. Antara pengisian yang dilaksanakan adalah sesi berkenalan dengan mahasiswa Univiersitas Telkom, Bandung melalui sesi Ice Breaking, Malam kebudayaan, sukaneka, ceramah, dsikusi dan latihan dalam kumpulan.
    Objektif utama program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan mahasiswa dan organisasi antara kedua-dua buah universiti iaitu Universiti Malaysia Sabah dan Universitas Telkom, Bandung. Selain itu, perkongsian serta diskusi yang dilaksanakan mewujudkan satu perbincangan yang mampu menjadi titik perubahan pengguna terutamanya mahasiswa/i dalam isu keusahawanan dan kepenggunaan dan mampu memberi kesedaran kepada keada mereka bahawa generasi mudalah yang menjadi titik tolak kepada keharmonian perpaduan dan kemajuan negara pada masa akan datang. Tambahan pula, melalui pengisian yang dijalankan, ia juga mampu mengembangkan keupayaan pemikiran mahasiswa dalam menyelesaikan masalah melalui pemikiran kritis dan kreatif dalam mewujudkan solusi kepada masalah ekonomi masa kini. Dalam masa yang sama, aktiviti malam kebudayaan yang dilaksanakan memperlihatkan keunikan dan keistimewaan budaya antara kedua-dua negara yang membawa kepada semangat saling menghormati dan menghargai antara 2 negara serantau ini. Tambahan pula, program ini turut mempromosikan industri pelancongan di Malaysia khususnya di Sabah itu sendiri dan seterusnya mampu menarik minat pelancong untuk berkunjung ke negeri ini.
    Menurut pengarah program ini iaitu Saudari Alisa Putry Al Hassan, beliau mengatakan bahawa program seperti ini mampu memberi impak yang besar kepada pesertanya dimana perkongsian dan perbincangan antara 2 organisasi mampu melahirkan idea-idea yang mampu menjadi solusi kepada masalah-masalah yang timbul pada hari ini. Tambahan pula, ia turut memberi pengalaman dan peluang kepada Ahli JawatanKuasa pelaksana bagaimana cara mengatur dan menjalankan program yang berskala besar ini iaitu melintasi garis sempadan negara. Hal ini mampu dilihat bagaimana Ahli JawatanKuasa pelaksana program bekerja keras dalam mengumpul dana untuk menjalankan program ini seperti mencari tajaan luar dan menjual produk makanan keluaran kelab ini iaitu “Malindo Cheese”. Dalam pada itu, Timbalan Program bagi delegasi ini iaitu Saudara Makmur bin Majid turut mengatakan bahawa program ini amat efektif untuk menjadi medan permaufakatan dan pengeratan hubungan antara mahasiswa dari Malaysia dan Indonesia walaupun berbeza bangsa dan agama. Di samping itu, program ini turut mempromosikan keindahan dan keunikan yang ada di Malaysia khususnya di Sabah yang terkenal dengan keindahan alam semulajadinya yang menenangkan jiwa. Dalam masa yang sama, melalui program ini, ia mampu memberi pengalaman baru kepada peserta untuk merasa dan menikmati keindahan yang terdapat di Kota Bandung dan di Indonesia secara umumnya.

     
    Secara keseluruhanya program ini berjalan dengan jayanya dengan kerjasama yang cukup padu daripada mahsiswa/i daripada Universitas Telkom, Bandung, Indonesia. Kejayaan program ini dipandu oleh komitmen Ahli JawatanKuasa pelaksana dan juga tajaan daripada beberapa syarikat seperti Poprina dan Mc DOnald. Tajaan dalam bentuk cenderahati daripada Pusat Pelancongan Negeri Sabah turut menjayakan lagi program ini. Seterusnya kejayaan dalam menjalankan program ini akan diteruskan lagi dalam program-program yang akan datang dibawah kendalian Sekretariat Gerakan Siswa (GPS) UMS.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
copyright by Kamarul Arnizam