JENIS-JENIS PHOBIA DAN PENYEBABNYA

    Author: Unknown Genre: »
    Rating

    Assalamualaikum, Salam Sejahtera
    Pada entri kali ini saya ingin berkongsi tentang apa itu fobia dan jenis-jenisnya. Saya bukanlah mahir dalam bab ni, namun apa salanya berkongsi ilmu. Di UMS saya mengambil kursus Keusahawanan namun mempunyai ramai kawan yang memgambil kursus Psychology, Medical etc. Baiklah saya mulakan perkongsian. Menurut sumber dari wikipedia, fobia boleh diertikan sebagai rasa ketakutan yang berlebihan pada sesuatu hal atau fenomena. Fobia boleh dikatakan, boleh menghalang kehidupan orang yang mengidapnya. Bagi sebahagian orang, perasaan takut seorang penghidap fobia sulit dimengerti. Itu sebabnya, pengidap tersebut sering dijadikan bulan bulanan oleh teman sekitarnya. 
    Sebenarnya fobia ini terbahagi kepada beberapa bahagian yang melibatkan keadaan persekitaran yang mempengaruhi akal dan emosi. Sebagai contoh, seseorang yang pernah jatuh dari pokok mungkin akan fobia atau trauma dengan kejadian tersebut, orang tersebut cenderung fobia untuk memanjat pokok atau fobia dengan ketinggian. Contoh lainnya adalah apabila melihat sesuatu yang tragik depan mata seperti pembunuhan etc, hal ini akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam pemikiran sedar atau luar sedar seseorang itu. Oleh itu, saya akan berkongsikan jenis-jenis fobia ini dan mengaitkan dengan diri saya dan orang lain.
    PEDOPHOBIA
    Pedophobia merupakan satu jenis fobia yang membuat mangsanya takut kepada anak patung. Jenis fobia ini sering kali berlaku kepada kanak-kanak perempuan yang gemar bermain patung. Namun terdapat juga kanak-kanak lelaki yang menghadapi fobia ini. Antara faktor berlakunya fobia ini adalah kerana tetaksuban dengan patung tersebut dengan harapan berlaku hubungan komunikasi 2 hala. Namun kerana harapan tidak menjelma maka ia akan mempengaruhi kanak-kanak tersebut. Selain itu, antara faktor terjadinya jenis fobia ini adalah kerana pengaruh dari movie atau kisah-kisah seram yang melibatkan anak patung. Oleh itu, ibubapa haruslah memberi perhatian sepenuhnya kepada anak-anak mereka untuk mengelak daripada berlakunya perkara ini.
    ACROPHOBIA
    Acrophobia merupakan salah satu fobia yang membuat mangsa takut kepada ketinggian. Fobia ini sering berlaku kepada mangsa yang pernah jatuh dari tempat tinggi sama ada dalam realiti atau dalam mimpi. Misalnya jatuh dari pokok rambutan jiran lalu patah tangan. Selain itu, antara penyebabnya adalah ketakutan kepada berlakunya kecederaan. Hal ini mungkin berlaku apabila mangsa terlihat tragiknya kecederaan orang yang jatuh dari tempat tinggi di televisyen atau media-media sosial. Tambahan pula, dalam media masa kini, seringkali kita melihat dan mendengar kes jatuh dari tingkat bangunan lalu mati. Hal ini seterusnya menyebabkan seseorang itu bergetar lututnya bila berada di tempat tinggi. Sebagai contoh, kadang-kadang saya turut gayat bila berada di tempat tinggi kerana takut jatuh. Sewaktu bersekolah di SMK Tambunan dulu, apabila berada di tingkat 4, lutut boleh  bergetar secara tiba-tiba. Adakah saya menghadapi acrophobia? Harap tidaklah. Contoh lainnya dapat dilihat daripada klip video perempuan yang merangkak-rangkak ketakutan apabila berjalan di jambatan kaca di China.
    HEMOPHOBHIA
    Hemophobia merupakan fobia yang membuat seseorang itu takut akan darah. Antara faktor berlakunya fobia ini adalah kesan daripada peristiwa seseorang itu atau orang lain yang melibatkan darah. Contohnya, kematian seseorang yang berlaku depan mata dengan darah berlumuran akan meninggalkan kesan yang mendalam dan mempengaruhi pemikiran seseorang itu. Ketakutan kepada darah boleh menyebabkan seseorang itu pengsan atau trauma yang teruk. Sedikit info, Tsunade dalam watak anime Naruto merupakan seorang yang takut kepada Darah. Ia berlaku apabila kematian 2 orang yang disayangi depan matanya.
    NYCTOPHOBIA
    Seseorang yang mempunyai jenis fobia ini akan takut kepada kegelapan. Fobia jenis ini mungkin jarang berlaku namun apabila ia berlaku ianya akan memberi tekanan kepada mangsa dan orang lain. Sesorang yang menghidap Nyctophobia akan takut setaku-takutnya akan kegelapan, hal ini disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor yang pertama adalah tekanan dan stress melampau yang dialami sehingga mempengaruhi otak. Stress yang berlebihan akan menyebabkan seseorang itu tidak dapat berfikir dengan betul dan trauma kegelapan akan berlaku. Faktor seterusnya adalah kerana ketakutan kepada hantu atau pernah menghadapi pengalaman seram dalam gelap. Di Malaysia, rakyatnya sangat suka kepada filem seram termasuk mereka yang penakut. Apabila movie itu terlajak seram, ia akan menakutkan penonton yang lemah semangat dan boleh menyebabkan trauma. Disamping itu, pengalaman diganggu atau dirasuk makhluk halus akan membuat seseorang itu takut akan kegelapan.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

copyright by Kamarul Arnizam