PROGRAM KEMASYARAKATAN HE04 UMS KE PRITCHARD PAPAR

    Author: Unknown Genre: »
    Rating

    Assalamualaikum, Salam Sejahtera.
    Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi tentang satu program dibawah penganjuran kelab HE04 UMS yang berbentuk kemasyarakatan. Program ini merupakan salah satu program yang telah dirancang awal bermula dengan penulisan proposal, sesi perjumpaan setiap AJK, mendapat nasihat daripada ketua program kursus keusahawanan dan banyak lagi. Sebenarnya program ini telah ditetapkan lebih awal namun kerana hal yang tidak dapat dihindari ianya terpaksa ditunda dan ditunda. Akhirnya pada 8/4/2018 program ini berjaya dilaksanakan. Antara tujuan penganjuran program ini adalah untuk membentuk mahasiswa/i yang prihatin dengan keadaan diluar kampus, membantu mereka yang kurang bernasib baik dan mewujudkan mahasiswa/i yang mempunyai kemahiran dan skill secara holistik dalam merancang dan menjalankan sesuatu program. Di samping itu, penganjuran program ini mampu mewujudkan hubungan yang baik antara UMS dengan badan kebajikan ini.
    RUMAH WARGATUA SRI PRITCHARD, PAPAR
    Program ini dijalankan di Sri Pritchard Papar iaitu Rumah Warga Tua yang menempatkan tempat tinggal warga tua yang kurang bernasib baik ditinggalkan oleh keluarga mereka. Seramai 30 orang pelajar telah bergerak ke lokasi program dengan menaiki bas UMS. Selepas sampai ke destinasi, kami membuat pelbagai persiapan seperti memasang PA System, membuat latihan singkat untuk koir dan menyusun kerusi di Dewan Pritchard. Program bermula pada jam 9 pagi dimana para penghuni rumah kebajikan mula turun ke dewan untuk mengikuti program ini. Terasa sedih dan sayu hati apabila melihat warga tua yang dittinggalkan di rumah ini, ada yang masih muda agaknya dalam lingkungan 50 tahun dan ada juga yang telah lanjut usianya. Sampai hati anak mereka menghantar ibubapa mereka di rumah kebajikan. Dari raut wajah mereka, nampak wajah sugul dan saya rasakan mereka amat rindukan keluarga mereka. Semasa koir dinyanyikan, hati saya menjadi sayu apabila melihat airmata warga tua itu jatuh ke bumi. Sepertinya banyak sekali penderitaan yang mereka alami. 
    PARA AJK MEMBUAT PERSEMBAHAN KOIR
    Antara pengisian program ini adalah menghiburkan para penghuni dengan menyanyikan koir, membuat cabutan bertuah, sesi suai mesra dan juga membuat lawatan kedalam bilik/tempat tinggal mereka. Saya melihat wajah gembira terukir diwajah mereka kerana masih ada yang prihatin dan sayang kepada mereka. Tambahan pula, mereka menganggap kami sebagai anak mereka sendiri dan berkongsi kisah dengan mereka. Selepas program di dewan selesai, kami dibawa oleh staff yang bertugas melawat bilik para penghuni. Saya melihat ada AJK yang jatuh airmatanya apabila melihat keadaan penghuni yang keseorangan dan kesunyian di bilik mereka. Sepertinya hari-hari mereka dipenihi dengan kicauan burung-burung dan bunyi cengkerik. Sudah lama mereka tidak merasa indahnya suasana hidup kekeluargaan.

    PUAN SORAYAH MEMBERI UCAPAN
    Setelah selesai melaksnakan semua aktiviti, program diakhirnya dengan majlis penutupan dan sesi fotografi. Penasihat progam iaitu Puan Sorayah binti Nasib dengan ucapannya berterima-kasih dengan Sri Pritchard kerana sudi menerima kedatangan pelajar dari UMS dan mengucapkan tahniah kepada para AJK kerana berjaya menganjurkan program kemasyarakatan ini. Disamping itu, pengurus rumah kebajikan Sri Pritchard dalam ucapannya berterima kasih atas kedatangan dari UMS dan berharap program seperti ini diteruskan pada masa hadapan.

    Secara keseluruhan program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya serta objektifnya dapat dicapai. Melihat penghuni rumah ini yang dipenuhi oleh warga tua, saya merasakan perasan kasih dan sayang anak-anak kepada ibubapa mereka makin kurang. Seharusnya mereka membalas jasa ibubapa mereka, namun hal berbeza pula dilakukan. Hanya Tuhan sahaja yang membalas perbuatan mereka. Sebelum pulang ke UMS para AJK membuat sesi post-portem tentang perjalanan program secara keseluruhan. Disini saya akan berkongsi detik-detik semasa program ini dijalankan.
    PUAN SORAYAH SEBAGAI PENASIHAT PROGRAM
    KEDATANGAN DISAMBUT DENGAN MERIAH
    CABUTAN BERUAH
    PARA AJK YANG TERLIBAT
    LATIHAN KOIR
    STAFF PRITCHARD YANG MERUPAKAN ALUMNI UMS
    PENGHUNI RUMAH KEBAJIKAN PRITCHARD
    PENGHUNI RUMAH KEBAJIKAN PRITCHARD
    PENGHUNI RUMAH KEBAJIKAN PRITCHARD
    PENGHUNI RUMAH KEBAJIKAN PRITCHARD
    BERKONGSI CERITA 
    KASIH SAYANG
    SAMPAI KE SYURGA
    PENGHUNI RUMAH KEBAJIKAN PRITCHARD
    PENGHUNI RUMAH KEBAJIKAN PRITCHARD
    PENGHUNI RUMAH KEBAJIKAN PRITCHARD
    SESI SUAI MESRA
    PENGHUNI RUMAH KEBAJIKAN PRITCHARD
    PENGHUNI RUMAH KEBAJIKAN PRITCHARD
    PENGARAH PROGRAM
    PENGHUNI RUMAH KEBAJIKAN PRITCHARD
    SESI KOIR
    MENGHIBURKAN PARA WARGA TUA
    SESI SUAI MESRA DAN BERKONGSI CERITA
    TERLALU BANYAK KISAH DUKA
    PENGHUNI SANGAT GEMBIRA
    AKTIVITI MENGHIBURKAN PARA WARGA TUA
    PENGARAH RUMAH WARGA TUA PRITCHARD
    SESI BERKONGSI PENGALAMAN DAN NASIHAT KEPADA PARA AJK
    SESI BERGAMBAR BERAMAI-RAMAI 1
    SESI BERGAMBAR BERAMAI-RAMAI 2 

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

copyright by Kamarul Arnizam