Tips Belajar Secara Berkesan

    Author: Unknown Genre: »
    Rating

                         
    Assalamualaikum wbt, hari ini saya ingin berkongsi tentang tips belajar secara berkesan yang boleh diamalkan oleh semua pelajar. Mungkin ada dalam kalangan pelajar yang ingin belajar bersungguh-sungguh namun tidak mengetahui cara terbaik yang boleh digunakan bagi memudahkan lagi proses pembelajaran. Sebenarnya saya baru sahaja menamatkan persekolahan pre-universiti di SMK Tambunan sesi 2013-2014 dan perkongsian saya ini adalah khusus bagi mereka yang mengambil peperiksaan STPM.
    Seperti mana yang kita tahu sistem peperiksaan bagi Tingkatan Enam telah diubah dari sistem terminal kepada sistem penggal. Sistem penggal ini merangkumi tiga semester serta PBS bagi setiap kertas yang wajib diambil. Penjenamaan semula tingkatan enam ini amatlah baik kerana ramai yang bertanggapan bahawa memasuki tingkatan enam hanya membuang masa atau kembali ke alam persekolahan biasa. Namun perubahan ini dapat menyediakan pelajar STPM suasana pembelajaran seperti di IPT atau IPTS
    Baiklah kita terus kepada tips belajar yang mampu membantu kita score A dalam peperiksaan STPM.
    1. Fahami bagaimana sistem penggal ini berfungsi, supaya kita dalam mengekalkan usaha dalam setiap semester
    2. Mengira wajaran bagi setiap kertas yang diambil dalam setiap semester
    3. Membeli buku rujukan yang terbaik yang merangkumi skop syllbus yang lengkap, ini amat penting agar kita tidak terlepas bab-bab yang penting dalam syllbus (Guna Bantuan Buku 1 Malaysia/BB1M  dengan sebaiknya)
    4. Belajar untuk fokus kepada pembelajaran kerana terdapat pelajar yang hilang fokus kerana terlalu ingin bergaya
    5. Kurangkan aktiviti luar yang boleh menganggu pembelajaran
    6. Aktifkan diri dalam pembelajaraan secara berkumpulan
    7. Meningkatkan keyakinan diri dalam viva serta memberikan tumpuan semasa pensyarah atau pelajar mempersembahkan persembahan mereka.
    8. Kurangkan bermain-main, ubah perangai agar tidak disamakan dengan pelajar perdana
    9. Banyakkan bertanya, malu bertanya sesat jalan
    10. Jangan kedekut untuk berkongsi ilmu, pelajar yang sering membantu kawan-kawannya pasti meningkatkan lagi kefahaman dalam pembelajaran
    11. Sentiasa menepati masa, terlambat sesaat sebabkan kita ketinggalan zaman
    12. Buat jadual belajar yang sesuai, mesti tabah dalam melaksanakannya
    13. Buat nota yang berbaik yang boleh kita fahami. cth : short hand  dsb
    14. Guna teknologi dengan sebaiknya, mengunakan sumber dari internet dengan efisyen namun jangan terlalu mengambil kandungannya 100% kerana sumbernya tidak diketahui
    15. Ulangkaji sekurang-kurangnya 5 jam, lebih lebih baik, kalau penat rehatlah dulu
    16. Jangan ketagih dengan game, cth : coc, fifa, angry bird etc.
    17. Jaga kesihatan dengan baik, kalau sakit memang susah nak tangkap apa yang diajar
    18. Belajar untuk memupuk minat bagi mata pelajaraan yang diambil, supaya pembelajaran berjalan dengan lancar
    19. Tidur perlu cukup, kalau mengantuk semasa P&P pergi cuci muka
    20. Pastikan hubungan dengan keluarga dan kawan-kawan sentiasa baik
    21. Kalau boleh abaikan dahulu soal cinta-cintun ni, punca fokus hilang
    22. Banyakkan berdoa, berusaha sehabis baik kemudian selebihnya tewakal kepada Allah SWT.
    23. Amalkan pengambilan makanan yang boleh mencerdaskan minda seperti kismis, coklat dan sebagainya
    24. Hormati pensyarah agar ilmu yang diajar mudah masuk
    25. Buat nota dengan kreativiti sendiri agar pemahaman lebih baik, cth : peta minda etc

         Cara-cara lain


















    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

copyright by Kamarul Arnizam