10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Doraemon

    Author: Kamarul Arnizam Genre: »
    Rating


    Kreko atau nama panjangnya Komik Remaja. 

    Dalam Kreko tu ada satu artikel info tentang Doraemon ni, baru aku tahu Doraemon pun ada latar belakang yang unik, huhu.. Jom pakat-pakat baca perkara yang perlu anda tahu tentang Doraemon. Jom..

    1. Apa maksud nama Doraemon?

    - Nama Doraemon sebenarnya dicipta dari dua patah perkataan: Dora dan Emon. Dora adalah seperti kucing jalanan yang liar, manakala Emon pula adalah kata ganti untuk haiwan jantan bagi bahasa Jepun. Jadi maksud nama Doraemon adalah kucing jantan liar! Tapi adakah Dora the explorer bermaksud Si pengembara Kucing jalanan liar?

    2.Tarikh Lahir Doraemon?

    - Doraemon dilahirkan pada 3 September 2112 iaitu tarikh di mana Doraemon dihasilkan.

    3.Doraemon Mempunyai Kod Pengeluaran?

    - Ya! Doraemon memiliki kod pengeluaran iaitu MS-903. Ini adalah nama asli Doraemon sebagai robot dan dengan nama inilah ia dipanggil oleh pemilik kilang robot dimana ia dicipta!

    4. Apa Warna Asal Doraemon?

    - Warna cat asal Doraemon adalah kuning. setelah mendapat tahu telinga digigit tikus, Doraemon dengan mood sedih ala-ala feeling Ombak Rindu merasa tertekan dan menyelinap ke atas menara dan meminum air ramuan berlabel "kesedihan". Ketika Doraemon menangis, warna kuningnya luntur dan suaranya berubah disebabkan ramuan itu.

    5. Berapa Jumlah Alat Di Dalam Poket Doraemon?

    - Terdapat lebih kurang 4500 alat telah dikeluarkan dari poket Doraemon, termasuklah yang paling terkenal iaitu Doko Demo Doa ( Pintu Ke Mana Saja), Tate Kopta (Alat Terbang Buluh) dan Time Machine (Mesin Masa).

    6.Doraemon Mempunyai Nombor Ajaib?

    - 1293!! Doraemon memiliki berat 129.3 kg (amboi beratnya, obesiti ke hapa nie?), dan tinggi 129.3 cm. Boleh berlari sehingga 129.3km/jam ketika dalam ketakutan disunat dan melompat setinggi 129.3cm ketika diancam bahaya. Lingkar pergelangan tangan berukuran 129.3mm, kaki berdiameter 129.3mm dan dicipta pada 3/9/2112.

    7.Di mana butang On/Off Doraemon?

    - Pada bahagian ekornya berbentuk bulat berwarna merah.

    8.Kenapa Doraemon dan Dorami dikatakan adik beradik?

    - Kerana kedua-duanya berasal dari tangki minyak yang sama, tetapi Doraemon dihasilkan dua tahun lebih awal.

    9. Doraemon pernah bersekolah?

    - Pernah, di sekolah yang namanya Sekolah Robot. Aku teka dia belajar menari ballet kat sekolah ni.

    10. Bagaimana Prestasi Doraemon di Sekolah?

    - Prestasi yang buruk sehingga tiada sesiapa yang berminat mengambil sebagai teman sehinggalah Sewaishi (cicit Nobita) sangat menyukai Doraemon dan menghantarnya kepada Nobita untuk menjaganya.

    p/s: Industri animasi Malaysia pun dah banyak berkembang. Kalau dulu animasi 2D macam Sang Wira memang jauh dibanding dengan anime 2d Jepun macam Doraemon ni. Tapi sekarang, kehadiran bakat-bakat yang menghasilkan animasi makin bermutu, macam Upin Ipin, Bola Kampung dan banyak lagi memberi sinar baru bagi industri animasi ni. Sebagai rakyat Malaysia aku bangga dengan perkembangan dunia animasi Malaysia hari ni. Moga standard dan kualiti makin bertambah, setanding dengan animasi antarabangsa yang lain.


    Admin:Kamarul Arnizam


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



copyright by Kamarul Arnizam