Kesan Buruk Mengecas dan Menggunakan Laptop Tanpa Bateri

    Author: Kamarul Arnizam Genre: »
    Rating



    Pendapat mengenai penggunakan laptop sambil mengecas bateri membuatkan jangka hayat bateri menjadi pendek dan merosakkan bateri memang tidak dapat disangkal lagi.
    Tetapi, tahukah anda sebenarnya menggunakan laptop secara langsung tanpa menggunakan bateri berpotensi untuk merosakkan komponen-komponen tertentu di dalam laptop.
    Hal ini disebabkan oleh arus elektrik akan menuju secara langsung ke hardware tanpa melakukan penyesuaian tenaga sehingga kompenan hardware laptop anda menerima tegangan elektrik yang berlebihan dan mempercepat kerosakan. Selain menyimpan daya, bateri juga sebenarnya bertindak menyesuaikan arus yang masuk ke komponen-komponen laptop agar tidak terlalu tinggi.
    Lebih-lebih lagi jika terjadi litar pintas dan arus elektrik yang tidak stabil, ia tentunya sangat membahayakan motherboard dan hardisk laptop anda. Adalah lebih baik bateri laptop yang mengalami kerosakan daripada motherboard ataupun hardisk yang harganya lebih mahal dibandingkan dengan bateri yang secara puratanya mampu bertahan antara dalam jangka hayat 2-3 tahun.
    Oleh itu jika anda ingin menjaga dan ingin menggunakan laptop anda dengan lebih lama,maka apa salahnya jika anda tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan kerosakkan komputer mahupun laptop.









    Admin:Kamarul Arnizam

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



copyright by Kamarul Arnizam