Negara Yang Penuh Dengan Masalah dan Gagal

    Author: Unknown Genre: »
    Rating

    1. Somalia
    Somalia adalah sebuah negara di pesisir Afrika Timur yang ada secara de jure. Somalia tidak mempunyai pemerintah pusat yang diakui, tidak ada mata wang nasional atau ciri-ciri lain yang berhubungan dengan sebuah negara berdaulat.
    Kuasa pemerintahan berada di tangan pemerintah yang tidak diakui, iaitu Somaliland, Puntland dan Gembong iaitu kumpulan militan kecil yang saling bermusuhan, di mana ketiga-tiganya memimpin pemerintahan . Somalia telah menduduki peringkat 1 Failed State Index selama beberapa tahun terakhir.


    2. Zimbabwe


    Ekonomi Zimbabwe terus mengalami kemorosotan selama beberapa waktu. Inflasi negera ini terus meningkat hingga 2,2 juta peratus,[1] yang menjadi inflasi tertinggi di dunia.[2] Akibat inflasi yang tinggi tersebut, bank sentral Zimbabwe sudah mengeluarkan 4 versi mata wang sehingga sekarang.
    Terakhir sekali bank sentral Zimbabwe mengeluarkan pecahan $ 100,000,000,000,000 (100 triliun dolar!!!!) yang menjadi wang dengan nominal terbesar di dunia yang kemudian digantikan dengan dolar versi ke-4 di mana setiap $ 100,000,000,000,000 (100 triliun dolar) wang lama digantikan menjadi $1 wang baru.
    Dengan ekonomi yang terus buruk sekarang bank sentral Zimbabwe memutuskan untuk membenarkan rakyatnya menggunakan mata wang dolar Amerika sebagai mata wang untuk menstabilkan kembali ekonomi Zimbabwe.


    3. Sudan

    Sudan adalah negara yang terletak di timur laut Afrika. Sudan adalah negara terbesar di Afrika dan di daerah Arab dan kesepuluh terbesar di dunia. Lokasi sekolah hanya terdapat di sejumlah bandar, yang mana kebanyakan sekolah yang terletak di bahagian Selatan dan Barat telah rosak malah hancur akibat konflik di negara tersebut.
    Pada tahun 2001, Bank Dunia menganggarkan bahawa jumlah pelajar Sekolah Dasar adalah 46% dan 21 % dari pelajar sekolah menengah yang terdiri dari pelajar yang memenuhi syarat. Tahap pencapaian persekolahan di Sudan sangat pelbagai, di beberapa bahagian hanya mencapai di bawah 20 %.
    Sudan mempunyai 19 universiti berbahasa Arab. Pendidikan di tingkat menengah dan pendidikan tinggi di universiti mengalami masalah halangan yang serius disebabkan oleh sebahagian besar penduduk lelaki terlibat dengan operasi ketenteraan sebelum dapat menyelesaikan pendidikan mereka.


    4. Chad
     

    Chad dalah sebuah negara di Afrika Tengah yang terkurung di daratan. Chad bersempadan dengan Libya di sebelah utara; Republik Afrika Tengah di selatan; Niger di barat; Sudan di timur; dan Nigeria serta Cameron di barat daya.
    Disebabkan oleh jaraknya dan kebanyakan kawasannya yang beriklim gurun, negara berkenaan dirujuk sebagai ‘jantung mati Afrika.’ Sebagai negara bekas jajahan Perancis yang terbesar, Chad dikategorikan negara miskin.
    Lebih dari 75% penduduknya berada dalam keadaan melarat. Pada 2000-an, keadaan relatif semakin bertambah baik karena pendapatan per kapitanya sudah melebihi US$1.000.

    5.Republik Demokratik Congo

    Perang bersaudara berlangsung berpanjangan di Congo sejak 1998 yang menghancurkan serta menyeret seluruh wilayah tersebut dan negara-negara di sekitarnya.
    Akibat peperangan tersebut telah menghancurkan infrastruktur dan ekonomian negara tersebut hingga akhirnya PBB mengambil alih permasalahan di negara itu dan memaksa Presiden Joseph Kabila mengadakan Pilihanraya Umum pada 30 Julai 2006.

    6.Iraq

    Iraq adalah sebuah negara di Timur Tengah atau Asia Barat Daya, yang meliputi sebahagian terbesar daerah Mesopotamia serta hujung barat laut dari Pergunungan Zagros dan bahagian timur dari Gurun Syria.
    Negara ini bersempadan dengan Kuwait dan Arab Saudi di selatan, Jordan di barat, Syria di barat laut, Turki di utara, dan Iran di timur. Iraq mempunyai bahagian yang sangat sempit dari garis pantai di Umm Qashr di Teluk Persia.

    7. Afghanistan

    Afghanistan merupakan sebuah negara yang relatif miskin, sangat bergantung pada pertanian dan peternakan. Ekonominya lemah akibat masalah politik dan ketenteraan terkini, tambahan kemarau kuat dengan kesukaran bangsa antara 1998-2001.
    Sebahagian penduduk mengalami krisis makanan, perhubungan, tempat tinggal, dan minimumnya rawatan kesihatan. Keadaan ini diburukkan lagi oleh operasi ketenteraan dan ketidakstabilan politik. Inflasi menimbulkan banyak masalah.
    Menyusul perang keganasan yang dipimpin AS selepas jatuhnya Taliban pada November 2001 dan pembentukan Otoriti Interim Afganistan (AIA) yang terhasil dari Persetujuan Bonn Desember 2001, usaha antarabangsa untuk membangun kembali Afganistan dibawa di Konferensi Donor Tokyo untuk pembangunan Afganistan pada Januari 2002, di mana $4,5 juta dikumpulkan untuk dana wilayah yang akan diatur oleh Bank Dunia.
    Wilayah keutamaan untuk pembangunan termasuk pembangunan pendidikan, kesihatan, dan fasiliti kesihatan, peningkatan kapasiti pentadbiran, perkembangan sektor pertanian, dan pembangunan kembali sistem perhubungan, tenaga, dan jaringan telekomunikasi.

    8.Republik Afrika Tengah

    Pada asalnya jajahan negara Perancis, Republik Afrika Tengah merdeka pada tahun 1960. Negara baru ini dengan cepat jatuh kepada pemerintahan diktator di bawah presiden pertamanya, David Dacko.
    Pada tahun 1966 Dacko digulingkan oleh sepupunya, Jean Bedel Bokassa yang mendirikan kerajaan militan dan menjadi diktator yang berperangai pelik. Pada tahun 1976 Bokassa mengisytiharkan dirinya sebagai maharaja dan dinobatkan dalam upacara yang serba mewah dan mahal yang dikritik oleh banyak negara lain.
    Dia juga kerap melanggar hak asasi manusia serta menyokong gerakan anti-Perancis. Akibatnya, pemerintahan Perancis merencanakan rampasan kuasa terhadap pemerintahannya dan pada 1979 Dacko kembali berkuasa di negara tersebut.
    Pemberontakan yang kedua terjadi pada 1981, dan pemerintahan demokrasi mulai bermula pada 1993. Namun pada 2003, rampasan kuasa terjadi sekali lagi, di mana François Bozizé mengambil alih kekuasaan.

    9. Guinea

    Sebelumnya dikenali sebagai Guinea Perancis (bahasa Inggeris: French Guinea), sekarang negeri ini kadang-kadang disebut Guinea-Conakry untuk membezakannya dengan jirannya, Guinea-Bissau. Ibukota, pusat pemerintahan, dan bandar terbesarnya adalah Conakry.

    10. Pakistan
    Sebuah negara yang terletak di Asia Selatan. Pakistan bersempadan dengan India, Iran, Afganistan, China dan Laut Arab. Dengan lebih dari 150 juta penduduk, Pakistan adalah negara keenam negara dengan jumlah penduduk teramai di dunia.
    Pakistan juga menduduki kedudukan ketiga negara teramai berpenduduk Islam di dunia (selepas Indonesia dan India) dan juga salah satu sebuah negara anggota penting OIC.


    11. Pantai Gading



    Pantai Gading adalah sebuah negara di Afrika Barat yang bersempadan dengan Liberia, Guinea, Mali, Burkina Faso, dan Ghana di sebelah barat, utara dan timur serta dengan Teluk Guinea di sebelah selatan.
    Sebelumnya, salah sebuah negara termakmur di wilayah tropika Afrika Barat, perkembangan ekonominya telah terencat oleh kekacauan politik yang ditimbulkan oleh korupsi dan penolakan reformasi.

    12. Haiti

    Negara yang terkena salah satu gempa terdahsyat tahun lalu mempunyai GDP per kapita sebesar 790 USD atau kira-kira $2/orang/hari!!


    13. Burma (Myanmar)

    Sebuah negara di Asia Tenggara. Negara seluas 680 ribu km² ini telah diperintah oleh pemerintahan tentera sejak rampasa kuasa tahun 1988.

    Negara ini adalah negara berkembang dan mempunyai penduduk lebih dari 50 juta orang. Ibu kota negara ini sebelumnya terletak di Yangon sebelum dipindahkan oleh pemerintahan junta tentera ke Naypyidaw pada 7 November 2005.
    Pada 1988, terjadi gelombang demonstrasi besar menentang pemerintahan junta tentera. Gelombang demonstrasi ini berakhir dengan tindakan kekerasan yang dilakukan tentara terhadap para demonstran. Lebih dari 3000 orang terbunuh.
    Semasa pilihanraya 1990 partai pro-demokrasi pimpinan Aung San Suu Kyi memenangi 82 % suara namun keputusan pilihanraya ini tidak diakui regim tentera yang berkuasa.

    14. Kenya

    Kenya adalah republik demokrasi perwakilan dengan sistem presiden, di mana Presiden Kenya menjadi ketua negara dan ketua pemerintahan sekaligus. Negara ini juga memakai sistem pelbagai parti.

    Kekuasaan eksekutif dipegang oleh pemerintah, yang juga memegang kekuasaan legislatif bersama National Assembly. Sistem kehakiman tidak dipengaruhi oleh dua sistem tersebut.
    Artikelberita













    Admin:Kamarul Arnizam

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

copyright by Kamarul Arnizam