Hacker Termuda Paling Berbahaya Jonathan James

    Author: Unknown Genre: »
    Rating


    Jonathan James adalah seorang remaja bawah umur yang pertama di dunia yang ditahan dan dipenjarakan kerana kesalahan menggodam. Umur beliau ketika dihukum penjara adalah 16 tahun. Ketika ditemubual oleh pihak media, beliau mengakui yang beliau menggodam demi kepuasan dan kegembiraan. Apa yang menggembirakan dan memberikan kepuasan kepada beliau ialah dengan melihat setahap mana kemampuan dirinya terhadap aktiviti penggodaman dengan mengeksploitasi pengetahuannya di dalam dunia pengkomputeran dan rangkaian komputer.
    "I was just looking around, playing around. What was fun for me was a challenge to see what I could pull off." Ketika ingin melakukan aktiviti penggodaman, James akan menetapkan sasaran utamanya yang kebiasaannya terdiri dari organisasi yang berprofil tinggi. Beliau telah berjaya memasang perisian backdoor ( sejenis Trojan ) di dalam server DTRA (Defense Threat Reduction Agency ). DTRA merupakan sebuah agensi dari Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang bertanggungjawab sepenuhnya memantau tahap keselamatan Amerika Syarikat dan negara-negara lain dari sebarang jenis ancaman senjata nuklear, biologi, kimia, konvensional dan senjata rahsia dari seluruh dunia ( musuh ). Backdoor yang diciptanya itu membolehkan beliau melihat, membaca dan menyimpan pelbagai jenis email-email sensitif, kata laluan dan kata nama para pekerja DTRA tersebut.
    Selain daripada itu, James juga berjaya memecah-masuk ke dalam rangkaian komputer NASA dengan mencuri sejenis perisian yang bernilai lebih kurang $USD1.7 juta ( RM5.95 juta ). Mengikut jurucakap dari Jabatan Keadilan, "The software supported the International Space Station’s physical environment, including control of the temperature and humidity within the living space."NASA terpaksa menutup rangkaian komputernya dan mengakibatkan kerugian sebanyak USD$ 41,000. James bagaimanapun menjelaskan tujuannya memuatturun perisian tersebut adalah kerana beliau ingin meningkatkan tahap pengetahuannya di dalam pengaturcaraan C ( Sejenis bahasa komputer ), tambahnya lagi "Tetapi kod perisian tersebut sendiri agak teruk, macam tu punya perisian pun mereka katakan bernilai USD$ 1.7 juta? Memang tak padan langsung!"
    Dengan kesalahan yang dilakukan oleh James yang juga dikenali sebagai "c0mrade" sekiranya beliau merupakan seorang dewasa, pastinya hukuman yang akan dijatuhkan kepada beliau adalah sekurang-kurangnya penjara selama 10 tahun. Selain dari itu, beliau juga akan di haramkan menggunakan sebarang jenis komputer dan akan dikerahkan menjalani hukuman tahanan di rumah. Bagaimanapun beliau cuma menjalani hukuman penjara selama 6 bulan kerana melanggar parol yang ditetapkan ke atas beliau. Pada hari ini, James telah pun insaf dan berjanji akan menggunakan kepandaiannya untuk kebaikan semata-mata. Beliau berkemungkinan akan memulakan sebuah Syarikat Keselamatan Komputernya sendiri.













    Admin:Kamarul Arnizam


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

copyright by Kamarul Arnizam