Katak Pemakan Ular [Bull Frog]

    Author: Unknown Genre: »
    Rating


    “Sebelum ini umum mengetahui bahawa ular makan katak, namun tidak ramai tahu bahawa ada katak yang makan ular iaitu dari jenis Bull frog.

    “Katak pokok Brazil Izecksohn (Xenohyla truncata) pula merupakan spesies tunggal katak herbivor yang memakan buah koka dan beri arum,” kata Nor Zela Suleiman yang bertugas sebagai Kurator

    Zoologi di Muzium Alam Semula Jadi.

    Diversiti katak dan kodok

    Mengejutkan bukan? Sebenarnya diet katak dan kodok bergantung kepada fasa hidup, saiz mulut dan habitatnya.

    Kebanyakan katak pada peringkat berudu ialah herbivor yang makan dengan menuras partikel-partikel yang terampai di dalam air, alga dan lumut.

    Katak dewasa bersifat karnivor iaitu makan serangga, mamalia kecil, moluska atau reptilia yang bersesuaian dengan saiz mulutnya.

    “Mangsanya ditangkap menggunakan lidah yang melekit dan ditelan hidup-hidup. Kedua-dua haiwan ini mengesan mangsa menggunakan deria penglihatan, bau, bunyi dan getaran bergantung kepada spesies.

    “Mangsa sering kali diserang hendap atau ditangkap ketika lalu berdekatan tempat ia berehat,” ujarnya sambil memberitahu katak jantan mempunyai saiz yang lebih kecil daripada betina.

    Tambahnya, haiwan yang dianggap menggelikan oleh kebanyakan orang ini tidak menggemari suhu yang terlalu ekstrem sama ada terlalu panas atau sejuk, namun haiwan ini banyak ditemui mendiami hampir keseluruhan habitat dari pinggir pantai hingga ke puncak pergunungan.
    www.kosmo.com.my/















    Admin:Kamarul Arnizam

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

copyright by Kamarul Arnizam