Syiling Perak Keluaran Pertama AS Dilelong RM30.445 juta

    Author: Kamarul Arnizam Genre: »
    Rating



    New York: Sekeping wang syiling dolar perak bertarikh 1794, dipercayai syiling pertama dikeluarkan Agensi Pengeluar dan Pengedar Wang Syiling Amerika (US Mint) dijual dengan harga AS$10 juta (RM30.445 juta) pada satu lelongan semalam.

    Syarikat pelelong Stack’s Bowers Galleries berkata nilai wang syiling yang dikenali sebagai The Flowing Hair Silver Dollar itu adalah dua kali ganda lebih tinggi berbanding satu set wang syiling yang dilelong pada 1999 dengan harga AS$4.1 juta (RM12.482 juta).
    Barang paling popular

    Firma pengumpul dan pedagang wang syiling lama, Legend Numismatics membeli mata wang berkenaan yang menjadi antara barangan paling popular di dalam lelongan itu.

    “Kami yakin ini adalah mata wang syiling pertama mencapai tawaran jualan AS$10 juta dolar di dalam lelongan itu, tetapi kami bersedia untuk menawarkan harga lebih tinggi demi mendapatkan bahan bersejarah yang unik ini,” kata firma berkenaan di dalam satu kenyataan.

    Tak mahu jual

    Kenyataan itu juga menyebut bahawa Legend Numismatics tidak berhasrat untuk menjual wang syiling berkenaan di dalam tempoh terdekat.

    Pengerusi Stack’s Bowers Galleries, David Bowers berkata, mata wang syiling itu mempunyai reka bentuk yang unik dan menjadikan ia bernilai tinggi.

    “Ia adalah mata wang dolar logam pertama Amerika dan yang paling halus buatannya. Anda boleh melihat kombinasi hasil seni rekanya. Tiada muzium yang mempunyai kepingan mata wang seperti itu,” katanya.

    Wang syiling itu adalah sebahagian daripada koleksi Yayasan Pengumpulan dan Pendidikan Cardinal (CCEF) yang dikumpulkan penyelidik dan kuratornya, Martin Logies. - REUTERS



    Admin:Kamarul Arnizam

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



copyright by Kamarul Arnizam