Perhiasan yang diharamkan dalam Islam

    Author: Kamarul Arnizam Genre: »
    Rating





    Perhiasan disini adalah umum termasuklah pakaian, barang hiasan, barang kecantikan dan seumpama dengannya.

    Firman Allah swt “ Wahai manusia ambillah perhiasan kamu setiap kali kamu ke masjid dan makan serta minumlah dan jangan melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang melampaui batas.” Ayat 31 surah al-A;raf

    1.Dilarang perhiasan diperbuat dari Bekas emas dan perak.

    Nabi saw bersabda “ Sesiapa yang minum dari bekas emas dan perak, sesungguhnya akan berpusing2 api neraka dalam perutnya.” Hr Bukhari dan Muslim. Dikecualikan barang kemas utk perempuan, cincin perak untuk lelaki untuk keperluan dan emas perak yang menggantikan anggota seperti gigi emas.

    2. DilarangMemakai sutera bagi lelaki.

    “ Sesungguhnya kedua benda ini untuk lelaki dan harus kepada perempuannya.” Hr Tirmizi 4057.

    3.Dilarang Melabuhkan pakian dengan sombong.

    “ Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya dengan kesombongan maka neraka tempatnya.” Hr Bukhari.

    4.Dilarang Patung dan perhiasan yang bergambar manusia atau haiwan .

    Hadis Nabi saw “Sesungguhnya azab yang paling dahsyat adalah orang yang membuat gambar dan patung.” Hr Bukhari 5950

    5.Dilarang Penipuan dan pengubahan seperti menghitamkan rambutrenggang gigi, tatu, sambung rambut dll.

    Nabi saw bersabda: “Allah melaknat pembuat tatu dan orang yang dibuat tatu, orang yang dicukur keningnya, orang yang merenggang gigi yang mengubah ciptaan Allah swt.” Hr Bukhari dan 5931 dan Muslim 2122

    Nabi berkata kepada Abu Bakar yang beruban rambut dan janggutnya “Ubah warna rambut ini dan jauhi dari warna hitam.” Hr Muslim 2102
    Dilarang mencukur janggut (haram bagi jumhur dan makruh bagi mazhab syafie)

    6.Dilarang Menyerupai lelaki dan perempuan.

    Nabi saw bersabda “ Rasulullah saw melaknat lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.” Hr Bukhari 5886.

    7.Dilarang Menyerupai orang kafir dan jahat.

    Nabi saw bersabda “ Siapa yang menyerupai satu kaum maka dia tergolong dari mereka.” (Hr Abu Daud).



    Admin :Kamarul Arnizam

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



copyright by Kamarul Arnizam