Sejarah Penubuhan Sekolah dan Asrama Smk Tambunan Sabah

    Author: Unknown Genre: »
    Rating


    Pintu masuk smk tambunan

    Sekitar tahun 60-an, masalah menghantar anak ke sekolah ke daerah lain dan peningkatan bilangan murid merupakan titik tolak penubuhan sekolah ini. Penduduk Tambunan iaitu ibubapa telah menyuarakan permintaan menerusi wakil rakyat ketika itu iaitu Datuk Anthony Gibun agar sebuah sekolah menengah lagi ditubuhkan selepas St Martin Tampasak. Permohonan diluluskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri.


    Pada tahun 1971, Sekolah Menengah Rendah Tambunan dibuka dengan rasminya. Hanya ada seramai 139 murid dan 9 orang tenaga pengajar ketika itu termasuk pengetua yang pertama iaitu Encik Roger Ongkili. Mempunyai 4 buah bilik darjah iaitu Tg 1 Utara, Tg1 Selatan, Tg1 Barat, Tg 1 Timur. Pada ketika itu, masih berkongsi bangunan dengan SRK Pekan Tambunan. Sehinggalah pada tahun 1980, sekolah ini berpindah ke 
    bangunan sendiri.


    Persatuan Ibu bapa dan Guru yang ditubuhkan pada Mac 3 1974 dan dipengerusikan oleh Encik Peter Wong telah memainkan peranan penting ke arah pembinaan bangunan SMK Tambunan di tanah seluas 20.03 ekar di kg Tombotuon
    Pembinaan bermula sekitar 1977 dan siap pada tahun 1984. Pembinaan ini melibatkan 24 unit flat guru, sebuah rumah pengetua, 3 blok bilik darjah dua tingkat, sebuah dewan serba guna dan sebuah blok untuk bengkel kemahiran hidup.
    Perasmian prasarana sekolah yang menelan belanja RM5.47 juta ini dirasmikan oleh YB Datuk James Ongkili Menteri Kehakiman Malaysia dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 7 Oktober 1984.

    Pada sekitar tahun 1999 ketika Pn Mary Yong Pengetua Cemerlang menjadi pengetua, bangunan sekolah akhirnya diisytiharkan tidak selamat lagi dan boleh mengancam keselamatan semua warga sekolah. Atas dasar itu, SMK Tambunan telah diberi prasarana yang baru dan selamat dengan pembinaan semula bangunan sekolah secara menyeluruh. Tahun 2003, menyaksikan SMK Tambunan berdiri megah dengan satu wajah baru yang lebih selamat dan cantik. Pengetua ketika itu adalah Pn Ngiam Eng Hong.

    SMK Tambunan terus berkembang bukan sahaja dari segi prasarana dan bangunannya tetapi mengecapi beberapa pencapaian yang membanggakan di peringkat daerah, negeri maupun kebangsaan. Sekolah ini juga telah menawarkan pengajian tingkatan 6 untuk memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM menjejak kaki ke menara gading sejak tahun 1995 sehingga sekarang.

    Asrama SMK Tambunan atau lebih dikenali sebagai SEMENTA Hostel merupakan Asrama bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan. Asrama SMK Tambunan terletak di daerah TambunanSabah dan boleh dihubungi dengan menggunakan pengangkutan darat.
    Asrama SMK Tambunan merupakan asrama sekolah luar bandar yang terletak 78 kilometer dari Bandaraya Kota Kinabalu. Dari Bandaraya Kota Kinabalu ke asrama ini, masa perjalanannya adalah lebih kurang 1 jam 30 minit dengan merentasi Banjaran Crocker.Asrama SMK Tambunan pertama dibina pada 3 Mac 1974 atas sumbangan Datuk Haji Abdul Ghani Gilong ( Menteri Kerja Raya dan Kemudahan Persekutuan)sebanyak $ 1000.00. Asrama ini dibina atas kerjasama PIBAGU yang dipengerusikan oleh Encik Peter Wong @ Ogung. Bagunan pertama ini terdiri daripada 2 buah blok dan boleh menampung seramai 35 pelajar lelaki dan 35 pelajar perempuan.
    Kemudian, pada tahun 1977 bangunan tetap asrama dibina di Kampung Kapayan Lama dan dirasmikan pada tahun 1984 oleh YB Datuk Dr. James Ongkili(Menteri Kehakiman Malaysia). Asrama ini terdiri daripada 2 blok penghuni lelaki dan sebuah blok penghuni perempuan.
    Selepas itu, akibat daripada struktur bangunan yang tidak stabil, bangunan tetap asrama ini dirancang untuk dibina semula secara "Built and Design". Sementara menungu pembinaan bagunan asrama yang baharu siap, bangunan asrama sementara dibina oleh pihak Teraju Asia pada tahun 1999 dan telah dihuni secara sementara oleh warga asrama sehingga tahun 2000. Asrama ini terdiri daripada sebuah blok penghuni lelaki dan sebuah blok penghuni perempuan dengan muatan 240 pelajar.
    Pada tahun 2001 bagunan tetap Asrama SMK Tambunan yang baru telah siap dibina oleh pihak Teraju Asia. Asrama ini terdiri daripada sebuah blok penghuni lelaki dengan muatan 150 pelajar, sebuah blok penghuni perempuan dengan muatan 200 pelajar dan sebuah dewan makan serbaguna. Asrama baru ini telah dihuni oleh warga asrama bermula pada tahun 2001 hingga ke hari ini.Antara warden yang yang amat prihatin serta menjaga anak murid mereka ialah Cikgu Cyril John,Cikgu George Dominic,Cikgu Jawlan,Cikgu Ivy dan banyak lagi.

    Antara Pencapaian Ko-Kurikulum Asrama ialah:
    • Peringkat Kebangsaan (Malaysia)
      • Naib Johan Anugerah Seri Asrama Terbilang ASAT Peringkat Kebangsaan
    • Peringkat Negeri Sabah
      • Johan Anugerah Seri Asrama Terbilang Peringkat Negeri 2006
      • Johan Anugerah Warden Lelaki Cemerlang Peringkat Negeri 2006 (En. Cyril John)
      • Naib Johan Anugerah Warden Perempuan Cemerlang Peringkat Negeri 2006 (Cik Tang Sock Ping)
      • Naib Johan Dramatari Peringkat Negeri 2006
      • Naib Johan Pidato Bahasa Inggeris 2006 (adik Chloe Joanna Ellron)
    Pencapaian Pelajar 
    • Peringkat Daerah Tambunan
      • Merentas Desa (wanita) – Johan, Naib Johan & Ketiga
      • Merentas Desa (Lelaki) – Johan, Naib Johan
      • Olahraga – Johan, Naib Johan & Ketiga
      • Bola sepak 18 tahun – 10 wakil
      • Bola baling – 10 wakil
      • Hoki (wanita) – Johan
      • Hoki (lelaki) - Johan
      • Ragbi – 6 Wakil
      • Badminton – 3 Wakil
      • Taekwando – 1 Wakil
      • Sepak Takraw – 6 Wakil
    • Peringkat Bahagian Keningau
      • Merentas Desa (wanita) – Johan, Naib Johan & Ketiga
      • Merentas Desa (Lelaki) – Johan & Ketiga
      • Olahraga – Johan, Naib Johan & Ketiga
      • Bola sepak 18 tahun – 10 wakil
      • Bola baling – (Naib Johan) 2 wakil
      • Hoki – 31 wakil
      • Ragbi – 6 Wakil
      • Badminton – 3 Wakil
      • Taekwando – 1 Wakil
      • Sepak Takraw – 6 Wakil
    • Peringkat Negeri Sabah
      • Merentas Desa (wanita) – Johan & Naib Johan
      • Merentas Desa (Lelaki) – Johan & Naib Johan
      • Olahraga – Johan, Naib Johan & Ketiga
      • Bola sepak 18 tahun – 1 Wakil
      • Bola baling – (Naib Johan) 2 Wakil
      • Hoki – 1 Wakil
      • Ragbi – 1 Wakil
      • Taekwando – 1 Wakil
    • Peringkat Kebangsaan (Malaysia)
      • Merentas Desa (wanita) – Wakil
      • Merentas Desa (Lelaki) – Wakil





    Admin:Kamarul Arnizam

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

copyright by Kamarul Arnizam