Khasiat Rahsia Air Kelapa Muda

    Author: Unknown Genre: »
    Rating


    Siapa di sini gemar minum air kelapa muda? Air kepala muda yang baik adalah diminum terus dari kelapa muda tersebut tanpa sebarang campuran air. Penggunaan air kelapa telah dipratikkan semenjak dulu lagi kerana orang tua-tua sering memberi kelapa muda hijau ketika menderita demam atau campak. Kelapa merupakan buah yang berkait dengan mitos dan budaya malah dipanggil buah ajaib kerana perananya sangat penting dalam berbagai ritual keagamaan dan adat. Kelapa dipanggil pokok syurga kerana kelapa dipercayai dapat membawa kekuatan, kesihatan, umur yang panjang dan kedamaian.
    Apakah kelebihan Air Kelapa Muda? Ia dianggap lebih berkhasiat berbanding susu lembu kerana kandungan lemaknya rendah dan ia tiada kolesterol. Ia lebih berkhasiat berbanding jus oren kerana kalorinya jauh lebih rendah. Ia juga lebih baik dari susu bayi yang diproses kerana ia mengandungi asid laurik yang wujud dalam susu ibu yang asli. Ia juga adalah penderma darah yang universal kerana sifatnya yang serupa dengan plasma darah manusia.
    Ia adalah minuman isotonik asli, tahapnya sama dengan apa yang ada dalam darah orang yang sihat. Air Kelapa Muda telah “menyelamatkan nyawa” ramai penduduk Dunia Ketiga melalui kaedah perubatan tradisional dan petua, tapi kita mungkin tidak perasan.
    Tanda-tanda keracunan
    Muntah, pening, cirit-birit, sakit perut, badan lemah dan gatal-gatal atau ditumbuhi bintik-bintik merah. Hanya minum air kelapa muda sebiji.
    H1N1 dan selesema burung
    Air kelapa muda dicampur dengan madu dan kurma
    Keracunan cendawan
    air kelapa muda hendaklah dicampur dengan satu sudu makan madu asli. la juga amat mujarab untuk mengubati pelbagai penyakit dan melegakan kesan-kesan mabuk akibat keracunan makanan seperti cendawan, udang, ketam dan jering.
    Demam campak, demam kuning dan demam panas
    Untuk demam panas, ia hendaklah dicampur dengan jus limau nipis.
    Buang racun
    Selain bekam, minum air kelapa muda boleh membuang racun dalam darah.
    Ibu mengandung
    Selain itu, kepercayaan dulu juga disarankan ibu yang sedang mengandung perlu kerap minum air kelapa muda. Air kelapa ini dipercayai dapat membersihkan janin di dalam rahim dan memudahkan kelahiran bayi, menjadi bersih, tiada kurap dan sebagainya.
    Colitis, luka, cirit-birit, disentri, dan buasir
    Air kelapa juga dapat mengatasi kerosakan sistem saluran pecernaan seperti mengurangkan gas, mual, dan sakit perut.


    Adnin:Kamarul Arnizam


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

copyright by Kamarul Arnizam